perempuan sihir 2
part17
"Hisss awak ni! Suka sangat bergurau".
"Saya tak pernah bergurau tentang hal ni, saya betul betul suka kan awak".
"Suka, tak semestinya jadi isteri awak kan? Saya pun suka awak, tapi saya tak nak awak jadi suami saya".
"Kenapa saya tak boleh jadi suami awak. Saya tak layak ke?"
"Awak adalah lelaki yang paling layak Sham. Tapi saya ada sebab saya sendiri, kenapa saya tak boleh terima awak. Cukuplah kita setakat suka antara satu sama lain. Awak teruskan, cinta awak dengan gadis tu. Saya jamin awak akan lebih bahagia".
Sham berkerut dahi bila Qistina kata begitu. Kenapa Qistina tidak mahu menerimanya masih bermain main difikiran.
"Saya akan balik ke kem lagi dua hari. Cuti seminggu saya dah habis. Saya pasti rindu awak".
Qistina terseyum bila Sham kata begitu...
Malam menjelang, Qistina berdiri ditepi tingkap. Sambil memikirkan apa yang harus dirinya lakukan. Dia harus lekas bertindak, kalau dia mahu lebih berkuasa dan menjadi perhatian orang ramai. Otak Qistina ligat berfikir. Dalam fikiran Qistina hanya ada Sham sahaja. Tidak ada siapa lagi yang mampu buat Qistina mengandung, kecuali Sham. Dalam masa yang sama. Qistina tidak sampai hati untuk menjadikan Sham, mangsanya. Tetapi Qistina tidak ada pilihan yang lain.
"Aku harus lekas bertindak! Aku hanya mahukan kuasa dan keagungan. Orang sekeliling, telah mengangap aku dah mati. Ya! Aku memang dah mati. Mati buat mereka. Aku bukan Qistina lagi. Aku telah menjadi orang lain... Aku adalah Tina".
Qistina menarik nafas panjang dan terus menutup daun tingkapnya dan terus duduk diatas katil sambil menghadap cermin meja mekapnya. Seperti mana yang nek Jah arahkan. Semasa melafaskan metera, harus berada dihadapan cermin.
"Wahai jin yang aku sanjungi! Tidak lama lagi aku akan memberikan kau janin yang masih segar. Aku seru engkau wahai jin. Kemari kau! Kemari kau! Kemari kau! Berdamping bersama aku, sehingga aku dapat memberikan kau makanan yang paling enak, ya itu janin yang bakal aku kandung nanti. Aku bersatu bersama Shamsul b Zahrah malam ini, Khas buat kau wahai jin. Janin yang bakal duduk didalam rahim ku, adalah milik kau. Itu janji aku".
Qistina menarik nafas panjang bila melafaskan mentera menyeru yang diajar oleh nek Jah. Bulu roma Qistina mula meremang. Seperti merasakan kehadiran sesuatu kuasa yang begitu kuat. Kuasa yang hadir kali ini, tidak sama seperti kuasa jin peliharaannya sebelum ini. Kehadiaran mahluk jin itu, membuatkan suhu bilik Qistina menjadi sedikit panas. Qistina bangun dari atas katilnya dan terus keluar dari biliknya. Qistina menoleh kiri dan kanan, untuk memastikan Makcik dan Pakcik sudah pun tidur. Suasana sedikit gelap dan hanya lampu dapur sahaja yang dipasang. Qistina melihat jam yang berada diruang tamu dengan cahaya samar samar dari dapur. Kelihatan sudah pun pukul 11.35malam.
"Harap Sham belum tidur lagi".
Bisik Qistina dan mula merapakan dirinya kepintu bilik Sham... Pada mulanya Qistina mahu mengetuk pintu bilik Sham. Tetapi dia takut akan didengari oleh orang tua Sham. Qistina terus memusing tombol pintu bilik Sham dan menjegah kedalam bilik. Terseyum Qistina, bila melihat Sham masih lagi belum tidur dan sedang bermain game ditelevisionnya. Sham terhenti dari bermain game dan menoleh memandang Qistina yang berada dihadapan pintu biliknya.
"Heii! Belum tidur lagi?"
Tanya Sham, bila sahaja Qistina berada dihadapan pintu biliknya.
