Perempuan sihir 2
part7
“Lin! Kita buat laporan polis ya?”
“Ehhh jangan papa! Lin tak nak. Tolong papa jangan bagi tau sesiapa termasuk Mak tok, Tok wan dengan Atok. Lin tak nak sesiapa pun tahu kecuali papa seoarang. Lin malu papa, Lin malu”.
Rayu Rosalinda sambil menangis. Rosalinda takut dan betul betul dalam truma, sehingga tidak mahu kekolej lagi. Kerana perbuatan lima lelaki yang tidak berhati perut itu…
“okay okay sayang. Jangan nangis, papa ikut kemahuan Lin”.
Rosalinda lantas memeluk Khairul dengan lebih kuat lagi...
Lebih seminggu Rosalinda tidak keluar rumah dan pergi kekolej. Begitu juga Darshini. Darshini kelihatan lebih murung berbanding Rosalinda. Darshini tidak menceritakan kepada ahli keluarganya tentang apa yang terjadi terhadap dirinya. Darshini tidak juga keluar dari bilik dan membuatkan seluruh ahli keluarga Darshini menjadi bimbang. Oleh kerana Rosalinda adalah kawan yang paling rapat dengan Darshini. Mummy Darshini telah memangil Rosalinda datang keruamahnya. Mummy Darshini berharapa, Rosalinda dapat memujuk Darshini dan ingin mengetahui, perkara apa yang telah terjadi keatas anaknya. Sehingga Darshini mengurung diri.
“Ros! Mummy risau sangat tentang Dar. Dah seminggu Dar tak bercakap mahu pun makan dengan betul. Mummy risau sangat Ros. Apa yang telah terjadi kepada Dar. Tolong lah bagi tau Mummy dear”.
Rosalinda tidak tahu untuk memceritakan apa kepada mummy Darshini.
“Mummy, I'm really sorry. I don't know, Why is Darshini like that”.
“you are Dar's best friend. You really don't know sayang?”.
“Ya mummy, Ros tak tau”.
Rosalinda terpaksa menipu mummy Darshini. Kerana tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku. Rosalinda bimbang, Darshini akan bertindak diluar kotak fikirannya.
“Mummy jangan risau. Ros pergi pijuk Dar ya”.
“Tolong mummy ya sayang. Mummy dengan Daddy betul betul risaukan Dar”.
Rosalinda hanya mampu terseyum dan terus melangkah naik ketingkat atas dan terus mengetuk pintu bilik Darshini.
“Tok! tok! tok!”
“Dar! open the door dear”.
Bila mendengar sahaja suara Rosalinda, Darshini terus membuka pintu biliknya dan terus memeluk Rosalinda dengan sekuat hati sambil menangis, Rosalinda juga turut memeluk Darshini dan air mata Rosalinda juga turut mengalir.
"Rosa! I'm scared"
Darshini melepaskan pelukannya dan menarik tangan Rosalinda masuk kedalam biliknya. Rosalinda duduk diatas katil, begitu juga Darshini.
"I pun takut jugak Dar. Tapi kita kena kuat. U tak boleh lah kurungkan diri dalam bilik sahaja. Kasihan mummy dengan daddy u. Mereka risau bila u macam ni".
Darshini hanya berdiam diri, bila Rosalinda menasihatinya.
"I benci mereka berlima. I akan pastikan hidup mereka tak akan pernah aman".
Tiba tiba topik tentang lima perogol itu masuk kedalam fikiran Rosalinda. Darshini memandang Rosalinda dengan wajah yang berkerut.
"Kita boleh buat apa sahaja dekat mereka tu Rosa. Mereka orang yang jahat dan tak ada perasaan".
Rosalinda merenung Darshini dengan wajah yang penuh dendam.
"Kalau kita tak boleh hapuskan mereka dengan tenaga kita. Kita akan hapuskan mereka dengan cara lain".
Kata kata Rosalinda membuatkan Darshini semakin tidak faham.
"U nak buat apa ni Rosa?. I betul betul tak faham, apa yang u cakap ni?".
"Kita sihir mereka"
Terbeliak mata Darshini, bila Rosalinda melafaskan itu kepadanya. Rosalinda pula menyeringai memandang Darshini.
"U tau Dar. Kalau mereka mati ditangan kita, kita akan masuk penjara. Kena hukum gantung. Tapi kalau jin yang hapuskan mereka. Kita pasti akan selamat. Manusia macam tu, harus dapat pembalasannya. Supaya gadis lain tidak jadi mangsa mereka pulak".
