pilihan ketiga

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan sihir 2
part 46

"Tolong! tolong! panas! panas!".

Jerit Azhar. Membuatkan kawan kawan yang lain terjaga dari tidur dan bergegas masuk kedalam bilik Azhar.

"YaAllah. Kenapa kau ni Har?".

Tanya Boy sebaik sahaja masuk kedalam bilik Azhar bersama Joshua. Azhar berguling guling diatas katil.

"Callkan keluarga aku".

Arah Azhar kepada kawannya. Joshua belari masuk kedalam biliknya, untuk mengambil talifon bimbit. Dan terus menghubungi kelurga Azhar.

"Kenapa ni?".

Tanya Papa Azhar dan Mama Azhar meluru masuk kedalam bilik Azhar.

"Tak tau lah auncle. Har meracau racau. Panas katanya".

Papa Azhar bergegas masuk kedalam bilik Azhar juga.

"Mama, Har sakit mama. Bawak Har balik".

Azhar merayu rayu sambil mengelisat kepanasan. Menangis Mama Azhar, bila melihat anaknya sebegitu.

"Tak boleh bawa balik, kita mesti bawa dikehospital”.

Arah Papa Azhar. Bila teringakan tentang apa yang terjadi dengan Iris. Kes nya sama macam Iris.

“Tak nak papa, Har nak balik rumah. Har sakit sangat ni papa. Badan Har panas”.

Sambil bercakap, mata Azhar memandang kepada langsir ditepi tingkapnya. Terbuntang mata Azhar, bila melihat sesuatu menggulungkan dirinya ditirai lansir. Benda yang berada didalam langsir itu mengoyang goyangkan badanya. Seperti mengelupur.

“Apa tuuuuuuuu”.

Azhar menjerit ketakutan, sambil jari menunding kepada mahluk yang berbungkus ditepi tingkapnya. Azhar menutup mukanya dengan bantal.

“U, dah kenapa dengan anak kita ni”.

Tanya ibunya kepada Papa Azhar. Papa Azhar memandang pula kepada Boy dan Joshua.

“What happened?”.

Tanya Papa Azhar.

“Kami tak tau auncle. Tiba tiba aja dia macam ni. Dari minggu lepas, badan kamu semua terasa bahang. Panas dan sejuk on off on off. Tapi kami dah ok. Saya ingat Har pun dah ok. Tiba tiba Har menjerit. Itu yang saya call auncle dengan auntie”.

Terang Boy dengan wajah yang berkerut. Papa Azhar menarik nafas panjang.

“Tolong auncle! Auncle dengan auntie nak bawak Azhar balik rumah kami”.

Boy dan Joshua membantu ibu dan bapa Azhar. Untuk membawa Azhar pulang. Joshua dan Boy tersandar dikerusi sofa, bila segalanya selesai.

“Boy what is happening. Why can he be like that?”.

“Entah lah Jos”.

Balas Boy, sambil memandang Joshua.

“Macam Iris kan?”.

Kata Boy lagi. Membuatkan Joshua mengangukkan kepalanya.

“Harap tak ada apa apa yang terjadi kepada Har”.

Joshua mengengam kedua dua jarinya dah membuat doa. Dengan cara agamanya.

...................

"Maaf Dato, saya tak boleh nak tolong... Sesiapa pun tak dapat bantu anak Dato. Dia ada inaya orang. Hanya orang yang diinaya sahaja yang dapat memulihkan dia. Orang itu betul betul berdendam dengan anak dato".

Kata salah seorang perawat yang datang untuk membantu Azhar.

"Apa yang kamu dah buar Har, sampai orang itu buat kamu, sampai macam ni sekali".

Kata Papa Azhar. Azhar hanya mengerang kesakitan, badannya sudah mula kemerah merahan.

"Saya boleh bagi air penawar, buat anak dato. Tapi saya tak pasti. Boleh bertahan sampai bila... Anak dato harus pergi kepada orang yang diinaya dan memohon maaf".

Azhar dan ahli keluarganya hanya berdiam diri. Bila perawat itu kata begitu... Sebelum pulang perawat itu memberikan sebotol besar air mineral yang sudah dibacakan ayat.

"Bagi dia minum dan dengan berselawat. Rejis renjiskan dibahagian badan".

Kata perawat itu, sebelum meningalkan mereka. Papa Azhar menganguk tanda faham.

"Minum ni sayang".

Arah Mama Azhar dan menuangkan air bacaan itu didalam gelas kecil. Azhar yang setia mengerang kesakitan. Meneguk air itu. Bila terasa lega. Azhar terlena, sampai kepagi.

"Har, bangun sarapan sayang".

Kejut mama Azhar. Sambil membawa sarapan diatas katil. Azhar bangun pelahan lahan dan terus duduk. Satu badannya terasa sakit.

"Har macam mana hari ni?".

"Badan Har, masih sakit dan panas mama. Tapi tak seteruk malam tadi".

Kata Azhar kepada mamanya. Azhar mencapai sudu dan menjamah nasi goreng sesudu demi sesudu.

"Sayang, apa yang kamu dah buat, sampai orang buat kamu macam ni?".

Air mata mama Azhar mengali dipipi. Bila anak yang disayang diinaya orang dengan sihir. Azhar hanya berkerut wajah dan berhenti dari menyuap makanan kedalam mulutnya, bila mamanya bertanya begitu. Dia sendiri tidak tahu. Siapa yang menyihir dirinya.

“Amacam kau bro?”.

Tanya Boy sebaik sahaja masuk kedalam bilik Azhar bersama Joshua dan Que. Azhar yang baring diatas katil, terus bangun bila melihat kawan kawannya datang mezirahinya.

“Ok sikit”.

Balas Azhar sambil memandang kawan kawannya. Mereka bertiga duduk diatas katil bersama Azhar.

“Korang, malam tadi perawat tu cakap dengan keluarga aku. Aku kena sihir dengan orang”.

Kata Azhar kepada kawanya membuatkan kawan kawanya terdiam dan berkerut dahi.

“Aku tak tau siapa punya kerja. Tapi kita kena hati hati selepas ini”.

Kata Azhar lagi kepada kawannya.

“Siapa yang buat ya?”.

Tanya Boy kepada Azhar.

“Mana lah aku tau! Kalau aku tahu, jalan ni jadi mudah. Malam tadi aku nampak ada benda berbungkus dekat langsir. Seolah oleh, ada yang mengulungkan diri, dilangsir bilik aku”.

Cerita Azhar itu, membuatkan meteka bertiga meremang bulu roma. Mereka yang tadinya duduk berjauhan diatas katil. Mula saling merapatkan diri, sesama mereka.

“Kau rasa siapa?”.

Tanya Que pula.

“Kita kena cari bro. Aku rasa, bukan aku sorang je yang dia dendamkan. Tapi kita semua! Korang tak rasa ke?. Kenapa badan kita semua tiba tiba panas serentak, sampai duduk depan air cone pun terasa bahang… Aku rasa, itu kerja orang yang dendam dekat kita”.

Kata kata Que itu, membuatkan yang lain tak senang duduk. Boy bangun dari tempat duduknya dikatil dan terus keruangan tingkap bilik.

“Kita ni yang sebenarnya, dah ramai orang yang kita inya. Itu yang kita dapat balasan macam ni”.

Boy memandang kawan kawannya yang duduk diatas katil.

“Korang tak perasan ke! Satu satu kawan kita mati… Aku tak rasa Iris sakit, dalam sekelip mata dia meninggal dan aku tak rasa Syuk boleh kemalangan, sampai macam tu sekali. Benda yang terjadi mesti berkait”.

Terang Boy. Membuatkan kawan kawan yang lain berkerut wajahnya. Sambil mata setia memandang kepada Boy.

“Yes, That's right. Aku rasa kau betul Boy”.

Joshua tiba tiba bersuara.

“We must find, who is he?”.

Kata Joshua lagi dan Azhar mengangukkan kepalanya.

“Itu yang perawat itu bagi tau aku. Kalau aku nak selamat dan terlepas dari sihir. Aku kena cari siapa yang lakukan?”.

“Tapi siapa?”.

Sampuk Que. Masing masing terdiam seribu bahasa. Otak masing masing tidak memikirkan sesiapa pun.

“Kau rasa, antara gadis gadis yang kita rosakkan tu ke?”.

Tanya Boy dengan nada pelahan. Takut perbulan mereka didengari oleh Mama Azhar. Mereka berempat menyebut nama sorang demi sorang anak gadis yang telah mereka rosakan dengan secara pakasaan… Tidak termasuk anak gadis yang rela melakukan hubungan intim bersama mereka. Hingga nama Rosalinda dan Darshini keluar dari mulut Boy.

“Tak mungkin mereka!”.

Joshua bersuara keras.

“Ya! betul kata Jos. Tak mungkin meraka”.

Bidas Que pula.

“Kenapa tak mungkin mereka?”.

Tanya Boy dengan wajah berkerut.

“Sebab mereka berdua kekasih korang”.

Kata Boy lagi dengan nada tinggi. Membuatkan Que dan Joshua terdiam dan tertunduk wajahnya.

“Aku tak rasa mereka Boy”.

Azhar bersuara. Boy pula memandang Azhar dan setia berdiri.

“Kerana Que juga terkena bahang panas, yang kita hadap minggu lepaskan?. Sedangkan mereka berdua tak tahu Que yang menjadi dalang. Hanya kita berlima sahaja yang ada, semasa kejadian hari itu... Kalau Rosa dan Dar yang buat. Aku pasti, Que terkecuali dari terkena bahang panas, minggu lepas. Tetapi tidak, Que juga terbabit”.

Terang Azhar membuatkan Boy bersetuju dengan Azhar. Que dan Joshua merasa lega, bila nama Rosalinda dan Darshini tidak tersenarai dari orang yang disyakki.

…………………………..

“Nampaknya budak ni, belum mati lagi”.

Kata Qistina kepada Zura. Sambil menunjukkan Zura gambar Azhar.

“Perawat tu, dah berikan dia air bacaaan”.

Kata Qistina lagi.

"Habis tu, kau tak boleh buat dengan dia".

Qistina menyeringai.

"Semuanya mudah beb. Aku pasti ada cara lain. Kalau tidak, buat apa aku jadi macam ni berbelas tahun".

Terang Qistina dan terseyum. Qistian mengambil serpihan kaca yang berada ditepinya dan memasukkan kedalam ibu batu lesung dan menumbuk numbuk Kaca itu agar menjadi debu. Zura hanya memerhati, setiap tingkah laku Qistina.

"Kali ni pasti dia tidak dapat bertahan".

Qistina menyeringai dan meletakan lagi kemeyan didalam tepak bara. Agar asapnya lebih tebal.

"Wahai Jin jin penjaga alam. Aku seru kau datang berdamping dengan ku. Kemari kau wahai jin jin yang berdamping dalam diri ku. Kemariiiii!".

Ayat dibaca dengan sedikit memekik. Membuatkan Zura meremang bulu roma. Seperti ada sesuatu yang mendekati. Tetapi itu biasa bagi Zura... Qistina terenyum menyeringai, bila merasakan sesuatu yang ramai, datang kepadanya.

"Jamuan ini untuk kau".

Qistina mengambil gambar Azhar dan diletakan didalam tepak kemeyan yang berasap itu dan mengambil pula debu kaca didalam lesung batu dan dimasukan didalam tepak kemeyan itu juga.

"Jamuan ini, jamuan khas buat kamu semua. Kamu boleh pergi. Dan hapuskannya. Aku mahu dia terhapus. Malam ini juga".

Arah Qistina... Asap kemeyan yang tadinya menghala kesatu arah menaik. Kini bertukar tukar arah. Sepeti ditiup sesuatu.

"Pergi".

Nada Qistina keras. Asap yang tadi bertukar tukar arah. kembali ke satu posisi menaik.

"Dia akan mati malam ni... Kemarin, tanpa dia sedari, aku ada calitkan sedikit minyak penyihir, dikulitnya. Aku pasti! Jin jin aku, akan dapat menghidu minyak itu dan menjamah tubuh dia. Seperti mana dia menjamah tubuh anak gadis aku, yang masih suci".

Qistina mengetap giginya.

"Aku pasti, anak aku pasti gembira. Bila seorang lagi terhapus".

Zura terseyum dan menangguk anggukkan kepalanya. Tanda setuju dengan Qistina.

"Papa! Mama".

Azhar menjerit, tetapi suaranya tidak dapat dilepaskan. Satu persatu jin belaan Qistina datang menyerupai lipan datang mengigit hujung kaki Azhar. Sepertinya menghisap darah Azhar. Azhar mengelupur kesakitan. Seperti sesuatu yang besar menghirup darahnya. Tetapi apa yang dirasanya, tidak sama yang berada didepan mata. Dimatanya hanya lipan sebesar ibu jari.

"Maafkan aku".

Lafas Azhar dengan nada yang pelahan dan merayu. Azhar betul betul dalam kesakitan. Tak tertanggung dengan apa yang dihadapnya sekarang... Nafas Azhar mula tidak menentu. Bagaikan sesuatu yang berbisa, sudah mula masuk kejantungnya. Azhar menarik nafas panjang. Disaat saat akhirnya dia dapat melihat. Seekor demi seekor lipan, menghilangkan dirinya. Sehingga tingal seekor lipan. Lipan itu berubah kepada satu mahluk yang besar dan berbulu lebat. Mahluk yang bermata merah itu menyeringai, sebelum menghilangkan diri. Air mata Azhar mula mengalir.

"Papa! Mama!".

Kali ini laungan Azhar sedikit kuat. Membuatkan Papa dan mamanya bergegas masuk kedalam bilik Azhar. Keadaan Azhar betul betul lemah. Papanya memangku Azhar.

"Kenapa dengan kamu ni Har".

Mama Azhar mula menangis.

"Ini semua salah kami Papa".

Ayat terakhir dari Azhar dan Azhar menghembuskan nafas terakhirnya. Meraung Mama Azhar bila anak kesayangannya tidak lagi bernyawa... Seminggu telah berlalu, setelah pemergian Azhar. Boy, Joshua dan Que, mula tak senang duduk. Ketakutan mula meyelubungi mereka bertiga. Dalam masa yang sama. kesedihan setia menyelubungi diri mereka.

"Kalau betul apa yang dikatakan oleh Har, kita mesti mencari, siapa yang sihir kita. Kita tak boleh dudul diam macam ni".

Kata Boy kepada Que dan Joshua dengan nada tegas.

"Itu kalau betul! Kalau tak betul macam mana?. Kau tau lah kan, perawat zaman sekarang ni, bukannya 100% boleh dipercayaai. Kadang kadang, jorang main tembak je".

Tanya Que pula... Boy merenung Que dengan wajah berkerut.

"Habis apa semua ni Que?. Kita bersahabat berenam Que. Tapi sekarang kita bertiga sahaja... Akuuuu".

Boy terhenti ayatnya dan memandang kepada Joshua dan Que. Josua dan Que setia menunggu, ayat apa yang mahu dilepaskan dari mulut Boy.

"Aku tak boleh duduk diam sahaja macam ni!. Kalau mereka disihir, kita juga harus mengunakan sihir juga. Untuk dapat tahu, siapa yang sihir kita".

Boy menghabiskan ayatnya. Membuatkan Joshua dan Que setia berkerut wajah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience