Perempuan Sihir 2
part31
“Tolong! Tolong”.
Jerit Iris dari dalam bilik, membuatkan mereka berempat bergegas pergi kedalam bilik Iris. Bila sampai kedalam bilik, mereka melihat Iris meronta ronta, diatas katil. Mereka meluru kepada Iris.
“Wekk! wekkkk”.
Kali ini Joshua betul betul tidak boleh lagi menahan untuk muntah. Bila melihat cadar katil Iris dipenuhi kulit belakang Iris yang tertangal, dan berbau sedikit busuk.
“Kenapa dengan Ris ni korang”.
Tanya Azhar, Boy hanya mengelengkan kepalanya sahaja, menahan meremang tekak.
“Bawak dia pergi hospital”.
Arah Azhar tegas. Masing masing memapah Iris dan terus berjalan keruang tamu, untuk kepintu utama...
"Salammmmmualikuommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm. Tok! tok! tok".
Hampir terjatuh Iris dari papahan Boy dan Syuk, bila mendengar sekali lagi suara salam yang meleret itu. Jatung masing masing, bagikan mahu tercabut keluar. Tak berani masing masing untuk menghampiri pintu utama. Bila masing masing mendiamkan diri dan tidak bersuara, hanya mata sahaja yang memandang antara satu sama lain.
“Dommm dumm dummmm”.
Pintu utama digoncang kuat tobolnya oleh sesuatu dari luar rumah. Mereka berlima merapati antara satu sama lain.
“Bukak! Bukakkkkk”.
Kedengaran suara garau, yang mahukan mereka membuka pintu.
“Bukak surah beb, bukak surah”.
Kata Syuk, dengan nada berbisik, kepada kawan kawanya. Masing masing mengeluarkan talifon bimbit masing masing, untuk membuka laungan Surah Yassin. Boy orang pertama yang berjaya membuka surah Yassin terlebih dahulu dan Boy membuka sekuat kuatnya volume talifon bimbitnya. Bila sahaja suara oarang yang membaca surah berkumandang. Tidak sampai beberapa minit, ketukan berserta goncangan tombol pintu utama terhenti. Mereka berlima, menarik nafas lega.
“Ehhh Ris!”
Kata Boy, bila Ris rebah dilantai.
Masing masing menjadi kelang kabut kembali. Boy dan Syuk memapah Iris dengan lebih kuat. Perasaan takutkan mahluk diluar mula hilang, bila melihat Iris yang semakin lemah dan tercungap cungap. Azhar membuka pintu utama, sambil menjengah keluar. Matanya melilau mencari orang yang mengetuk pintu tadi, tetapi tidak ada. Surah bacaan yassin, masih keudara.
“Cepat bawak Ris masuk dalam kereta aku”.
Arah Azhar, kerana keratanya berada diluar gate. Lebih cepat untuk memecut kehospital. Kelang kabut masing masing masuk kedalam kerata. Azhar memandu terus kehospital. Keadaan menjadi lebih kelang kabut, bila sampai dihospital. Nafas Iris bertambah lemah. Iris ditolak kedalam zon merah. Mereka berempat duduk dipekarangan menjunggu. Azhar menghubungi keluarga Iris dan memberitahu keadaan Iris... Lebih setengah jam berlalu, mereka berempat, masih lagi setia menunggu Iris.
“Siapa yang bawa Mohd Iris disini?”
Tanya seorang doktor kepada kami yang duduk diluar.
“Kami doktor”.
Azhar bangun dari tempat duduknya. Yang lain juga bangun.
“Kamu semua kawan kawan dia ke?”
“Ya doktor, kami kawan dia”.
Jawap Syuk.
“Ahli keluarga dia mana?”.
“Mereka akan sampai sekejap lagi”.
Balas Syuk lagi.
"Dia macam mana doktor?".
Tanya Azhar, bila doktor itu berdiamkan diri. Doktor itu memandang sorang demi sorang.
"Maafkan saya, saya tak dapat selamatkan kawan kamu semua. Dia terkena alahan yang teruk membuatkan penafasan dan jantungnya tidak berjalan lancar. Dalam masa yang sama dia terkena serangan jantung. Dia telah disahkan meninggal dunia, beberapa minit tadi".
Terkejut masing masing, bila doktor mengesahkan yang Iris telah meningal dunia. Air mata masing masing mula mengalir dipipi. Mereka tak sangka, dalam sekelip mata Iris tidak ada lagi bersama mereka.
"Boleh kami masuk, untuk melihat kawan kami, buat kali terakhir".
Tanya Boy kepada doktor itu.
"Boleh, tapi jangan lama lama".
Mereka berempat masuk kedalam, untuk menatap wajah Iris, buat kali terakhir. Bila kain putih itu dibuka oleh Nurse. Dari kesedihan menyelubungi mereka, bertukar menjadi satu kejutan. Bila melihat wajah Iris yang hitam seperti terbakar dan Kesan seperti melecur dileher dan diparas dada, juga kelihatan dibadan Iris. Sungguh terseksa disaat kematian Iris.
“Kenapa dengan dia?”.
Bisik Joshua kepada Boy. Boy hanya mengelengkan kepalanya sahaja… Seminggu berlalu, mereka memulakan aktiviti mereka seperti dahulu, tanpa Iris disisi mereka. Tanda tanya, kenapa Iris jadi begitu, tetap bermain didalam fikiran mereka berempat.
……………………………………….
“Haaahahahhahahahaaaaa padan dengan muka korang berlima”.
Ketawa besar Rosalinda dan Darshini, bila mendengar khabar, tentang kematian Iris. Mereka berdua, ketawa kepuasan.
“I tak sabar sangat, untuk menunggu giliran Joshua. Bad boy, waiting for your revenge”.
Darshini menyeringai.
“Minggu depan kita jumpa auntie Tina lagi. I nak say thanks dekat dia”.
Rosalinda mengangguk angukkan kepalanya.
“Ring! Ring!”.
Tailifon bimbit Rosalinda berbunyi. Rosalinda melihat screen talifon bimbitnya dan memandang Darshini.
“Tengok ni! Dia macam tau tau aja, kita cakap pasal dia”.
Kata Rosalinda, sambil menunjukkan talifon bimbitnya kepada Darshini yang tertera nama auntie Tina. Terseyum Darshini, apa bila melihat screen talifon bimbit Rosalinda... Rosalinda lantas menjawap pangilan itu, mengunakan pembesar suara. Agar Darshini juga dapat mendengar perbualan itu.
“Hello auntie”
“Hello Lin”.
Berdebar hati Rosalinda, bila Qistina memangilnya dengan nama Lin. Suara Qistina juga mengingatkan dia kepada suara ibunya.
“Macam mana perasan, bila dapat tau satu musuh dah tumpas?”.
Tanya Qistina kepada Rosalinda. Rosalinda dan Darshini terseyum bahagia, apabila Qistina tanya begitu.
“Rasa puas sangat auntie”.
Jerit Darshini sambil ketawa. Tergelak kecil Qistina, bila mendengar jeritan dari Darshini.
“Betul auntie, kami rasa puas dan bahagia sangat… Tak sabar rasanya untuk tumpaskan yang lain”.
Kata Qistina pula.
“Tak apa! Pelahan lahan buat kerja. Yang penting kepuasan kita dapat, akan membuatkan kita bahagia”.
Balas Qistina dengan nada yang lembut.
“Nanti datang jumpa auntie Tina, auntie nak bagi kamu sesuatu. Kamu berdua yang kena buat sendiri selepas ini. Kamu kena hancurkan mereka sendiri, dengan tangan kamu. Kamu akan dapat lebih kepuasan diri. Bila mereka semua sujud dikaki kamu memohon maaf”.
Kata Qistina lagi. Bertambah bahagia Rosalinda dan Darshini, bila mendengat kata kata yang keluar dari mulut Qistina.
"We come tomorrow night”.
Kata Darshini dengan nada yang sedikit menjerit.
“Hisss kau ni! Tak sabar sabar”.
Marah Rosalinda kepada Dashini, Darshini menyeringai sahaja, bila dimarah oleh Rosalinda. Terseyum Rosalinda, bila Darshini meyeringai.
“Kami datang malam esok ya auntie?”.
Kata Rosalinda kepada Qistina.
“Boleh sayang! Kamu berdua datang aja. Auntie ada rumah. Nanti auntie masak untuk kamu berdua. Kita makan malam sama sama ya. Jangan makan dekat luar tau?”.
“Wahh best tu”.
Darshini meyampuk, Rosalinda menyengol Darshini dan membeliakkan biji matanya.
“Ehhh menyusahkan auntie aja”.
Balas Rosalinda.
“Tak susah pun, lagi pun auntie tinggal sorang aja dekat rumah. Auntie Zura ada kerja luar. Dia tak balik malam esok. Bosan pulak makan sorang sorang. Itu yang auntie ajak kamu berdua”.
Terang Qistina kepada Rosalinda dan Darshini.
“Baik auntie, esok malam kami datang”.
Kata Rosalinda lagi… Terseyum bahagia Qistina, bila pelawannya tidak ditolak Rosalinda.
Share this novel
xupdate ke author..bosan gak asik bc novel cinta antara dua darjat sesekali bc novel berunsur mistik ok gak ..hihihi next please tq...author..