Sham kemalangan

Mystery & Detective Series 96597

perempuan sihir 2
part22

“Tina jaga diri ya, nanti kita jumpa lagi bulan depan. Sham tak boleh selalu kesini. Maaf kalau Sham hanya boleh jumpa Tina sebulan sekali aja”.

“Tak apa Sham, Tina tak kesah. Yang penting Sham tak lupakan Tina”.

“Mana boleh Sham lupakan awak. Sham sayang Tina”.

Sham memegang pipi Qistina dan merenung tajam ke mata Qistian.

“Dalah hati ini ada wajah Tina sahaja”.

Sham menarik pula tangan Qistian dan diletakan kedadanya.

“Sham harap dalam hati Tina juga ada Sham”.

Qistina hanya terseyum bila Sham kata begitu.

“Boleh tak Sham tau. Apa perasaan Tina terhadap Sham? hati ini sentiasa tertanya tanya. Siapa Sham untuk Tina. Selagi Tina berdiam dan hanya terseyum macam ni, Perasaan Sham tak akan menentu. Selagi tak dapat jawapan dari Tina”.

“Sham tau jawap Tina. Tak payahlah Tina kata ya atau tidak”.

Sham betul betul tidak berpuas hati dengan jawapan Qistina. Qistina pula, setia terukir senyuman dibibir.

“Tak apa lah Tina, saya gerak balik kekem dulu. Nanti kita jumpa lagi”.

“Ok Sham. Jumpa bulan depan. Nanti sampai call Tina ya?”

“Baik Sayang”.

Sham mula menunggang motosikalnya dan Qistina melambai permergian Sham.

“Seronoklah dia, ada orang datang jumpa setiap minggu”.

Kata Zura, bila sahaja Qistina masuk kedalam rumah.

“Mana ada setiap minggu Zu. Dia bukan sentiasa free je. Bulan depan baru dia jumpa aku”.

“Ohhh! Aku ingat dia akan datang jumpa kau seminggu sekali… Kau dah bagi tau dia yang kau mengandungkan anak dia?”

“Ehhh tak lah Zu. Aku mana boleh bagi tau dia. Hanya aku dan kau sahaja yang tau rahsia ni. Aku tak boleh bagi tau dia”.

Zura hanya diam, bila Qistina kata begitu.

“Habis kau nak simpan sampai bila kandungan tu?”.

Sambung Zura lagi.

“Tak lama beb. Hanya dua bulan sahaja. Lepas dua bulan, janin dalam kandungan aku akan hilang, selepas aku buat pemujaan yang terakhir nanti".

Zura mengangguk faham.

“Kau tak jumpa bomoh tu lagi ke Zu?”

“Mana boleh tak jumpa beb. Aku kena jumpa dia, Kalau aku nak terus kelihatan cantik. Tapi selepas ni, aku tak payah jumpa dia lagi. Kau pun boleh buat kan?”

Menyeringai Zura memandang Qistina. Qistina pula membalas senyuman Zura.

Selepas beberapa minit permergian Sham untuk pulang ke kem. Qistina menadapat pangilan dari Sham.

“Ehhh tak kan dah sampai?”.

Bisik Qistian didalam hati. Qistina menjawap pangilan itu.

“Hello Sham”.

“Hello cik!”

Terkejut Qistina, bila mendengar suara itu... Suara itu bukan suara Sham.

“Ehhh ni siap?”

Qistina melihat screen talifon bimbitnya. Tertera nama My Love Sham. Ya betul! Ini memang talifon bimbit Sham.

“Cik ni Wife owner handphone ni ke?”

Lebih terkejut Qistina.

“Cik ni sebenarnya nak cari siapa?”

Tanya Qistina kepada orang yang mengunakan talifon bimbit Sham.

“Puan, husband puan kemalangan. Keadaannya parah. Kami dan orang awam yang lain, sedang menunggu Ambulance sampai.Saya mengunakan handphone suami cik untuk hubungan cik”.

Qistina tergamam tidak terkata apa. Qistina terduduk sambil talifon bimbitnya masih lagi melekat ditelinga.

“Ehhh kau ni kenapa Qis”.

Tanya Zura, bila melihat Qistina terduduk sambil menitis air matanya. Zura merampas talifon bimbit Qistina dari tangannya. Orang yang berada ditalian, menerangkan pula kepada Zura tentang apa yang berlaku dan memberikan arah tempat kemalangan itu.

“Qis bangun Qis! Tempat Sham kemalangan tak berapa jauh dari sini. Jom kita pergi tengok dia”.

Qistina masih lagi terduduk disitu seperti patung. Zura menarik lengan Qistina agar Qistina bangun. Qistina mengikut tarikan Zura. Qistina dan Zura masuk kedalam kereta. Zura yang memandu kereta. Bergegas ditempat kemalangan... Sampai sahaja ditempat kejadian, kelihatan ambulance baru sahaja sampai. Qistina yang sedari tadi tidak sabar untuk melihat Sham. Terus membuka pintu kereta yang masih lagi bergerak. Terkejut Zura, bila Qistina buat begitu. Nasib Zura memandu pelahan ketika mahu memberhentikan kereta. Qistina keluar dari kereta dan berlari kepada Sham yang baru sahaja diangkat oleh pemandu ambulan dan pembantunya untuk masuk kedalam ambulance. Seluruh badan Qistina menjadi Lemah. Kaki melangkah terasa longlai. Bila melihat Sham dalam keadaan begitu. Qistina menguatkan dirinya dari pada rebah.

“Tunggu kejap encik”.

Halang Qistina dan pegawai itu memberhentikan langkahnya.

“Cik siapa?”

Tanya pegawai perubatan itu.

“Saya tunang dia”.

Balas Qistina secara spontan. Bila melihat keadaan Sham yang parah Qistina mula tidak tentu arah.

“Yak Allah Sham”.

Teriak Qistina. Terasa panas tubuh Qistina, bila dia menyebut perkataan itu. Tetapi tidak dihiraukan olehnya. Qistina cuba memeluk Sham, tetapi dihalang oleh pegawai itu.

“Kami kena cepat bawak dia cik. Keadaan dia parah”.

Zura memeluk Qistina, bila melihat keadaan Sham begitu. Zura juga turut menitiskan air mata.

“Saya ikut boleh”.

Tanya Qistina kepada dua pergawai tersebut.

“Boleh! Tapi seorang sahaja”.

“Baik Cik! Saya yang akan ikut bersama”.

Balas Qistina dan terus bergegas masuk kedalam ambulance bersama Sham, yang sesekali mengerak gerakkan badannya menahan kesakitan.

"Jangan banyak bergerak Sham. Tina ada dengan Sham. Tolong buka mata Sham".

Bila mendengar sahaja suara Qistina. Mata Sham yang sedari tadi tetutup, kini membuka sedikit matanya.

"Tinaaa! Sham sakit".

Berderu air mata Qistina membasahi pipi, bila Sham mengatakan yang dirinya sakit. Qistina lantas memegang tangan Sham dan mengucup beberapa kali...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience