Kita hapuskan dia

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan Sihir2
part25

"Oiii apa yang kau menungkan tu Qis".

Sergah Zura yang berada bersama Qistina. Bila Qistina tidak memberikan tumpuan terhadapnya. Ketika dirinya sedang berbicara dengan Qistina. Terkejut Qistina dari lamunannya.

"Apa kau cakap Zu?"

"Hisss kau ni Qis. Suka sangat termenung. Sampai tak tumpukan pada apa yang aku cakap".

Marah Zura.

"Ok! ok! sorry ok".

Pujuk Qistina.

"Kau cakap apa tadi Zu".

Tanya Qistina lagi.

"Aku cakap dia dah besar sekarang. Sama cantik macam kau".

"Ya Zu! Dia memang cantik. Dia akan datang lagi kesinikan Zu?".

"Itu aku tak pasti lah beb. Aku suruh dia fikirkan dulu masak masak sebelum dia nak teruskan apa jua selepas ni".

Qistina berwajah sedih, bila Zura kata begitu. Dia tidak pasti dapat ketemu lagi dengan Rosalinda atau tidak. Qistina berharap sangat, Rosalinda akan datang lagi kerumahnya.

"Masaalah apa yang menimpa dia Zu. Aku tau dia dalam masaalah. Tapi aku tak tau apa puncanya".

Qistina mula bertanya. Kerana sedari tadi, dia tidak menumpukan kepada kehadiran anaknya Rosalinda kesitu. Kerana dia begitu teruja dengan kewujutan anaknya didepan mata... Zura terdiam, bila soalan itu ditanya oleh Qistina dan sedikit berkerut. Zura fikir Qistina sudah mendengar cerita kehadiran mereka kesitu. Rupanya Qistina mendengar acu tidak acu aja cerita yang mereka cerita tadi. Zura menarik nafas panjang dan melepaskannya.

"Kes rogol beb".

Terang Zura.

"Kawan dia kena rogol ke beb?. Kesian sampai kemari mereka cari kau".

Zura terdiam bila Qistina kata begitu dan merenung Qistina.

"Mereka berdua dirogol Qis".

Tersetak dada Qistina bila Zura kata begitu.

"Sebab itu mereka datang kemari. Untuk meminta bantuan dari kita. Perasaan marah mereka meluap luap. Jiwa dia betul betul macam kau Qis".

Qistina mengetap gigi, bila Zura menarangkan kepadanya.

"Tak guna betul! Aku mesti buat mereka datang kembali kesini. Aku akan bantu mereka ajar manusia tak guna yang telah merosakkan mereka. Selagi jantan jantan sial ada didalam dunia ini, selagi itu lah anak anak gadis akan setia menjadi mangsa mereka".

Merah padam wajah Qistina menahan marah...

...............................

"She is really beautiful beb. His face does not look like an old person".

"Sebab tulah ramai anak anak seusia kita datang berjumpa dia. Untuk mendapatkan rawatan kecantikan Dar... Tapi aku dapat rasakan sesuatulah Dar. Dari kita masuk kerumah itu. Aku dapat rasakan seperti seseorang sedang memerhatikan kita dari sudut dapur".

"Do not think nonsense lah Rosa. I tak rasa apa apa pun. I tengok dia orang yang baik baik. Nada dia bila bercakap, buat i betul betul rasa tenang".

Terang Darsini kepada Rosalinda yang terlalu memikirkan orang yang berada didapur.

"Apa yang kita buat ni betul ke Dar?"

"Of course right beb. Mereka buat kita macam anjing. Tidak ada belas kasihan. Rayuan kita macam sampah".

Darshini mengetap giginya ketika berbicara. Tangannya setia memegang stereng memandu.

"Dasar manusia anjing. Sial betul mereka tu".

Darsini menyambung ayat marahnya.

"Mereka akan dapat balasan dari kita, satu hari nanti Dar".

Sambung Roslinda pula, sambil terseyum menyeringai. membuatkan Darshini juga terseyum begitu.

"I dah tak nak pikir pikir lagi. I nak teruskan rancangan i itu. U pula macam mana Rosalinda. U nak ke teruskan rancangan kita?"

Rosalinda terdiam seketika bila Darshini tanya begitu. Perasaan ingin membalas dendam juga kuat, seperti mana Darsini.

"Aku setuju. Kita santau jantan jantan sial tu. Biar mereka hidup merana".

Nada Rosalinda sedikit kuat dan tegas.

"Minggu depan khamis malam jummat, kita akan datang semula berjuma auntie tu. Kita akan ajar mereka semua".

"Yess".

Teriak Darshini dengan wajah yang kembali ceria. Begitu juga Rosalinda. Kegembiraan mula wujud dari diri mereka berdua.

"Esok kita nak masuk kolej ke Rosa?"

Tanya Darshini kepada Rosalinda. Rosalinda yang tadinya terseyum, kembali mengerutkan wajahnya dan memandang Darshini yang sedang memandu.

" I do not know Dar. Aku takut berhadapan mereka. Aku malu dengan Que. Kerana aku tak mahu dengan cakapnya".

"Habis tu sampai bila kita tak nak masuk kolej. Pelajaran kita penting Rosa".

Kalau sebelum ini Rosalinda yang memberi kekuatan kepada Darsini. Tetapi kali ini cukup berbeza. Darsini pula yang memberikan Rosalinda kekuatan.

"Kalau sebelum ini i rasa nak bunuh diri. Tapi bila i dah dapat semangat baru, u pula yang lemah macam i sebelum ni. Kita kena kuat darling. Kuat agar tidak ada sesiapa boleh tindas kita selepas ini".

Darshini memegang tangan Qistina sambil berbicara. Rosalinda terseyum, bila melihat Darsini yang begitu bersemangat.

"Ok kita pergi kolej esok. Aku nak tengok muka muka manusia jahat yang telah merosakkan kita".

Darsini menganggukkan kepalanya. Bila dapat membuat Rosalinda kembali bersemangat.

....…....………………………

"Linda nak pergi mana sayang? pagi pagi dah siap siap ni".

Tanya Khairul, bila melihat anaknya berlainan sungguh hari ini. Rosalinda kelihatan tidak seperti beberapa minggu yang lalu. Selepas kejadian dirinya dirogol. Hati Kahirul kembali lega. Bila anak kesayangannya sudah mula mahu keluar dari rumah.

"Lin nak pergi kolej Papa. Dah lama Lin tak pergi kolej. Banyak mata pelajaran yang Lin terlepas".

Terang Qistina denan senyuman.

"Alhamdulillah... Bersyukur papa pada Allah. Anak papa seorang yang sangat kuat. Papa betul betul gembira lihat Linda kembali seperti selalu".

Air mata Kairul mula menitis dipipi.

"Papa, kenapa papa sedih ni? Lin tak suka tengok papa bersedih".

Rosalinda mengelap air mata Khairul dengan tangannya dan menolak kerusi roda Kahirul keluar dari bilik dan terus keluar ke taman rumah.

"Selepas ni Linda nak Papa gembira. Linda nak papa sentiasa bahagia".

Rosalinda memeluk Khairul dan mengucup pipi Khairul kiri dan kanan.

"Haii uncle. U macam mana! Sehat ke?".

Jerit Darshini dari pintu pagar rumah. Membuatkan Khairul terseyum, bila melihat Darshini yang juga sudah kembali ceria seperti dulu.

"Lin pergi kolej dulu ya pa. Nanti tengahari Lin balik, kita makan sama sama".

"Baik sayang! Hati hati memandu ya. Jangan bawak kereta laju laju sangat".

"Baik papa bye".

Rosalinda dan Darsini berlalu pergi kekolej, mata Khairul pula, setia memerhatikan permergian anak kesayangannya.

"YaAllah kau peliharalah anak kesayangan aku dari segala bencana yang mendatang. Kau jauhkan lah dirinya dari perkara perkara mungkar dan sesat. Aku bermohon kepada mu YaAllah".

Khairul menadah tangan, untuk memohon doa buat anaknya Rosalinda. Kerana disaat ini, hati Khairul betul betul resah dan risau tentang Rosalinda yang tiba tiba melupakkan memori hitam dalam hidupnya. Dalam masa yang sama, Khairul betul betul bersyukur. Kegembiraan anaknya telah kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience