Bab 25: Pulang ke Kenyalang dan Penyatuan Dua Suku

Mature Content Series 913

Dua minggu berlalu pantas selepas lamaran di studio itu, namun debaran di dada Ben dan Chloe masih belum surut. Persiapan telah dilakukan dengan pantas namun teliti. Akhirnya, mereka memilih untuk mengadakan majlis pertunangan di Kuching, memandangkan majoriti saudara-mara dan kawan rapat kedua-dua belah pihak kini ramai yang menetap atau bekerja di ibu negeri Sarawak itu berbanding kampung halaman mereka di Miri.
Di pejabat Innova Design Works, suasana pagi itu ceria. Chloe mengisi borang cuti dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Mira yang lalu di sebelah meja kerjanya sempat menjeling kalendar di skrin komputer Chloe.
"Seminggu, Cik Chloe?" usik Mira sambil menjongketkan kening. "Dari Ahad sampai Ahad depan. Nampak gayanya bos besar kita ni nak berlatih jadi Puan Ben sepenuhnya."
Chloe ketawa kecil, wajahnya merona merah. "Jangan bisinglah. Ini cuma pertunangan, Mira. Majlis kecil sahaja, untuk keluarga rapat."
"Aku datang tau! Tiket dah beli," balas Mira dengan teruja, tidak sabar mahu melihat temannya itu disatukan.
Sementara itu, di Duplex Studio, Ben mengumpulkan staf kepercayaannya, Siti,Jack dan Daniel. Wajahnya kelihatan tegas seperti biasa, tetapi ada sinar keceriaan yang sukar disembunyikan di matanya.
"Dengar sini semua," kata Ben, nadanya serius tetapi santai. "Saya akan bercuti seminggu. Jangan kacau saya melainkan studio ni terbakar. Urusan client Zahri Holdings, Daniel tolong cover. Siti, pastikan jadual saya kosong."
"Baik, Bos!" jawab Siti pantas. "Tapi Bos, kami jemputan VVIP kan?"
Ben ketawa besar. "Mestilah. Korang sebahagian dari perjalanan aku. Mark, Lester, Sharon,Andrea... semua dah book tiket. Jumpa di Kuching nanti."
Ahad pagi tiba. Ben memandu keretanya menuju ke KLIA dengan perasaan yang membuak-buak. Chloe duduk di sebelah, kelihatan santai namun penampilannya hari itu sangat memukau. Dia hanya mengenakan seluar palazo yang longgar dan singlet bertali halus yang menampakkan kulit leher dan bahunya yang putih mulus. Rambut panjangnya dibiarkan terurai bebas, sesekali ditiup angin pendingin hawa kereta, menyebarkan wangian yang menggoda.
Ben menjeling sekilas. Wangian Chloe menusuk hidungnya, mencabar kewarasannya. Tangan Ben menggenggam stereng lebih kuat, cuba menahan gelora.
"Sayang," tegur Ben, suaranya bertukar serak. "Awak sengaja kan pakai macam ni?"
Chloe menoleh, tersenyum nakal sambil membetulkan rambutnya. "Kenapa? Tak selesa ke, Hero? Panaslah cuaca hari ni."
Ben tidak tahan lagi. Godaan itu terlalu kuat. Dia memberi isyarat membelok ke satu kawasan hentian tepi jalan yang agak terlindung dan sunyi, jauh sedikit dari trafik utama lebuh raya. Sebaik sahaja enjin dimatikan, Ben membuka tali pinggang keledarnya dan terus menarik tubuh Chloe rapat ke arahnya.
"Ben! Kita nak ke airport ni!" jerit kecil Chloe, terkejut namun tangannya pantas merangkul leher Ben, menyambut tindakan itu.
"Flight lagi tiga jam. Kita sempat," bisik Ben sebelum bibirnya menyambar bibir Chloe dengan penuh keinginan.
Di dalam ruang kereta yang sempit itu, mereka hanyut dalam dunia mereka sendiri. Ben benar-benar tergoda dengan singlet nipis Chloe, tangannya menjalar pada kulit yang terdedah, menikmati setiap inci kehalusan tunangnya itu. Ciuman mereka rakus dan mendalam, bagaikan tiada hari esok, melepaskan rindu yang tertahan walaupun mereka sentiasa bersama. Nafas mereka bersatu, mencipta kabus nipis pada cermin tingkap kereta, menjadi saksi bisu kehangatan asmara mereka.
Setelah hampir dua puluh minit "sesi panas" itu berlangsung, mereka berhenti dengan nafas yang tercungap-cungap. Ben mencium dahi Chloe lama, cuba menenangkan degupan jantungnya sendiri.
"Kalau tak sebab flight, saya dah culik awak balik ke studio sekarang juga," bisik Ben.
Chloe ketawa, jari-jemarinya sibuk membetulkan rambutnya yang sudah kusut masai akibat perbuatan Ben tadi. "Sabar, Encik Tunang. Simpan tenaga tu untuk malam nanti."
Mereka tiba di KLIA, mendaftar masuk, dan menyerahkan bagasi di kaunter. Kali ini, mereka memilih penerbangan Kelas Perniagaan untuk keselesaan maksimum. Perjalanan selama satu jam empat puluh lima minit itu terasa begitu singkat. Di dalam kabin yang luas dan selesa, mereka duduk bersebelahan, tangan saling bertautan sepanjang masa. Mereka berbual tentang masa depan, sesekali ketawa kecil, menikmati layanan pramugari yang menghidangkan makanan enak. Cinta benar-benar membuatkan masa berlalu pantas.
"Bumi Kenyalang, kami pulang," bisik Ben apabila juruterbang mengumumkan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Di balai ketibaan, seorang lelaki tinggi lampai dengan wajah yang mirip Ben, tetapi kelihatan lebih matang, sedang melambai ke arah mereka. Itu Fedrick, abang sulung Ben yang bertugas sebagai pegawai diplomatik.
"Selamat pulang, adik!" sapa Fedrick, memeluk Ben erat melepaskan rindu. Dia kemudian beralih memandang Chloe dengan senyuman ramah.
"Dan ini mesti Chloe. Ben selalu cerita pasal kamu, tapi tengok depan mata, patutlah adik saya angau teruk," usik Fedrick.
Chloe tersenyum malu dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. "Hai, Abang Fedrick. Terima kasih sudi jemput kami."
"Jom, jadual padat hari ni," kata Fedrick sambil membantu mengangkat beg mereka ke kereta.
Mereka terus menuju ke sebuah hotel mewah di tengah bandar Kuching, The Waterfront Hotel, tempat di mana majlis pertunangan dan penginapan keluarga akan diadakan. Walaupun baru sampai, mereka tidak membuang masa. Petang itu juga, Ben dan Chloe bergegas ke sekitar India Street dan butik-butik pengantin ternama di Kuching untuk mencari persalinan pertunangan.
"Kita nak tema apa?" tanya Ben sambil membelek kain songket yang tergantung.
"Moden tradisional," jawab Chloe yakin. "Sentuhan motif Pua Kumbu untuk awak, dan kebaya moden untuk saya. Simple tapi melambangkan identiti kita."
Pencarian itu meletihkan tetapi penuh tawa dan gurau senda. Akhirnya, mereka menemui sepasang busana yang sempurna, berwarna krim dan keemasan, yang akan disesuaikan segera oleh tukang jahit butik tersebut untuk majlis esok.
Malam itu, suasana di restoran private The Waterfront Hotel penuh dengan aura eksklusif. Ben memimpin Chloe masuk ke dalam ruangan makan peribadi itu. Di meja bulat yang besar, keluarga Ben sudah menanti dengan penuh debaran.
"Mak, Ayah," sapa Ben.
Encik Nelson Dam bangun menyambut anaknya dengan gaya seorang bekas ketua offshore yang berkarisma, manakala Puan Katrina Rani tersenyum lembut, naluri keibuannya terserlah melihat anak bongsunya pulang. Di sebelah mereka, Fedrick yang nampak segak dan isterinya, Dr. Nina, sedang melayan karenah si kecil Patricia berusia dua tahun yang comel.
"Akhirnya, sampai juga bakal menantu kita," kata Puan Katrina, terus memeluk Chloe erat sebaik gadis itu menghampiri.
Tidak lama kemudian, pintu restoran terbuka sekali lagi. Rombongan keluarga Chloe tiba. Encik Alexander melangkah masuk dengan postur tegak seorang bekas tentera, diikuti oleh Puan Runai Ana yang anggun, masih mengekalkan gaya seorang bekas pensyarah. Di belakang mereka, kakak Chloe, Matilda, melangkah masuk sambil mengendong anak kecilnya, Nickolas, yang baru berusia setahun setengah. Di sisinya, suaminya Joshua berjalan beriringan dengan segak berkemeja gaya seorang pengurus bank.
Dua keluarga besar dan elit dari Miri ini akhirnya bertemu di Kuching.
"Nelson," sapa Encik Alexander, menghulurkan tangan untuk bersalaman. "Lama tak jumpa. Dulu kita jumpa di Miri, sekarang jumpa sebagai bakal besan."
"Alex," balas Encik Nelson, ketawa besar menyambut salam itu. "Betul. Siapa sangka anak bujang saya yang sibuk dengan kamera tu berjaya pikat anak gadis askar."
Suasana kekakuan awal segera mencair. Joshua, abang ipar Chloe, dan Fedrick, abang Ben, nampak cepat mesra dan rancak berbual, mungkin kerana kedua-duanya orang korporat dan kerajaan yang biasa berprotokol. Dr. Nina dan Matilda pula rancak berbual mengenai anak-anak mereka, Patricia dan Nickolas, yang mula bermain mata antara satu sama lain.
Makan malam itu berlangsung dengan meriah dan harmoni. Ben dan Chloe duduk di tengah-tengah, berasa lega melihat penerimaan keluarga yang begitu baik dan terbuka. Di bawah meja, Ben menggenggam tangan Chloe erat. Restu orang tua sudah di tangan, dan kini mereka bersedia melangkah ke fasa seterusnya.

"Bab 25 adalah campuran rasa 'pedas' dan 'manis' yang sempurna!  Kita mulakan dengan aksi nakal Ben dan Chloe di tepi jalan (siapa sangka singlet ringkas boleh mencetuskan chemistry sehebat itu?), membuktikan bahawa cinta mereka sentiasa membara di mana sahaja. Namun, sorotan utama adalah pertemuan dua keluarga elit Sarawak. Saya sangat teruja memperkenalkan latar belakang keluarga mereka yang hebat—dari Encik Nelson (ex-Petronas) ke Encik Alexander (ex-Askar), serta adik-beradik yang berjaya seperti Fedrick (Diplomat) dan Matilda (Pegawai JPN). Melihat Patricia (2 tahun) dan Nickolas (1.5 tahun) bermain bersama adalah bayangan masa depan keluarga besar ini. Restu sudah di tangan, busana India Street sudah ditempah. Adakah anda bersedia untuk hari besar mereka di Bab 26? Komen '' di bawah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience