pt15

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan Sihir2
part 15

Qistina meneruskan upacara memberi makan kepada Jin belaannya. Qistina melukakan sedikit jarinya dan mula menyeru.

“Wahai jin peliharaan ku… Maafkan aku kerana lambat memberi kamu makan. Hari ini aku beri kamu makan asap, berserta titisan darah. Aku harap kamu semua akan jalankan tugasan kamu dengan lebih sempurna, dikemudian hari.

Qistina menitiskan darahnya didalam tepak kemeyan yang setia berasai itu. Qistina dapat merasakan kehadiran jin jin belaannya datang menghampirinya… Terseyum nek Jah, bila melihat Qistina yang tidak kekok langsung, bila menjalankan upacara memberi makan jin jinnya.

“Jangan sebok! Kau sudah cukup aku beri makan”.

Marah nek Jah kepada sesuatu. Yang tidak boleh nampak dimata. Qistina hanya berdiam diri... Beberapa minit kemudian. Qistina dapat merasakan Jin peliharaannya tidak ada lagi disisinya. Qistian mula bangun dari tempat duduknya.

“Nanti duluuuu”.

Nak Jah bersuara. Membuatkan Qistina duduk kembali...

“Kau seperti aku muda muda dulu. Aku suka melihat cara kau. Manusia yang penuh dengan dendam yang terbuku didalam dada... Masa lalu aku membuatkan aku mengambil mereka. Akhirnya memakan diri sendiri bila aku mahu berubah. Aku tidak ada pilihan lain! Selain menjaga mereka sampai ke akhir kematiana aku nanti”.

Qistina berdiam diri bila nek Jah kta begitu. Qistina tahu, dia juga akan jadi seperti nek jah nanti... Kalau mahu selamatkan diri orang sekelilingnya, dia harus hidup berjauhan dari mereka. Demi keselamatan orang orang yang disayangi. Sebab itu keputusannya untuk mehilangkan diri adalah sesuatu jalan terbaik…

“Mahu kah kau, aku ajar agar ilmu aku… Kau akan lebih kuat. Kau akan mampu untuk mengubat orang dan juga akan lebih berkuasa. Orang akan sanjung kau. Dahulu aku dihormati dan disanjungi... Hanya Kerana cucu yang bakal lahir. Aku cuba untuk berubah. Aku tak mahu anak cucu aku diganggu. Aku tak mahu mereka takut, tinggal disini. Aku mula abaikan segala galanya. Agar anak menantu aku tak tinggalkan aku. Tapiiii”

Nek Jah terhenti ayatnya dan berubah wajah sedih. Hati Qistina juga menjadi sayu, bila melihat wajah tua yang kesedihan didepan matanya.

“Ganguan tetap terjadi. Sehinggakan mereka pergi tinggakan aku keseorangan. Demi anak cucu ku, aku berubah. Jin peliharaan aku menjadi ganas... Daripada mereka menyembunyikan diri. Bila aku tidak menghiraukan mereka. Mereka kerap menonjolkan diri. Membuatkan aku hidup dalam ketakutan. Kini aku dah tak takutkan mereka lagi. Kerana aku sudah biasa, bila mereka menonjolkan diri mereka… Mesti kau pelik, kenapa aku tak bagi pada pewaris aku kan?”.

Qistina setia berdiam diri.

“Aku tak ada pewaris. Aku pernah memberikan cucu aku saka. Tetapi, cucu aku hilang entah kemana, aku pun tak tahu. Aku sudah terlalu tua, untuk mengobat orang... Bila terpandang kau, aku teringgat cucu aku. Yang lebih membuatkan aku memilih kau, kerana aku nampak aku didalam diri kau. Kau fikirkan dahulu tentang hal ini. Jangan terburu buru, untuk mengatakan tidak. Balik dan fikir betul betul. Aku akan berikan kau kekuatan untuk kesenangan diri kau kelak. Kekuasaan diri paling utama, yang akan aku berikan".

"Saya balik dulu nek".

Qistina bangun dari tempat duduknya. Kali ini nek Jah tidak menghalang Qistina. Qistina keluar dari rumah dan terus pulang... Sampai didepan rumah, Qistina termenung dihadapan anak tangga. Kelihatan mak cik dan pak cik sudah pun pulang. Kerana keretanya ada di tempat paking kereta.

"Kalau aku terima ajaran nek Jah, aku boleh lebih berkuasa. Aku pulak boleh merawat orang. Aku pasti akan dikenali. Aku pasti tidak akan buat silap, seperti nek Jah. Aku akan jadi lebih cantik dan disanjung orang. Kuasa aku aku jadi lebih kuat"

Qistina terseyum sendiri. Bila dia mula taksub dengan kekuasaan diri yang akan dia dapat nanti. Pada mulanya dia tidak mahu menerima. Tapi bila dia memikirkan kuasa yang akan dia dapat nanti, Qistina mula taksub.

"Tina pergi mana tadi?"

Mak cik muncul dibelakang Qistina, membuatkan Qistina terkejut. Terseyum mak cik bila Qistina terkejut.

"Tina ambil angin malam Cik, Saja jalan jalan".

"Lepas ni mak tak nak Tina panggil mak dengan pangilan mak cik. Pangil aja emak".

Qistina terseyum bila mak cik menyuruhnya memangil dengan nama emak.

"Terima kasih mak, sudi terima Tina disini. Dah dekat seminggu Tina menompang dirumah mak. Mak cukup baik dengan Tina. Tina akan balas jasa baik mak, terhadap Tina".

Qistina mula menitiskan air mata, bila teringatkan keluarganya. Bila melihat Qistina bersedih. Mak cik memeluk Qistina. Qistina membalas pelukan itu dengan tangisan.

"Kita pun nak peluk jugak boleh?"

Sham bersuara, bila melihat mereka berdua berpelukan. Tergelak mereka berdua. Sambil melepaskan pelukan.

"Sebok je".

Balas Qistina, dan mereka bertiga ketawa bersama.

............................

"Mak, Tina nak berjoging dalam kampung ni boleh?. Tina dah rasa berat badan ni. Tak buat senaman".

Qistina mencari helah, agar Qistina dapat pergi kerumah nek Jah.

"Boleh Tina. Tina ajak Sham teman".

"Ehh tak payah lah mak! Tina boleh pergi sendiri".

"Baik lah Tina. Hati hati berjoging tu".

"Baik mak".

Qistina bersiap dan terus keluar dari rumah. Pada awalnya Qistina berjoging sehingga sampai di simpang hadapan rumah Nek Jah. Qistina terhenti dan melihat kiri dan kanannya. Untuk memastikan tidak ada sesiapa perasan, yang dia masuk dilorong rumah Nek Jah. Bila merasakan tidak ada sesiapa yang memandang. Qistina terus masuk kekawasan rumah nek Jah...Belum sempat Qistina memberi salam. Daun pintu rumah nek Jah terbuka luas dan nek Jah ada berdiri didepan pintu dengan seyuman yang menakutkan. Qistina tidak membalas senyuman itu.

"Jemput naik cu!"

Pelawa nek Jah kepada Qistina yang kaku berdiri dihadapan anak tanga kayu. Qistina membuka kasutnya dan melangkah masuk kedalam rumah nek Jah.

"Haaaa masuk masuk! Tak sangka kau datang lagi hari ini".

Jerit Nek Jah dari dapur, membuatkan Qistina memalingkan wajahnya ke pintu masuk. Kelihatan orang yang menyambutnya tadi, sudah tidak ada disitu. Berdebar jantung Qistina, bagaikan mahu tercabut. Nek jah datang dari dapur dan terus keruang tamu.

"Kenapa kau tak duduk?".

Tanya nek Jah bila melihat Qistina hanya berdiri.

"Tak payah takut lah. Dia yang selalu tolong aku. Sebab tu tak ada orang yang berani masuk kawasan rumah aku. Kalau mereka ada niat jahat terhadap aku dan keluarga aku, pasti mereka tidak dapat keluar dari sini".

Teruja Qistina bila mendengar kata kata nek Jah itu. Qistina pasti, dia juga akan dapat kuasa seperti itu nanti.

"Aku tau kau pasti akan datang kemari".

Nek Jah terseyum sambil berbicara. Qistina pula tidak menghiraukan nek Jah. dan terus melabuhkan punggungnya keatas kerusi dirumah nek Jah.

"Betul ke kau mahu aku ajar kau, ilmu ilmu aku".

Qistina menganggukkan kepalanya sahaja. Sebelum kita teruskan, kau harus dengar baik baik apa yang aku mahu katakan. Aku tak mahu kau melakukan kesilapan seperti mana aku lakukan dahulu. Aku jamin, kau akan lebih berkuasa dari aku, selepas ini. Qistina sedikit terseyum bila nek Jah kata begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience