Bab 18: Kestabilan, Bromance, dan Pengakuan Tengah Malam

Mature Content Series 913

Ben memarkir kereta di hadapan Duplex Studio-nya dan mengeluarkan barang dapur. Namun, dia tidak segera masuk. Dia memandu ke rumah Mark, kawan baiknya. Kebetulan, Lester juga ada di sana. Ben mahu berkongsi tentang double date pagi tadi.
Suasana di rumah Mark terasa santai. Di atas meja, terdapat beberapa tin bir sejuk dan kacang goreng ikan bilis pedas sebagai appetizer. Mereka duduk di beranda, jauh dari kebisingan kota.
"Aku tak sangka terserempak korang berdua kat St. Mary's tadi," kata Lester, ketawa geli hati. "Kau dengan Chloe nampak macam pasangan yang dah lama kahwin?tersangat serasi!"
"Sangat tak disangka," tambah Mark sambil menghirup birnya. "Tapi itulah takdir, Ben. Andrea dan Chloe memang kawan baik. Sekarang, kau tak boleh lagi sembunyikan hubungan Fasa Percubaan Eksklusif kau dari inner circle kami."
Ben hanya tersenyum lebar. "Aku gembira. Mereka berdua memang boleh buat aku dan Lester stress dengan nasihat, tapi aku tahu mereka jujur."
Perbualan mereka beralih kepada topik serius tentang kerja. Ben menceritakan tentang resolusi Projek Sarikei (mengupah Rakan Kongsi) dan tekanan dari client Zahri Holdings.
"Kontrak Zahri ni penting, Ben. Jangan main-main," nasihat Mark. "Aku dengar Head of Corporate Affairs mereka, Jasmine, agak demanding dan tak mudah diuruskan."
Ben mengangguk, mengingati mesej Jasmine yang demanding. "Ya, dia minta datang ke studio aku esok pagi untuk bincang lanjutan kontrak. Tapi itu sahaja. Aku tahu batasan aku, Mark. Dia adalah kerja, Chloe adalah hidup aku."
Mereka sahabat yang saling mendukung. Setelah beberapa jam berbual kosong, ketawa, dan berkongsi pandangan, Ben dan Lester mengucapkan selamat tinggal dan pulang ke rumah masing-masing.
Setibanya di Duplex Studio, Ben membersihkan diri dan merebahkan badan di atas sofa. Matanya merenung siling. Dia mengeluarkan telefon dan menaip mesej untuk Chloe. Dia tahu dia perlu berterus-terang.
[Ben - The Content Creator ]: Bunga Matahari. Saya rasa tak adil kalau saya tak beritahu awak. Mesej tadi siang (yang buat saya nampak tegang), adalah daripada Jasmine, Head of Corporate Affairs Zahri Holdings.
Chloe membalas dalam beberapa saat. Butterfly effects Chloe mula aktif semula.
[Chloe - Bunga Matahari ]: Jasmine? Bunyi macam nama yang cantik. Dan dia datang ke studio awak? Itu dah macam LDR dengan kerja, Hero.
Ben tersenyum kecil. Dia tahu trust adalah segala-galanya dalam Fasa Percubaan Eksklusif ini.
[Ben - The Content Creator ]: Dengar sini. Saya tahu awak curiga, dan itu sebab saya jujur. Dia datang untuk bincang lanjutan kontrak besar. Itu sahaja. Tapi saya nak awak tahu: Saya bukan lelaki playboy, dan saya bukan lelaki yang mudah tergoda.
Jasmine bukan tarikan saya. Tarikan saya hanya seorang Chloe. Dan kalau awak nak tahu, bibir comel itu manis. Saya teringat akan momen di SEVEN tu sebelum tidur tahu? Momen di mana awak 'membangkitkan singa tidur' saya.
Sekarang, tidurlah. Esok saya ada meeting penting.
Di apartmennya, Chloe membaca mesej itu. Wajahnya yang tegang tadi kini cair. Butterfly effectsnya benar-benar gila! Dia ketawa kecil, memukul bantal, kemudian menghela nafas panjang.
Dia tak akan berubah. Dia lelaki stabil yang saya cari, bisik hati Chloe.
Air matanya hampir gugur. Dia hampir sahaja bersuara, ingin meluahkan perasaan sebenarnya bahawa dia telah jatuh cinta dengan Ben, dan ingin segera menamatkan babak percubaan eksklusif mereka.
Namun, dia harus sabar. Ben adalah lelaki, Ben yang harus memimpin jalan (lead the way to heaven). Tugasnya hanya menyokong.
[Chloe - Bunga Matahari ]: Selamat malam, Hero. Saya tidur dulu. Dan jangan ingat awak boleh lari dari ciuman itu lagi. Saya akan tuntut janji manis awak.
Pagi Isnin: Ujian Kestabilan
Keesokan harinya, Ben bersiap sedia. Dia memastikan Duplex Studionya bersih dan profesional. Tepat jam 10 pagi, loceng pintu berbunyi. Ben menarik nafas dalam dan membuka pintu.
Jasmine, Head of Corporate Affairs Zahri Holdings, berdiri di situ, berpakaian business suit yang ketat menampakkan bentuk badannya, dan solekan tebal. Dia kelihatan sangat elegan, tetapi matanya penuh dengan dominance.
"Hai, Ben. Thanks for accommodating me," kata Jasmine, suaranya sedikit mendesak. Dia melangkah masuk ke studio Ben, matanya melilau menilai ruang peribadi itu.
Ben menegaskan nadanya dengan segera. "Silakan duduk, Jasmine. Kita boleh mula. Mengenai lanjutan kontrak dan bajet Q3 Zahri Holdings, saya ada beberapa point nak bincang."
Perbincangan berlanjutan selama hampir sejam. Jasmine kerap kali menyentuh bahu Ben ketika menunjukkan skrin komputer, dan sentuhannya melebihi batas profesional. Ben mengawal dirinya dengan ketat, hanya fokus pada data dan angka.
Jasmine cuba melencongkan perbualan ke topik peribadi. "Ben, I heard you're single. Dengan aset yang awak ada dan studio sehebat ini, kenapa tak ada wanita dalam hidup awak?"
Ben membalas dengan tegas dan profesional. "Jasmine, saya ada hal peribadi yang saya uruskan. Sekarang, boleh kita kembali pada timeline serahan video korporat?"
Kestabilan dan profesionalisme Ben mula menggores ego Jasmine. Apabila perbincangan kontrak selesai, Ben segera menutup fail.
"Terima kasih datang, Jasmine," kata Ben, berdiri tegak. Dia membuka pintu, isyarat bahawa meeting sudah tamat.
"Satu lagi perkara, Ben," Jasmine memulakan, nadanya sedikit tergores. "Jika ada perbincangan urgent selepas ini, saya lebih selesa kita berjumpa di pejabat Zahri, atau di kafe awam. Studio peribadi saya hanya untuk kerja editing dan shooting."
Jasmine mencebik kecewa. Dia sebenarnya sudah bersedia untuk 'menerkam' Ben; di sebalik sut korporatnya, dia mengenakan lingerie seksi. Penolakan Ben yang tegas dan profesional itu mematikan taringnya.
Nampaknya malam ni i kena cari mainan lain, bisik Jasmine dalam hati, sambil mengambil beg tangannya dan berlalu pergi meninggalkan studio Ben dengan langkah yang laju.
Ben menutup pintu. Dia bersandar di pintu, menarik nafas lega. Fuzz si kucing datang menggesel kakinya.
"Ya, Fuzz," bisik Ben. "Kita telah lulus ujian pertama."
Tamat Bab 18.

"Bab 18 mengukuhkan integriti Ben! Bromance dengan Mark dan Lester adalah reminder yang hebat bahawa Ben disokong oleh nilai persahabatan sejati. Paling penting, Ben memilih kejujuran—mengaku tentang Jasmine, sambil memberikan pengakuan tengah malam yang memabukkan Chloe. Ujian trust datang dalam bentuk Jasmine (yang demanding dan penuh niat tersembunyi). Ben berjaya menangkis godaan profesional itu dengan tegas, membuktikan dia adalah lelaki Iban sejati yang profesional dan setia. Jasmine terpaksa berundur. Ben telah lulus ujian pertama! Komen di bawah: Adakah Jasmine akan berputus asa, atau dia akan menggunakan Zahri Holdings untuk memecahbelahkan Ben dan Chloe? 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience