12

Action Completed 2826

Sebaik sahaja selesai mandi , Rania mulai mengemas semula. Dia tidak bersedia untuk bersemuka dengan Leep walaupun badannya masih lemah dan sakit.
Satu per satu barangan dikeluarkan.

' Banyaknya. Oh kedai Rm2. Patutlah. ' Fikir Rania.

Barang diasingkan mengikut jenis. Pelbagai jenis biskut dan kudap - kudapan diletakkan di dalam almari kecil yang paling atas manakala roti dibiarkan di atas kabinet. Sementara minuman di almari tengah dan bahan pencuci di almari bawah. Rania terpandang pinggan mangkuk yang dibeli oleh Leep sebelum ketawa perlahan.

' Dia beli satu pinggan untuk satu corak ini nak buat apa ? Pertunjukkan pinggan ? ' Fikir Rania sambil tertawa.

Plastik yang seterusnya dibuka. Bekas - bekas kecil dan comel pelbagai rupa kelihatan comel sekali. Beberapa biji bekas disusun diatas kabinet sebelum bakinya diletakkan di bahagian bawah yang masih berpintu. Satu daripada empat pintu telah tercabut.
Plastik yang berisi wayar dan pelbagai peralatan bertukang di letakkan di atas meja. Kain lap dan apron dilipat sebelum diletakkan di bahagian atas kabinet. Rania terpandang perkakas dapur yang dibeli Leep. Pisau , sudu , garfu , papan pemotong dan pelbagai lagi.

' Nampaknya dia memang tak ada perancangan untuk membebaskan aku. Daripada peralatan yang dibelinya. Aku rasa seperti selamanya aku akan terkurung di sini. ' Fikir Rania dengan linangan air mata. Hatinya terasa bagai dihiris - hiris kecil. Sakit. Sakit yang teramat.

Rania mengelap air matanya dengan belakang tangannya. Plastik yang seterusnya dibuka. Tisu , jug air , bekas tisu , plastik sampah , alas meja , alas periuk , besen , bekas sudu dikeluarkan. Dia menarik perlahan meja sebelum meletakkan alas meja diatasnya. Tisu dibuka sebelum diisi di dalam bekasnya diletakkan di tengah meja. Satu bekas sudu yang kecil diletakkan di sebelah tisu. Sudu garfu dibuka plastiknya sebelum dikumpulkan di dalam besen.
Tiba - tiba Leep datang memeluk Rania dari belakang. Kepalanya diletakkan di atas bahu Rania.

" Kenapa rajin sangat ini ? Tak penat ke ? " Soal Leep lembut sebelum mengucup pipi Rania.
" Tepilah. " Balas Rania dingin sambil menolak tubuh Leep. Empangan air matanya ditahan sekuat mungkin.
" Saya nak keluar. Beli barang basah. Nak suruh awak masak. Ada apa - apa saya perlu beli lagi ? " Soal Leep mengalah sebelum melepaskan pelukannya.
" Saya nak masak pakai apa ? Dapur , singki , periuk , peti sejuk semua tak ada. " Keluh Rania.
" Nanti saya carikan. Cuma peti itu saya tak termasuklah. Singki kalau ada yang terpakai adalah. Periuk saya dah belilah. " Balas Leep sebelum melangkah pintu.
" Aa awak memang tak akan lepaskan saya ke ? " Soal Rania sayu. Leep merenung kejap Rania sebelum meninggalkannya.

Rania terduduk menangis semahu - mahunya. Hatinya terasa seperti dirobek - robek setelah menyedari dia akan menghabiskan sisa hidupnya di bilik itu. Bersama lelaki yang bukan sesiapa padanya. Semua harapan dan impiannya musnah. Berderai bagaikan kaca jatuh ke batu.
Setelah lebih tenang , Rania berbaring di lantai. Perlahan - lahan dia terlena kepenatan.

Setelah beberapa puluh minit , tiba - tiba pintu dibuka dari luar. Seorang lelaki masuk mencari Rania tanpa menyedari Rania tertidur di balik barang - barang yang bersepah - sepah.

" Rania. Rania. " Panggil lelaki itu setelah gagal menemui Rania.
Perlahan - lahan Rania bangun dari tidurnya terpisat - pisat memandang lelaki yang masuk ke biliknya.
" Ya. " Sahut Rania dengan rambut yang tidak terurus.
" Ish , kau ini. Kau duduk di situ selama tadi ? " Marah lelaki itu. Rania mengangguk.
" Bilik bersepah. Kau boleh tidur ? Dasar pemalas. " Marah lelaki itu lagi sebelum menarik telinga Rania memaksanya bangun.
" Aduh - aduh sakit. " Rintih Rania sambil memegang telinganya. Perlahan - lahan dia bangun sebelum telinganya dilepaskan.
" Sekarang aku nak kau kemas semua ini. Aku akan duduk sini tunggu kau kemas. " Arah lelaki itu sambil memasang lampu sebelum duduk di sofa.

Rania kembali duduk membuka bungkus pisau dan pelbagai perkakas dapur sebelum meletakkan di dalam besen sudu garfu. Span basuh pinggan dan sabun pencuci pinggan mangkuk turut diletakkan di dalam besen sebelum diletakkan di tepi bilik air. Baldi dan kerusi kecil diletakkan di dalam bilik air

" Macam itu sahaja ? " Soal lelaki asing itu marah.
" Nanti saya basuhlah. Banyak lagi kan ? " Jawab Rania perlahan.
" Menjawab kau ya. " Marah lelaki itu sebelum kembali memandang telefonnya.

Rania diam sebelum menyambung kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience