Perempuan sihir 2
Part61
"Maafkan abang Qis"...
Pujuk Khirul sebaik sahaja keluar dari kereta dan mendapatkan Qistina.
"Jom abang hantar Qis balik".
Pujuk Khairul dengan nada lembut. Qistina menarik nafas panjang berseta jelingan yang tajam kepada Khairul, lantas masuk ke dalam kereta dengan hempasan pintu yang kuat. Khairul tersenyum sendiri. Walaupun Qistina orangnya begitu degil, tapi masih ada sikit sifat lembut hati.
"Rumah Qis dekat mana?".
Tanya Khairul dengan senyuman.
"Jalan terus nanti saya tunjukkan jalan".
Jawap Qistina dengan nada sedikit kasar. Khairul menganggukkan kepala tanda faham... Di Dalam kereta mereka berdua hanya diam membisu. Tidak ada apa apa ayat pun yang keluar dari mulut masing masing. Kecuali Qistina yang hanya menunjukkan jalan hingga sampai di hadapan pintu rumah Qistina...
"Hurmmmmm".
Qistina menarik nafas panjang.
"Kenapa Qis?".
Tanya Khairul bila mendengar Qistina mendengus.
"Tak ada apa!".
Balas Qistina keras. Manakala Khairul memandang kedalam perkarangan rumah.
"Kenapa, Zura tak ada ke?".
Tanya Khairul lagi. Bila melihat tidak ada kereta pun didalam perkarangan Rumah. Qistina berdiam diri dan terus keluar dari kereta diikuti Khairul.
"Hiss mana dia pergi ni?".
Ngomel Qistina bila menghubungi Zura tetapi tidak berjaya menembusi talian.
"Saya tak ada kunci hmmm".
Ayat mengeluh bercampur dengusan keluar dari mulut Qistina.
"Tak tau mana Zura pergi. Fon tak angkat pulak".
Bicara Qistina lagi. Manakala Khairul pergi ke pintu gate utama dan memeriksa. Ternyata dikunci rapi.
"Kita balik rumah kita dulu nak ke?".
Ayat Khairul membuatkan Qistina berkerut wajah.
"Jangan fikir lain pulak... Dari kita berdua berdiri sini. Baik lah awak ikut saya balik rumah kita. Awak boleh berehat dulu, sampai dapat hubungi Zura nanti".
Qistina hanya berdiam diri sejenak. Sifat degil setia mengusai dirinya.
"Tak pe, awak boleh balik. Saya boleh duduk dekat luar ni sampai Zura balik".
"Jangan lah degil sangat Qis. Boleh tak untuk kali ni, saya nak tolong awak... Dah bertahun Qis, kita berpisah. Saya dah dapat balasan saya. Allah dah bagi saya azab di dunia ni. Saya betul betul dah insaf... Tolonglah maafkan saya?".
Kerana malas berdebat tengah malam buta di luar rumah dan Takut tangapan serong jiran jiran bersebelahan. Qis akur dan terus masuk dalam kereta. Tanpa berbicara apa apa pun. Khairul tersenyum bahagia dan berjalan pantas masuk ke dalam kerata juga.
........................
"Rosa! Tolonglah jawab".
Keluh Que, bila panggilannya tidak dijawab oleh Rosalinda.
"Aku nak tau sangat, kenapa kau buat aku macam ni?".
Keluh Que lagi...
Manakala Rosalinda Sesekali menjeling kepada talifon bimbitnya yang setia berbunyi sambil baring di atas katil.
....................
Sampai dipekarangan rumah. Khairul membuka pintu pagar dan memasukkan kereta didalam. Anak mata Qistina memerhati sekeliling rumah.
"Masih sama seperti dulu".
Bisik Qistina dengan senyuman. Terasa rindu kepada rumah yang pernah didudukinya dulu. Bermacam macam suka duka ada di rumah ini.
"Jom masuk".
Pelawa Khairul. Qistina keluar dari kereta dan terus menuju kepintu utama. Berdebar hati Qistina, untuk melangkah masuk kedalam rumah, yang sudah berbelas tahun ditinggalkan.
"Masuklah, ini kan rumah awak juga".
Pujuk Khairul bila Qistina tercegat di hadapan pintu. Qistina melangkah masuk dan mula meninjau ninjau kedalam rumah. Susun atur yang masih cantik. Walaupun sudah berbelas tahun ditinggalkan.
"Masih sama macam dulu kan?".
Tanya Khairul. Qistina mengangguk dengan senyuman.
"Abang tak kasi orang lain usik barang barang ni semua. Sebab barang ni Qis suka kan. Qis yang beli semua ni. Jadi abang suruh pembantu rumah jaga elok elok. Seperti mana Qis jaga dulu".
Terang Khairul. Qistina hanya berdiam diri sahaja.
"Qis nak tidur pergi naik atas. Biar abang tidur bawah sahaja".
"Ehh tak pe! Awak naik atas. Biar saya yang baring dekat bawah sahaja. Saya nak tunggu Zura call saya semula".
Qistina menolak baik tawaran Khai.
"Jangan macam tu Qis. Sakit badan nanti. Baik kamu tidur di bilik sahaja".
Pujuk Khairul.
"Kau pekak ke? Aku kata nak tidur bawah".
Tiba tiba nada Qistina menjadi tinggi.
"OK baik, baik".
Khairul tidak mahu berdebat dan membenarkan Qistina tidur di sofa.
"Awak rehat dulu. Saya nak tukar baju. Kalau nak makan dan minum. Awak tahukan mana nak ambil?... Rumah ni tak pernah berubah".
Kata Khairul dan terus menaiki anak tangga ke ruangan atas. Manakala Qistina setia memerhatikan setiap sudut. Betul apa yang Khairul katakan. Semuanya tak ada yang berubah. Qistina berjalan pula ke ruang dapur untuk mengambil minuman. Qistina terpandang bilik dapur yang pernah digunakan untuk pertama kali dirinya mula pandai menggunakan sihir dan bilik itu juga, bilik terakhir yang dia duduki, bebelum rahsianya pecah dan terus menghilangkan diri dan tidak pernah kembali. Qistina memulas pintu bilik itu dengan perlahan, untuk melihat kedalam bilik. Terkejut Qistina bila melihat ada wanita separuh usia sedang tidur...
"Itu pembantu rumah kita".
Khairul yang tiba tiba ada di belakang Qistina, membuatkan Qistina lebih terkejut. Qistina berjalan pantas, terus keruang tamu semula. Khairul menutup perlahan pintu bilik pembantu rumahnya itu dan datang kepada Qistina diruang tamu utama.
"Maaf kerana menceroboh ke dapur awak".
Kata Qistina yang serba salah.
"Heii, ini pun rumah awak juga".
Balas Khairul dan terus merapatkan dirinya kepada Qistina. Qistina berundur setapak ke belakang. Bila melihat Khairul yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek dihadapannya. Berdebar hati Qistina bila melihat susuk tubuh lelaki yang tidak berbaju... Sudah lama dirinya tidak melihat susuk tubuh lelaki, selepas kematian Sham. Sham adalah orang terakhir bersamanya, satu ketika dulu.
"Saya nak tidur".
Qistina cuba mengelak dan berharap, Khairul meninggalkannya.
"Saya ada bawak bantal dengan selimut".
Khairul kembali ke tepi tangga, di mana dia meletakkan barang barang tersebut, sebelum ke dapur tadi dan kembali kepada Qistina.
"Nah".
Khairul menghulurkan bantal dan selimut. Qistina mengambil dan meletakkan di atas kerusi sofa.
"Boleh kita berborak sebentar?".
Tanya Khairul dengan nada lembut. Qistina mengerutkan dahinya sahaja. Lantas Khairul terus duduk di sofa bersebelahan Qistina...
Khirul merenung Qistina dengan renungan yang tajam. Kerana Qistina betul betul sudah berubah. Wajahnya lebih cantik berbanding dahulu. Susuk tubuhnya tidak seperti wanita berusia hampir menjangkau 50an... Renungan itu membuatkan Qistina sungguh tidak selesa.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?".
Marah Qistina.
"Sudah berbelas tahun Qis! Awak tinggalkan saya dengan Lin... Saya betul betul rindukan awak. Awak betul betul dah berubah. Saya hampir hampir tak kenal awak, masa mula awak balik ke rumah ibu siang tadi".
Qistina setia dengan berdiam diri.
"Awak bertambah cantik Qis".
Kata Khairul, sambil bangun dan duduk di sebelah Qistina. Membuatkan Qistina lebih tidak selesa.
Share this novel