Series
913
Ben tersenyum apabila mereka melangkah masuk ke Toko Bunga dan Kek. Bau mocha, whipped cream, dan bunga segar itu sentiasa sama, seolah-olah bau itu telah diabadikan
sebagai sebahagian daripada sejarah. Mereka duduk di sudut yang sama seperti ketika
mereka bertemu semula setahun yang lalu untuk menukar kek. "Akhirnya," kata Ben, melepaskan nafas lega. "Kita date di tempat yang betul, dan saya boleh
pastikan kek saya betul-betul Chocolate Fudge" Chloe ketawa, meletakkan payung hijau mint yang dilipat di atas kerusi. "Dan saya pula tidak
perlu bimbang tentang bola sepak yang merosakkan mood ulang tahun." Suasana canggung-romantik tergantung di udara. Mereka berdua sedar ini bukan lagi hanya
ucapan terima kasih untuk payung di 7E. Mereka sedang menghabiskan masa dengan sengaja. "Serius, nota awak dan payung tu benar-benar menyelamatkan minggu tesis saya yang gila," kata Chloe, memandang Ben. "Awak tak perlu buat semua tu, Ben."
"Perlu," balas Ben, matanya tenang. "Saya takkan biarkan kebetulan ketiga berlalu tanpa saya
ambil tindakan. Saya perlu pastikan Sweetheart saya tak terperangkap dalam hujan lagi."Dia
sempat berseloroh. Mereka berdua ketawa, perbualan mereka berkisar tentang perincian lucu?kek mocha bola
sepak yang hampir merosakkan hari jadi Chloe, dan bagaimana kedua-dua mereka kini
menganggap payung hijau mint sebagai simbolik 'permulaan baru'. Mereka sudah selesa dan
perbualan mengalir dengan mudah, tetapi masih sebagai orang asing yang flirting. Chloe tersipu-sipu dengan gelaran itu.?Sweetheart..?bisiknya dalam hati. Setelah memesan kek dan minuman, mereka bersembang tentang kerjaya Ben sebagai
content creator dan perjuangan Chloe dengan deadline.Beberapa minit kemudian, susuk tubuh seorang lelaki separuh baya yang tegap, membawa
dulang dengan senyuman yang lebar, menghampiri meja mereka. Itu Mr. John. Ben, yang sedang bercerita tentang insiden kek tertukar, tiba-tiba terhenti. Matanya
tertumpu kepada lelaki di hadapannya. Ekspresi Ben berubah?daripada flirty kepada terkejut, seperti melihat hantu dari masa lalu. "Uncle John?" Ben bersuara spontan, nadanya tidak percaya. "Is that you?" Mr. John tersenyum penuh makna, sambil meletakkan dulang itu. "Ya, ini saya! Ben...Benedict!betul
tak? Sudah besar kamu! Sudah lama tak jumpa The Guitar Player!" Chloe memandang kedua-duanya, keliru.?the guitar player!?,Uncle John!?".Chloe seperti menjerit,membuatkan pelanggan yang lain memandang ke arah mereka.Mana
tidaknya,pertemuan di toko ini setahun yang lepas dia anggap kebetulan,dan seminggu yang
lepas di 7E,itu apa?takdir?dan sekarang,hampir terungkai kisah lebih kurang belasan tahun
lalu. Mr. John memandang Chloe, dan senyuman di wajahnya menjadi lebih besar, seolah-olah dia
telah memenangi loteri. "Saya kenal kamu juga, nak! Siapa sangka Bunga Matahari dan Pemain Gitar datang date di
kedai saya semula,seperti waktu dulu? Selepas belasan tahun?dan tahun lepas, kamu berdua datang balik ke Toko Bunga dan Kek
ini? Takdir betul-betul mahu kamu bersama, ya?"Mr John bersuara. Dunia Chloe seolah-olah berputar. Bunga Matahari. Nama panggilan yang hanya diketahui
