Hembusan Sihir

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan sihir 2
part45

"Awak dah habis kerja ke?"

Tanya Azhar kepada staff wanitanya itu.

"Sudah bos".

Balas wanita itu dengan menundukan wajahnya.

"Jom saya hantar awak balik".

Wanita itu menganguk dan berjalan beriringan dengan Azhar, sehingga sampai kekeretannya. Wanita itu masuk kedalam kereta Azhar, bila Azhar membukannya pintu untuknya dan Azhar berpusing masuk kebahagian memandu. Dengan wajah yang terpancar kebahagiaan.

"Awak tingal dimana?".

Tanya Azhar.

"Saya tingal diShah Alam. Nanti bila nak sampai sana, saya tunjukan jalannya".

Azhar mengangguk dan memulakan pemanduannya.

"Nama awak siapa ya?. Sedari tadi saya nak tanya. Tapi saya tak berkesempatan".

Wanita itu terseyum memandang Azhar dengan seyuman menyeramkan.

"Nama saya Tina Boss".

"Ehhh jangan pangil saya bos. Geli saya dengar. Awak panggil saya Har. Saya bukan lah boss sangat. Papa saya yang sebenarnya bos. Saya anak bos je".

Terang Azhar kepada Qistina... Qistina terseyum, bila Azhar mula masuk perangkapnya. walaupum umurnya yang sudah berusia 40an. Tapi masih berwajah seperti anak remaja. Ini adalah, semua kuasa ilmu ilmu hitam yang dipraktikan sedari dulu lagi. Membuatkan dia berkuasa, membuat apa sahaja, pada dirinya mahu pun pada orang lain. Dengan wajah yang tidak akan makan dek usia, membuatkan Qistina puas dengan apa yang telah dilakukannya.

"Tina nak pergi makan?. Har lapar lah".

pelawa Azhar

"Saya tak nak makan. Tapi saya boleh teman kan Har makan".

"Kenapa tak nak makan?".

"Tina tak makan malam. Nanti takut gembok".

Ketawa Azhar mendengar kata kata Qistina itu. Azhar membawa Qistina kesebuah restoran yang masih dibukan. Qistina berjalan beriringan dengan Azhar dan masuk kedalam restoran tersebut. Qistina duduk menghadap Azhar. Baju kemeja yang Qistina pakai, setia menampakan bonjolan buah dadanya. Membuatkan Azhar mencuri curi pandang kebahagian dada Qistina.

“Cantik nya kau. Aku belum pernah tengok wanita secantik kau, dalam dunia ini. Kau bagaikan bidadari turun dari kayangan. Aku betul betul terpegun”.

Bisik Azhar sambil merenung kecantikan yang ada dihadapanya.

“Awak cepat makan ya? saya kena balik cepat”.

Qistina mula tidak sedap badan, bila ramai mata mata yang memandang kepadanya. Panahan mata orang yang berada didalam restoran itu, membuat dirinya menjadi tidak selesa. Tapi berlainan pula dengan Azhar. Pandangan orang kepada Qistina, membuatkan dia merasa banga. Bila wanita bak bidadari keluar bersamanya.

“Ok”.

Balas Azhar dengan seyuman. Mereka kembali kekereta dan berlalu pergi.

“Lepas ni! Saya pasti akan selalu berada dekat karaoke”.

Kata Azhar dengan Senyuman menyeringai dan Qistian membalas senyuman itu. Bila Azhar leka memandu. Qistina memulakan jampinya. Bila berdua akan lebih meyenangkan Qistina.

“Wahai penjaga sekitar alam, aku seru kau datang kepada aku. Gajah putih diseberang lautan datang tunduk sujut kepada aku. Inikan pula kau wahai jin penjaga alam. Kemari kau! Kemari kau, hapuskan lelaki yang ada bersama aku. Agar tidak ada lagi yang terinya”.

Lafas Qistina dengan nada yang teramat perlahan. Azhar tidak mendengar lafas Qistina itu, kerana siaran radio berkumandang lagu. Qistina merapatkan dirinya kepada Azhar dan menghembus lembut ketelinga Azhar, setelah selesai membaca. Terkejut Azhar bila Qistina buat begitu. Qistina hanya menyeringai seram, merenung kepada Azhar. Membuatkan Azhar meremang dan berkerut wajahnya.

“Ada habuk”.

Kata Qistina kepada Azhar. Azhar menganguk dan meneruskan pemanduannya.

“Berhenti dekat simpang depan tu ya!”

Qistina menundingkan jari kepada simpang dihadapan dan Azhar menganguk faham. Azhar memberhentikan keretanya sebaik sampai disimpang.

“Kenapa tak nak saya hantar dirumah?”.

Tanya Azhar, bila melihat sekeliling yang gelap. Qistina terseyum dan terus keluar dari kereta. Azhar membuka cermin tingkap kereta. Untuk melihat Qistina. Qistina berpaut dicermin pintu kereta dan sedikit menunduk, menampakkan buah dadanya yang hampir tersebul keluar dari baju. Azhar menelan air liur beberapa kali.

“Tak apa, hantar sampai sini sahaja pun dah ok. Nanti Tina jalan kaki masuk dalam”.

“Ehh tak takut ke?”.

Azhar merenung tajam kebelakang Qistina yang lebih gelap.

“Saya dah biasa dekat sini. Bukan ada hantu pun”.

Balas Qistina menyeringai.

“Yang saya takutkan, bukan hantu yang kacau awak. Tapi anak anak muda tempat ni! Awak tak takut ke?”.

Qistina merenung Azhar.

“Kenapa? takut saya kena rogol bergilir gilir, macam mana yang awak buat dengan anak anak gadis dekat dalam bilik karaoka tu”.

Lafas Qistina dengan wajah yang serius. Membuatkan Azhar berkerut dahi.

“Hahahahhaha saya bergura lah”.

Qistina ketawa besar disitu. Oleh kerana suasana sunyi dan menjelang tengah malam. Menjadikan gelak tawa Qistina menjadi lebih seram.

“Anak anak di karaoke bagi tau saya, awak suka tukar pasangan”.

Qistina cuba menenagkan Azhar. Azhar terseyum. Tetapi bukan kerana Qistina menerakan tentang staffnya. Azhar terseyum kerana Qistina mengunakan ayat anak anak. Sepertinya Qistina cukup dewasa untuk mengelakan staffnya itu anak anak.

“Alahhh, mereka semua tu dengki dengan saya. Sayakan anak bos dekat situ. Saya pulak tak layang sangat mereka semua. Itu yang mereka buat cerita bukan bukan tentang saya. Awak jangan percaya mereka tu”.

Azhar cuba menegakkan benang yang basah. Bila menepis semua kata kata Qistina itu.

“Ok lah Har! Tina balik dulu ya”.

Azhar menganguk dan memerhatikan Qistina meredah gelap malam sendiri dan Azhar berlalu pergi.

"Cantik! Tapi sayang, dia orang yang aneh. Seyuman yang menyeramkan".

Lafas Azhar... Sebaik sahaja Azhar meninggalkan Qistina, badannya terasa panas. Seperti yang berlaku tiga hari lepas. Tapi kali ini lebih panas. Azhar menguatkan penghawa dingin didalam keratanya. Tetapi masih setia terasa bahang. Akhirnya Azhar sampai dirumahnya. Azhar mengelupur membukan baju dan seluarnya lalu terus masuk kedalam bilik air dan mandi. Terasa lega badan Azhar, bila kulitnya terkena air. Azhar mendengus kelegaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience