1

Action Completed 2826

"Auww. " Keluh Rania sambil berusaha bangun. Seluruh badannya terasa sakit -sakit. Lengannya terasa pedih. Namun matanya masih lagi kabur dek tidur lenanya. Badannya terasa gatal - gatal. Dia tergaru - garu dalam mamai.

Dalam suram keadaan bilik , Rania tersedar bahawasanya dia tidak berada di bilik tidurnya.
Perlahan - lahan dia bangun sebelum memerhatikan sekelilingnya.
' Kotornya. Baju bersepah - sepah. Perabot rosak. Bungkusan - bungkusan pelik. ' Fikir Rania.

" Macam mana aku sampai ke sini ? " Gumam Rania sambil berfikir. Fikirannya ligat mengingati peristawa semalam.
Perlahan - lahan dia teringat sesuatu. Semalam dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tapi apa yang jadi ?

Pintu dibuka dari luar. Seorang lelaki asing masuk sebelum kembali mengunci pintu. Langkahnya diatur mendekati Rania.

" Kau. Kau siapa ? Macam mana aku boleh ada dekat sini ? " Soal Rania takut - takut.

Lelaki asing itu tersenyum sinis.

" Kenapa kau takut ? " Soalnya sebelum duduk di sebelah Rania. Kakinya diletakkan di atas riba Rania.
Rania menolak kaki lelaki asing itu. Sebaik sahaja kakinya jatuh ke lantai , lelaki asing itu mencengkam pipi Rania.

" Kau dengar sini. Mulai hari ini , kau itu hamba aku. Kalau kau tak nak sakit. Kau ikut semua arahan aku. Jangan membantah apa pun arahan aku. Kalau tak teruk kau aku kerjakan. " Ugut lelaki asing itu tegas sebelum melepaskan pipi Rania.

Dek kerana terlalu takut. Air mata Rania mengalir deras.

" Syhhhh. Dah - dah. Aku baik orangnya. Kau dengar cakap aku kau selamat. Kalau tak kau siap. " Kata lelaki asing itu sambil mengusap air mata Rania.

Tiba - tiba Rania terdengar suara perempuan menjerit. Rania terkedu.

" Haa panjang umur. Tunggu sebentar. " Kata lelaki itu sebelum menjenguk keluar.

" Siapa ? " Kata lelaki itu.
" Burn. " Kata lelaki lain. Lelaki asing itu mengangguk sebelum masuk mendekati Rania.
Tangan Rania ditarik. " Ikut aku. " Kata lelaki asing itu. Rania ditarik keluar menuju ke sebuah bilik lain.
Tuk , tuk. Pintu diketuk sebelum kebenaran masuk diberikan. Lelaki asing itu masuk sambil menarik Rania sekali.
Kelihatan seorang perempuan terbaring lemah. Bajunya koyak. Bibirnya pecah. Lebam kelihatan jelas di badannya.
Rania mengundur ke belakang. Tiba - tiba lengannya ditarik sebelum ditolak jatuh di sebelah perempuan malang tadi. Kelihatan jelas kesan cucuh rokok di tangan perempuan tadi.

" Hah kau pun buat masalah hah perempuan ! " Tengking kawan lelaki asing tadi.
Rania menggeleng sebelum merangkak menjauhi lelaki itu. Rambut Rania ditarik kasar.
" Bangun ! " Tengking lelaki itu.
" Wooo hohoho. Dah - dah Burn. Aku bawa dia nak bagi amaran. Bukan suruh kau pukul dia. " Kata lelaki asing itu kepada kawannya , Burn.
" Oooo. " Kata Burn sebelum menolak Rania jatuh.

Tersungkur Rania dikerjakannya. Bibir pecah dan tangannya luka. Perlahan - lahan dia duduk. Air matanya gugur.

" Aku ingat kau tak sampai hati nak pukul perempuan ini. Alah Leep kau kan baik. Manalah aku tahu. Dah bawa dia balik. Semak aku tengok. " Kata Burn.
" Okey Burn. " Balas Leep sebelum menarik Rania keluar.

Sebaik sahaja masuk ke bilik , Leep melepaskan Rania.
" Dah - dah tak payah menangis. Itu baru sikit. Mujur kau duduk dengan aku. Burn memang macam itu. Tapi kalau kau cuba lari. Aku tak akan pukul kau. Aku serah pada Burn sahaja. Kalau nak cubala. " Kata Leep sebelum pintu diketuk.
" Leep ini barang yang orang tak nak. Kau nak ? " Soal seorang lelaki asing. Leep mengangguk sebelum duduk di sofa.

" Heh perempuan picit kaki aku. " Arah Leep kepada Rania. Rania duduk dilantai sebelum memicit kaki Leep.

" Amboi Leep. Bukan main kau ya. " Sakat lelaki asing. Leep gelak.
" Semaknya bilik kau Leep. Kau tak kemas ke ? " Soal lelaki kedua.
" Alah nantilah perempuan ini kemas. " Kata Leep sebelum menunjukkan Rania.
" Pandai ke dia mengemas ? Yang aku itu suruh apa pun tak pandai. Muka saja cantik. Apa pun tak pandai. " Sampuk lelaki lain sambil memunggah almari - almari kecil masuk ke bilik.
" Pandai tak pandai. Aku tengok tak kemas kau siap. " Balas Leep tegas.
" Wau garangnya Abang Leep kita. " Sakat seorang lelaki tadi. Mereka ketawa gembira.
" Sudahlah dah penuh bilik kau ini Leep. Tapi almari kecil ini banyak lagi. Boleh letak habiskan ke Leep ? " Soal salah seorang dari mereka.
" Letaklah. Nak letak apa pun. Bukan aku yg kemas. Kalau ada tilam aku nak. " Kata Leep acuh tak acuh.

Selang beberapa minit , bilik Leep penuh dengan perabot , tilam , pintu dan lain - lain.

" Okeylah Leep. Dah penuh sangat ini. Kami keluar dululah. Nanti baju terpakai kami hantar sini. " Kata salah seorang lelaki yang memunggah barang sebentar tadi.
" Okey terima kasih. " Kata Leep sebelum bangun.

" Apa nama kau ? " Soal Leep.
" Rania. Rania Humaira. " Kata Rania.
" Okey Rania. Aku nak kau kemas semua ini. Buat tempat tidur aku. Dan baiki sofa ini. Aku nak keluar. Dalam plastik itu ada barang aku beli. Guna dan kemas. " Kata Leep sebelum keluar mengunci pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience