13

Action Completed 2826

Tiba - tiba perut Rania berbunyi. Dia menutup mulutnya. Malu.

" Leep tak bagi kau makan ke apa ? " Soal lelaki asing itu sinis.
" Taklah. Dia bagi tapi saya lupa. " Kata Rania tenang sebelum pergi ke kabinet.

Sebungkus besar roti manis di atas kabinet diambil. Sebelum dua kotak air dikeluarkan dari almari kecil dibawa ke tilam Suraya dan Liya.

" Liya bangun makan. " Kejut Rania sebelum membantu Liya duduk. Sebuku roti dan sekotak air diberikan kepadanya.
" Sue bangun makan. " Kejut Rania lembut.
" Awak macam mana ? " Soal Rania lembut kepada Suraya.
" Kau peduli apa ? Kau memang sukakan aku kena pukul ? " Marah Suraya.
" Tak awak. Saya tak berniat pun. Saya tak tahu pun kenapa Leep marah sangat. " Balas Rania jujur.
" Kau tak payah nak talam dua muka sangatlah. Menyampah aku dengan kau. " Balas Suraya sebelum menyepak jatuh Rania.

" Apa hal itu ? " Soal lelaki tadi tegas.
" Tak ada apa. Saya cuai. " Balas Rania sambil bangun.

Rania mendekati meja makan untuk mengambil tisu sebelum kembali ke tilam Suraya. Sepotong roti dikerat sebelum diletakkan di atas tisu untuk diberikan kepada Suraya bersama sekotak air.
" Ini roti awak. Kalau nak lagi panggil sahaja saya. Saya ada di luar. " Kata Rania ikhlas sambil meletakkannya di sisi Suraya sebelum keluar.

" Kenyang dah ? " Soal lelaki asing itu setelah melihat Rania keluar dari balik langsir.
Rania menggelengkan kepalanya.
" Banyaknya makan. " Kata lelaki itu.
Rania hanya diam sebelum duduk di lantai. Sebuku roti dikeluarkan sebelum dimakan perlahan.

" Sudahlah makannya. Bila nak siap kemas ? " Kata lelaki itu sebaik sahaja Rania menghabiskan sebuku roti.
Rania hanya memandang kosong lelaki itu sebelum roti dirampas olehnya.
" Aku kata kemas. " Bisiknya sebaik sahaja merampas roti. Roti diletakkan di atas meja sebelum dia kembali menghadap telefonnya.

Rania mengalah. Plastik berisi barangan yang dibeli Leep ditarik ke arah kabinet. Penyapu yang bergelimpangan diangkat sebelum disangkut di belakang pintu masuk. Mop lantai di tepi sofa diambil sebelum disidai pada dinding bilik air.

Empat tong sampah diambil sebelum disarungkan dengan plastik sampah. Bau plastik semerbak mewangikan bilik yang berbau agak busuk dari tilam - tilam lama yang dibawa masuk. Tong sampah diletakkan di dalam bilik air , tepi kabinet , bawah meja dan ditepi pintu masuk.
Baldi kecil disimpan di dalam bilik air.

Penyangkut besi yang bersepah disangkut pada dinding bilik air sebelum senduk digayut padanya.
Rania kembali duduk di lantai membuka plastik baru. Pelbagai jenis minyak , losyen , kapas , getah dan penyepit rambut , pembalut luka kelihatan di dalam plastik.
Tiba - tiba Rania terpandang beberapa paket tuala wanita. Dahinya ditepuk spontan sebelum dia menutup mukanya akibat malu. Rania mengikat semula plastik itu sebelum meletakkannya di atas tilam. Plastik barang pertukangan Leep turut diletakkan di atas tilam.

" Ke tepi. " Arah lelaki asing tadi sambil membuka pintu.

Rania terdiam kaku. Beberapa orang lelaki masuk membawa dua almari kecil , satu singki dan peralatan pertukangan. Rania mengalih plastik ke tepi memberi ruang kepada mereka untuk membuat kerja. Penyangkut baju dikeluarkan dari plastik sebelum dibawa ke hadapan pintu sebaik sahaja mereka selesai memunggah barang. Rambut Rania ditarik oleh lelaki yang mengarah - ngarahnya tadi.

" Kau nak pergi mana ? Nampak pintu terbuka , laju sahaja langkahnya. " Marah lelaki itu.
" Saya nak kemas almari tepi pintu itu. Salah ke ? " Kata Rania jujur.
" Tak. Tapi kalau kau cuba lari siap kau. " Kata lelaki itu sebelum melepaskan rambut Rania. Dia berlalu menebuk dinding untuk memasang singki dan paip air.

Rania meletakkan plastik hitam berisi kain baju di lantai sebelum duduk mengasingkannya. Baju yang menarik perhatiannya diletakkan setempat sementara bakinya dilipat dan disidai di dalam almari di tepi pintu.

Pintu ditolak dari luar mengenai badan Rania.

" Aduh. " Keluh Rania sebelum beralih tempat duduk memberikan ruang untuk orang masuk.
Leep masuk diikuti beberapa lelaki lain dibelakangnya. Mereka membawa tong polisterin , dapur elektrik , tong plastik , kipas dinding dan barangan dapur. Leep naik ke tilam untuk memasang kipas sementara kawan - kawannya keluar.
Rania meneruskan kerjanya yang terbengkalai. Lelaki asing itu keluar setelah menyiapkan pekerjaannya.
Longgokan pakaian dibawa Rania naik ke tilam sebelum melonggokannya dalam almari di bahagian kaki. Plastik barang pertukangan Leep diletakkan di dalam almari pakaian Leep sementara plastik pelbagai barang diletakkan dalam almari di sebelahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience