Alone

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan Sihir 2
part55

“Pappp”.

Satu tepukan berbunyi. Seperti seseorang menepuk tangan. Tepukan itu hanya sekali sahaja. Automatik lampu satu rumah terpadam semula. Que berlari mendapatkan pegawai tersebut, yang berdiri berhampiran pintu utama. Que memegang lengan pegawai tersebut. Pegawai tersebut cuba untuk berjalan ke peti utama eletrik itu semula. Tetapi ditarik oleh Que.

“Tak payah tuan. Baik kita keluar sekarang”.

Kata Que dengan nada berbisik. Pegawai yang juga dalam kebingungan itu bersetuju dan terus keluar bersama Que dari rumah itu. Sebaik sahaja Que dan pegawai tersebut keluar dari pintu utama.

“Pommm”.

Hempasan pintu yang sangat kuat. Membuatkan Que dan pegawai tersebut terperanjat. Que dan pegawai tersebut berpandangan. Dan mereka berdua bergegas keluar dari pekarangan rumah.

“Esok tolong datang kebalai ya cik, untuk bagi keterangan”.

Que menganggukkan tanda faham. Sempat pegawai tersebut memandang kepada rumah itu, sebelum beredar.

“Quee! Tolong aku Que”.

Tersentak hati Que bila mendengar suara minta tolong dari tempat dimana Boy meninggal. Que pelahan lahan berjalan keluar dan memanjangkan lehernya disebalik semak semak. Terkejut Que, bila melihat Boy merintih kesakitan sambil duduk mencankung. Ketakutan Que bukan kepalang. Que bergegas masuk kedalam keretanya dan memandu laju, untuk pulang kerumah ibubapanya. Suara meminta tolong Boy, masih terngiang ngiang ditepi telinga Que. Bagaikan aruah Boy mengikutnya dan berada didalam kereta itu juga. Berpeluh peluh Que, bercampur ketakutan. Kerana ketakutan Que menambah kelajuannya memandu. Sampai disatu selekor wajah Boy yang berdarah dikepala muncul di cermin pandang belakang. Terkejut Que sambil menakan brek keretanya sedalam dalamnya. Membutakan kereta Que berguling beberapa kali dan terseret beberapa miter. Nyawa Que panjang. Que merangkak keluar dari kereta dan berjalan terhencot hencot untuk jauh dari keratanya. Sebelum keretanya terbakar ditengah jalan. Que menarik nafas lega kerana terselamat. Walaupun tangannya cedera teruk...

Berita kemalangan Boy, Que dan Joshua tersebar luas. Sehingga sampai ke telinga Darshini. Darshini berlari datang kerumah Rosalinda. Kedatangan Darshini dipagi hari membuatkan Khairul terkejut.

“Dar, terkejut auncle. Awalnya Dar datang”.

Khairul yang duduk diruang tamu sambil berzikir menegur Darshini, Darshini hanya meyeringai dan terus menaiki anak tangga ke tingkat atas dan terus masuk kedalam balik Rosalinda…

“Rosa bangun Rosa”.

Kejut Darshini sambil baring disebelah Rosalinda. Kelat muka Rosalinda memandang Darshini.

“Paginya kau datang”.

Tanya Rosalinda dengan nada serak serak.

“Ada berita baik Rosa”.

Darshini menyeringai. Sambil merenung Rosalinda.

“Berita apa?”.

Darshini hanya menunjukkan takifon bimbitnya sahaja kepada Rosalinda. Rosalinda memegang takifon bimbit Darshini dan merenung seketika.

“Hahahhaha padan muka korang”.

Rosalinda ketawa bila selesai membaca. Darshini dan Rosalinda berpandangan dan meraka saling berpelukan diatas katil.

“Dendam kita hampir tamat”.

Kata Darshini kepada Rosalinda, sambil Darshini baring disebelah Rosalinda.

“Selepas ni kita akan hidup aman. Tanpa mereka berenam didepan mata kita. Perbuatan jahat, harus dibalas jahat juga”.

Kata Rosalinda pula. Darshini mengangukkan sahaja kepalanya.

“Joshua tengah bertarung nyawa dekat hospital. Sebelum dia mati, i ingat nak pergi tengok dia. Jom teman I Rosa”.

Ajak Darshini.

“Ehhh mana boleh Dar. Kan auntie Tina dah bagi tau kita. Kita kena jauh kan diri dari mereka. Selepas kita simpan barang tu dekat rumah mereka”.

Rosalinda mengingatkan Darshini.

“Alaaaa Rosa, aku bukan nak pergi rumah tu. Aku cuma nak tengok dia dekat hospital. Aku nak dia tengok muka aku, sebelum dia mati. Muka orang yang pernah dia inaya beberapa bulan lepas”.

Rengek Darshini kepada Rosalinda.

“Hisss kau ni Dar. Ok lah aku teman kan”.

Kata Rosalinda membuatkan Darshini gembira dan memeluknya erat. Selepas makan tengahari Rosalinda dan Darshini masuk perkarangan hospital. Mereka berjalan masuk dan bertanyakan tentang Joshua. Penjaga dibahagian kuanter itu memberitahu mereka, Joshua masih ditempat kecemasan. Rosalinda dan Darshini pergi kebahgian kecemasan. Kelihatan Joshua ada disitu. Ada juga ahli kelurga Joshua. Mereka menangis melihat keadaan Joshua yang tidak memberikan sebarang riaksi.

“Tak boleh ramai ramai dekat sini”.

Marah seorang nurse. Semua berganjak ketepi. Bila dimarahi. Darshini memperkenalkan dirinya kepada Ahli keluarga Joshua.

“Kami berdua kawan Joshua. Josh macam mana keadaan dia auntie”.

Tanya Darshini kepada seorang wanita yang agak berusia.

“Seperti yang kamu tengok. Joshua masih belum sedar lagi”.

Kata wanita tersebut.

“Boleh saya pergi dekat dia?”.

Tanya Darshini. Wanita itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Darshini datang dekat ke katil Joshua, sambil anak mata memandang kepada Rosalinda yang setia berdiri bersama ahli keluarga Joshua.

“Hello dear”.

Kata Darshini kepada Joshua yang terbaring tidak sedarkan diri.

“I came to visit you Josh. You don't want to see me”.

Tanya Darshini lagi. Sambil merenung Joshua dan merapatkan bibirnya ketelinga Joshua.

“Tidurlah sayang, jangan pernah bangun bangun lagi. Macam mana sakitnya hati aku. Aku nak kau rasa kesakitan itu”.

Bisik Darshini dan berjalan untuk meninggalkan Joshua. Baru sahaja Darshini hendak pergi. Tangan Darshini ditarik lembut oleh seseorang. Darshini berpusing memandang Joshua. Joshua yang tidak bermaya. Menarik tangan Darshini dengan lembut. Membutang mata Darshini. Bila melihat Joshua sudah sedar.

“Sorry”.

Lafas Joshua dengan nada pelahan. Darshini mengerutkan wajahnya pula… Darshini memegang jari Joshua dan melepaskan genggaman Joshua dari memegangnya.

“Everything is too late Josh”.

Lafas Darshini dan berlalu meninggal Joshua.

“Jommmm”.

Darshini menarik tangan Rosalinda dan Rosalinda mengikut Darshini pergi.

“Dia dah sedar”.

Terdengar teriakan dari dalam bilik kecemasan. Darshini tidak memperdulikan pangilan itu dan terus berlalu pergi. Sehingga sampai disatu taman didalam pekarangan hospital itu. Darshini terhenti seketika dan menarik nafas panjang. Darshini tidak pasti dengan perasaan dia sekarang, antara mahu menangis atau pun mahu ketawa. perasanya sekarang bercampur aduk…

“Nakkkk boleh tolong mak cik?”.

Terkejut Rosalinda dan Darshini, bila seorang nenek menegurnya.

“Ya nek, Nak tolong apa nek?”.

Tanya Rosalinda.

“Tolong jangan biarkan meraka ikut kamu lagi”.

Kata nenek itu, membuatkan Rosalinda dan Darshini berkerut wajahnya.

“Masih belum terlambat lagi nak”.

Kata nenek itu lagi. Membuatkan Rosalinda menarik Drashini pergi meninggal nenek itu dan meninggalkan pekarangan hospital.

“Siapa nenek tu?”.

Tanya Darshini kepada Rosalinda dengan wajah yang berkerut.

“Manalah aku tau”.

Balas Rosalinda dan meneruskan pemanduannya.

“Bib! Bib! Bib”.

Talifon bimbit Darshini berbunyi. Watsap group kolejnya masuk bertalu talu. Bukan sahaja Talifon bimbit Darshini, malah Rosalinda juga.

“Siap yang chat tu Dar?”.

Tanya Rosalinda yang memandu. Darshini terseyum, sebaik sahaja membuka watsap yang masuk itu.

“Woiii! Siapa yang chat bertalu talu tu?”.

Nada Rosalinda mula meninggi dan Darshini terseyum memandang Rosalinda.

“Joshua is dead”.

Kata Darshini sambil setia terseyum bahagia. Rosalinda juga turut tergelak kecil.

“Now he is alone”…
Kata Darshini.

“Time for fun”.
Balas Rosalinda.

Mereka berdua tergelak dengan lebih kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience