Series
913
Cahaya matahari pagi Ahad menyelinap masuk melalui celahan langsir tingkap duplex itu, membiaskan jalur-jalur keemasan di atas lantai kayu. Ben sudah terjaga lebih awal daripada biasa. Dia berbaring mengiring, menopang kepala dengan sebelah tangan sambil matanya tidak lepas daripada menatap wajah polos tunangnya yang masih dibuai mimpi.
Chloe tidur dengan nyenyak, dadanya turun naik dengan teratur. Ben mengukir senyum nipis. Tangannya perlahan-lahan naik mengusap rambut Chloe yang sedikit berserabut namun tetap kelihatan cantik di matanya. Jari-jemari kasarnya menyentuh pipi mulus itu, berhenti seketika di lekuk pipi yang akan membentuk lesung pipit setiap kali gadis itu tersenyum atau ketawa. Walaupun wajah Chloe kelihatan sedikit susut dan cengkung berbanding bulan lalu, kecantikannya tetap tiada tandingan di mata Ben.
"Sungguh indah ciptaan Tuhan," gumamnya perlahan, memuji bakal isterinya itu.
Lama dia menikmati pemandangan pagi yang mendamaikan itu. Dia membayangkan hari-hari mendatang, bangun pagi dengan wajah ini di sisinya seumur hidup. Hatinya berbunga riang. Tidak mahu mengganggu tidur Chloe, Ben bangkit perlahan-lahan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Memandangkan hari ini mereka berdua bercuti, Ben sudah merancang untuk membawa Chloe melihat rumah baharu mereka di Desa ParkCity selepas makan tengah hari.
Selesai mandi, Ben memesan sarapan melalui aplikasi penghantaran makanan. Dia memilih menu yang berat sedikit memandangkan jam sudah hampir ke angka sepuluh; piza dan spageti dari Pizza Hut, kegemaran Chloe. Apabila makanan sampai, dia menyusunnya rapi di atas meja makan, bersedia untuk mengejutkan tuan puterinya.
Di bilik tidur, Chloe membuka mata perlahan-lahan. Dia menggeliat malas, namun sebaik sahaja matanya menangkap jarum jam di dinding yang menunjukkan pukul sepuluh pagi, dia tersentak.
"Sepuluh pagi!" bisiknya terkejut.
Sejak akhir-akhir ini, pola tidurnya berubah drastik. Dia sentiasa berasa letih, lesu, dan mahu tidur sepanjang masa?penangan hormon kehamilan yang sedang bekerja keras di dalam tubuhnya. Tangannya secara automatik bergerak menyentuh perut yang masih kempis di balik baju tidur sutera itu.
"Morning, little sunshine," ucapnya penuh kasih dalam hati.
Benih cinta mereka sedang tumbuh di dalamnya. Dia tersenyum sendiri membayangkan bahawa tidak lama lagi, dia bakal menjadi ibu kepada zuriat lelaki yang amat dicintainya itu. Chloe berkira-kira sendiri, merancang untuk memberitahu Ben apabila usia kandungan mencecah sembilan minggu nanti, sewaktu degupan jantung bayi sudah boleh didengar melalui imbasan. Dia mahukan kejutan yang sempurna. Namun, melihat betapa telitinya Ben, dia risau jika rahsia ini terbongkar lebih awal.
Chloe bangun dan melangkah ke dapur. Dia melihat Ben sedang sibuk menuang air ke dalam gelas.
"Morning, sayang," sapa Chloe lembut.
Ben menoleh, wajahnya ceria. "Morning, my love."
"Buat apa tu? Masak ke?"
"Taklah, I order je ni. Piza dan spageti, U suka kan?"
Chloe tersenyum, melangkah mendekati meja makan. Namun, sebaik sahaja kakinya menghampiri kerusi, aroma sos bolognese spageti yang kuat bercampur bau keju panas menyerbu rongga hidungnya. Bau yang sepatutnya menyelerakan itu tiba-tiba bertukar menjadi satu bauan yang meloyakan tekak.
Rasa mual yang teramat perit menendang perutnya. Tanpa sempat berkata apa-apa, Chloe menekup mulut dan berlari laju menuju ke singki bilik air.
"Uwerkk!"
Segala isi perutnya, walaupun dia belum makan apa-apa, cuba dimuntahkan keluar. Cecair asid perut yang pahit membuatkan tekaknya perit. Ben yang terkejut besar terus berlari mengekori ke muka pintu bilik air. Riak wajahnya berubah cemas.
"Sayang! Are you okay? Kenapa ni?" Ben menggosok belakang Chloe, matanya terpancar seribu kerisauan. Dia terus menyalahkan dirinya sendiri; adakah Chloe sakit kerana tekanan perasaannya 'hilang' selama beberapa minggu lepas?
Chloe membasuh mulutnya, wajahnya pucat lesi. Ben segera memimpin tangan tunangnya ke sofa ruang tamu.
"Sit here," arahnya tegas namun lembut. "Jom kita ke klinik. I risau tengok sayang macam ni. Pucat sangat ni." Suara Ben sedikit bergetar.
Chloe menggeleng lemah. "It's okay sayang, I tak ada apa-apa." Dia tahu jika mereka ke klinik, rahsianya akan terbongkar serta-merta. Dia belum bersedia.
"Tak sakit apanya sayang, ni U muntah pagi-pagi, kenapa?" desak Ben.
"Gastrik sayang... haritu kan dah pergi klinik panel," dalih Chloe.
"Betul U okay?" Ben masih tidak puas hati.
"Yes, I okay je ni."
Demi meyakinkan Ben dan demi 'si kecil' di dalam perut yang memerlukan nutrisi, Chloe menggagahkan diri menelan sepotong piza, sedaya upaya menahan rasa loya. Spageti itu langsung tidak disentuhnya, malah dia meminta Ben menjauhkannya sedikit. Ben yang tidak menjangka apa-apa sekadar menurut, menyangka itu hanya sisa-sisa gastrik lama.
Selesai sarapan dan bersiap, mereka bertolak ke Desa ParkCity. Dalam perjalanan, Ben singgah sebentar di pandu lalu McDonald's, membeli burger sebagai bekal makan tengah hari nanti. Sepanjang perjalanan, suasana kembali ceria dengan gelak tawa mereka membincangkan masa depan.
Setibanya di perkarangan rumah baharu mereka, Chloe terpegun. Rumah jenis Adiva itu tersergam indah. Ia adalah sebuah kediaman landed dua tingkat dengan reka bentuk moden tropika, dikelilingi pagar keselamatan yang ketat. Suasana kejiranan itu tenang, dihiasi tasik buatan dan taman-taman hijau yang mendamaikan.
"Ini rumah kita, sayang," ujar Ben bangga sambil membuka pintu utama.
Mereka melangkah masuk ke ruang tamu yang luas dengan siling tinggi, membenarkan pencahayaan semula jadi menerangi segenap ruang. Lantainya diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi. Ben membawa Chloe melawat setiap inci rumah itu?dari dapur kering dan basah yang luas, ke bilik tetamu, sehinggalah ke tingkat atas.
"Ini master bedroom kita," tunjuk Ben. Bilik itu mempunyai balkoni yang menghadap tasik. "Dan bilik sebelah ni..." Ben membuka pintu sebuah bilik kosong yang bersebelahan bilik utama. "I ingat nak jadikan bilik gaming atau library. Tapi mungkin satu hari nanti, jadi bilik anak kita."
Chloe tersenyum penuh makna mendengar angan-angan itu. Namun, tiba-tiba aroma burger McDonald's yang Ben letakkan di atas kabinet dapur tadi menusuk hidungnya. Bau daging dan jeruk itu sekali lagi mencetuskan gelombang loya yang dahsyat.
Chloe berlari ke bilik air tetamu di tingkat bawah dan muntah lagi. Kali ini lebih teruk sehingga tubuhnya menggigil. Ben yang berada di dapur terus meluru mendapatkan Chloe.
"Sayang, I tak boleh tengok U macam ni! Jom kita pergi klinik sekarang!" Ben sudah tidak peduli, dia mencapai kunci kereta dan beg tangan Chloe dengan pantas.
Chloe menahan tangan Ben, nafasnya termengah-mengah. "Sayang... I betul-betul okay."
"Okay apa U muntah dari pagi tadi? Makan pun sikit, ni muntah lagi!" Suara Ben meninggi, jelas panik menguasai dirinya.
Melihat wajah cemas Ben yang berkerut seribu itu, tiba-tiba hati Chloe digeletek rasa lucu. Dia ketawa kecil.
"Ketawa? Sayang, ni tak lucu tau!" marah Ben.
"Ben... okay, hmm... macam ni." Chloe berhenti ketawa, menarik tangan tunangnya lembut supaya berdiri menghadapnya. Dia menatap mata Ben yang penuh kerisauan itu.
"Seriously, I okay. Sangat okay, sayang. Tak ada apa-apa yang serius pun, cuma..." Chloe sengaja membiarkan ayatnya tergantung.
"Cuma apa?"
"Cuma I tak dapat nak hidu bau makanan yang I suka. Pelik kan?"
"Dah kalau macam tu, maksudnya tak okaylah tu!" bentak Ben, geram dengan sikap sambil lewa Chloe.
Chloe ketawa lagi melihat gelagat Ben. "Serius sayang."
"Okay... okay... I serius. Bau makanan buat I rasa mual, loya tekak, I muntah kalau bau-bau tu masuk hidung. Tapi bukan sebab I tak sihat atau sakit serius ke apa. No, sayang..." Chloe menggenggam lembut jari-jemari kasar Ben.
"Sakit tu yes, I sakit... sakit kena buatan orang," bisik Chloe dengan nada serius yang dibuat-buat.
Mata Ben membulat besar. "Oh my God! I kena call Mama, Papa ni!" Ben segera meraba poket seluarnya mencari telefon.
"Why?" soal Chloe pelik.
"Suruh diaorang carikan 'Manang'!" balas Ben dengan wajah polos dan bersungguh-sungguh. Manang adalah bomoh atau dukun perubatan tradisional dalam adat Iban, dan bagi Ben yang buntu, itu sahaja jalan penyelesaian jika melibatkan unsur mistik.
"What?!" Chloe terjerit kecil.
"'Manang' lah! Kena buatan orang kan? Mesti ada orang dengki dengan kita ni!" Ben sudah bersedia mendail nombor Puan Katrina di Miri.
Ketawa besar Chloe meledak, memecahkan kesunyian rumah kosong itu. Dia ketawa sehingga berair matanya melihat kepolosan Ben yang lurus bendul itu. Ben terpinga-pinga, telefon masih di tangan, wajahnya blur melihat tunangnya yang ketawa bagai nak rak.
"Lucu ke kena buatan orang?" bisik Ben dalam hati, semakin bingung.
"Sayang... U luculah! Apa pula nak kena panggil Manang bagai. Orang yang buatkan I jadi macam ni adalah U!" ujar Chloe sambil mengesat sisa air mata ketawanya.
Ben ternganga. Wajahnya bertukar dari bingung kepada terkejut, kemudian takut. "Bila masa pula I guna-gunakan U sayang? I dapat hati U sebab I ikhlas, bukan dengan cara yang dibenci Tuhan! Sumpah I tak main mandrem!" Ben mengangkat tangan seperti berikrar.
"Ada... U buat ia jadi macam ni," tekan Chloe lagi, mula mengatur langkah drama sebabaknya.
"Bila?" soal Ben, suaranya hampir tidak kedengaran.
"Enam minggu lepas. U buat I tanpa belas. U sakiti I sampai I berdarah," bisik Chloe perlahan, matanya merenung tajam ke dalam mata Ben.
Wajah Ben serta-merta pucat lesi. Dia cuba memutar kembali ingatan enam minggu lalu. Memang mereka ada melakukan hubungan intim, tetapi adakah dia terlalu kasar?
Tidak sempat Ben bersuara untuk membela diri, Chloe menyambung lagi dengan nada berbisik yang menggoda namun penuh metafora.
"U ramas I macam rakus... 'senjata' U yang tajam menusuk ia dalam, sampai I jadi macam ni. U tinggalkan 'racun' yang manis dalam diri I sehingga I muntah teruk dan hilang selera makan."
Gila! Chloe berhalusinasi ke apa? Mana mungkin dia sekejam itu! Jiwa Ben terpukul hebat. Dia berasa seperti lelaki dayus yang telah menyakiti wanita yang paling dicintainya. Dia kaku, tidak tahu harus berbuat apa.
Melihat wajah lelaki di hadapannya yang sudah tidak keruan dan bagai tiada nyawa itu, Chloe tersenyum manis, semanis madu. Dia menarik tangan Ben perlahan-lahan, membawa tapak tangan lelaki itu melekap ke perutnya yang masih kempis.
"'Racun' yang U beri tu... ia simpan kemas di sini. I sangka ia membunuh, malah ia menjadi baja yang membuatkan 'buah' cinta kita membesar, sayang..."
Ben terdiam seribu bahasa. Matanya beralih dari wajah Chloe ke perut gadis itu, cuba memproses setiap bait kata yang penuh kiasan itu.
"I sayang, I cintakan U sampai hujung nyawa. Ini bukti cinta kita, sayang... nyawa yang U tiup dalam diri I sedang bernafas tenang dan membesar."
"Nyawa?" soal Ben, matanya mula bergenang. "Maksud U apa?"
Chloe tersenyum lebar, menampakkan kedua-dua lesung pipitnya yang dalam.
"I'm pregnant, sayang."
Satu kata keramat itu membuatkan jantung Ben terhenti beberapa saat. Matanya membulat, tangannya menutup mulut, tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Nafasnya seakan tersekat di kerongkong.
"What?! Jangan main-main sayang..."
"Serius, I mengandung."
"Oh... wow!" Hanya itu respon yang mampu keluar dari mulut Ben. Kakinya terasa lembik, tetapi hatinya meledak dengan kegembiraan yang sukar digambarkan.
"Tu lah I cakap I kena buatan orang... kena buatan U," usik Chloe lagi.
"Thank you, sayang!" jerit Ben tiba-tiba sebelum menarik Chloe ke dalam pelukan erat, mengangkat tubuh kecil itu sedikit dari lantai. Air mata jantannya tumpah jua. Dia mencium seluruh wajah Chloe bertalu-talu.
"U okay? U tak terkejut ke sebab awal sangat I dah pregnant?" soal Chloe, inginkan kepastian bahawa pilihannya untuk memberitahu sekarang adalah tepat.
Ben melepaskan pelukan, memegang kedua-dua bahu Chloe sambil menatap matanya dalam-dalam.
"Terkejut? Of course! Terkejut sebab I memang harap U pregnant secepat mungkin. Awal? No... I yang pilih untuk dapat baby awal. Kalau I belum sedia, I dah guna protection masa tu, kan? I memang nak dia. I nak kita ada keluarga."
Chloe mengangguk perlahan, air matanya menitis lagi. Hatinya bahagia yang teramat sangat. Benar, Ben adalah lelaki yang tepat. Lelaki yang bukan sahaja mencintainya, tetapi mencintai setiap bahagian daripada diri mereka, termasuk nyawa kecil yang baru sahaja mula berdegup ini. Di dalam rumah kosong yang bakal menjadi syurga mereka, tawa bahagia mereka bersatu, menjanjikan masa depan yang penuh dengan kasih sayang.
Tamat bab 32.
"Hahaha! Jujur cakap, saya ketawa sambil menaip babak Ben nak panggil 'Manang' tu! ???? Adoi Ben, lurus bendul betul dia ni. Orang bagi kiasan 'racun manis' dan 'senjata tajam', dia ingat dia dah mandrem anak dara orang sampai kena panggil bomoh! Sumpah innocent tapi comel gila. Tapi... melting habis tengok reaksi dia bila tahu hal sebenar. Ben buktikan sekali lagi dia memang The Ultimate Green Flag. Dia tak anggap kandungan tu 'kemalangan' atau beban, tapi rezeki yang memang dia tunggu-tunggu. Sekarang, kad dah reveal. Chloe mengandung 5 minggu, majlis kahwin lagi 3 minggu. Korang boleh bayangkan tak cabaran seterusnya? 'Bridezilla' yang tengah morning sickness teruk + emosi tak stabil nak kena fitting baju Rizman Ruzaini? Dan... soalan cepumas: Malam Pertama nanti macam mana? Kena 'puasa' ke sebab Ben takut baby terkejut? Atau ada drama lain menanti di hari bahagia? ????????????????
Share this novel