7

Action Completed 2826

Rania terjaga setelah terasa dipeluk erat. Deru nafas kedengaran jelas di telinganya sementara pergerakan anginnya terasa jelas di lehernya. Perlahan - lahan tangan yang melingkar di pinggangnya.
Tiba - tiba Leep menguatkan lagi pelukannya sambil menarik tubuh kecil Rania semakin rapat dengannya.

" Aku sayang kau , Rania. " Bisik Leep perlahan.
' Dia mengigau ini. ' Fikir Rania sebelum semakin meronta - ronta minta dilepaskan.

Tangan Leep sehabis daya cuba dileraikan. Perlahan - lahan Leep tersedar sebelum melonggarkan pelukannya. Rania bergegas bangun ingin melarikan diri.
Belum sempat dia menyelak langsir , Leep lebih tangkas memeluk perut Rania sebelum menariknya lebih dekat.

Pelukannya dieratkan sebelum kepalanya didekatkan dengan kepala Rania.

" Kau nak ke mana ? Nak lari ? Jangan harap. " Kata Leep dengan nada yang menjengkelkan.
Rania terus menerus meronta - ronta melepaskan pelukan Leep. Leep merangkul perut Rania lebih erat.
" Diam. " Kata Leep dengan suara yang ditekan.
" Aarghh sakit. Lepaslah sakit. Tolonglah lepaskan saya. " Rintih Rania perlahan. Air matanya gugur membasahi pipinya.

" Kau dari semalam dah sakitnya. Apa masalah kau ? " Marah Leep sebelum menolak Rania berbaring di tilam. Baju Rania diselak kasar.

Rania bergelut menutup kembali bajunya sebelum Leep duduk diatas kakinya dan memegang kedua tangannya untuk mengunci pergerakan Rania.
Leep menyentuh perut Rania yang kebiruan akibat lebam.

" Ini sakit ? Kenapa kau tak tunjuk semalam ? " Marah Leep sebelum membangunkan Rania.

Belakang badan Rania turut dibelek. Tompokan kesan lebam - lebam disentuh Leep lembut. Selang beberapa detik Leep bangun meninggalkan Rania dalam tangisnya.

Leep keluar meninggalkan bilik.

Suraya bangun mendekati Rania setelah melihat Leep keluar dalam keadaan marah.

" Rania ? Awak okey ? Dia pukul awak ke ? " Soal Suraya risau dari balik langsir.
" Ya. Saya okey. Tak adalah. Sue jangan risau ya. " Balas Rania sehabis baik menyembunyikan tangisnya.

Suraya mengangguk sebelum kembali duduk di sofa. Tiba - tiba Leep masuk semula dengan beberapa beg pakaian. Langsir berdekatan tilam ditolak kasar sebelum dia mencampakkan beg - beg di sebelah Rania. Dia mengeluarkan tuala sebelum menanggalkan bajunya.
Leep mencampakkan bajunya di muka Rania sebelum menyidai tuala di bahunya.

Pintu bilik terbuka dari luar. Leep berpaling melihat gerangan yang membukanya.

" Burn ? Apa hal ? " Soal Leep sebelum mendekatinya.
" Leep , aku rasa kau sahajalah yang jaga perempuan yang dah separuh mati ini. Maksud aku , bilik kau dijadikan tempat perlindungan sementara mereka. Boleh ? " Kata Burn serba salah.
" Burn , masuklah dulu. " Balas Leep.
" Rania , bawa dia ke sofa satu lagi. Nanti datang sini balik. " Kata Leep tegas.

Rania segera memapah Suraya ke sofa belakang kabinet. Walaupun sejujurnya dia tidak larat tapi disebabkan ada Burn , dia perlu. Tak sanggup rasanya dipukul oleh Burn. Rania segera mendekati Burn dan Leep setelah mereka memandang serius wajahnya.

" Berapa ramai boleh muat dalam ini ? Untuk satu masa termasuk ruang khas aku. " Soal Leep tegas.
" Aaa saya tak tahu. Kalau kemas semula mungkin enam orang. Tapi sesak sangatlah. Kalau lima orang mungkin selesa sikit. Tapi perabot tak cukup. Dan saya tak mampu nak kemaskan. " Jawab Rania takut - takut.
" Okey sebentar lagi aku suruh budak hantar baki perabot yang tak guna. Nanti aku pinjam beberapa orang perempuan untuk tolong kemas. " Kata Burn sebelum bangun.
" Oh lupa. Ril kirim duit sebab kau ambil budak dia. Semak betul dia dengan perempuan itu. " Kata Burn sebelum memberi sampul surat kepada Leep.
" Oh terima kasih. " Kata Leep sebelum Burn keluar.

Leep menarik tangan Rania sebelum menolaknya duduk di tilam.
" Kau jangan nak memandai bagi aku tidur seorang. Lima oranglah sangat. " Marah Leep.
" Tak boleh ke ? " Soal Rania buntu.
" Aku kata tak boleh itu tak bolehlah. Kau jangan buat hal. " Kata Leep sambil mengcengkam pipi Rania.
" Auw. Sakitlah. Ya ya. Aku tak buat. " Kata Rania mengalah.
" Bagus. " Kata Leep sambil tersenyum.
" Tepilah nak mengemas. " Kata Rania lemah sambil bangun menjauhi Leep.

Plastik hitam segera diangkat sebelum diletakkan setempat di atas sofa. Leep hanya memandang kosong. Kabinet dapur dan meja makan turut ditolak Rania ke ruang antara almari dan bilik air.

Sebaik sahaja Leep keluar dari bilik air , Rania mendekatinya.
" Baju dalam beg itu boleh tak awak susun sendiri dalam almari di kepala tilam ? " Soal Rania letih.
" Tak boleh. Saya nak awak yang kemas. " Kata Leep tak perduli sebelum mengeluarkan semua pakaiannya dari beg. Bersepah - sepah tilam dibuatnya. Rania mengeluh melihatnya sebelum menurunkan almari kecil di sebelah sofa sebelum menyusunnya di sebelah pintu masuk bilik air.

" Rania. " Panggil Leep di muka pintu sebelum keluar. Rania mendekati Leep dengan muka tiada perasaan.
" Makan dulu baru mengemas. " Bisik Leep lembut sebelum keluar mengunci pintu.
Rania terdiam sebentar sebelum menuju ke kabinet untuk bersarapan bersama Suraya.

Selesai bersarapan , Rania naik ke tilam untuk mengemas pakaian Leep.
Pintu terbuka sebaik sahaja Rania duduk di atas tilam. Beberapa orang lelaki masuk memeriksa keadaan sekeliling.
Rania hanya meneruskan pekerjaannya tanpa memperdulikan mereka.

" Rania. " Panggil seorang lelaki tiba - tiba.
" Ya. " Sahut Rania sambil turun dari tilam.
" Ambil dia. " Kata lelaki itu sambil memandang seorang lelaki yang mengendong seorang perempuan yang tidak sedarkan diri.

Rania segera mengalihkan plastik hitam ke atas tilam sebelum membaringkan seorang lagi perempuan di sofa. Sebaik sahaja selesai membaringkan perempuan itu , lelaki itu keluar.
Pelbagai perabot rosak dibawa masuk sehinggakan ruang dalam bilik menjadi sesak.

" Ada apa - apa barang lagi yang diperlukan ? " Soal salah seorang lelaki yang memunggah barang.
" Ada kain baju bersih dan toto lagi tak ? " Soal Rania sebelum mereka keluar mengunci pintu.

Rania bergegas menyelak langsir sebelum melipat pakaian Leep. Satu per satu pakaian Leep disusun mengikut jenis ke dalam almari kecil di kepala tilam. Belum selesai dia mengemas pakaian Leep , pintu bilik dibuka lagi.
Kelihatan empat orang perempuan membawa empat plastik hitam dan enam toto masuk ke dalam bilik. Pintu di kunci sebaik sahaja mereka masuk. Rania mengemas sedikit di atas tilam sebelum meminta mereka meletakkan barang yang dibawa di atas tilam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience