8

Action Completed 2826

" Tolong alihkan sofa itu ke sini ya. " Pinta Rania.
" Kalau tak nak ? " Balas seorang perempuan dengan muka berlagak.
" Terserah. " Balas Rania sambil meneruskan tugasnya.

Tiga perempuan lain mula menolak almari - almari kecil ke tepi untuk memberi laluan kepada sofa. Rania turun membantu mereka setelah mengemas pakaian Leep.

Almari kecil mula ditumbangkan dan disusun untuk dijadikan tapak tilam. Tilam yang diselit diantara tilam dengan almari ditarik keluar sebelum diletakkan di atas almari kecil sebelum dilapik dua bidang toto. Suraya dipapah ke tilam baru sebelum sofa tempat dia berehat ditolak ke tepi.

Rania menurunkan almari kecil yang telah diisi dengan baju Leep ke bawah setelah yang lain menolak tiga almari besar mendekati bilik air. Tilam Leep dipusingkan sembilan puluh darjah sebelum ditolak ke dinding. Tiga almari kecil ditolak ke tengah bilik sebelum dua almari besar ditolak menghadap ke tilam.

Meja makan pula ditarik dan diletakkan disebelah almari yang membelakangkan pintu masuk sebelum sofa diletakkan di sebelahnya.

" Tolong alihkan almari besar itu membelakangkan kabinet dan tiga almari kecil ini apit dan lapiskan diantara almari tadi dan kabinet. Dan baki almari kecil yang lain baringkan seperti tadi tapi dua baris sahaja. Almari di tepi bilik air guna sekali. Baki dua almari besar itu susun mengiring membelakangkan almari kecil tadi. Saya nak rehat sebentar." Arah Rania sebelum berbaring di sofa. Seluruh badannya terasa sakit.

Rania terlelap sementara menunggu mereka siap mengemas. Selang beberapa puluh minit mereka siap mengemas lalu mengejutkan Rania. Dalam menahan sakit , Rania bangun memberikan arahan seterusnya.

" Bersihkan , rawat dan tukar pakaian dia sebentar sebelum letak di atas tilam. Peti cemas dan keperluan lain di dalam kabinet. Sofa tolak ke sebelah meja. " Kata Rania sebelum bangkit menukar kedudukan pakaian Leep.

' Nak mati letak di situ. ' Fikir Rania. Sedang dia terleka mengemas pakaian Leep , pintu dibuka lagi.

" Rania. " Panggil seorang lelaki. Bergegas Rania ke muka pintu.
" Ambil ini. " Katanya tegas sambil memberikan tilam lembik , bantal lama dan satu bungkusan makanan. Rania mengambilnya sebelum diagihkan kepada orang lain.
" Setengah jam lagi aku datang ambil mereka. " Kata lelaki itu sebelum menutup pintu.

" Bentang tilam ini di atas almari kecil. Edar bantal - bantal ini kemudian makan. " Arah Rania sambil mengambil dua biji bantal.

Rania membawa bantal naik ke tilam sebelum menyambung kerjanya. Langsir dipasang semula sebelum plastik hitam diangkat diletakkan di atas sofa untuk diperiksa. Dia duduk memeriksa isi kandungan plastik sebelum mengasingkannya. Empat plastik berisi kain perca , empat lagi berisi pakaian wanita dan satu plastik berisi kain pelbagai.
Rania membawa empat plastik kain perca kembali ke tilam sebelum menyimpannya dalam almari di bahagian kaki.

Sebaik sahaja Rania turun dari tilam , pintu terbuka dari luar. Kelihatan lelaki yang menghantar barang sebentar tadi menunggu di situ. Keempat - empat perempuan yang telah membantunya sebentar tadi keluar membawa makanan masing - masing.
" Terima kasih. " Kata Rania sebelum pintu dikunci.

Rania berlalu mengambil dua bungkus makanan sebelum diberikan kepada Suraya dan seorang perempuan baru.

" Hai. Saya Rania. Awak ? " Tegur Rania ramah.
" Liya. " Balas Liya lemah.
" Liya makan dulu nanti rehat. " Kata Rania memberikan ruang untuknya makan sebelum beralih duduk di sofa.

Selesai menguruskan Suraya dan Liya , barulah Rania menjamu selera. Tiba - tiba Leep masuk membawa pelbagai barang dibantu oleh beberapa orang lelaki lain. Rania hanya memandang kosong sebelum meneruskan suapannya yang terhenti sebentar.
Leep meletakkan sebahagian barang di atas meja dan bakinya di atas sofa. Selesai meletakkan barang , Leep duduk di sebelah Rania memerhati gerak geri Rania.

" Nak sikit. Suapkan. " Pinta Leep.

Dengan paksa rela Rania menyuapkan nasinya ke mulut Leep berselang - seli dengan mulutnya. Sebentar sahaja nasinya habis. Rania bangun mengemas sampah bungkusan nasi sebelum membasuh tangannya di bilik air. Leep hanya memerhatikan Rania.

Sebaik sahaja Rania keluar dari tandas Leep menarik tangan Rania naik ke tilam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience