Part 56

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan Sihir2
part 56

Perasaan kasihan sudah tidak wujud lagi dalam hati Rosalinda dan Darshini. Baginya kepuasan untuk menghapuskan manusia binatang hampir tercapai.

“Kenapa ni Que?”.

Tanya Mama Que, bila melihat Que ketakutan didalam biliknya. Kadang kala Que terjerit jerit dan ketakutan. Perangai Que betul betul telah berubah. Sejak kematian Boy dan Joshua. Sejak mereka tidak ada, Que tidak lagi pergi kekolej dan tidak lagi keluar rumah. Que hanya terperap didalam biliknya. semua lampu didalam bilik dibukannya malam atau pun siang. Tidak kira hari. Kegelapan baginya sangat menakutkan.

“Que takut mama! Que takut sangat”.

"Que takut apa sayang. Cuba Que cerita dekat mama. Apa yang telah terjadi. Sampai Que jadi macam ni?".

"Que nampak Boy dan Josh tercampak. Boy ada banyak darah dikepalanya mama. Tolong Boy mama. Dia sakit sangat".

Mama Que mengeleng gelengkan kepalannya, bila mendengar kata kata Que itu.

"Jangan macam tu Que. Boy dan tak ada. Mama rasa Que ni terkena badi Boy. Nanti Mama suruh papa carikan ustaz, untuk rawat Que ya".

Kata Mama Que. Que memeluk erat mamanya. Begitu juga mama nya.

………………………………

“Mak tok bangun ya mak tok. Kita makan”.

Kejut Rosalinda kepada Mak tok yang terbaring diatas katil. Mak tok bangun dan terus duduk dibucu katil.

“Lin ada bawak bubur ni. Papa beli dekat tempat yang Mak tok suka tu... Meh Lin suapkan”.

Kata Rosalinda sambil membuka penutup makanan. Berkaca mata Rosalinda bila melihat keadaan Mak toknya.

“Mak Tok dah tak larat lagi Lin. Mak Tok rindu sangat dengan ibu kamu... Tak lama lagi mak tok nak jumpa ibu kamu disana”.

Kata nenek Rosalinda dengan air mata yang mengalir. Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Mak toknya, berulang ulang kali, bila Lin datang kesitu.

“Jangan cakap macam tu mak tok. Lin tak nak mak tok pergi. Lin sayang mak tok”.

“Mak tok pun sayang kamu Lin”.

Air mata Rosalinda dan neneknya mengalir kepipi masing masing.

“Sudahlah tu awaknya. Jangan lah menangis. Saya pasti. Kalau Qis ada, dia pasti tak suka tengok awak menangis macam ni. Sedekahkan lah bacaan surah banyak banyak buat dia disana.

Sampuk Tok wan, bila isterinya asyik teringtkan anak yang telah tiada.

“Papa kamu mana Lin?”.

Tanya Tok wan lagi.

“Ada dekat luar dengan pak long”.

Balas Qistina. Tok wan terus keluar dari bilik dan terus mendapatkan Khairul yang berada diluar rumah duduk bersama Along.

“Ring! Ring! Ring!”.

Talifon bimbang Qistian berbunyi. Terteran nama auntie Tina ditalian. Rosalinda berkerut dahi.

“Urusan aku dengan dia dah selesai. Kenapa ya dia call aku?”.

Bisik Qistina sambil menekan butang menerima pangilan. Menjadi tanda tanya didalam hati Rosalinda.

“Hello Auntie Tina”.

Rosalinda berjalan keluar dari bilik neneknya dan berjalan keruang tamu.

“Hello Lin”.

Balas Qistian dengan nada lembut.

“Ya auntie, kenapa ya?”.

“Kamu sehat ke?”.

Tanya Qistian lagi.

“Saya sehat. Auntie sehat ke?”.

Tanya Rosalinda pula.

“Auntie sehat sehat je. Auntie saje call kamu. Dah lama kamu dengan Dar tak datang rumah auntie. Rindu pula rasanya”.

Rosalinda tergelak kecil bila Qistian kata begitu.

“Nanti Lin ajak Dar datang rumah auntie ya. Sekarang Lin ada dekat kampung”.

“Ohh dekat kampung. Kenapa balik kampung, nenek Lin sakit lagi ke?”.

Tanya Qistian dalam kerisauan.

“Ya auntie, Mak tok sakit. Sakitnya bertambah teruk. Tak nak makan, asik teringatkan aruah ibu Lin je. Dia kata nak jumpa aruah ibu Lin. Lin sedih sangat”.

Terkedu Qistian, bila Lin kata begitu. Air mata bercucuran jatuh kepipi Qistina.

“Tak apa lah Lin, Lin jaga Mak tok Lin ya. Nanti kita jumpa lagi”.

“Baik auntie”.

Balas Rosalinda dan memutuskan talian. Qistina terduduk ditepi anak tangga.

“Kau ni kenapa Qis?”.

Tanya Zura, bila melihat Qistian menangis.

“Aku rindu ibu aku Zu. Aku rindu dia sangat sangat. Aku nak sangat jumpa dia Zu. Ibu aku sedang sakit kuat, sebab dia rindukan aku”.

Kata Qistian lagi sambil memeluk Zura.

“Aku nak sangat pelik dan cium dia Zu. Aku nak sangat rasa pelukan dia Zu. Dah berbelas tahu aku hidup tanpa pelikan ibu aku. Aku betul betul rindu dia sekarang ni”.

Qistina setia memeluk Zura.

“Papaaa”.

Jerit Roslinda dari dalam bilik Neneknya. Bergegas Papanya, Tok wan, pak long, maklong dan mak usu Yang berada diruang tamu datang kebilik.

“Napa Lin?”.

Tanya pak Long.

“Mak tok tercungap cungap”.

Balas Lin. Dengan segera Pak long mengerengkan Mak Tok dan mengurut gurut belakangnya. Sehinga Mak tok tidak lagi tercungap cungap.

“Kita bawak ibu pergi hospital aja lah Long”.

Kata Kahirul kepada abang iparnya.

“Ibu tak nak”.

Balas Ucu.

“Dah banyak kali Ucu ajak. Ayah pun pujuk. Tapi ibu degil tak nak pergi. Sekurang kurangnya, dekat hospital ada alat yang lengkap. Cepat ibu sehat”.

Kata Ucu lagi dengan nada sedih.

“Ibu ni degil lah. Jom Along bawak”.

Ibunya hanya mengeleng gelengkan kepalanya sahaja.

“Tolong lah ibu! Tolong lah jangan degil. Kamu semua risaukan ibu. Kami pun anak ibukan. Tolonglah dengar cakap kami ni bu. Kalau Qistian ada, pasti dia pun tak suka ibu degil macam ni”.

Air mata masing masing berderai, bila bercakap tentang Qistina. Lebih lebih lagi ibunya. Ibunya menangis sambil memegang dadanya. Menahan sesakitan merindui yang teramat sangat.

“Jom bu”.

Kali ini Along sedikit memaksa. Along cuba untuk mengangkat ibunya tapi ibunya berkeras juga. Ibunya menolak nolak along dengan tenaganya yang sedikit itu.

“Ibu tak nak pergi hospital. Tolong lah ibu Along. Ibu kata tak nak. Apa yang Along tak faham ni”.

Along berdiri tegak kembali daripada membongkok.

“Ibu ni kenapa?”.

Marah Along dengan nada tinggi dan mula mengalirkan air mata.

“Ibu tak sayang kami lagi ke? memang Qis sorang je ke anak ibu. Kami ni buakan anak ibu ke?”.

Along menagis sambil berlutut ditepi katil.

“Sampai hati ibu buat kami macam ni”.

Kata Along lagi sambil tertunduk kelantai.

“Ibu sayang kamu semua. Kamu semua anak anak kesayangan ibu. Tapi kamu ada didepan mata ibu. Cuma Qistian sahaja yang tak ada. Ibu yang melahirkan kamu semua. Perasaan ibu ini, kamu haris tau”.

Balas ibunya dengan tangisan. Rosalinda datang duduk disisi neneknya itu.

“Jangan nagis Mak tok”.

Rosalinda mengambil tuala kecil dan mengelap air mata neneknya.

“Kalau mak tok nak sehat, mak tok kena pergi hospital. Kita pergi hospital ya?”.

Pujuk Rosalinda pula. Neneknya yang setia keras kepala, mengeleng tidak mahu pergi.

“Pergilah awak. Awak tak nak sehat ke?. Kalau awak macam ni, hati saya susah tau”.

Pujuk Tok Wan pula. Dengan nada lembut. Mak tok setia berdiam diri. Membuatkan Along betul betul tidak sabar lagi dengan perangai ibunya yang degil itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience