Series
913
Chloe melangkah masuk ke pejabat Innova Design Works pada pagi Isnin, wajahnya berseri, meskipun dia penat kerana baru sahaja melalui empat hari tiga malam yang memuakkan. Dia berpakaian kemas tetapi memilih baju kolar tinggi dan scarf nipis untuk menyembunyikan bekas kemerahan Ben di lehernya.
Mira melirik nakal. "Selamat kembali ke dunia nyata, Miss Chloe Ann.Aku ingatkan kau kena flight delay di syurga. Empat hari full off, bukan cuti butterfly effects lagi, tapi cuti 'Pelayaran Lautan Sunyi'."
Chloe pura-pura menyemak e-mel. "Banyak kerja kena catch up, Mira. Kami bincang partnering Sarikei dan client baru."
Mira menjongket kening, matanya terhenti pada scarf Chloe. "Ya, dan client Sarikei tu seorang Content Creator Iban yang sangat pandai 'mengukir' art di leher Rakan Kongsi dia. Aku rasa kau kena tukar nama syarikat, dari Design Works jadi Desire Works."
Chloe ketawa kecil, tidak mampu menahan diri. "Diamlah kau! Cepat sambung kerja!"
Tepat pada waktu rehat tengah hari, ketika Chloe dan Mira sedang berbincang tentang mockup reka bentuk, pintu pejabat Chloe diketuk. Seorang wanita tinggi, elegan, dan dominan melangkah masuk. Ia adalah Jasmine.
"Maaf mengganggu," kata Jasmine, suaranya manis tetapi matanya tajam. "Saya Head of Corporate Affairs Zahri Holdings. Saya cari Chloe."
Chloe bangun, terkejut. "Ya, saya. Ada apa, Puan Jasmine?"
Jasmine mengabaikan Mira, fokus sepenuhnya pada Chloe. "Oh, saya datang nak check projek ID. Tapi, sebenarnya saya nak tanya hal lain. Saya ada meeting dengan Ben?Content Creator kami?di studionya minggu lepas. Dia nampak... tertekan. Saya rasa dia terlalu penat dengan side project lain sehingga menjejaskan kerja Zahri Holdings."
Jasmine melangkah lebih dekat, merendahkan suaranya agar hanya Chloe yang dengar. "Saya dengar Ben rapat dengan awak. Saya tahu awak wanita yang pintar, Chloe. Awak perlu faham, Ben itu aset penting syarikat kami. Lelaki seperti dia tidak boleh diikat dengan hubungan yang terlalu mendesak. Dia perlukan wanita yang boleh support passion kerjanya, bukan wanita yang menuntut masanya."
Sindirannya jelas: Ben adalah miliknya, dan hubungan Chloe adalah beban.
Mira, yang mendengar di sebalik meja, mula berdiri. Chloe mengangkat tangan, menahan Mira.
"Terima kasih atas nasihat Puan Jasmine," kata Chloe, membalas pandangan Jasmine dengan tenang dan tegas. "Sebagai partner, saya tahu sepenuhnya tentang Ben dan projeknya. Dan Puan Jasmine juga perlu faham: Ben adalah lelaki matang yang tahu membezakan kerja dan peribadi."
Chloe memberikan senyuman yang tajam. "Dan percayalah, Ben adalah lelaki Iban sejati yang tidak suka dicampur adukkan. Kalau ada hal Zahri Holdings, sila hubungi pejabat Zahri. Duplex Studionya adalah ruang peribadi yang saya harap semua orang, termasuk klien, menghormati batas itu."
Jasmine terkejut dengan ketegasan Chloe. Niatnya untuk menanam benih keraguan telah dipatahkan. Jasmine hanya mampu mencebik sinis sebelum beredar.
Sementara itu, di Duplex Studio, Ben sedang menikmati afterglownya sendiri. Dia bekerja sambil tersenyum-senyum. Bekas cakaran Chloe di belakangnya masih terasa hangat.
Siti dan Daniel (Rakan Editor Ben yang bekerja freelance di studio itu) masuk untuk menghantar draft. Mereka perasan aura Ben.
"Wah, Lebar senyum bakal pengantin!" usik Siti, ketawa. "Empat hari menghilangkan diri. Kita tahu Hero kita ni baru balik dari mana."
"Aku tengok kau ni, Ben," tambah Daniel sambil menyenggol Ben. "Nampak tenang, tapi ada glow yang lain macam. Kau ni bukan Content Creator lagi, tapi Lover Creator."
Ben hanya mampu ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya, tidak menafikan apa-apa. Mereka meneruskan kerja seperti biasa, tetapi Ben tidak dapat menyembunyikan kebahagiaannya.
Ben sedang sibuk editing apabila telefon bimbitnya berbunyi. Nama 'Chloe - Bunga Matahari ' dipaparkan di skrin.
"Hai sayang, yes?" sapa Ben, suaranya lembut.
Terdengar keluhan berat di hujung talian. "Kita baru je declare hubungan serius, ni kenapa tiba-tiba ada yang nak potong tang corner?" Dalam berseloroh, Chloe ada getaran suaranya yang tegas.
"Siapa?" tanya Ben, segera fokus.
"Si Jasmine tu," jawab Chloe. "Dia datang pejabat aku. Cuba nak menyindir dan menuduh saya mendesak awak sehingga menjejaskan kerja Zahri Holdings. Dia dengan berani face-to-face dengan saya, Ben."
Ben mendengar dengan sabar. Kemarahan timbul kerana Jasmine telah melangkaui batas profesional dan cuba mengganggu Chloe.
"Dengar sini, Bunga Matahari," kata Ben dengan nada suara yang tenang, lembut, tetapi penuh ketegasan yang menenangkan. "Pertama, saya minta maaf awak terpaksa berhadapan dengan drama murah ini. Kedua, pertemuan profesional saya dengan dia sudah selesai. Dia cuba menguji saya, dan saya tegas. Dia hanya kerja, awak adalah hati saya."
Ben menyambung, memandang Fuzz si kucing. "Saya bukan budak-budak lagi, sayang. Hubungan empat hari tiga malam kita adalah janji yang lebih kuat daripada kontrak Zahri Holdings. Awak dah berikan segala-galanya, dan saya akan lindungi trust ini."
"Saya tahu awak takkan berubah," balas Chloe, nadanya kini lembut. "Cuma saya... saya rasa cemburu. Dia cantik dan dominan."
"Dia mungkin cantik, tapi dia tidak setanding dengan keberanian gadis Kayan yang berjaya membuat saya tewas di studio saya sendiri. Bekas cakaran awak masih sakit, Dear. Itu mengingatkan saya siapa pemilik hati saya. Jangan risau."
Chloe tersenyum lega. "Terima kasih, Hero. Saya perlukan itu. Sekarang, saya nak balik kerja,bye LOVE"
"Baik, Bunga Matahari," balas Ben, ketawa senang hati.
Ben menamatkan panggilan, dan kembali kepada kerjanya, sepenuhnya tenang. Trust mereka telah teruji dan disahkan kukuh.
"Aduhai, bersemut skrin telefon korang baca bab ni kan? ???????? Suka betul tengok perkembangan dorang berdua ni. Tapi jangan selesa sangat... dalam tenang air laut, jangan disangka tiada buaya (atau badai!). Tapi buat masa ni, jom kita senyum dulu. Korang team mana sekarang? Masih setia dengan Ben? Keep voting and commenting! Tenaga korang adalah ombak bagi saya." — Bluecoral ????
Share this novel