Selamat tinggal sayang

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan Sihir2
part23

"Terima kasih ada disaat Sham membuka mata. Sham takut sangat".

Air mata Sham mula mengalir.

"Jangan banyak bercakap sayang! Tina nak Sham elok seperti selalu. Kita boleh jalan same, makan malam same same. Tina cuma nak Sham lekas sembuh”.

Sham sesekali menutup matanya dan membukan kembali. Pandangan Sham semakin kabur.

“Jaga diri awak sayang. Saya rasa, masa saya dah tak panjang. Saya sakit sangat. Jangan menangis, bila saya pergi jauh nanti. Kasih sayang yang awak bagi dekat saya, saya akan bawak bersama”.

Sham menarik nafsanya berberapa kali dengan panjang.

“Tolong jangan banyak bercakap cik”.

Arah salah seorang pegawai yang berada diruang belakang, bersama Qistina. Bila melihat mesen degupan jantung Sham, bacaanya semakin menurun.

“Jangan cakap yang bukan bukan Sham. Awak tak nak tengok saya dannnn”.

Qistina terhenti dari bebicara dan merenung Sham yang semakin layu dan sedikit pucat. Gengaman tangan Sham juga semakan lemah. Qistina menjadi takut. Qistina merapakan bibirnya ditelinga Sham dan mula berbisik.

“Saya mengandung anak awak sayang”.

Airmata Qistina kembali deras turun ke pipi. Degupan jantung Sham semakin tidak stabil, bila mendengar itu dari mulut Qistina. Bibir Sham terseyum, seakan akan menandakan yang dia begitu gembira. Gengaman tangan Sham semakin kuat mengengam tangan Qistina.

“Tolong jaga dia untuk saya Tina. Saya gembira sangat”.

“Kita akan jaga dia sama sama Sham”.

Sham menarik nafas panjang kali ini sebelum bebicara.

“Boleh Sham tau! Apa perasaan Tina kepada Sham?”.

Sham merenung sayu kemata Qistina dan memegang perut Qistina.

“Saya sayang awak Sham. Awak lelaki yang sangat baik. Saya sayang awak dengan sepenuh hati saya… Saya sayang awak”.

Qistina mengucup jari Sham.

“Terima kasih Sayang”.

Sham terseyum puas…

“Jantungnya semakin lemahh!”.

Teriak pegawai tersebut kepada pemandu dihadapan.

“Tolong cepat sikit”.

pegawai yang berada dibelakang itu, bangun dan memakaikan semula oksigen kepada Sham… Wajah Sham semakin pucat.

“Tik tik! tikkkkkkkkkkkkkk!”.

Monitor jantung yang sedari tadi menurun bacaannya, kini terus terhenti… Line yang tadinya turun naik, bertukar line panjang, tertera dimoitor membuatkan pembantu ambulance itu membuat pemeriksaan lebih terperinci… Qistina Terdiam dan beralih sedikit kedudukanya. Bila pegawai tersebut mula tidak tentu arah.

“Dia dah tak ada cik”.

Kata pegawai tersebut dan mematikan semua peralatan yang dipasang tadi. Qistina tergamam, bila Pegawai tersebut kata begitu. Qistina mula rapat kembali kepada Sham dan menatap wajah Sham. Air mata kembali membasahi pipi.

“Sampai hati Sham tinggalkan Qis! Qis hanya ada Sham dan Zura sahaja dalam hidup Qis. Janji Sham untuk terus bersama Qis! Tapi Sham tipu… Qis kena hidup berdua dengan Zura, selepas ni”.

Qistina memeluk Sham dan mengucup pipi Sham kiri dan kanan. Tidak tertahan sebak didada Qistina... Sampai sahaja dihospital. Qistina turun dari ambulance dan terus menghilangkan diri. Qistina terus pulang kerumah Zura. Dengan wajah yang layu dan sedih. Sudah puas dia menagis didalam ambulan itu tadi. Sudah tidak ada lagi air mata yang hendak ditangisi. Buka sahaja pintu rumah, Zura sudah menanti diruang tamu... Terbangun Zura, bila melihat Qistina.

“Sham macam mana Qis?”

Qistina meluru kepada Zura, bila sahaja Zura bertanya. Air mata Qistina kembali mengalir.

“Zu! Sham dah tak ada Zu. Sham dah pergi, buat selama lamanya”.

Tersentak hati Zura, bila Qistina menerangkan kepadanya, tentang Sham. Air mata Zura turut mengalir.

“Allah lebih sayangkan dia Qis. Kau harus terima”.

Zura memeluk Qistina, agar Qistina lebih tenang.

"Patutlah Sham kelihatan pelik kali ini, bila berjumpa aku Zu... Aku dapat rasakan dari renungan mata dia. Kata kata dia juga cukup berlainan. Aku tak sangka, akan kehilangan dia begitu cepat".

"Sudah lah Qis, kau berehat lah".

Qistina berjalan menuju ke tingkat atas dan terus masuk kedalam bilik tetamu. Dimana Sham selalu tidur disitu, bila datang berjumpanya. Qistina terus baring diatas katil, sambil menarik nafas panjang. Haruman minyak wangi Sham, satu jam yang lepas, masih menyusuk kedalam ronga hidungnya.

"Terima kasih, buat Tina bahagia. Walau pun seketika".

Lafas Qistina sambil memegang perutnya. Qistina teringat kata kata Sham disaat akhir hayatnya. Supaya dia menjaga bayi peningalanya dengan baik.

"Tina tak kuat Sham. Tina harapkan Sham ada selalu buat Tina. Tapi Sham juga tinggalkan Tina".

Qistina betul betul dalam delema. Qistina teringat tujuan asalnya. Bayi dalam kandungannnya, harus diserahkan kepada mahluk yang akan memberinya kekuasaan. Tetapi, bila teringakan kasih sayang yang Sham berikan. Tak tergamak untuk Qistina memberi bayinya bersama Sham, untuk dijadikan santapan mahluk mahluk jin itu. Qistina bagun dari baringnya berjalan kealmari baju yang berada didalam bilik itu. Qistina membuka almari. Ada beberapa helai baju Sham yang tergantung didalam almari itu. Qistina mengambil sehelai baju Sham dan memeluk baju itu sambil menangis. Qistina mencium baju Sham beberapa kali dan Qistina kembali ke katil. Qistina baring semula bersama baju Sham yang diletakkan didadanya.Dalam kesedihan akhirnya Qistina terlena.

"Tina jaga anak kita baik baik ya sayang!. Maafkan Shammm".

"Qisss, oi bangun Qis".

Terkejut Qistina dari mendengar bisikan suara Sham... Suara Zura telah menganggu bisikan itu.

"Mmmm kenapa Zu?"

"Jom makan, dah nak magib ni. Jangan tidur magrib magrib. Tak bagus beb. Kau baru sahaja kehilangan dia".

Qistina terdiam, bila Zura kata begitu. Qistina bangun dan terus duduk dipenghujung katil. Zura juga turut duduk disebelah Qistina.

"Aku terdengar suara Sham Zu! Dia nak aku jaga anak dia baik baik".

Qistina memegang perutnya sambil berbicara.

"Aku tak tau nak buat apa sekarang ni Zu. Jiwa aku betul betul kacau. Baru beberapa jam Sham tinggalkan aku. Jiwa aku sakit Zu. Aku sedih, aku betul betul dalam delema. Memang pada mulanya Sham hanyalah tempat untuk aku melaksanakan hajat aku. Untuk menjadi lebih berkuasa. Tapi, lama kelamaan aku mula berubah hati. Aku mula sayang dia Zu. Anak ini sahaja yang tingal sekarang. Tanda kasih sayang dia kepada aku".

Zura menarik nafas panjang, bila Qistina meluahkan perasaannya. Dia juga turun bersimpati terhadap Qistina. Nasib Qistina betul betul dirundung malang. Satu satu masalah menimpa Qistina.

"Mungkin sebab kau tidur magrib magrib Qis. Sebab tu kau terdengar dengar suara Sham. Lagi pun dia baru sahaja pergi meninggalkan kau. Sebab itu kau terlalu terfikirkannya. Tentang anak pulak. Aku tak tau apa nak cakap. Kau fikirlah apa yang terbaik buat kau. Yang paling penting kau jangan banyak termenung. Nanti kau boleh sakit. Bertambah suka mahluk Jin menyesatkan kau beb".

Qistina memandang Zura sambil berkerut wajah. Bila Zura kata begitu kepadanya. Zura Juga berkerut wajah, bila wajah Qistina berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience