Bab 31: Rahsia Dua Hati dan Janji Ben

Mature Content Series 913

Bau ubat-ubatan di Klinik Mediviron itu menusuk hidung, namun bagi Chloe, dunia seakan-akan berhenti berputar sebaik sahaja doktor wanita separuh umur itu menanggalkan cermin matanya dan tersenyum.
"Tahniah, Cik Chloe. Ujian air kencing dan imbasan awal mengesahkan jangkaan saya. Rahim awak menebal. Awak hamil, lima minggu."
Dunia Chloe menjadi sunyi sepi. Suara doktor itu tenggelam timbul di pendengarannya. Hamil? Lima minggu? Tangannya perlahan-lahan menyentuh perut yang masih kempis. Kiraan itu tepat. Ia berlaku semasa fasa 'bulan madu' tidak rasmi mereka sebaik sahaja pulang dari Sarawak, waktu di mana cinta dan nafsu mengatasi logik akal.
Perasaan gembira dan takut bercampur baur menjadi satu gelombang yang menyesakkan dada. Dia sedang membawa benih cinta Ben, lelaki yang dicintainya separuh mati. Namun, bayangan wajah Betty dan ketiadaan khabar berita daripada Ben selama beberapa minggu ini menjadikan berita gembira ini satu beban yang berat. Adakah Ben akan gembira? Atau adakah Ben akan merasa terperangkap, seperti mana dakwaan Betty bahawa lelaki itu cepat bosan?
Apabila Chloe melangkah keluar dari bilik rawatan, Mira segera menerpa.
"Macam mana? Doktor cakap apa? Kau okay tak ni?" soal Mira bertalu-talu, wajahnya jelas risau.
Chloe menarik nafas panjang, memaksakan seukir senyuman nipis. Dia belum bersedia untuk berkongsi rahsia besar ini, walaupun dengan sahabat baiknya sendiri. "Tak ada apa-apalah. Doktor cakap gastrik angin dan tekanan darah rendah je. Biasalah, stres kerja dan makan tak tentu masa."
Mira mengurut dada, lega. "Fuh, buat suspen je kau ni. Ingatkan apa tadi. Dah, jom balik rehat."
Chloe mengangguk, namun tangannya menggenggam erat beg tangannya, melindungi sekeping gambarultrasoundyang kini menjadi rahsia terbesarnya. Dia bertekad untuk merahsiakan hal ini dahulu. Dia perlu menyelesaikan kekusutan hubungannya dengan Ben sebelum memberitahu perihal nyawa kecil ini.

Sabtu petang itu, ketika Chloe sedang termenung di sofa apartmennya sambil melayan perasaan, telefon bimbitnya berdering. Nama 'Mr. Tunang' terpapar di skrin?panggilan video. Jantung Chloe berdegup kencang. Ini adalah panggilan pertama Ben selepas seminggu menyepi.
Sebaik sahaja dia menekan butang hijau, wajah Ben muncul di skrin. Chloe hampir tidak mengenali lelaki itu. Ben kelihatan sangat tidak terurus. Jambang dan misai tumbuh meliar menutupi sebahagian wajah kacaknya, matanya cengkung dengan lingkaran gelap 'mata panda' yang berat, dan rambutnya serabai seolah-olah sudah lama tidak disisir. Dia kelihatan seperti orang yang baru lepas berperang.
"Haibaby, buat apa?" sapa Ben dengan suara serak-serak basah, cuba tersenyum walaupun matanya nampak layu kepenatan.
"Rehat di rumah ja," jawab Chloe pendek. Nada suaranya dingin, bercampur dengan emosi hormon mengandung yang tidak stabil.
Ben tersenyum nipis, menyedari ketegangan itu. "Hmm... merajuk ek?"
Soalan itu bagaikan mancis yang dilempar ke dalam tong minyak. Emosi Chloe meledak serta-merta. Air mata yang ditahan-tahan selama ini mula bergenang.
"Sapa merajuk?Me? What for?Ke awak dah buatsomethingyang tak baik di belakang I?Five weeks, Ben! U hilang lima minggu! U serius ke nak kahwin ni?" Suara Chloe naik seoktaf, melepaskan segala beban di dadanya. "Orang kalau nak kahwin tak macam ni, orangbusydenganplanningmajlis, tempah dewan, cari baju! Tapi U masihbusydengan kerja,shootingsana sini sampaicallI pun U tak jawab! Saya lelah macam ni, Ben! Saya penat!"
Ben di skrin hanya diam mendengar amukan itu. Dia tidak memotong, malah senyumannya makin lebar, seolah-olah lega mendengar suara bebelan itu.
"Dah habis marah?" tanya Ben lembut. "Malam ni, pukul 8. Siap cantik-cantik. I ambil U. Kitadate."
Belum sempat Chloe membantah, talian dimatikan. Chloe mendengus geram, namun jauh di sudut hati, dia merindui lelaki 'hancur' itu.

Tepat jam lapan malam, loceng pintu apartmen Chloe berbunyi. Apabila Chloe membuka pintu, dia terpaku.
Ben yang berdiri di hadapannya bukan lagi Ben yang 'barai' dalam panggilan video tadi. Lelaki itu telah bertransformasi sepenuhnya. Jambang dan misainya telah dicukur rapi, menampakkan rahang maskulinnya yang tajam. Rambutnya dipotong kemas gayapompadourdiJoe's Barbershop, dan dia mengenakan kemeja putih yang dipadankan dengan seluarslackhitam. Dia kelihatan sedikit kurus, tetapi aura kacaknya kembali memancar, malah lebih berseri daripada biasa.
"Jom, Bunga Matahari," ajak Ben, menghulurkan tangan.
Malam itu, Ben membawa Chloe makan malam diEnvi Skydining, sebuah restoran mewah dengan pemandangan Menara KL yang memukau. Suasana romantik dengan cahaya lilin sedikit sebanyak meredakan ketegangan di antara mereka.
Selepas hidangan utama selesai, Ben meletakkan garpunya. Dia menatap mata Chloe dalam-dalam, lalu memulakan bicara yang paling dinantikan.
"Pasal Betty..." Ben memulakan, membuatkan tubuh Chloe menegang. "Dia memang datang cari I. Tapi I tak layan dia, sayang. I tak bagitahu U sebab I tak nak rosakkanmoodU."
Ben mencapai tangan Chloe di atas meja, menggenggamnya erat.
"Jangan risaubaby, I bukan lelaki yang seperti Betty dakwa. Dia yang tinggalkan I dulu sebab cita-cita, dia anggap I bebanan sebab masa tu I baru mulakan kerjayacontent creatorni. Bagi dia, I tak ada masa depan. Betty bukan siapa-siapa dalam hidup I lagi, dia kisah lama dan kesilapan yang datang sementara."
Mata Ben berkaca sedikit, penuh keikhlasan. "U adalah tujuan I, hidup I, dan cinta hati I selamanya. I 'hilang' lima minggu ni bukan sebab kerja studio semata-mata, dan bukan sebab perempuan lain."
Ben mengeluarkan sebuah fail tebal dari bawah meja dan meletakkannya di hadapan Chloe. Chloe membukanya perlahan-lahan. Matanya membulat besar.
Isi fail itu penuh dengan resit tempahan, lakaran rekaan, dan jadual majlis.
"SemuaplanI dah buat untuk majlis kita, sayang. Itu bukti I serius dengan hubungan ini. Bukan janji budak lelaki 15 tahun dulu, ni janji Ben 27 tahun sekarang."
Chloe menekup mulutnya, sebak. Rupa-rupanya, Ben menguruskan segalanya seorang diri.
"Dewan diGrand Hyatt Kuala Lumpurdahconfirmed. Baju pengantin kita, I dahbookslotfittingdengan Rizman Ruzaini minggu depan.Make-updanhairdoU nanti, Alha Alfa sendiri yang akan buat. I nak U jadi ratu paling cantik malam tu."
Ben menyelak helaian seterusnya, menunjukkan lakaran kek lima tingkat. "Kek kahwin, macam biasa, memang dari Uncle John lah yang terbaik. Kali ni Uncle John bagitahu I, dia akan datang sekali dengan isteri dia, Aunt Mary. Dia orang teruja nak buat kek mocha-vanilla bean untuk kita."
Air mata Chloe mula menitis jatuh ke pipi. Dia rasa bersalah kerana menuduh Ben yang bukan-bukan.
"Dan untukvideography, I dah upah Amir, budak yangshoottunang kita hari tu. MC majlis pun dahsettle. Lester dan Andrea setuju nak jadi pengacara. Ingat tak masa kitadouble datedengan diorang lepas terserempak dekatChurch St. Marydulu? Diorangexcitedgila."
"U hanya datang ke majlis untuk jadi pengantin I saja. I sediakan semua dari A sampai Z," bisik Ben, menyeka air mata di pipi Chloe. "I buat semua ni sebab I tahu U sibuk dengan projekinterior designU. I tak nak bebankan U."
Kejutan Ben tidak berakhir di situ. Dia mengeluarkan satu lagi kunci yang diikat dengan reben merah.
"Dan ini... kunci rumah kita. Di Desa ParkCity, jenis Adiva. Ada tasik, ada taman, kejiranan yang selamat. Sesuai untuk kita bina keluarga dan besarkan anak-anak nanti."
Malam itu, segala keraguan Chloe terhapus sepenuhnya. Ben bukan lelaki yang cepat bosan; dia adalah lelaki yang sanggup berkorban tidur dan tenaga demi membahagiakan wanitanya.

Selesai makan malam, mereka tidak pulang ke rumah Chloe. Atas permintaan Ben yang terlalu rindukan tunangnya, mereka pulang ke studio Duplex Ben.
Sebaik sahaja pintu ditutup, Ben terus memeluk Chloe dari belakang, mencium leher jinjang gadis itu dengan penuh ghairah. Rindu yang tertahan selama lima minggu kini menuntut pelepasan. Tangan Ben mula menjalar nakal, memberi isyarat bahawa dia mahukan 'peperangan' asmara malam ini.
Namun, Chloe menahan lembut tangan Ben.
"Ben...not tonight," bisik Chloe perlahan.
Ben terhenti, memandang wajah Chloe. Dia perasan wajah gadis itu nampak sedikit pucat di bawah cahaya lampu tidur, pipinya sedikit cengkung, dan selera makannya tadi tidak sebanyak biasa.
"Kenapa?Are you okay, sayang?" soal Ben, nada suaranya serta-merta bertukar risau. Tangannya melekap di dahi Chloe, memeriksa suhu.
"I tak sedap badan, letih sangat. Mungkin sebab kerja," dalih Chloe, menyembunyikan senyuman rahsia. Dia mahu memberitahu Ben tentang kehamilan itu apabila usia kandungan mencecah lapan atau sembilan minggu nanti, bersama bukti degupan jantung bayi. Dia mahukan kejutan yang lebih besar daripada apa yang Ben lakukan malam ini.
"Okay,sorry. I tak patut paksa U," kata Ben, penuh pengertian. Dia mencium dahi Chloe lama.
Malam itu, mereka hanya tidur berpelukan di atas katil empuk di loteng Duplex itu. Ben memeluk Chloe erat dari belakang, menyalurkan kehangatan tubuhnya. Tanpa disedari, tangan kekar Ben melingkar di pinggang Chloe dan tapak tangannya mendarat lembut tepat di atas perut kempis tunangnya itu.
Ben tidur dengan nyenyak kerana kepenatan, tidak menyedari bahawa di bawah tapak tangannya itu, ada satu degupan jantung halus yang sedang berkira-kira untuk melengkapkan hidup mereka berdua.
Tamat Bab 31.

Hai semua! ???? Stand up for Ben! ???? Siapa yang tuduh Ben curang bab lepas, sila beratur minta maaf sekarang. ???? Rupa-rupanya, 'hilang' Ben tu berisi. Dia bukan hilang cari perempuan lain, tapi hilang sebab nak siapkan istana untuk permaisuri dia. Effort dia uruskan majlis dari A sampai Z seorang diri, tempah Rizman Ruzaini, Alha Alfa, sampai ke kunci rumah Desa ParkCity... fuh, bar dia set tinggi melangit! Susah lelaki lain nak lawan ni. Dan that ending... tangan Ben tidur atas perut Chloe. Tanpa dia sedar, dia tengah peluk dua nyawa sekaligus. Rasa nak jerit je bagitahu Ben, "Woi, ada baby kat situ!", tapi biarlah Chloe simpan kejutan tu dulu. Momen tu pasti akan jadi lebih epik nanti. Korang rasa Ben akan pengsan tak bila dapat tahu nanti? Atau dia akan menangis macam budak kecik? Terima kasih sebab terus setia dengan Ben & Chloe. Love you guys! ❤️ — Bluecoral ????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience