Perempuan sihir 2
part10
"Tina"
Itu sahaja yang dapat difikir oleh Qistina dan keluar dari mulutnya.
"Cantik nama tu, macam tuan punya nama".
Terseyum Qistina bila makcik itu memuji.
"Makcik, Tina nak mandi?"
"Boleh nak! tuala ada dekat dalam bilik air. Kamu pergilah mandi dulu. Nanti kita makan sama sama".
Qistina melemparkan senyum dan terus menuju kebilik air, untuk mandi... Setelah selesai membersihkan diri, Qistina keluar dengan berpakain seperti anak gadis kampung.
"Cantiknya kamu nak. Baju tu sesuai untuk kamu".
Qistina hanya menyeringai bila dipuji.
"Baju kamu letak saja dekat dalam tapis tu. Nanti makcik cucikan".
"Ehhh tak apa makcik. Nanti saya nak call kawan saya. Saya nak suruh dia ambil saya dekat sini".
"Kenapa kalut sangat nak balik. Tunggal lah dekat sini dua tiga hari. Ambil suasana kampung ni dulu. Dekat sini damai sangat".
Terdiam sejenak Qistina, bila dipelawa tinggal disitu.
"Nanti Tina fikirkan ya makcik".
Balas Qistina dengan senyuman dan terus menaiki anak tangga untuk masuk kebilik. Sampai sahaja didalam bilik.
"Mak cikkkkkk".
Qistina terpekik, membuatkan makcik yang berada dibawah, bergegas naik keruang atas. Membutang mata Qistina memandang seseoarang yang baring diatas katil. Begitu juga orang yang berada diatas katil itu. Dia juga turut terkejut dan terus terbangun dari baringnya.
"Napa Tina?"
Tanya makcik itu, bila sahaja sampai dipintu bilik...Mata Qistina hanya membuntang, memandang kepada susuk lelaki tersebut.
"Ohhh ni anak lelaki makcik".
Terpinga pinga lelaki itu, bila melihat ada orang lain didalam rumahnya.
"Siapa ni mak?"
"Ini Tina! Dia tompang tidur rumah kita beberapa hari ni... Tina ni anak makcik nama dia Sham. Dia ni askar, dia baru sampai sini pagi tadi, dia cuti seminggu... Sham ni memang suka masuk dalam bilik ni. Bilik ni dulu bilik arwah nenek kesayangan Syam. Bila neneknya dah tak ada. Dia selalu masuk kedalam bilik ni, bila dia balik bercuti".
Terang makcik itu. Membuatkan Qistina terseyum malu. Bila Sham melemparkan senyuman kepadanya.
"Maafkan saya cik".
Sham bagun dari katil dan terus keluar dari bilik itu dengan wajah yang tersengeh segeh. Makcik juga beredar dari bilik itu. Qistina masuk kedalam dan terus menutup pintu bilik.
"Boleh tahan anak makcik tu, handsome. Sado pulak tu. Setakat dua tiga hari duduk sini, tak lah boring. Boleh suruh dia bawak aku jalan jalan".
Bisik Qistina sambil terseyum sendiri...
"Macam mana dia boleh ada dekat rumah kita mak?"
Tanya Sham kepada emaknya. EMaknya menceritakan kepada Sham, tentang apa yang berlaku. Berkerut wajah Sham, bila emaknya bercerita sambil memasak.
"Nak Tina tolong apa apa ke?"
Terkejut mereka berdua, bila Qistina tiba tiba muncul.
"Dah siap dah Tina... Meh sini kita makan tengahari sama sama. Makcik hidangkan nasi".
Qistina berjalan dan terus duduk diatas kerusi di meja makan, bersebelahan Sham.
"Pak cik mana? Tak makan sekali ke?"
"Pak cik dekat rumah bini dia lagi satu. Esok baru dia balik sini".
Jawap mak cik selamber. Membuatkan Qistian berkerut wajah.
"Ahhhh tak payah sebuk hal orang lah".
Bisik Qistina dan terus bangun untuk menolong makcik membuat hidangan.
"Tina tak payah tolong, duduk aja. Biar makcik yang buat"
"Tina menyusahkan makcik aja".
"Ehhh tak ada yang susahnya Tina. Makcik suka ada tertamu. Tak lah makcik bosan. Nak harapkan Sham, bukan dia selalu ada pun".
Terseyum Qistina, bila mak cik kata begitu.
"Dah! Dah! Jom makan".
Pelawa makcik itu. Mereka bertiga makan bersama sama. Sham pula sesekali mencuri pandang kepada Qistina yang duduk disebelahnya. Membuatkan Qistina tidak menentu, ketika makan.
"Nanti petang Sham bawak Tina jalan jalan kampung kita ni".
"Dia nak ke naik motor dengan Sham".
Balas Sham selamber.
"Dah tentulah dia nak. Duduk terperap dalam rumah ni dapat apa. Dia pun tak tahu kampung kita ni macam mana! Kannn Tina".
"Tak apa makcik! Tina boleh duduk dekat rumah aja. Lagi pun Tina ingat nak call kawan Tina petang ni, suruh ambil Tina".
"Ehhh kenapa nak balik lekas lekas ni. Duduk lah dua tiga hari rumah mak cik ni. Kenapa? tak selesa duduk rumah kampun ke?"
"Ehhh bukan begitu makcik, Tina suka sangat suasana kampung".
"Kalau macam tu, tidur sini lagi ya".
Kerana tidak mahu mengecewakan makcik yang telah membantu dirinya. Akhirnya Qistina bersetuju, untuk tingal disitu, beberapa hari... Menjelang petang, Qistina duduk di anak tangga diruang hadapan rumah. Suasana sungguh indah dan damai. Tarian pokok pokok ditiup angin, membuatkan hati Qistina betul betul tenang... Tiba tiba Qistina dapat merasakan tiupan angin dan dengusan ditepi telinganya.
"Bukan disini! Kamu pergi".
Lafas Qistina keras. Terasa angin lalu dibahu kirinya, seperti sesuatu yang berlalu pergi. Qistina terseyum sendiri. Bila jin peliharaannya mendengar kata.
"Apa yang senyum sorang sorang ni?"
Tegur Sham, sambil duduk disebelah Qistina dianak tangga. Terkejut Qistina, bila Sham menengurnya.
"Haiii! senyum sorang sorang pun tak boleh ke?"
Balas Qistina sambil terseyum.
"Bukan tak boleh! Takut semut datang…Senyuman tu manis sangat".
"Hisss Sham ni, ada ada je lah hahaha".
Tergelak besar Qistina bila Sham membuat lawak...Sham merunung Qistina, bila melihat Qistina begitu gembira. Membuatkan Qistina terhenti dari ketawa dan tertunduk malu.
"Janganlah pandang saya macam tu".
Sambil tertunduk Qistina berbicara. Sham terseyum, bila melihat Qistina yang tertunduk malu.
"Nak jalan jalan naik motor tak?"
Qistina mengankat mukanya dan memandang kepada motor besar yang ada ditepi rumah.
"Kita nak naik motor tu ke?"
"Ahaaa motor tu. Itu sahajalah yang saya ada. Nak beli kereta, belum mampu lagi".
Balas Sham sambil terseyum. Qistina pula memandang motor dan memandang kembali kepada Sham.
"Cik abang sayang! Cuba awak fikir. Macam mana saya nak naik motor besar awak dengan pakai kain batik macam ni".
Tanya Qistina, sambil mengerutkan dahinya. Sham pula mengosok gosok belakang tengkuknya sambil terseyum.
"Kita jalan kaki je lah".
Ajak Sham dan Qistina bersetuju. Mereka berdua berjalan jalan sambil berborak borak kosong. Bila penat, mereka berdua pulang semula kerumah.
"Sham, pergi sembahyang magrib dulu. Lepas tu kita makan malam sama sama".
Arah emak Sham.
"Baik mak".
"Tina pergi mandi dulu. Tak baik mandi lewat lewat. Makcik dah siapkan tuala atas katil Tina".
"Terima kasih makcik".
Qistina masuk kedalam bilik dan terus turun untuk mandi dan membersihkan diri... Selepas makan malam Qistina masuk semula didalam biliknya untuk berehat. Qistina membuka daun tingkap biliknya, untuk mengambil angin malam. Bila tingkap dibuka. Kelihatan Shah berada dibawah, sedang merokok sambil mengelap motornya. Sham terseyum manis, bila melihat Qistina membuka tingkap bilik. Tertawan hati Qistina dengan senyuman Syam yang sangat memukau hati. Qistina merenung Sham dengan penuh perasaan. Detik detik cinta mula berputik, didalam hati. Mereka berdua bertentangan mata. Tiba tiba Qistina teringatkan suaminya Khairul. Tersentak hati Qistina.
"Ehhh apa aku dah buat ni? aku mana boleh bercinta dengan orang lain. Aku dah ada suami. Walau apa pun yang berlaku. Aku tetap isteri orang".
Qistina mengerutkan wajanya dan terus menutup tingkap bilik dengan tiba tiba. Membuatkan Sham juga mengerutkan wajahnya. Tidak senang duduk Sham, bila Qistina buat begitu...
"Aku ada buat salah ke?"
Macam macam bermain didalam fikiran Sham.
Share this novel