Completed
2826
" Kita makan dulu. Nanti baru buat kerja. " Kata Leep sebaik sahaja duduk di sofa.
" Baiklah. Aku pun lapar ini. " Kata Mie.
" Sedapnya Leep. Macam masakan kedai makan. " Puji Mie sambil menjamu selera.
" Dia bekas pembantu tukang masak. Setahu aku dia ini lepasan kolej vokasional. Disebabkan dia nak sangat kerja di kedai itu dia terima sahaja jawatan yang ada. Malangnya dia kena pecat malam kita ambil mereka itu sebab kedai hampir muflis. " Balas Leep.
" Pandai kau pilih. " Kata Mie. Mereka ketawa.
Selesai makan , Mie segera memunggah almari kecil ke bilik Leep sementara Leep mengemas bilik. Leep meletakkan almari kecil seperti yang diperkatakan oleh Rania.
Leep memandang jam telefonnya.
' Sembilan malam dah. Rania belum bangun lagi. Budak sakit itu belum makan lagi. ' Fikir Leep sebelum mengintai Rania yang terlena.
Leep berlalu sebelum menyelak langsir Liya dan Suraya.
" Bangun. Bangun. Makan. " Leep mengejutkan Liya sebelum mengendongnya ke meja makan. Leep kembali ke tilam sebelum mencampakkan bantal Liya ke muka Suraya.
" Bangun makan. " Kata Leep dingin sebelum naik ke tilamnya.
Suraya bangun sendiri sebelum berjalan menuju ke meja makan. Tiba - tiba dia terjatuh sendiri. Dia kembali bangun kerana tiada siapa akan membantunya. Dia duduk sebelum dengan rakus menjamu selera. Sungguh dia lapar akibat kebodohannya sendiri.
Meja makan bersepah dengan sisa makanan Suraya dibiarkan begitu sahaja. Air sirap dihabiskan oleh Suraya. Pinggan yang digunakan oleh Suraya turut ditinggalkan oleh Suraya.
" Awak kemaslah meja belah awak. " Bisik Liya menegur perbuatan Suraya.
" Tak nak. Pembantu ada. Kenapa aku nak kena kemas pula. " Kata Suraya bongkak.
" Siapa ? " Soal Liya geram.
" Perempuan itulah. " Kata Suraya sinis.
" Rania ? Dia bukan pembantu kita. " Kata Liya geram.
" Kau bela sangat dia kenapa ? Memang kerja dialah. " Marah Suraya sebelum berlalu naik ke tilam.
Liya mengemas meja makan seorang diri. Dia bangun sebelum berrjalan bertatih - tatih membawa pinggan kotor ke singki. Kain lap yang disidai pada dinding bilik air diambil sebelum mengelap meja makan.
Leep turun untuk membantu Liya. Namun dia pula yang terkejut melihat Liya membersihkan meja makan.
" Larat ke ? Soal Leep lembut.
Liya mengangguk.
" Mana perempuan tadi ? " Soal Leep menahan sabar.
" Suraya ? Dia berehat. " Kata Liya takut - takut.
" Perempuan tak guna. " Kata Leep sebelum berjalan laju menuju ke tilam Suraya.
" Betina kau bangun. " Tengking Leep sebelum menarik Suraya jatuh dari tilam.
Suraya jatuh terhentak. Kepalanya terhantuk pada almari kecil di bawah tilam. Dia memegang kepalanya yang sakit. Leep menyepak - nyepak badan Suraya.
Liya panik melihat Leep mengamuk segera mengejutkan Rania. Setelah mengetahui Leep mengamuk , Rania segera bergegas memeluk kaki Leep untuk menenangkannya.
Leep bertambah marah dengan perbuatan Rania membela perempuan yang telah mencabar kesabarannya. Rania ditarik masuk ke bilik air sebelum dikurung di dalamnya.
Dengan muka merah , Leep terus memukul Suraya. Darah merah membuak - buak keluar dari mulut Suraya. Liya segera memeluk kaki Leep merayu Suraya dilepaskan.
Malangnya rayuan Liya tak dilayan. Liya turut dikurung dalam bilik air. Liya dan Rania terus menjerit agar Leep melepaskan mereka dan berhenti memukul Suraya.
Pintu dibuka dari luar akibat kekecohan yang berlaku di dalam bilik. Beberapa orang lelaki masuk memegang Leep sebelum membawa Leep keluar dari bilik. Burn membuka pintu bilik air sebelum Liya dan Rania meluru mendapatkan Suraya.
Rania menangis teresak - esak melihat keadaan Suraya. Liya berusaha mengejutkan Suraya yang tidak bergerak sejak tadi. Nadi dan nafas Suraya diperiksa Liya sebelum dia turut menangis.
" Dia dah tak ada. " Kata Liya perlahan.
" Tipu. " Nafi Rania sebelum menggoncang tubuh Suraya.
" Sue bangun Sue. Jangan tinggalkan aku. Aku dah tak ada sesiapa. " Rintih Rania sambil memeluk mayat Suraya.
Burn menarik tubuh Rania dan Liya menjauhi mayat Suraya. Toto yang dijadikan selimut oleh Suraya ditarik sebelum tubuh Suraya dibalut dengannya. Burn membawa mayat Suraya keluar sebelum beberapa orang lelaki lain membersihkan darah di lantai.
Rania dan Liya menangis sambil memeluk satu sama lain. Selesai mencuci darah , Mie mengarahkan mereka mandi dan mencuci pakaian mereka yang dikotori darah Suraya.
Share this novel