Completed
2826
Rania meletakkan alas periuk di atas kabinet sebelum mengangkat periuk nasi. Periuk dikeluarkan sebelum dia mula memasak lauk. Baki sayur - sayuran diletakkan di dalam bakul kecil di dalam almari tapak singki.
Setelah hampir sejam bertungkus - lumus memasak , Rania menghidang di meja makan sebelum menutupnya. Tiga jug air suam dan satu jug air sirap diletakkan dalam dulang di atas meja bersama cawan. Pinggan diletakkan terbalik di sisi bekas nasi. Sedikit sudu garfu diletakkan di dalam bekasnya di atas meja. Dia hanya memandang Leep yang terlena di sofa sebelum mencuci perkakas dapur yang digunakannya tadi.
Bakul bertangkai di lantai diambil sebelum diisi dengan sabun mandi , ubat gigi , syampu dan berus gigi. Rania menyangkutkan bakul tersebut pada tong air. Baki barang yang belum digunakan diletakkan di dalam bakul kain sebelum diletakkan di dalam almari sebelah pintu masuk. Bakul kain kotor diletakkan di tepi pintu bilik air.
Selesai mengemas, Rania segera mencari baju ganti dan dua helai kain untuk memandikan Liya. Perlahan - lahan Rania mengejutkan Liya sebelum memapahnya ke bilik air. Rania membantu Liya duduk di atas kerusi kecil yang telah dilapis tiga sebelum memandikannya. Selesai menguruskan Liya , Rania mengejutkan Suraya.
" Awak nak mandi ? " Soal Rania.
" Kalau aku nak mandi. Aku buat sendiri. " Marah Suraya sebelum menolak Rania.
Mujur saja Rania tidak jatuh buat kali kedua. Rania segera bangun membersihkan dirinya pula.
Sebaik sahaja keluar dari bilik air , Rania terlihat lelaki yang mengarahnya tadi berbual - bual dengan Leep. Rania mengambil beg plastik sebelum meletakkan baju - baju kotor di dalamnya. Plastik diikat dan diletakkan di tepi pintu.
Rania segera naik ke tilam untuk berehat. Sebaik sahaja berbaring , Rania terus terlena.
" Rania. " Panggil Leep tiba - tiba.
" Hmmm. " Sahut Rania separuh mamai.
" Turun sebentar. " Arah Leep.
Rania turun sambil terpisat - pisat menggosok matanya.
" Duduk. " Arah Leep sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya.
Rania duduk di sebelah Leep.
" Ini Mie. Dia nak bagi tiga almari kecil. Jadi ada tempat nak letak tak ? " Soal Leep.
" Hmm. Boleh satu letak bawah bakul kain tepi bilik air. Dua letak di sana. " Balas Rania dengan mata tertutup.
" Sana itu sana mana ? " Soal Mie.
Rania membuka mata sebelum menunjuk ke arah dapur.
" Tak sempit ke nanti ? " Soal Leep.
" Tak apa. Saya dah tak ada ruang nak letak semua benda yang awak beli. Nak buka kedai baru ke apa ? " Kata Rania mamai.
" Okey. " Kata Leep sambil berdiri menuang air sirap untuk dia dan Mie.
" Minumlah Mie. " Kata Leep sambil membelek lauk yang dimasak Rania sebelum kembali duduk.
" Banyaknya kau masak Rania. Mie makan sini sahajalah. " Kata Leep.
Rania diam sebelum terlena di bahu Leep. Leep dan Mie ketawa terbahak - bahak.
" Aku letak dia dekat atas sebentar. " Kata Leep sambil menggendong Rania naik ke tilam.
Leep mengusap kepala Rania sebelum mengucup lembut dahi Rania.
" Aku sayang kau. " Bisik Leep perlahan sebelum turun meninggalkan Rania.
Share this novel