Series
913
?Malam itu, 12 Disember, terasa sunyi dan damai di apartmen Ben. Dia telah menyediakan lilin ringkas, wine kegemarannya, dan mengatur kamera untuk sesi vlogging hari jadi solo yang sepatutnya meriah. Puncaknya? Kek istimewa dari Toko Bunga dan Kek!.
?Ben mengambil kotak kek itu. Beratnya terasa betul, dan aroma cokelat memang menusuk hidung. Dia meletakkan kotak itu di atas meja, menyalakan lilin, dan bersedia untuk merakam detik "meraikan diri sendiri" itu.
?Apabila penutup kotak diangkat, senyuman Ben mati.
?"Apa... ini?" bisiknya, memandang hiasan di atas kek.
?Bukan Signature Chocolate Fudge yang gelap dan macho. Di depannya adalah kek Vanila Mocha yang disalut whipped cream berwarna pastel, diikat dengan pita pink yang jelita, dan dihiasi bunga fondant kecil yang sangat cute. Jauh sekali daripada topping bola sepak yang dimintanya.
?Matanya beralih kepada nota kecil yang dicucuk di tepi kek. Ia ditaip dengan fon kaligrafi yang kemas: "Selamat Hari Jadi, Sweetheart! Semoga semua urusan awak dipermudahkan."C"
?Ben memicit dahinya. Kek tertukar!. Ia bukan keknya, dan dia bukan Sweetheart sesiapa. Rasa lucu yang datang tiba-tiba mengalahkan rasa kecewa. Dia teringat gadis yang tergesa-gesa di kedai itu. Chloe.
?Dia segera mengambil telefon dan mendail Toko Bunga dan Kek. "Ya, saya pasti tertukar kotak. Saya tak rasa saya seorang Sweetheart yang obses dengan pink," jelasnya kepada pekerja kaunter yang kedengaran sangat menyesal.
?"Maafkan kami, Encik! Kami akan hubungi pelanggan wanita itu. Tolong datang esok pagi untuk menukar kotak," kata pekerja itu.
?Pagi esoknya, Ben tiba di Toko Bunga dan Kek sebelum kedai dibuka sepenuhnya. Rasa ingin tahu menguasai dirinya. Bagaimanakah reaksi Chloe apabila melihat kek Chocolate Fudge dengan bola sepak itu?
?Ketika dia berdiri di pintu kaca, melihat bunga-bunga sunflower di dalam, pintu kedai dikuak dari dalam. Itu Chloe. Dia berpakaian kasual, tetapi wajahnya menunjukkan kombinasi kelelahan (mungkin kerana hilang mood hari jadi) dan sedikit rasa bersalah. Di tangannya, dia memegang kotak kek yang sangat familiar.
?"Awak..." kata Chloe, suaranya sedikit terkejut.
?"Ya, sayalah yang sepatutnya menjadi Hero dengan kek chocolate fudge bola sepak itu," balas Ben, sambil tersenyum geli. Dia menghulurkan kotak kek pink itu.
?Chloe tidak dapat menahan ketawa. Tawanya ringkas, seperti bunyi bell kecil.
?"Saya buka kotak kek pukul 10 malam semalam. Saya terfikir, siapa pula 'C' ini? Dan sejak bila saya makan mocha?" jelas Ben sambil mengambil keknya. "Saya minta maaf. Pasti vlogging hari jadi solo awak jadi kacau-bilau."Kata Chloe.
?"Tak mengapa," kata Ben. "Ia sebenarnya content yang bagus. Paling tidak, saya tahu saya masih waras, bukan seorang yang suka pink tiba-tiba."Sempat dia berseloroh.
?Mereka bertukar kotak, tetapi pandangan mereka berlama-lama sedikit. Ben melihat lesung pipit di wajah Chloe. Chloe melihat Ben merapikan baby?s breath di tangannya.
?"Selamat Hari Jadi," kata Chloe, suaranya lebih lembut sekarang.
?"Selamat Hari Jadi juga, Sweetheart," balas Ben, mengusik.
?"Bukan nama saya," Chloe ketawa.
?"Belum," balas Ben, cepat.
?Mereka berpisah. Chloe berjalan ke arah LRT, Ben ke keretanya. Mereka tidak bertukar nombor, dan tidak merancang pertemuan kedua. Itu hanyalah flash kisah lucu, yang kini selesai.
?Ben memandu pergi, tangannya memegang stereng. Senyuman Chloe terlekat di fikirannya.
?"Selesai sudah," dia beritahu dirinya. Tapi jauh di sudut hati, Ben tahu dia akan teringat insiden payung dan gadis Vanila Moka itu, walaupun dia sudah berjanji untuk menjauhi drama.
"Selamat datang kembali ke Toko Bunga dan Kek! ? Bab 2 ini ialah kegemaran saya, sebab kita dapat melihat betapa canggung dan lucunya Ben dan Chloe apabila mereka bersemuka. Kedua-duanya sibuk dengan masalah sendiri, tapi takdir paksa mereka bertukar kek. Adakah anda rasa Ben sepatutnya meminta nombor telefon Chloe masa itu juga?
Share this novel