Series
913
Ben memandang skrin komputer ribanya yang memaparkan notifikasi Fac: ?Selamat Hari Jadi, Hero!?. Dia mengerling jam digital?12 Disember. Genap dua puluh tujuh tahun, dan genap setahun sejak dia secara rasmi bersara daripada apa-apa yang berkaitan dengan "emosi" yang serius.
?Dia tersenyum sinis. Gelaran Hero itu terasa ironi. Hero apa? Hero yang menyelamatkan diri sendiri daripada kehancuran emosi? Tepat sekali!suara hatinya berkata.
?"Sudah setahun, Ben," bisiknya pada bayangan di cermin. "Cukuplah cinta monyet yang terkubur, cukuplah date yang tak menjadi. Kau ada kerjaya, kau ada followers."
?Sebagai Content Creator yang sedang meningkat naik, hari jadi selalunya adalah peluang untuk self-promotion?tetapi hari ini, dia mahu meraikan dengan cara yang paling peribadi: Kesendirian yang Selesa.
?Dia mencapai kunci keretanya. Misinya hari ini adalah dua: Beli sebiji kek yang paling gelap dan paling manis untuk diri sendiri, dan beli satu jambangan bunga baby?s breath yang simple untuk diletakkan di mejanya. Bunga itu melambangkan kepolosan dan kebebasan.
?Destinasinya ialah Toko Bunga dan Kek. Tempat ini trendy, hipster, dan yang paling penting, jauh dari kawasan kerjanya.
?Setibanya di sana, aroma kopi dan whipped cream menyambutnya."Hmm..manis" bisik nya perlahan.Ben terus menuju ke kaunter pesanan.
?"Saya nak Signature Chocolate Fudge Cake saiz paling kecil," kata Ben. "Dan pastikan ada topping yang paling macho?mungkin bola sepak?"
?Gadis di kaunter itu ketawa. "Untuk Hero yang suka bola sepak, ya?"
?"Lebih kurang," balas Ben. "Dan tolong, jangan ada apa-apa bunga pink di atasnya."
?Selesai dengan kek, dia beralih ke bahagian bunga. Matanya tertarik pada satu jambangan Mawar Merah yang sungguh megah?tapi itu terlalu dramatik. No, thank you. Dia ambil baby?s breath seperti yang dirancang.
?Ketika dia sedang menunggu, pintu kedai terbuka, dan seorang gadis berjaket cerah melangkah masuk, tergesa-gesa.Rambutnya diikat kemas dan tangan kanannya memegang beg sandang yang kelihatan berat (mungkin penuh dengan buku, teka Ben).
?Dia adalah Chloe?jenis yang pasti sibuk dengan Projek Akhir atau kajian serius, bukan urusan hati yang remeh.
?Gadis itu terus ke kaunter. Ben berdiri di sudut, menunggu pesanan bunganya siap.
?"Selamat Hari Jadi! Saya nak ambil pesanan kek vanilla saya," kata Chloe kepada pekerja kaunter. "Pastikan ada pita pink dan mungkin beberapa bunga kecil yang comel?"
?Ben tersenyum sendiri. Pasti untuk kekasihnya. Sungguh berbeza dengan Chocolate Fudge dan bola sepak miliknya.
?Ketika dia berjalan keluar membawa baby?s breath di tangan, dia sempat bertembung dengan gadis itu. Matanya bertemu mata.
?Chloe memberikannya senyuman kecil, sedikit awkward, dan sedikit tergesa-gesa.
?Click!. Itulah kali pertama mereka bertemu, dengan kek yang tertukar sedang menanti di belakang kaunter, dan takdir mereka berdua baru sahaja bermula.
"Selamat datang ke kisah Ben dan Chloe! Bab 1 ini hanyalah permulaan kepada siri kebetulan lucu. Siapa sangka mocha dan bola sepak boleh menjadi punca drama? Jumpa di Bab 2! Jangan lupa like jika anda rasa kek tertukar itu comel!"
Share this novel