9

Action Completed 2826

" Baring. " Arah Leep. Rania teragak - agak untuk baring.
" Baru makan nanti muntah. " Kata Rania beralasan.
" Okey kalau macam itu. Hmmm aku nak kau fikirkan macam mana nak buat duit. Kalau ikutkan mudah sahaja. Tapiii. " Kata Leep meleret - leret sambil memandang Rania semacam.
" Ta tapi apa ? " Soal Rania seram.

Leep hanya diam memandang Rania atas bawah. Rania berundur ke belakang sedikit demi sedikit sebelum kakinya ditarik dan mulutnya ditekup oleh Leep. Riana meronta - ronta sambil menangis. Leep mendekatkan Rania dengan dada bidangnya.

" Syhhh. Diam. Kau nak lari pun lari ke mana ? Bilik air ? Apa yang kau fikir sampai kau takut sangat. Aku tak buat apa - apa pun. Kuat sangat tengok drama ya ? Aku tak habis cakap lagi. " Kata Leep sambil mengelap air mata Rania. Mulut Rania dilepaskan perlahan.
" Lepaslah. " Kata Rania dalam sendunya.

Leep senyum sebelum melepaskan pelukannya.
" Baring. " Arah Leep lembut buat kali kedua. Rania menggelengkan kepalanya.
" Pusing. " Arah Leep cuba berdiplomasi.

Mengigil - gigil Rania memusingkan badannya. Sungguh dia takut. Leep menyelak belakang baju Rania. Rania berpaling sambil menangis.

" Tolonglah jangan apa - apakan saya. " Rayu Rania dengan suara yang tersekat - sekat. Leep ketawa sebelum memeluk tubuh kecil Rania.
" Dah - dah berhenti mengarut. Saya nak sapu minyak panas sahaja. " Kata Leep sebelum mengucup lembut kepala Rania.
Rania tersenyum malu sebelum memusingkan badannya.

Belakang Rania diurut lembut. Berkerut - kerut muka Rania menahan sakit apabila Leep menyentuh belakangnya.

" Leep , keluar kau. " Jerit seorang lelaki tiba - tiba.
Rania dan Leep berpandangan antara satu sama lain sebelum Leep keluar.

" Ya. " Sahut Leep sambil membuka pintu.
" Mana perempuan itu !!! " Soal seorang lelaki marah.
" Kau cari siapa , Z ? " Soal Leep buntu.
" Budak kaulah. Sesuka hati pukul budak aku. " Tambah Z geram.
" Rania ? Bila ? " Soal Leep sebelum mengeluarkan telefonnya.
" Eh kau ini. Tadilah. Masa dia mengemas bilik kau. " Kata Z.
Leep diam memerhatikan telefonnya.
" Leep , aku bercakap dengan kau ini. " Kata Z setelah menunjal bahu Leep.
" Tak ada pun. Dia menipu. " Kata Leep sebelum menunjukkan rakaman cctv hari ini.
" Tak awak. Saya tak menipu. " Sampuk seorang perempuan di sebelah Z.

Leep menolak Z ke tepi sebelum menampar perempuan itu. Dia menumbuk perut perempuan itu sebelum dihalang oleh kawan - kawannya yang ada di situ. Z hanya membiarkan tindakan Leep.

" Maaf Leep. " Kata Z sebelum memaksa perempuan tadi bangun.

Leep menutup pintu sebelum menumbuk dinding bertubi - tubi sekuat hatinya. Rania keluar mendekati Leep.

" Maaf. " Kata Rania takut - takut.
" Kau. " Kata Leep sambil menunjuk ke arah Rania dengan tangan yang berdarah. Rania mengundurkan dirinya sedikit. Leep menarik tangan Rania mendekatinya. Rania mulai menangis.
" Kau. " Kata Leep sebelum memeluk Rania erat. Rania terdiam kaku. Kelu tanpa kata membiarkan waktu terus berlalu.

Darah Leep terus mengalir membasahi baju Rania. Leep meletakkan dagunya di bahu Rania sebelum mengeratkan lagi pelukannya seakan tidak mahu lepas.

" Aa awak lepaslah. " Kata Rania perlahan.
Leep melepaskan tubuh kecil Rania sebelum berlalu naik ke katil.

Rania mengurut dada lega sebelum terpandang ke arah dinding. Darah merah mengalir di situ. Rania segera membasahkan kain sebelum mengelap dinding tersebut.

" Rania. " Panggil Leep sedang Rania sibuk mengelap dinding.
" Sebentar. " Sahut Rania sambil terkocoh - kocoh menyiapkan kerjanya. Dia segera berlari menuju ke tandas membasuh kain lap yang telah digunakan. Kain disidai pada pintu tandas sebelum dia naik ke tilam.

" Ya ya. " Kata Rania setelah berjaya naik ke tilam. Leep tanpa sepatah kata berbaring sambil menghulurkan tangannya yang terluka.
" Oh , sebentar. " Kata Rania sebelum turun mengambil peti cemas.

Sewaktu Rania naik ke tilam , tiba - tiba dia terdengar bunyi perut kosong perlahan. Rania terdiam seketika.
' Leep lapar ? ' Fikir Rania sebelum teringat peristiwa Leep meminta disuap.

Rania meletakkan peti cemas di atas tilam sebelum kembali turun mencari sedikit makanan. Sebungkus biskut dan sekotak kecil air diambil sebelum dibawa naik ke tilam.
Rania mencuci dan membalut tangan Leep sebelum membukakan biskut untuknya.

" Awak makanlah. " Kejut Rania.
" Hmmm. " Kata Leep sebelum duduk menghadap Rania. Leep mengangakan a. Rania diam termenung memerhatikan tingkah Leep. Leep mendekati Rania sebelum mengucup pipi Rania.
" Apa ini ? " Marah Rania.
" Suap. " Arah Leep.
" Tak nak. " Balas Rania geram sebelum merangkak ke penjuru tilam.

Leep menarik kaki Rania , menghalangnya turun dari katil.
" Suap. " Arah Leep lagi.
" Ishh. " Gumam Rania sebelum menyuapkan biskut ke mulut Leep. Leep menolak tangan Rania ke mulutnya.
" Makan sedikit." Arah Leep. Rania mengigit sebahagian dari biskut sebelum Leep mengangakan mulutnya. Rania menyuapkan lebihan biskut ke mulut Leep.
" Makanlah. Saya nak sambung mengemas. " Kata Rania sebelum beralih untuk turun.

Sekali lagi Leep menarik kaki Rania.
" Suap aku dulu baru mengemas. " Kata Leep tegas. Rania mengeluh sebelum menyuapkan biskut ke mulut Leep dengan muka paksa rela.

Selepas menghabiskan sebungkus kecil biskut , Rania menyuakan sekotak air kepada Leep. Leep menganga. Rania menyuapkan hujung straw ke mulut Leep menanti dia menghabiskannya. Sengaja lambat - lambat Leep menghabiskannya sambil merenung dalam wajah Rania.

Sebaik sahaja habis air kotak , Rania bangkit hendak turun. Leep menarik tangan Rania memaksanya duduk.
" Duduk. Ada benda saya nak bincang. " Kata Leep tegas. Rania duduk memandang Leep.
" Awak dah fikir apa yang saya cakap tadi ? " Soal Leep serius.
" Apa ? " Soal Rania keliru. Kepalanya digaru tak gatal.
" Cara nak dapatkan duit ? " Balas Leep.
" Belum. " Kata Rania jujur.
" Fikir cepat sebelum saya ikut perancangan mereka. " Kata Leep serius.
" Apa perancangan mereka ? " Soal Rania risau. Leep mengisyaratkan agar Rania mendekatkan diri dengannya.

Tiba - tiba pintu diketuk dari luar. Leep bangun menuruni tilam. Sebaik sahaja pintu dibuka , seorang lelaki gempal masuk.
" Jadi kau sertai rancangan mereka atau tidak , Leep ? " Soal lelaki gempal itu tegas.
" Saya belum buat keputusan lagi. Kalau sertai sementara sahaja boleh ke bos ? " Balas Leep serba salah.
" Boleh. Lagipun kau perlu jaga perempuan yang sakitkan ? " Balas lelaki gempal itu sambil memerhati keadaan bilik.
" Ya bos. " Jawab Leep lega.
" Bagus. Aku bagi kau. " Kata lelaki gempal itu sebelum mengira wang not lima puluh. Dia menyerahkan beberapa keping kepada Leep.
" Tambahlah apa yang patut dalam bilik ini." Tambah lelaki gempal itu sebelum keluar.
" Terima kasih bos. " Kata Leep sambil memerhatikan lelaki gempal itu keluar. Pintu segera dikunci sebelum dia kembali naik ke tilam.

" Dekat mana kita tadi ? " Soal Leep lemah.
" Apa rancangan mereka ? " Balas Rania rungsing. Leep diam sambil merenung dalam wajah Rania. Leep mendekati Rania sebelum Rania berundur ke belakang menjauhi Leep.
" Sini. " Arah Leep tegas. Rania mendekati Leep takut - takut.
" Sebenarnya mereka baru mula hendak melacurkan perempuan. Semua terlibat termasuk kau. Tapi kalau kau boleh bagi aku cara nak tambah pendapatan aku. Aku boleh tolong selamatkan kau. " Bisik Leep ke telinga Rania.

Rania terkedu sebelum menolak tubuh Leep sebelum bangkit untuk turun. Leep memegang tangan Rania sebelum Rania berpaling memandangnya.
" Sampai bila kau nak lari dari aku ? Kau ingat kau boleh selamat ? " Soal Leep membakar. Rania menyentak tangannya sebelum turun. Wajah Leep dipandang dalam sebelum Leep berbaring tenang merehatkan diri.

Rania duduk di sofa. Terdiam kaku memikirkan nasibnya. ' Apa aku patut buat ? ' Fikir Rania buntu. Air matanya berlinangan di pipi.

" Dari kau menangis , baik kau tulis apa patut aku beli lagi. " Sergah Leep dingin tiba - tiba sebelum keluar dari bilik. Pintu dikunci dari luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience