Completed
2826
Rania terduduk melihat sekeliling. Kain baju berselerak. Sofa koyak. Tiga almari besar. Lima belas almari kecil. Dua tilam besar. Lapan toto lama. Satu kabinet dapur. Majoriti perabot patah kaki dan tercabut pintu.
' Sebelum dia balik baik aku mengemas. ' Fikir Rania sebelum bangun.
Semua kain baju diatas sofa dibuang ke lantai. Sebaik sahaja kain baju dialihkan , kelihatan jelas keadaan sofa yang rosak teruk. Hanya kayu sofa yang masih utuh sementara spannya telah terlerai teruk. Rania mengumpulkan barang yang dibeli Leep di suatu kawasan sebelum membuka satu per satu.
Rania terjumpa beberapa biji bakul berlainan rupa dan warna. Kesemua bakul disusun di tepi sofa. Rania meletakkan semua baju kain mengikut jenis seperti baju , seluar , kain , langsir dan perca.
Setelah selesai , Rania mengalih pula toto ke atas sofa. Kedua - dua tilam disandarkan pada sofa. Berulang kali Rania terjatuh semasa mengangkat tilam. Setelah berjaya mengalih tilam , Rania terduduk.
Tiba - tiba Rania terdengar jeritan perempuan lagi. Terbeliak biji mata Rania. Jantungnya berdegup kencang.
' Aku kena cepat. Aku tak nak dipukul. ' Fikir Rania sebelum bangun semula.
Rania terpandang almari - almari kecil. Dia menolak almari yang masih elok kakinya untuk disusun ke tepi. Tiga almari telah disusun sebaris. Rania berpaling mengira baki almari yang tinggal. Langkahnya diundur - undur sebelum terlanggar almari besar. Pintu almari tersebut tercabut sebelum jatuh menimpa pintu almari yang lain. Satu per satu pintu almari tercabut.
Rania mengeluh. ' Pasti Leep marah. ' Fikirnya lagi.
Pintu - pintu almari disandarkan ke dinding manakala almarinya ditolak mengiring sebaris dengan almari yang kecil. Baki almari yang besar disusun sebaris. Kelihatan satu ruang kecil terbentuk.
Rania termenung. Selang beberapa minit , dia mendapat idea.
Almari kecil yang pintunya masih elok diletakkan diatas almari yang telah disusunnya. Manakala almari yang lain dipatahkan kakinya menggunakan tukul yang dibeli Leep sebelum disusun memenuhi ruang kecil yang terbentuk sebentar tadi.
Rania menarik nafas panjang setelah selesai meletakkan pintu.
Rania merenung tilam yang berat. Satu tilam diangkat sedaya upaya sebelum diletakkan di atas susunan pintu dan almari. Setelah berjaya , Rania terduduk kepenatan.
" Fuhh , ingat nak letak dua - dua di atas itu. Tapi berat sangat. Tapi kalau satu sahaja okey ke ? Nanti dia marah. " Keluh Rania sebelum memanjat ke atas tilam.
" Kerasnya. " Keluh Rania.
Tiba - tiba pintu diketuk. Rania kelam - kabut terjun dari tilam. Pintu dikuak dari luar.
' Nasib baik bukan Leep. ' Fikir Rania lega.
" Leep mana ? " Soal lelaki yang menghantar perabot sebentar tadi. Rania menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
" Tak apalah. Letak sahaja. " Kata lelaki itu kepada kawan - kawannya. Mereka masuk meletakkan meja , sofa , tong , bungkusan hitam dan almari kecil lagi. Malangnya hanya tong yang dalam keadaan baik. Bilik kembali penuh dan bersepah.
Sebaik sahaja mereka keluar dan mengunci pintu , Rania terduduk. Nafas berat dilepaskan. Air matanya berguguran di pipi. Dia menangis semahu - mahunya.
Rania bangun menyambung kerjanya dalam sendunya sendiri. Plastik hitam dirasa sebelum dicampakkan ke tepi. Barang - barang yang dibeli Leep dialihkan ke ruang kecil antara sebuah bilik kecil dengan almari besar yang disusunnya.
dua almari kecil tanpa pintu dan kaki ditelungkupkan di hadapan susunan almari dan tilam.
Empat toto dicampakkan diatas tilam. Akibat terlalu penat , Rania duduk mengasingkan barang yang dibeli Leep mengikut bahagian. Satu bahagian dapur , satu bahagian pertukangan dan satu bahagian keperluan rumah.
Setelah selesai mengasingkan , Rania mengikat plastik lalu meletakkan dalam almari yang berbeza. Almari ditarik lebih rapat ke arah bilik kecil untuk memuatkan satu lagi tilam. Rania duduk sebentar mengambil nafas.
Meja kecil yang bergoyang - goyang ditolak berhati - hati ke arah pintu masuk. Rania menarik nafas dalam sebelum menarik tilam kedua untuk diletakkan mengiring tegak di antara almari besar dan kecil. Rania duduk di atas almari yang ditumbangkannya sebentar tadi. Dia memerhatikan sekelilingnya. Masih banyak yang perlu dilakukan. Dia memanjat tilam sebelum membentangkan tiga toto di atas tilam dan melipat satu toto memanjang untuk mengantikan bantal. Setelah memerhati , Rania masih lagi tidak berpuas hati. Satu lagi toto diambil dan dilipat memanjang diletakkan diatas toto yang telah dilipatnya tadi.
Plastik hitam diangkat diletakkan di atas meja sebelum kabinet dapur ditolak ke tengah bilik. Satu sofa ditolak ke tepi dinding sebelum diapit dengan kabinet. Baki toto dicampakkan diatas sofa belakang kabinet.
Share this novel