Perempuan Sihir 2
part30.
"Kita tak boleh biarkan Ris macam ni Jos, kita kena buat sesuatu".
Kata Boy kepada Joshua. Joshua yang betul betul buntu, tidak dapat berkata apa apa. Hanya menganggukan kepalanya sahaja.
"Kau pergilah call Syuk dengan Har”.
Arah Boy dengan nada tegas. Joshua bangun dari atas katil Iris dan terus bergegas kerunag tamu, untuk mengambil talifon bimbitnya, lantas terus menghubungi kawan kawannya yang lain dan datang kembali kedalam bilik Iris.
“Macam mana?”.
Tanya Boy.
“Sekejap lagi mereka datang”.
Balas Joshua… Mereka berdua memandang kepada Iris pula. Terasa kasihan melihat Iris kesakitan, diatas katil.
“U nak pergi hospital ke?”.
Tanya Joshua kepada Iris. Iris hanya diam. Tidak mengiakan atau menidakkan.
“Korang! Tadi aku mimpi”.
Cerita Iris dengan nada pelahan.
“Kau mimpi apa Ris?”.
Tanya Boy, sepertinya tidak sabar untuk mendengar mimpi yang dialami oleh Iris.
“Aku mimpi seorang wanita tua bongkok datang dekat aku, dia kata kita telah inaya anaknya. Dia datang untuk membalas dendam”.
Cerita Iris dengan nafas yang tercungap cungap.
“Sudahlah tu Ris, kau tak payah fikirkan mimpi yang mengarut tu. Jom kita pergi hospital”.
Ajak Boy pula.
“Tak payahlah Boy, aku nak rehat dulu. Kau tolong sapukan krim alahan dekat belakang aku ni. Aku tak tahan lah. Sakit, panasss”.
Keluh Iris kepada Boy dan Joshua. Bila Iris berpusing untuk Joshua menyapukan krim alahan dibelakang badanya, Boy dan Joshua betul betul terperanjat, bila melihat belakang badan Iris terkupas kupas kulitnya dan kemerah merahan. Seperti kulit dibadanya, seperti sedang terbakar. Joshua dan Boy berpandangan antara satu sama lain... Joshua pula tak berani untuk menyapu krim dibelakang badan Iris.
“Ris, badan kau ni merah merah lah bro! Aku rasa baik kau pergi klinik”.
Kata Joshua kepada Iris.
“Tak pe lah, kalau korang tak nak sapukan. Aku nak tidur, korang keluar lah dari bilik aku”.
Balas Iris, sambil membetulkan baringnya.
“Aku bukan tak nak buat Ris! Aku cuma bimbang kalau ubat sapu ni tak sesuai untuk kulit kau, nanti bertambah teruk”.
Joshua cuba memberi alasan.
“Tak apa, biar aku buat”.
Kata Boy, lalu meminta ubat sapu itu dari Joshua, Joshua memberikan kepada Boy, sambil berkerut dahinya. Boy pula hanya membuat memek muka, seolah oleh tak apa, dia cuba buat... Boy mengambil kapas mencuci luka dan meletakkan krim tersebut diatas kapas itu lalu mengosok pelahan dibelakang badan Iris. Mahu termuntah Boy, bila dia mengosok, walaupun pelahan, kulit dibadan Iris turut tercabut dan melekat dikapas. Boy memandang Joshua. Joshua pula mula terbangun dari atas katil Iris, bila ternampak itu... Manakala Iris tidak dapat melihat riaksi kawan kawanya kerana dia memandang disudut yang lain. Joshua mengeleng gelengkan kepalanya kepada Boy, bermaksud jangan buat lagi.
“Ris kulit badan kau ni mengelupas, Aku risau kau pedih nanti. Apa kata kau baring mengereng macam ni aja, biarkan belakang badan kau kering sikit, nanti aku sapukan lagi ubat”.
Iris mengangguk tanda boleh...
“Kau rehat dulu ya! Apa apa kau panggil je kita orang, kita ada dekat ruang tamu”.
Iris hanya menganggukkan kepalanya.
Joshua dan Boy berjalan kerunag tamu dan terus duduk bersebelahan diatas sofa.
“What happened to him?”.
Tanya Joshua kepada Boy.
“Aku tak tau lah Jos. Sepertinya ada sesuatu yang membuatkan dia jadi macam tu. Dia macam kena buatan orang”.
“What do you mean buatan orang?”.
Tanya Joshua yang tidak berapa faham, apa yang ingin Boy katakan.
“Maksud aku, dia macam kena sihir”.
Balas Boy, membuatkan Joshua terbeliak matanya.
“Sebab itulah kita pun dapat mimpi yang sama minggu lepas”.
Kata Boy lagi. Joshua mengerutkan lagi dahinya.
“Maksud kau! Kita semua akan kena sihir ke?”.
“Itu aku rasa sahaja lah Jos! Kau jangan ingat betul pula. Manalah kita tau kan… Entah entah Ris memang ada sakit kulit ke? Kita ingat dia kena buatan orang”.
Terang Boy lagi.
“Tok! Tok! Tok”.
Terperanjat Joshua dan Boy, bila pintu rumah diketuk.
“Siapa?”.
Jerit Boy dari dalam rumah dan terus bangun dari tempat duduknya. Boy berjalan kehadapan pintu utama, diikuti Joshua dari belakang Boy.
“Mereka agaknya”.
Boy mengeleng gelengkan kepalanya. Tanda bukan, kepada Joshua. Sambil meletakkan jari telunjuk dibibirnya.
“Kalau Syuk atau Azhar, pasti mereka akan terus masuk kedalam, merekakan ada kunci rumah”.
Kata Boy dengan nada berbisik.
“Tertingal dekat rumah mereka kot”.
Bisik Joshua pula.
“Tok! Tok! Tok”.
Terkejut mereka berdua, bila pintu diketuk lagi sekali. Berserta sahutan.
“Salammmmualikommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm”.
Berlari Boy dan Joshua kerunag tamu, bila ada suara wanita yang memberi salam dengan meleret panjangnya…
“Heii siapa tu?”.
Tanya Joshua yang dalam ketakutan. Boy juga ketakutan dan wajah mereka menjadi pucat. Darah masing masing berderau, apabila mendengar suara itu. Boy mengangkat angkat bahunya. Bererti tidak tahu.
“Macam mana dia boleh masuk dalam kawasan rumah kita. Kau tak kunci pintu pagar luar ke?”
Bisik Boy kepada Joshua.
“Mana aku tau”.
Balas Joshua.
Boy duduk diatas sofa. Joshua pula duduk berhimpit dengan Boy. Kerana perasaan takut Joshua meluap luap. Boy hanya membiarkan Joshua duduk rapat dengannya kerana dia juga ketakutan. Tiba Tiba pintu utama rumah dibuka sesorang. Berpandangan Joshua dan Boy. Mata masing membuntang memandang kepintu utama... Menarik nafas panjang mereka berdua, bila melihat kelibat Azhar dan Syuk dihadapan pintu utama, bila pintu dibuka.
“Dah kenapa korang duduk rapat rapat. Dah tak tahan sangat ke?”.
Tanya Syuk, sambil menyeringai. Boy dan Joshua merengangkan jarak masing masing.
“Kepala hotak kau lah!”.
Balas Boy, sambil berkerut wajahnya.
“Korang ada nampak tak perempuan dekat luar tadi?”.
Tanya Boy kepada Syuk dan Azhar.
“Tak ada… Amboiii makan berdua je ke?”.
Tanya Syuk lagi. Terseyum Azhar diruang tamu, bila Syuk mengusik. Manakala Boy dan Joshua mengetutkan dahi masing masing.
“Tadi ada perempuan bagi salam, itu yang aku tanya korang”.
Nada Boy mula meninggi, bila Syuk asik bergurau.
“Hisss itu pun nak marah ke?”.
Syuk juga meningikan suaranya.
“Heiii sudahlah!”.
Azhar cuba meredakan keadaan.
“Tadi aku sampai sini, mana ada orang depan rumah ni. Pintu pagar depan pun tutup. Mana boleh orang masuk”.
Kata Azhar kepada Boy dan Joshua.
Share this novel