Perempuan Sihir 2
part 21
"Wekkk! wekkkkk!".
"Kau ni kenapa Qis?"
Tanya Zura bila melihat Qistina sering muntah muntah. Zura mengosok gosok belakang Qistina.
“Aku mengandung Zu”.
Terkejut Zura, bila mendengar kata kata selamber Qistina…Zura terhenti dari mengosok belakang Qistina.
“Kau mengandung anak siapa Qis?”
Tanya Zura, sepertinya tidak berpuas hati, bila mendengar kata kata Qistina.
“Anak Sham”.
Jawap Qistian sambil terseyum.
“Kau boleh senyum Qis?”
Tanya Zura lagi, Bila melihat Qistina sepertinya tidak kesah yang dirinya mengandung. Qistina menarik tangan Zura, duduk di ruang tamu bersama sama. Zura pula setia menunggu penjelasan Qistina.
“Ini yang aku nantikan Zu! Aku memang berharap yang aku akan mengandung”.
Lebih berkurut wajah Zura, bila Qistina mula bercerita.
“Tolong jangan berbunga bunga sangat dengan aku Qis. Aku nak tau apa sebabnya?”.
Qistina menerangkan satu persatu kepada Zura, dari dia berjumpa nek Jah sehingga dia melakukan hubungan dengan Sham.
“Jadi Sham hanya tempat kau melepaskan hajat kau?”.
“Bukan begitu Zu!”.
Wajah Qistina yang tadinya ceria mula bertukar. Bila Zura kata begitu.
“Aku sayang Sham. Aku mula suka dia. Tapi hajat dan cita cita aku lebih penting sekarang ni. Sekarang aku dah mengandung... Lagi beberapa langkah lagi, aku akan mengcapai cita cita aku Zu”.
Zura menarik nafas panjang, bila mendengar kata kata Qistina.
“Aku faham kehendak kau Qis. Aku sentiasa sokong kau. Tapi Sham orang yang baik. Aku tengok dia dah mula suka kan kau”.
“Kau jangan bimbang Zu... Antara aku dan Sham, tau lah aku uruskannya”.
Terseyum Qistina sambil memandang Zura. Zura yang tadinya marah terhadap Qistina, kini turut terseyum.
“Lepas kau dah dapat kuasa. Nanti kita buat rawatan susuk dan kecantikan. Aku jamin kita akan bertambah kaya”.
Kali ini Zura juga turut teruja.
…………………….
“Tina, Hujung minggu ni, Sham datang rumah Tina boleh. Sham nak bawak Tina makan dekat luar. Sham betul betul rindukan Tina... Sham Rindu sangat”.
Kata Sham ditalian talifon. Sham telah pun membelikan Qistina sebuah talifon bimbit baru. Agar senang, dirinya menghubungi Qistina.
“Tina pun rindu Sham. Nanti Sham datang hari jummat, lepas Sham habis bertugas. Sham tidur rumah Tina. Tak lah Sham penat nanti”.
“Baik sayang! Tak sabar rasanya nak jumpa awak lagi. Nanti Sham datang tidur sana ya?”.
“Ok Sham! Kita jumpa nanti”.
“Ok Awak! Bye”.
“Bye Sham”.
Masing masing memutuskan talian. Qistina termenung sambil baring diatas katil.
“Kalau Sham tau aku mengandung, apa agaknya Sham akan cakap”.
Lafas Qistina sambil memandang kesiling biliknya.
“Aku hanya boleh simpan 2 bulan sahaja janin ni, sebelum aku serahkan kepada yang sepatutnya… Aku harap, apa yang aku buat ni, tak merugikan hidup aku dikemudian hari”.
………………….
“Pin! pin!”
Sham membunyikan Horn motorcyclenya, bila sahaja sampai dihadapan rumah Zura. Berlari Qistina turun kebawah, bila mendengar bunyi motor Sham. Qistina terseyum dihadapan pintu pagar, menyambut kedatangan Sham. Sham terseyum kepuasan, bila dapat melihat wajah Qistina.
“Miss u awak”.
“Miss u too awak”.
Balas Qistina. Sham memasukan motornya didalam perkarangan rumah.
“Zura mana?”
Tanya Sham, bila melihat kereta Zura tidak ada didalam perkarangan rumah.
“Zura belum balik kerja lagi. Hari ni dia balik lewat katanya”.
Sham merenung Qistina, bila Qistina berbicara.
“Tina tak sehat ke?”.
Tanya Sham, bila melihat wajah Qistina sedikit pucat.
“Saya ok lah Awak! Cuma sakit perut je sikit. Asik makan tidur makan tidur je. Lepas tu menghadap komputer. Deco baju baju terkini untuk feshion designer Zura yang akan datang nanti”.
Qistina berpaut lengan Sham sambil berbicara dan menarik Sham agar masuk kedalam rumah. Sham terseyum sambil mengikut sahaja kehendak Qistina.
“Sham naiklah kebilik Sham. Tina nak masak untuk kita. Sham rehat dulu dekat atas. Sham pasti penat, bawak motor dari P.D kan”.
“Untuk awak, Sham tak pernah penat. Lagi lagi dapat lihat awak dipedapan mata Sham. Sham bahagia sangat. Walau pun awak kata, hubungan kita tidak akan ada penghujingnya. Saya tak kesah dengan semua tu. Yang saya mahu awak ada bersama saya. Bagi saya semangat”.
Qistina betul betul tersentuh dengan kata kata Sham itu. Lalu Qistina memeluk Sham. Sham membalas pelukan Qistina itu.
“Terima kasih Sham. Terima kasih untuk segalanya. Sekarang saya hanya ada awak dan Zura sahaja”.
Balas Qistina dan melepaskan pelukannya, lalu merenung Sham. Sham merapatkan bibirnya kebibir Qistina lalu mengucup lembut bibir Qistina. Qistina membalas ciuman itu.
“Jomm naik atas, lepak dengan Sham. Sham dah rindu nak bersama Tina”.
Bisik Sham ditelinga Tina. Membuatkan Qistina terseyum dan menjeling manja kepada Sham. Sham menarik tangan Qistina agar naik keatas bersama sama. Qistina mengikut kemahuan Sham. Mereka berdua masuk kedalam bilik tetamu bersama sama...
“Tina jangan pernah tinggakan Sham ya”.
Tanya Sham, sambil baring kepenatan apa bila puas melakukan hubungan seks bersama Qistina yang juga kepenatan, memandang Sham sambil berkerut.
“Tina risau, Sham yang akan tinggalkan Tina. Gadis kampung tu kan, setia tunggu Sham”.
Balas Qistina, sambil tersenyum.
“Sham bersumpah! Tak akan ada orang lain dalam hati Sham, kecuali Tina. Sampailah Sham mati”.
“Hisss apa cakap macam tu tak baik”.
Qistina bagun dari katil dan terus membersihkan dirinya. Manakala Sham masih lagi baring sambil merokok dia atas katil.
……………………….
“Tina buat apa tu?”
Tanya Sham, bila melihat Qistina mengasapkan rumah dengan colok tang berbau wangi. Terseyum Qistina bila Sham bertanya.
“Wangikan rumah”.
Jawap Qistina ringkas. Sham mengalihkan perhatiannya kepada television, bila mendapat penjelasan dari Qistina. Qistina mengomat gamit mulutnya membaca sesuatu, bila melihat Sham sudah beralih pandangan ketempat yang lain. Selesai menghasapkan rumah dari bawah membawa ke tingkat atas, Qistina kembali kepada Sham yang duduk diruang tamu, sambil menonton television.
“Dah habis asapkan rumah?”
Tanya Sham, Bila Qistina sampai dan duduk disebelahnya. Qistina memeluk Sham dan meletakan pipinya didada Sham.
“Dah”.
Jawap Qistina ringkas. Sham merangkul Qistina bila Qistina baring didadanya.
“Tak puas rasanya saya nak pandang wajah awak. Esok dah ahad. Saya kena balik ke. Entah bila kita dapat berjumpa lagi”.
Kata Sham, sambil mengosok gosok tangan Qistina dan mencium kepala Qistina.
“Apalah Sham ni! Nanti Sham cuti kita boleh jumpa apa. Awak datang je dekat sini. Tina setiasa tunggu awak”.
Terseyum Sham bila mendengar kata kata Qistian. Melihat wajah Qistina betul betul membuat jiwanya tenang.
Share this novel