oleh sekumpulan kecil rakan sekolah. Dia memandang wajah Ben, yang kini kelihatan tidak
segagah content creator yang cool, tetapi seperti budak lelaki sekolah menengah yang dia
kenali. "Uncle John? Ben, awak kenal uncle ni?" tanya Chloe, suaranya sedikit bergetar.sekali lagi
Chloe bertanya,seolah-olah tidak percaya. Ben, yang masih terkejut, memandang Mr. John dan kemudian memandang Chloe semula. Reaksi mereka serentak?mata mereka membulat, dan kemudian mereka memandang Mr. John sekali lagi, mencari kepastian. "Sangat!" Ben berkata, nadanya penuh keterujaan bercampur nostalgia. "Dia uncle yang ada
kedai bunga dan kuih-muih sahaja waktu tu, di tepi simpang , ketika saya sekolah menengah
dulu!" Chloe pantas menyampuk, memotong Ben. "Kedai seberang jalan SMK Batang Rambai?" Mereka berdua terdiam, mata mereka membulat, memandang satu sama lain. Ekspresi wajah
mereka diwarnai kejutan yang lucu?ia adalah gabungan kelegaan (kerana ada clue) dan rasa
bodoh (kerana mereka tidak perasan lebih awal). Mr. John tersenyum melihat reaksi spontan mereka. Dia menepuk bahu Ben dengan lembut, menahan ketawa. "Kadang-kadang takdir itu lucu, Ben, Chloe," kata Mr. John, suaranya seperti seorang
storyteller yang mahir. "Kisah kamu tertukar kek itu hangat di toko saya ini, staf saya semua
ketawa ketika kamu call, Ben. Dan sekarang kamu berdua di sini. Itulah takdir Tuhan, seperti
hari ini juga, kebetulan saya ada di toko ini, kamu berdua pun disini. Jodoh, mungkin?" Mr. John tersenyum penuh makna, memberi masa kepada mereka untuk mencerna
maklumat itu, dan berlalu pergi. Pipi mulus Chloe kemerahan menahan senyum. Ben masih ternganga, antara percaya dengan
tidak. Dia mendekatkan badannya ke meja. "Awak Bunga Matahari? Kelas 3 Anggerik, SMK Batang Rambai?" tanyanya penasaran. Chloe hanya mengangguk, senyumannya kini penuh makna, dan mengangkat keningnya
dengan lucu. Ben mengambil nafas dalam, cuba merangkumkan sepuluh tahun lebih perpisahan dan tiga
pertemuan lucu ke dalam satu detik realisasi. Tidak! Sebenarnya lebih dari 3 kali
pertemuan,itu merangkumi di sekolah dulu,detiknya perlahan di hati.Kek Mocha Bola Sepak
dan Kek Vanila Pita Pink di hadapan mereka, yang dulunya adalah simbol perbezaan, kini
menjadi saksi kisah yang tidak pernah selesai. Dia kini faham mengapa dia sentiasa tertarik
kepada gadis ini, mengapa hatinya sentiasa terdorong untuk menulis nama dan nombor
telefonnya. Jarak masa tidak pernah melunturkan janji.Payung hijau mint dan kek mocha di
hadapan mereka seolah-olah berbisik: "Pertemuan Pertama hanyalah gurauan takdir yang comel, tetapi pertemuan seterusnya
adalah janji yang tak pudar.Itu TAKDIR?.
"WOW! Saya tahu ramai yang terkejut dengan Reveal Mr.John! Bukan sahaja mereka bertemu semula,malah di kedai yang sama-seberang jalan SMK Batang Rambai!Tiada lagi kebetulan,ini memang janji yang tak pudar.Pipi Ben dan Chloe merah(malu+terkejut)tetapi Mr.John adalah MVP yang menyatukan Bunga Matahari dan Pemain Gitar.Terima Kasih atas support anda!Jangan lupa untuk komen:Adakah anda syak Mr.John dari Bab 1 lagi? Bab 5 minggu depan akan membawa kita Flashback ke zaman sekolah.Bersedia untuk drama cinta monyet!?
Share this novel