4

Action Completed 2826

Leep terkejut bukan kepalang. Berlari dia mendapatkan Rania.
" Rania. Bangun Rania. Rania. " Panggil Leep sambil menampar pipi Rania. Selang beberapa saat Rania tersedar.

" Dahlah. Bangun , makan , tidur dengan aku. Kemas itu sambung esok. Kemas sikit dah pengsan. Lembik. " Kata Leep sebelum bangun. Rania duduk sebelum menggelengkan kepalanya.
" Apa yang taknya? " Marah Leep.
" Saya tidur tempat saya sahaja ya ? " Pinta Rania lemah.
" Aku kata apa ! Tidur dengan aku maknanya tidur dengan akulah. Jangan banyak hal. " Marah Leep sambil menarik rambut Rania.
Rania mengangguk.
" Dah makan cepat. Mandi dulu baru tidur. Bau kambing pun lagi wangi dari kau. " Arah Leep sebelum memanjat tilam.

Perlahan - lahan Rania bangun sebelum makan nasi bungkus yang dibeli oleh Leep. Selesai makan , Rania bergegas mencari baju yang sesuai untuk dipakai sebelum mandi. Mujurlah semua keperluan telah dibeli Leep.

Sebaik sahaja keluar dari bilik air , Rania berjalan perlahan di dalam gelap mendekati tilam.

' Gelapnya. Leep tutup lampu. Aku sudahlah penakut. ' Fikir Rania sambil menahan tangisnya.

Rania merangkak memanjat tilam dengan mata yang berkaca. Tiba - tiba Leep menendangnya jatuh. Tergolek Rania dari penjuru katil sebelum terhempas atas almari kecil yang dibaringkan siang tadi.
Sedikit demi sedikit air matanya gugur menahan sakit. Perutnya senak akibat ditendang Leep sementara satu badannya sakit kerana terhempas kuat.

Dengan linangan air mata yang deras , Rania merangkak perlahan - lahan menuju ke sofa dibelakang kabinet. Dalam menahan rasa sakit , Rania bangun memunggah plastik - plastik hitam yang memenuhi ruang sofa ke ruang antara almari dan bilik air.

Perlahan - lahan badan direbahkan. Rania menyeka air matanya sebelum memejamkan matanya. Selang beberapa detik , Rania terlena.

Leep meraba - raba tangannya ke sisinya. Kosong.
' Rania. ' Fikirnya marah.
Leep bangun memasang lampu sebelum mencari Rania ke seluruh ruangan. Malangnya dia gagal menemui. Tiba - tiba langsir di hadapan bilik air bergerak - gerak.

Leep menyelak kasar sebelum melihat Rania terlena di situ. Dengan rasa marah yang amat sangat , Leep menyentak kaki Rania sebelum menghempasnya ke lantai.
Rania tersentak dek rasa sakit yang amat sangat. Matanya terbeliak tatkala melihat wajah Leep yang kemerahan menahan amarah.

Leep menarik rambut Rania yang panjang separas pinggang.
" Aku kata apa tadi hah , perempuan ? Kau memang sengajakan cari nahas ! " Tengking Leep.
" Ta takkk. Sa saya... " Balas Rania sedaya upaya menerangkan keadaan sebenar.
" Saya apa ? Saya memang nak kena ? " Marah Leep lagi sebelum menyeret Rania ke bilik air.

Kepala Rania diselamkan ke dalam tong yang dipenuhi air. Terkapai - kapai Rania minta dilepaskan. Tercungap - cungap Rania dikerjakan Leep.
Setelah beberapa kali merendam kepala Rania , Leep melepaskan Rania. Terduduk longlai Rania bersandar pada tong air akibat terlalu letih dan sakit.

" Seronok ? Nak lagi ? " Tengking Leep menggila.

Tuk tuk. Pintu bilik diketuk dari luar. Leep berlalu ke pintu.
" Leep kau jaga budak ini boleh ? Ril dah tak nak dia. Setengah mati dikerjakannya. Kau baik sikit. " Soal seorang lelaki sambil memikul seorang perempuan di bahunya.
Leep mengangguk sebelum memberi laluan kepada lelaki itu untuk masuk.
" Letak atas sofa itu. " Kata Leep.
" Terima kasih Leep. " Kata lelaki itu sebelum keluar.

" Raniaa. " Jerit Leep memanggil Rania yang longlai di bilik air. Rania keluar merangkak dari bilik air.
Leep menarik lengan Rania untuk bangun sebelum menariknya mendekati seorang perempuan di sofa.
" Rawat dia. Tukar baju semua. Nanti bagitahu aku seteruk mana cedera dia. Aku nak tidur. " Kata Leep sebelum naik ke katil dan menutup langsir.

Rania terduduk longlai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience