Perempuan Sihir 2
part20
"Tina dah siapkan barang barang Tina ke?"
Tanya mak cik kepada Qistina.
"Tina tak bawak barang pun mak. Tina tinggalkan semuanya yang mak beli dekat sini aja. Nanti kalau Tina balik sini, Tina tak payahlah bawak baju".
Senyum Qistina ketika berbicara.
"Sham! Kamu tu hati hati bawak motor. Jangan bawak laju laju. Bahaya nanti".
"Baik mak".
Sham bersalaman dan memeluk emaknya dengan erat sebelum meninggalkan emaknya. Begitu juga Qistian. Qistina berlenangan air mata, bila memeluk emak Sham.
"Tina pasti akan balik kesini lagi. Mak jaga diri ya".
Qistina mengucup kedua belah pipi Emak Sham dengan penuh kasih sayang. Qistina betul betul merindui ibu dan bapanya. Qistian memejam mata dan membayangkan yang dia sedang memeluk ibunya dengan erat.
"Qis rindu ibu! Qis nak sangat peluk ibu. Tapi Qis tak boleh berpatah balik, dengan apa yang Qis telah buat. Ampun kan Qis ibu".
Bisik Qistina sendiri dan setia memeluk emak Sham. Seperti tidak mahu melepaskan pelukan itu.
"Lama lagi ke nak berpeluk tu".
Tanya Sham, membuatkan qistian terseyum dan melepaskan pelukan emak Sham. Sham dan Qistina berlalu pergi pulang ke Shah Alam terlebuh dahulu. Sebelum Sham balik ke Kem nya yang terletak di Portdickson. Sampai sahaja dirumah Zura. Qistina turun dari motor dan terus membuka pintu pagar Zura yang tidak berkunci itu. Kelihatan kereta Zura ada didalam perkarangan rumah.
"Awak tunggu jap ya".
Sham menganggukan kepalanya dan setia memerhatikan Qistina.
"Tok! Tok! Tok! Zura Zura".
Jerit Qistina dari luar pintu utama.
"Hisss dia ni tidur lagi ke? dah nak pukul 11 lebih ni".
Bisik Qistina. Qistina kembali memekik nama Zura lagi.
"Zura oiiii Zura".
"Jap! Jap!"
Jerit Zura dari dalam rumah dan berlari untuk membuka pintu. Bila pintu dibuka, Zura betul betul terkejut dengan kehadiran Qistina didepan matanya. Mata Zura sedikit membutang.
"Beb! Kauuuu".
Zura memeluk Qistina dengan erat sambil menagis...
"Ya! Aku masih hidup lagi. Tolong aku Zu, aku nak tinggal dengan kau. Nanti aku ceriakan apa yang telah berlaku... Itu kawan aku".
Zura melepaskan pelukannya, manakal Qistina menunding jari kepada Sham yang berada diatas motor. Zura mengesat air matanya dengan jarinya.
"Haii dah ada orang baru".
Kegelak mereka berdua dihapan pintu. Dari bersedih bertukar gembira.
"Beb, jangan pangil aku Qis. Qis dah mati buat aku. Tolong panggil aku Tina. Kalau dihadapan dia".
Zura menganggukkan kepalannya.
"Shamm meh masuk dulu".
Jerit Qistina kepada Sham. Sham turun dari motor dan berjalan kepada Qistina dan Zura, sambil membuka helmetnya. Beg bajunya masih lagi digalasnya dibahu.
"Dia handsome beb".
Kata Zura, sambil terseyum gatal.
"Dah tak payah nak mengatal. Dia aku punya hahahah".
Tergelak mereka berdua.
"Mengata saya ke? Asik tergelak je".
Tanya Sham, bila sampai kepada Qistina dan Zura.
"Perempuan ni dah berkenan dekat awak".
Jawap Qistina selamber. Membuatkan Zura mencubit manja perut Qistina.
"Jom masuk rumah bujang kita orang".
Pelawa Qistina kepada Sham. Sham masuk bersama sama mereka kedalam.
"Jemputlah duduk Sham. Meh sini beg Sham, Tina simpankan dulu. Sham balik petang petang sikit ya. Tina masakkan untuk Sham tengahari ni"...
"Ehhh tak apa lah Tina! Sham ingat nak terus balik Kem".
Sham cuba menolak pelawan Qistina.
"Kena daftar diri hari ni jugak ke?"
"Sham daftar diri esok pagi... Sham tak nak susahkan Tina".
"Tak ada apa yang susuhnya Sham. Kalau Sham tak nak Tina masak. Kita keluar makan berdua. Boleh jalan jalan sama sama. Tina dah rindu nak shopping".
Terseyum Sham bila melihat Qistina yang begitu ceria sekali...
"Ya lah Sham. Nak balik awal awal pun nak buat apa?".
Zura pula menyampuk sambil membawakan air kotak buat Sham.
"Sham jangan malu malu dekat rumah ni, angap jelah kami berdua ni wife Sham hahaha".
Zura ketawa bila dia sendiri membuat lawak.
"Gatal"
Balas Qistina sambil ketawa.
"Zu, barang Sham aku letak dekat bilik tetamu ya?"
"Suka hati kau lah Qisss opss".
Zura menutup mulutnya. Membuatkan Qistina membeliakkan matanya.
"Hissss kau ni Tina. Letak jelah dekat bilik kau".
Zura berpusing ayat, bila dia tersasul tadi.
"Bilik tetamu kosong kan? ke kau ada bawak balik jantan malam tadi? Dia ada tidur dalam bilik tu ke?".
Qistina begitu selamber bergurau kasar dengan Zura. Membuatkan Sham terseyum melihat gelagat mereka berdua.
"Otak kau lah".
Balas Zura sambil menyeringai.
"Jomm Sham, Tina tunjukkan bilik. Boleh Sham berehat dulu, sebelum kita keluar makan".
Sham mengikut Qistina naik ketingkat atas dan terus masuk dibilik tetamu.
"Sham rehat dulu dekat sini. Kalau Sham nak apa apa, Sham ambil aja dekat dapur ya?"
Sham menganggukan kepalanya sahaja. Qistina keluar dari bilik tetamu dan terus masuk kedalam bilik Zura. Zura sudah pun bersedia menantikan Qistina.
"Apa cerita yang sebenarnya Qis. Sampai mereka angap kau dah meninggal".
Qistina menceritakkan satu persatu kepada Zura, tenang apa yang telah berlaku. Singgalah tentang nek Jah yang memberinya sesuatu yang lebih berkuasa dari bomoh yang mereka jumpa itu. Zura setia mendengar cerita Qistina.
"Mula hari ini, aku hanya ada kau sahaja Zura. Aku harap kau tak kesah aku tinggal bersama kau".
"Aku tak kesah Qis. Aku suka kau teman aku dalam rumah ni. Aku nak kau tinggal dengan aku sampai bila bila. Aku sayang kau Qis".
Mereka berpelukkan sambil menagis.
"Dah lah tu Zura, aku nak keluar makan dengan Sham. Jasa emak dan bapa dia, aku tak akan dapat membalasnya beb".
Zura mengangguk bila Qistina kata begitu.
"Kau pakai bilik sebelah bilik aku ni! Bilik tu kosong. Aku buat bilik membaca. Nanti kita beli perabut dengan set katil. Aku belanja kau".
"Mekasih Zu".
"Jap lagi aku nak keluar, aku nak pinjam baju kau ya Zu?. Aku sekarang ni, satu apa pun tak ada ni".
"Kejap lagi kau keluar, aku bagi kau kad aku. Kau gunalah kad aku dulu. Kau shopping apa yang kau nak. Tapi hati hati Qis! Jangan ada orang yang kenal kau, nampak".
Qistina menganggukan kepalanya tanda faham. Setelah bersiap, Qistina masuk kedalam bilik tetamu, untuk berjumpa Sham. Sham yang begitu leka bermain game ditalifon bimbitnya, tidak perasan kehadian Qistina.
"Sham, jom keluar. Tina dah siap ni".
Terbangun Sham dari baringnya, bila melihat cara pakaian Qistina. Qistina memakai skirt pendek dan berbaju singlet. Menampakkan Pehanya yang putih gebu.
"Heiii napa pandang Tina macam tu? Tina tak cantik ya?"
"Ehhhh takkkkkkkk, Awak dah cukup cantik. Awak selalu pakai macam ni ke, bila keluar?"
"Ya lahh! Saya selalu pakai macam ni? Kenapa buruk ke? Atau nak suruh saya tukar baju lain".
"Ehhh tak ape! Dah ok dah".
Sham bangun dari katil dan mencapai talifon bimbitnya. Mereka berdua turun tingkat bawah, untuk keluar makan bersama.
"Awak ada lesen kereta ke?"
Tanya Qistina kepada Sham. Membuatkan Sham terseyum.
"Dah tentulah ada sayang".
Jawap Sham, sambil mencubit pipi Qistina.
"Sham bawak kereta Zura ya. Tina tak nak naik motor".
Sham terseyum bila Qistina bersuara manja. Bila memintanya membawa kereta. Sham hanya menurut kemahuan Qistina...
Share this novel