Perempuan Sihir2
part 27
"Que, awak masih nak terima saya, walaupun awak dah tahu apa yang telah terjadi kepada saya?".
Tanya Rosalinda kepada Que ketika mereka berdua keluar bersama sama.
"Pada mulanya memang saya tak dapat terima semua yang terjadi kepada awak Rosa. Tetapi saya tak boleh dapat tipu perasaan saya ni. Saya sangat sayangkan awak. Saya tahu, awak tak minta semua itu terjadi. Saya bodoh kerana tingalkan awak begitu. Di saat awak perlukan saya disisi awak. Untuk beri awak kata kata semangat. Saya memang tak berguna disaat tu Rosa. Saya minta maaf sangat".
Terang Que kepada Rosalinda. Rosalinda terseyum dengan kata kata Que itu. Rosalinda dapat rasakan kebahagian bersama Que pasti akan lebih membara selepas ini. Kerana Que seorang lelaki yang sangat baik dimata Rosalinda. Kelembutan kata kata Que membuatkan hati Rosalinda tertawan.
....…......................................
"Malam ni mereka akan datangkan Zu?"
Tanya Qistina kepada Zura.
"Ya Qis. Kalau ikutkan malam ni mereka berdua akan datang. Itu pun kalau mereka masih mahu menghancurkan hidup orang orang yang inaya mereka berdua".
Terang Zura.
"Aku pasti Zu! Mereka pasti akan datang kemari. Aku akan lepaskan mereka mereka yang menghancurkan hidup anak aku".
Marah Qistina sambil mengetap giginya, ketika berbicara.
"Aku hanya perlukan gambar gambar mereka yang telah menghancurkan masa depan anak kesayangan aku. Selepas itu mereka akan aku sihir sehingan mereka mati merana".
Terang Qistina kepada Zura. Zura mengeleng gelengkan kepalanya kepada Qistina. Bila melihat Qistina begitu marah sekali.
……………..
“Papa malam ni Lin balik lambat sikit ya. Lin dengan Dar nak keluar jalan jalan. Dah lama tak jalan jalan malam”.
Kata Rosalinda kepada papanya.
"Baik Lin, tapi kamu kena hati hati ya. Jaga diri kamu".
Balas Khairul kepada anak kesayangannya itu. Sejak dari kejadian yang menimpa Rosalinda, Khirul menjadi tidak menentu, bila Rosalinda mahu keluar malam bersama Darshini. Khairul bimbang atas keselamatan Rosalinda.
"Baik Papa".
Rosalinda memeluk erat Khairul.
"Rosaaaa! Cepat lah, kita dah lambat ni".
Jerit Darshini dari dalam kereta, dihadapan pintu pagar rumah Rosalinda.
"Kejap!"
Jerit Rosalinda, sambil berlari keluar dari rumah dan terus menyerungkan selipanya.
"Apa yang gelabah sangat kau ni Dar?"
Rosalinda mengerutkan wajahnya. Manakala Darshini menyeringai, bila melihat Rosalinda menjadi kelang kabut... Rosalinda masuk kedalam kereta Darshini. Mereka meneruskan perjalanan mereka kerumah Zura.
"Assalammuailaikummm".
Jerit Rosalinda sambil menekan loceng ditepi tembok.
"Anak kau dah datang".
Kata Zura kepada Qistina. Qistina terseyum bahagia.
"Pergilah buka pintu cepat".
Arah Qistina kepada Zura. Zura berjalan pantas pergi kepintu kayu. Manakala Qistina duduk menyorok ditepi tembok.
"Kejap ya!"
Jerit Zura dari pintu kayu. Zura mengambil kunci pintu pagar utama dan berjalan kepada Rosalinda dan Darshini.
"Auntie ingat kamu berdua dah ubah fikiran. Dah tak nak teruskan hajat kamu tu".
Kata Zura sambil membuka pintu pagar. Darshini dan Rosalinda memyeringai sahaja.
"Jom masuk!"
Pelawa Zura. Darshini dan Rosalinda mengikut Zura dari belakang.
"Jemput duduk dulu, auntie siapkan barang barang untuk kita buat upacara. Sekejap lagi kawan auntie yang akan buat upacara yang kamu mahukan".
Berkerut wajah mereka berdua, bila Zura mengatakan dia tidak melakukan upacara itu, tetapi kawan dia yang akan buat. Rosalinda dan Darshini hanya memerhatikan Zura yang berlalu pergi. Zura masuk kedalam sebuah bilik. Di ruang tengah dibahagian bawah dan menutup pintu bilik itu.
"Mereka ada diluar".
Kata Zura kepada Qistina. Qistina yang bersila dia hadapan tepak kemenyan dan beberapa barang pemujaan dihadapanya hanya terseyum menyeringai. Perasaan tidak sabar untuk ketemu anaknya meluap luap. Dia ingin sangat melihat anaknya berdepan depan dan menatap wajah anaknya puas puas.
"Kau dah bersedia".
Kata Zura lagi dan melemparkan senyuman. Bertambah berdebar hati Qistina, bila Zura kata begitu. Sepanjang dia mengobatoi orang, tak pernah dia merasakan debaran sebegini... Qistina mengangguk sambil mencapai selendang dan mentup separuh wajahnya, hanya mata sahaja yang kelihatan. Memang setia kali Qistina melakukan upacara, dihadapan orang, dia akan menutup wajahnya, agak tidak ada sesiapa mengenalinya. Takut Identitinya dikenali orang orang yang dulu pernah mengenalinya. Zura keluar dari bilik itu dan berjalan kembali kepada Rosalinda dan Darshini.
"Semua sudah tersedia. Kamu berdua boleh masuk kedalam bilik itu".
Kata Zura kepada Rosalinda dan Darshini.
"Kenapa auntie tak ada sekali?".
Tanya Rosalinda kepada Zura. Zura terseyum apabila Rosalinda bertanya begitu.
"Sekejap lagi auntie masuk. Kamu pergi dulu. Jangan takut, kawan auntie tu, baik orangnya. Dia yang akan menunaikan hajat kamu berdua. Auntie tak pandai tentang menyihir orang. Auntie cuma pandai mencantikkan orang".
Zura terseyum, selepas berbicara. Manakala Rosalinda dan Darshini menganguk tanda faham. Mereka berdua berjalan mengahapiri bilik itu. Masing masing, tolak menolak antara satu sama lain. Agar membuka pintu bilik itu... Terseyum Zura, melihat gelagat anak remaja itu.
"Bukalah Dar".
"Hiss u ni! U lah buka".
Rosalinda menarik nafas panjang dan terus memulas tombol pintu bilik itu. Rosalinda sedikit mengintai kedalam.
"Sila masuk anak anak".
Kata Qistina, apa bila melihat Darshini dan Rosalinda terjengah jengah kedalam. Mereka berdua masuk kedalam dan terus duduk dihadapan Qistina, sambil mata Darshini dan Qistina melihat sekeliling bilik... Bilik yang cantik seperti sebuah bilik andaman Spa. Dengan susana bilik yang tenang dengan bunyi jatuhan air dari aquarium ikan dan terdapat juga katil terapi, untuk rawatan yang digunakan. kerana bilik itu juga digunakan oleh Zura, apa bila membuat rawatan pemakaian susuk... Qistina terseyum bahagia, bila melihat wajah anak kesayangannya dihadapan mata. Sudah berbelas tahun, dia menatikan saat ini. Akhirnya saat ini datang juga. Walaupun dalam keadaan begini.
"Auntie Zura sudah cerita kepada Auntie tentang apa yang mahukan. Kamu yakin kamu nak buat ini?"
Tanya Qistina kepada Rosalinda dan Darshini.
"Ya auntie. Kami betul betul yakin, dengan apa yang kami nak buat ni".
Balas Rosalinda dengan begitu bersemangat sekali.
"Kami tak mahu seorang pun dari mereka terselamat. Biar mereka menderita, kerana perbuatan jahat mereka kepada kami dan anak anak gadis yang lain. Kalau anak anak gadis yang lain tidak berani bertindak, biar kami yang hancurkan hidup mereka".
Kata Rosalinda lagi, dengan nada sedikit keras. Qistina hanya mengangguk, tanda faham akan perasaan mereka.
"Pertama kamu harus auntie berikan pendinding diri. Sesuatu yang boleh menjaga kamu... Kamu harus mengikat tali yang akan auntie berikan nanti, dikaki kamu, jangan buka, sehingga dia putus sendiri".
Kata Qistina kepada Rosalinda dan Darshini. Mereka berdua mengangguk tanda faham.
Share this novel