"Tina tak boleh nak tidur".
Suara Qistina sedikit berbisik.
"Meh sini, masuk"
Pelawa Sham... Qistina masuk kedalam bilik dan terus menutup semula pintu. Qistina duduk bersila bersama Sham dibawah penghujung katil. Menghadap game perang yang sedang dimain oleh Sham. Sham kembali sambung permainannya dan memandang telivison. Qistina memerhati sekeliling balik Sham. Bilik yang dipenuhi barang barang game.
"Nak main game".
Tanya Sham kepada Qistina. Tanpa menoleh memandang Qistina. Sham betul betul kelihatan leka.
"Game ni, saya tak pandai".
Balas Qistina.
"Habis tu pandai main game apa?".
Tanya Sham lagi, tanpa menoleh memandang Qistina. Mata Sham setia memberikan tumpan kepada permainan gamenya. Qistina pula hanya dia tidak berkata apa. Sham berhenti dari bermain gamenya dan memandang kepada Qistina.
"Nak main game apa sayang?".
Tanya Sham dengan nada yang agak berbisik. Qistina terseyum manja dan merapatkan dirinya kepada Sham dan meletakan pipinya didada Sham dan memeluk Sham... Sham terseyum, bila Qistina buat begitu. Sham membalas dengan memeluk Qistina kembali.
"Sham pelik tengok Tina ni! Sham tak tau, dimana Sham, dalam hati Tina. Tina buat Sham jadi tanya dan berfikir".
"Macam yang Tian cakap pagi tadi. Tina sukakan Sham, tapiii!".
Qistina terhenti dari berbicara dan bangun dari pelukan Sham.
"Saya suka Sham. Tapi kita hanya boleh begini sampai bila bila. Tanpa sebarang ikatan. Jangan tanya saya kenapa?... Saya tak boleh bagi Sham jawapan. Kalau Sham nak merasa kebahagian rumahtangga Sham boleh bernikah dengan sesiapa sahaja yang Sham nak. Tina tak akan cemburu... Tapi bukan dengan Tina".
Sham kembali bermain gamenya semula. Bila Qistina kata begitu. Sham sedikit tersinggung dengan kata kata Qistina.
"Untuk apa kita melakukan hubungan mesra, kalau kita tak boleh terus hidup bersama. Siapa Sham buat Tina?"
Tersentak hati Qistina, bila Sham kata begitu. Perasaan Sham terhadapnya betul mendalam. Tetapi, Qistina tidak dapat berbuat apa apa. Qistina merapatkan kembali dirinya kepada Sham. Kerana Qistina tahu, Sham tersinggung dengan kata katanya.
"Maafkan Tina Sham".
Qistina memegang pipi Sham dan menarik lembut, agar kepala Sham berpusing memandangnya. Sham mengikut gerak tangan Qistina. Sham kembali memandang Qistina.
"Maafkan Tina Sham. Tina buat Sham tersinggung".
Qistina mengucup lembut bibir Sham. Membuatkan dada Sham berdegup kencang, bila Qistina buat begitu.
"Tolong jangan tinggalkan saya sayang! Saya sayang awak. Awak wanita yang telah berjaya membuatkan saya jadi tak tentu arah. Cinta saya bukan dibuat buat. Saya berharap, tidak bertepuk sebelah tangan dan awak jangan tinggalkan saya".
"Shuuu! Stop Sham, jangan pernah unkapkan kata macam tu lagi. Saya akan ada sentiasa dengan awak. Saya sayang awak".
Qistina mengucup kembali bibir Sham dan ciuman itu disambut oleh Sham. Dari ciuman lembut, membawa kepada ciuman membara. Terbaring Sham diatas karpet dan Qistina juga bertindan diatas Sham, bila Qistina sedikit menolak. Terlepas ciuman mereka dan mereka berdua ketawa sambil bertindih.
"Awak ni nakal lah".
Kata Sham sambil memeluk Qistina yang tertindih diatasnya. Sham mencapai tangannya dan mengambil bantal yang ada bersepah diatas karpet tempat dia duduk bermain game, lalu dialasnya dikepala. Qistina bangun dan terus duduk dibahagian bawah perut Sham, sambil kedua dua tangan Qistina berada didada Sham.
Share this novel