Terkejut Darshini dengan kata kata Rosalinda. Tidak Darshini sangka. Rosalinda dapat berfikir seperti itu. Dalam masa yang sama Darshini bersetuju dengan kata kata Rosalinda. Dendamnya juga membara bara. Terhadap mereka berlima.
"U setuju ke Dar. Apa yang kita akan buat nanti?".
Darshini memandang Rosalinda sambil terseyum.
"Asalkan mereka berlima terhapus dari pandangan mata i, i setuju sangat dengan apa yang u nak buat. Tapi kita nak jumpa siapa?"
Rosalinda terdiam, bila Darshini bertanya begitu. Dia sendiri tidak tahu, siapa yang harus dia jumpa, untuk menyihir manusia yang tidak berguna itu.
"U tak kenal mana mana bomoh ke Dar?"
Rosalinda menujukan pertanyaan pula kepada Darshini. Membuatkan Darshini berkerut kembali.
"Last month, i ada dengar perbualan Amy dengan Dina. Dia cerita tentang seorang bomoh, yang boleh memakaikan susuk dan boleh menjadikan orang cantik".
"Darrr! Kita nak sihir orang, bukan nak jadi cantik".
Rosalinda berkerut memandang Darshini. Darshini terdiam, bila Rosalinda memarahinya.
"Tapi Ros! Kalau namanya bomoh. Mesti boleh buat benda lain juga. Tak salahkan kalau kita cuba tanya".
Terdiam Rosalinda, bila Darshini kata begitu.
"Ok lah, kita cuba. Kalau dia tak boleh tolong kita. Dia mesti kenal mana mana bomoh yang boleh tolong kita".
Balas Rosalinda, membuatkan Darshini terseyum.
"U whatsapp Amy, minta alamat bomoh tu. Malam ni kita pergi"...
........…..........…..............
"U betul ke rumah ni? Tak macam rumah bomoh pun".
Tanya Rosalinda. Bila melihat kawasan perumahan teres dua tingkat, adalah alamat yang diberikan oleh Amy.
"Entahlah Rosa, kita ikut aja alamat yang dia berikan. Kalau salah, kita balik je terus".
Rosalinda memandu pelahan, untuk mencari nombor rumah bomoh tersebut.
"Haaaa tu rumahnya u".
Tunjuk Darshini, bila melihat no rumah, yang diberikan oleh Amy. Rosalinda memberhentikan keretanya, betul betul dihadapan rumah bomoh itu.
"Cantiknya rumah bomoh ni u. Betul ke ni rumahnya? Bukan selalu rumah bomoh dekat kampung, buruk, masuk dalam hutan baru jumpa rumah?".
Tanya Darshini kepada Rosalinda.
"Manalah i tahu Dar. Kalau ikutkan, memang macam u cakap tu. Nak tau betul ke tidak. Jom kita tanya tuan rumah ni".
Rosalinda keluar dari keretanya, begitu juga Darshini. Rosalinda menekan loceng rumah itu beberapa kali dan menunggu dihadapan pintu pagar.
"Dia keluar! Dia keluar"
Kata Darshini dengan nada pelahan, Rosalinda hanya diam dan memerhati. Kelihatan seoarang wanita keluar dari rumah itu dan menuju kepada Rosalinda dan Darshini.
"Ya, cari siapa?"
Tanya wanita itu dengan nada yang lembut. Rosalinda dan Darshini betul betul terpaku dan terpegun dengan kecantikan wanita itu. Membuatkan mereka berdua sedikit ternganga. Darshini menyengol Rosalinda. Agar Rosalinda menjawap pertanyaan wanita itu. Rosalinda memandang Darshini dan memandang kembali kepada wanita itu...
"Beeee tulll ke ni rumah yang boleh pakaikan susuk?"
Terseyum wanita itu, bila Rosalinda bertanya begitu. Wanita itu membuka pintu pagar dan membenarkan Rosalinda dan Darshini masuk. Rosalinda dan Darshini pula terpinga pinga, bila wanita itu terseyum. Dia tidak tahu betul atau tidak rumah itu rumah bomoh, yang dikatakan oleh Amy.
"Betulkeeee".
"Ya betul, ini lah rumahnya.
Belum sempat Rosalinda menghabiskan ayat pertanyaannya, wanita itu memotong ayat Rosalinda.
Share this novel