penunggu

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan sihir2
part53

“Lepas aku beborak borak dengan Joshua. joshua kata nak pergi ambil barang dekat bilik. Aku duduk sorang sorang dekat ruang tamu sambil tengok tv. Tiba tiba Boy datang kedepan dan terus duduk disebelah aku. Aku biarkan aja. Dia senyum senyum pandang aku. Aku betul tak selesa. Aku betulkan skirt yang aku pakai. Agar tak terangkat lebih tinggi. Dia asyik l pandang peha aku je. Macam bodoh… Dia buat aku tak selesa. Tiba tiba dia datang lebih dekat dengan aku. Dan memandang aku dengan renungan yang buat aku bertambah risau.

“Tak kan u datang sini nak jumpa Joshua aja. U tak nak jumpa i ke?”.

“Ayat dengan nada romantik dia, buat aku menyampah. Dia ingat muka dia handsome boleh goda aku. Aku malas nak layan. Aku hanya terseyum sahaja. Tiba tiba tangan dia mula merayap dekat peha aku. Aku tolak tangan dia. Dia terus tolak badan aku dengan kasar. Sampai aku terbaring disofa tu. Dia terus memeluk aku dan bibirnya cium leher aku tak henti henti. Aku cuba tolak dia. Tapi tak boleh. Sebelah tangan dia tutup mulut aku. Sebelah tangan dia lagi meramas ramas buah dada aku. Aku betul Jijik dengan apa yang dia buat dekat aku. Aku meronta ronta. Nasib Joshua sampai dan menarik Boy ketepi. Terjatuh Boy kelantai.

“Kau ni dah kenapa Boy. Itu aja yang keluar dari mulut Joshua… Itu yang aku terus bangun dan pergi ketuk bilik Que”.

Cerita Darshini dengan nada geram.

“Mereka semua bagikan binatang. Yang tak ada perasaan”.

Marah Darshini lagi.

“Kau tau Rosa... Muka Joshua macam seseorang yang tak kesah girlfriend nya kena pegang macam tu. I'm really angry. I feel like punching them face”.

Darshini mengetap giginya.

“Aku lagi teruk Dar. Aku beri dia sentuh tubuh aku. Aku leka bila dia membelai tubuh aku. Aku betul tersentak, bila kau ketuk pintu bilik. Kau bagikan penyelamat aku. Aku betul tersalah langkah”.

Kata Rosalinda dengan nada sedih.

“Bukan kita yang salah dear. Ini semua berpunca dari mereka semua. Mereka akan rasa balasan dari mahluk yang kita hantar nanti”.

Kata Darshini, membuatkan Rosalinda mengangukkan kepalanya sahaja.

“Auntie saya dah letak kain tu dekat rumah meraka”.

Kata Rosalinda kepada Qistina ditalian talifon dengan membuka spiker kuat ditalifon bimbitnya agar Darshini juga mendengar.

“Bagus Lin. Ingat! jangan pernah datang rumah mereka lagi. Kerana kawasan itu akan auntie pagarkan dengan mahluk mahluk jin. Mereka akan menghapuskan mereka satu persatu perlahan lahan. Tidak akan ada sesiapa yang akan dapat menyelamatkan mereka, kecuali kita”.

Terang Qistina. Rosalinda dan Darshini terseyum bahagia.

………………………….

“Mana saja kamu ni pergi Lin. Sampai malam malam macam ni baru kamu balik. Papa risau sangat”.

Kata Khairul kepada anaknya Rosalinda.

“Lin keluar jalan jalan dengan Dar papa. Jangan risau papa. Lin dah pandai jaga diri”.

Balas Rosalinda dengan seyuman. Membuatkan Khairul juga membalas seyuman. Dalam hati Khairul, dia benar benar risau dengan cara Rosalinda sekarang. Rosalinda bagaikan seorang anak gadis yang berani. Tak seperti dulu...

…………………….

“Wahaii Jin yang menjaga aku dah orang sekeliling ku. Hidangan kau telah tersedia. Kain kuning bersama seruan telah aku hantar disatu tempat. Tempat itu lah, tempat untuk kamu menjamu hidangan kamu semua. Gajah putih diseberang lautan, lagikan tunduk sujuk kepada ku ini kan pula kau wahai mahluk penjaga ku. Aku arahkan kau pergi serang tempat yang aku telah letak ikatan kain kuning itu”.

Qistina menghiris sedikit jari telunjuknya dengan pisau hingga berdarah dan dititiskan ditepak kemenyan. Asap yang keluar bercampur daranya seperti melayang layang ke sisi kiri dan kanan dan hilang dibawa angin. Qistina terseyum sendiri… Qistina bangun dari tempat duduknya bila semua pemujaan selesai. Qistina terus keluar dari bilik itu dan terus keruang tamu. berjumpa dengan Zura yang sebuk menonton movie.

“Dah settle ke beb?”.

Tanya Zura, sebaik sahaja melihat Qistina datang.

“Settle beb”.

Balas Qistina dengan seyuman.

“Selepas ni mereka tak perlu berjumpa aku lagi. Urusan aku dengan mereka dah tamat. Selebihnya biar jin aku yang uruskan”.

Kata Qistian lagi.

“Kau pasti tak nak jumpa lagi anak kau tu?”.

Tanya Zura, membuatkan Qistina terdiam seketika.

“Apa lagi aku boleh buat Zu! Aku dah tersasar jauh. Jauh sangat Zu. Aku tak akan berpatah balik… Kau tengok kita Zu! Wajah kita bagaikan wanita yang masih muda. Sedangkan umur kita sudah semakin jauh dipenghujung”.

Qistina manarik nafas panjang.

“Bukan kau aja Qis. Aku juga begitu. Aku tak boleh berkahwin. Itu ada lah pantang larangnya. Kalau aku nak kekal cantik”.

Balas Zura.

“Masing masing ada pantang larang masing masing. Kita jaga kita aja beb”.

Balas Qistian sambil megengam tangan Zura. Mereka terseyum bersama.

………………….

“Oiiii jangan lah main main”.

Marah Boy, apabila kakinya ditari seseorang, apa bila sedang tidur didalam biliknya. Boy mejangkakan kawan kawannya sedang bergurau. Boy membuka lampu tidurnya dan melihat dua orang kawannya iaitu Joshua dan Que sedang berdiri dipenghujung kakinya dengan wajah yang menyeringai.

“Oiii bla lah! Korang ingat aku takut lah, kalau korang buat macam tu”.

Marah Boy kepada dua kawannya. Mereka tidak bergajak dan hanya merenung tajam kepada Boy.

“Khok! khokk!”.

Suara seseorang terbatuk batuk dari luar. Boy memandang pintu biliknya, bila terdegar batukkan seseoarang dan lantas memandang semula kepada dua orang yang berada dipenghujung kakinya. Terkejut Boy, bila dua kawan yang berada dihujung kakinya sudah tidak ada. Boy berlari keluar dari biliknya dengan pantas dan dadanya bagikan mahu tercabut…Boy berjalan keruang tamu. Kelihatan masih ada lagi cahaya television. Bermaksud kawannya masih belum tidur. Boy menghampiri belakang sofa ruang tamu dan mengintai kehadapan sofa. Lega hati Boy, bila melihat Joshua tidur diruang tamu sambil television terpasang.

“Kau tak tidur lagi ke Boy”.

Boy membuntangkan mata dan berpusing memandang kebelakang, bila mendengar suara Joshua.

“Joshhhh”.

Terkejut bukan kepalang Boy. Bila Joshua ada dibelakangnya. Pucat lesu wajah Boy dan pelahan lahan memandang semula disofa. Kelihatan Joshua yang barang diatas sofa, telah tiada.

“Kau ni dah kenapa Boy”.

Tanya Joshua dengan terbatuk batuk kasar.

“Bukan kau tengah tidur ke tadi, atas sofa?”.

Tanya Boy.

“Mana ada, aku baru keluar bilik. Tekak aku ni gatal. Batuk pun bertambah teruk. Itu yang aku bangun nak minum air”.

Terang Joshua.

“Josh, aku takut lah Josh. Aku rasa ada benda lah dekat rumah kita ni”.

“Benda apa kau ni”.

Tanya Joshua, yang betul betul tak faham maksud Boy itu. Boy berkerut dahi bila Joshua tidak memahami maksudnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience