part38

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan Sihir 2
part38

"Hisss apa u ni Dar".

Marah Rosalinda, bila melihat Darshini yang mengejutkannya. Darshini ketawa mengekek ngekek diluar kereta. Rosalinda pula menekan butang membuka kunci pintu. Darshini masuk kedalam kereta dan setia ketawa.

"Bodoh tau".

Marah Rosalinda, sambil terseyum.

"Apa yang terjadi dekat dalam?".

Tanya Rosalinda, sebaik sahaja Darshini duduk di kerusi didalam kereta... Darshini mula menceritakan dari A hingga Z, apa yang terjadi didalam. Berdebar dada Rosalinda, bila mendengar cerita Darshini dengan raut wajah yang mengelikan, tentang gadis tersebut.

"Pelacur agaknya Dar?".

"Aku rasalah Ros... Girl tu langsung tak ada perasaan malu dengan orang ramai. Boleh pulak ditonton dengan binatang yang lagi tiga ekor tu. Tunggu giliran agaknya".

"Hiss sudah Dar! Geli aku mendengar cerita kau tu... Kita biarkan mereka, biar mereka tumpas satu satu".

Darshini menganguk tanda faham.

..........................................................

"Papa macam mana sekarang?"

Tanya Rosalinda kepada Kahirul. Yang kelihatan bertambah sehat dan boleh berjalan seperti dulu.

"Alhamdulillah Lin. Papa dah tambah sehat. Mak tok dengan Tok wan ada datang semalam. Tapi Lin ke kelas. Mereka kirim salam. Mereka rindu Lin. Mereka tanya, bila kita nak balik kampung?".

"Lin pun rindu mereka papa. Tapi Lin banyak projek kolej yang kena dibuat".

"Ok tak pe, nanti free kita pergi balik kampung sama sama ya".

"Baik Papa... Papa ni lawa lawa ni nak kemana?"

Tanya Rosalinda, bila melihat papanya berseluar track dan bertshirt putih.

"Apa yang lawanya Lin. Lin lah kalau papa pakai Kemeja. Baru lawa".

Khairul tergelak kecil. Disambut pula oleh Rosalinda.

"Papa nak keluar ambil angin dekat taman depan. Nak buat senaman sikit. Bagi kuatkan lagi badan papa ni. Lin nak ikut?".

"Bagus papa, Lin suka tengok papa sehat macam ni. Hati Lin senang sangat... Jap tunggu Lin bersiap. Kita pergi joging sama sama. Papa bawak kereta ya?".

“Papa dah lama tak bawak kereta sayang. Kamu lah bawa papa?”.

“Mesti boleh papa. Papa kena bawak jugak. Lin dah lama nak jalan jalan dengan papa, naik kereta. Macam Lin kecil kecik dulu. Kita keluar sama sama dengan ibu”.

Khairul terdiam seketika, bila Rosalinda menyebut nama ibunya. Dan kembali terseyum.

“Ok lah! Papa bawak”.

Rosalinda terseyum riang.

………………………………………………..

“Kau ni dah kenapa josh?. Kau tak nak ke? Penat aku suruh Que carikan kita awek awek ni”.

Kata Boy kepada Joshua yang duduk termenung diatas kerusi sofa diruang tamu. Manakala yang lain sebok mengomol gadis gadis yang dibawa oleh Que didalam bilik masing masing dirumah sewa mereka.

“I don't feel well bro. Aku tak rasa nak bersama sesiapa pun, buat masa ni”.

Ayat Joshua itu membuatkan Boy berkerut dahi dan melabuhkan punggungnya disebelah Joshua.

“Why Jos? Kau deman ke? Nak aku bawak klinik?”.

Tanya Boy sambil memengang megang dahi dan leher Joshua.

“Ehh aku ok lah bro. Cuma badan rasa tak sedap. Aku nak rehat kejap”.

“Aku rasa kau ni ada sesuatu yang tak kena. Dah dua tiga minggu ni, aku tengok kau selalu diam. Kau ada masalah ke?”.

Joshua hanya berdiam diri.

“Kau boleh cerita dekat aku Josh. Manalah tau aku boleh tolong”.

Joshua memandang Boy, bila Boy kata begitu. Baru sahaja Joshua hendak membuka mulut untuk bercerita.

“Sayang cepat lahhh”.

Rengek seorang gadis yang berada didepan pintu bilik boy dan hanya berkemban tuala sahaja.

“Jap”.

Balas Boy dengan seyuman.

“Aku projek dulu bro. Jap lagi kita sambung borak”.

Joshua berdiamkan diri dan Boy terus berjalan laju masuk kedalam biliknya…

“Hummm”.

Joshua mengosok gosokkan telapak tangan dimukanya dan terus baring diatas sofa. Baru sahaja mata Joshua hendak terlelap. Joshua merasakan satu tangan didadanya. Joshua membuka sedikit matanya. Mengelupur Joshua, lalu jatuh dari sofa. Bila melihat Nenek tua disampingnya. Joshua mengosok gosok kedua dua mata dengan jarinya. Susuk tubuh itu hilang dari pandangan mata Joshua. Joshua kembali duduk diatas sofa pelahan lahan, sambil matanya melilau disekeliling ruang tamu. Rupa rupanya Joshua sudah dua minggu diganggu mahluk jelmaan orang tua itu. Tidur malamnya betul betul tergangu. Ditambah pula dengan kerinduan terhadap Darshini. Membuatkan Joshua bertambah rungsing.

………………………………

“Hai Rosa”.

Tegur Syuk dan Boy yang berada sama dengan Rosalinda, didalam sebuah kedai Seven eleven. Rosalinda terkejut bila melihat Syuk dan Boy ada didalam kedai yang sama dengannya. Rosalinda mula mengatur strategie agar mereka tidak terlepas lagi.

“Hai awak, buat apa dekat sini?”.

Terkejut Boy dan Syuk, bila Rosalinda membalas tegurannya. Mereka menjanka, Rosalinda akan marah dan tidak memperdulikan diri mereka. Tetapi sebaliknya yang terjadi.

“Kami beli nak beli rokok”.

Balas Boy terseyum menyeringai.

“Azhar dengan Joshua mana?”.

Tanya Rosalinda sambil meninjau nijau keluar Kedai.

“Tak payah cari dear. Dia tak ada dengan kamu. Dia dekat rumah. Cari je kami yang ada depan mata”.

Kata Syuk, sambil mengelipkan sebelah matanya. Rosalinda terseyum menyeringai. Otaknya ligat berfikir, apa yang harus dibuat sekarang. Mangsa sudah betul betul hampir nak masuk jerat.

"Rosa, jom keluar malam ni nak? I belanja u makan. Kita keluar berdua sahaja".

Tanya Syuk dengan nada manjanya.

"Boleh".

Ayat boleh Rosalinda membuatkan mereka berdua bertambah terkejut. Syuk tak sangka yang Rosalinda mahu keluar dengannya.

"Nanti datang ambil i dekat rumah i ya".

Balas Rosalinda dengan ayat yang dia sendiri tidak sangka. Semuanya spontan, keluar dari mulutnya... Rosalinda mendekati Syuk dan memegang dada Syuk.

"Tapi kita berdua aja tau".

Balas Rosalinda lagi dengan seyuman manja dan berlalu keluar dari kedai 24jam itu. Syuk dan Boy terkedu didalam kedai itu.

"Mantol lah baiiii... Dia terima pelawaan aku. Siap suruh ambil dekat rumah lagi".

Syuk terseyum bahagia. Boy pula berkerut dahi, tanda cemburukan Syuk.

"Hisss apa yang kau dah buat ni Rosa! Kenapa kau terima pelawaan dia?".

Lafas Rosalinda didalam kereta. Aku kena hubungi auntie Tina. Lantas Rosalinda terus menghubungi Qistina.

Assalammualaikum auntie”.

Kata Rosalinda, sebaik sahaja talifon bimbit Qistina menjawap pangilan darinya.

“Ya Lin”.

Jawap Qistian tanpa menjawab salam dari Rosalinda.

“Auntie boleh tolong Lin”.

Berdebar dada Qistina bila Rosalinda meminta tolong darinya.

“Ya sayang! Kamu kenapa? sesiapa kacau kamu lagi?”.

Qistina menjadi tidak menentu. Bimbang atas keselamatan Rosalinda.

“Ehhh tak ada apa apa yang terjadi auntie”.

Rosalinda tergelak kecil.

“Saya ok”.

“Kamu buat ibu takut saaaaa”.

Terhenti ayat Qistian, bila tersebut ibu. Rosalinda juga terdiam sejenak.

“Tengok tu! Auntie bimbang sampai tersasul sasul”.

Qistina cuba memutar belit ayat. Rosalinda tergelak kecil.

“Kenapa Lin?”.

Tanya Qistina.

“Auntie, malam ni saya akan keluar berdua dengan salah seoarang budak jahat tu. Saya rasa takut pulak. Auntie boleh bagi saya apa apa pending diri ke? Agar saya tak takut, menghadap dia”.

“Kamu jangan bimbang sayang. Auntie akan jaga kamu malam ni. Kamu jangan bimbang, auntie akan selalu disamping kamu. Auntie akan jaga kamu dari jauh malam ni… Dar macam mana?”.

“Dia ok auntie. Cuma mereka belum betul betul masuk jerat... Tapi, Saya akan pastikan salah satu dari mereka akan tumpas dalam masa terdekat ni”.

Lafas Rosalinda dengan nada geram.

“Bagus bagus, jangan ada sedikit pun perasaan belas kasihan kamu kepada mereka semua. Kamu harus tanam dendam itu dalam dalam, agar semua yang kamu hajati akan terlaksana”.

Kata kata Qistina, betul betul memberi Rosalinda semangat.

“Baik auntie. Terima kasih ya”.

“Sama sama sayang”.

Mereka memutuskkan talian masing masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience