Perempuan sihir 2
part6
Mata Rosalinda membuntang, bila terdengar bisikan itu. Rosalinda melepaskan gengaman loket pemberian ibunya dan terus bangun. Rosalinda yang dalam kebasahan mengintai dibalik daun pintu bilik airnya, sambil mata melilau memandang disetiap sudut biliknya. Tetapi tidak ada sesiapa. Rosalinda masuk semula kedalam bilik air. Kerana ketakutan, Rosalinda dengan pantas mandi dan terus keluar dari bilik air. Rosalinda duduk diatas katil, bila selesai mengenakan pakaian tidurnya.
“Apa yang aku dengar tadi tu?”
Bisik Rosalinda sendiri. Rosalinda memegang kembali loket yang ada dirantainya. Loket batu jade itu dibelek beleknya. Saat saat indah bersama ibunya, diwaktu kecilnya mula bermain difikiran.
“Lin rindu ibu”
Rosalinda mengucup beberapa kali loket pemberian ibunya dan menangis teresak esak. Sambil merebahkan dirinya baring diatas katil. Dalam kesedihan akhirnya Rosalinda terlena.
“Sayang bangun sayang!”
Dalam keadaan yang samar samar, rosalinda membuka sedikit matanya. Kelihatan Ibunya ada betul betul dihadapan, didunia yang lain.
“Ibu!”
“Ya sayang! ibu datang buat kamu”.
“Lin rindu ibu”.
“Ibu pun rindu Lin. Kalau Lin mahukan pertolongan Lin gengam loket itu. Ibu akan membantu Lin”.
Tersedar Rosalinda dari tidurnya, bila mendapat mimpi begitu. Rosalinda memegang loket pemberian ibunya.
“Tok! tok! tok!”
Terkejut Rosalinda dari membelak loketnya. Bila satu ketukan berbunyi di pintu kaca balconinya. Rosalinda menjadi takut. Macam mana ada orang boleh ketuk pintu cermin kaca itu. Sedangkan dia ditingkat dua.
“Tok! Tok! Tok! Bagi aku masuk! Bagi aku masukkk”.
Satu suara garau kedengara. Membuatkan Rosalinda mengigil ketakutan. Rosalinda berlari keluar dari biliknya dan terus kedalan bilik papanya. Kelihatan Khairul sudah lena diatas katilnya. Rosalinda dengan pelahan lahan baring disebelah Khairul akhirnya Rosalinda juga terlena sampai kepagi.
“Lin bangun Lin”
Kejut Khairul, bila dapati Rosalinda tidur dibiliknya. Dengan wajah yang layu, Rosalinda memusingkan badanya dan terus memeluk Khairul.
“Kenapa tidur sini sayang?”
Tanya Khairul kepada Rosalinda.
“Lin takut papa. Lin mimpi ibu. Lepas tu Lin dengar ada orang ketuk pintu balconi Lin. Itu yang Lin lari bilik papa. Tido dengan papa. Lin takut papa".
Khairul hanya berdiam diri, bila Lin berkata begitu.
"Papa! Siap sebenarnya ibu?. Lin dapat rasakan ibu ada selalu dekat dengan Lin. Walapun ibu dah meninggal. Tetapi bagi Lin. Ibu sentiasa ada bersama sama Lin".
"Ibu perempuan yang balik sayang. Dia seorang yang sangat sangat baik. Hanya papa sahaja yang tak pandai menjaga ibu".
Anak mata Khairul, menjeling sedikit kepada Roslinda yang begitu taksub akan ibunya. Termenung seketika Khairul. Rosalinda juga memusingkan badanya kembali memandang kepada kipas yang berpusing laju. Khairul teringat kembali kepada 15 tahun yang lepas, sebelum dia terkena strok.
...............................
Bila polis mengesahkan Qistina meninggal dunia. Khairul pulang kerumah dengan dengan perasaan yang begitu sedih sekali. Khairul masuk kedalam rumah dan terus duduk diatas katilnya Khairul menangis semahu mahunya, menegenangkan pemergian isterinya tanpa kubur. Pemergian yang begitu dasyat bagi khairul... Bila teringatkan bag tangan Qistina ada didalam keretanya. Kahirul bergegas keluar dan mengambil beg tangan Qistina. Khairul masuk semula kedalam, setelah semua barang Qistina ada bersamanya. Khairul meletak semua barang peribadi Qistina di atas katil. Kelihaan barang barang Qistina semuanya dalam keadaan baik. Begitu juga dengan talifon bimbit Qistina.
"Barang barang terakhir Qis, abang akan simpan dengan baik".
Lafas Khairul sambil kembali menangis... Kahirul mencapai tuala mandinya dan terus masuk kedalam bilik air yang berada didalam biliknya, untuk membersihkan diri dan mandi. Barang barang kepunyaan Qistina dibiarkan berterabur diatas katilnya... Selesai mandi Khairul yang hanya bertuala, keluar dari bilik air. Batuknya bertambah teruk. Khairul terpandang talifon bimbit Qiatina bercahaya beberapa kali. Itu bererti ada pesanan ringkas sms atau pun ada watsap masuk. Khirul lantas mencapai talifon bimbit itu. Kelihatan ada satu watsap masuk dan satu lagi dari massenger. Khirul tidak menghirukan pesanan ringkas itu. Kerana datangnya dari telco talifon bimbit Qistina. Yang menjadi perhatian Khairul, bila melihat watsap yang masuk, tertera nama Farok. Khirul sedikit berkerut.
"Dia nak apa dengan Qia?"
Bisik Khairul sendiri. Sambil menekan whatsapp dari Farok itu.
****Maafkan saya Qis, kalau saya ada buat silap dekat awak. Saya janji tak akan ganggu awak lagi. Apa yang terjadi antara kita. Saya sungguh kesal. Maafkan saya".
Khairul termenung sambil memegang talifon bimbit Qistina... Teringat akan kelantangan Farok yang cuba merogol isterinya semasa difotoshoot, membuatkan kemarahan Khairul datang kembali, terhadap teman baiknya itu. Jari Khairul menekan pula kepada geleri foto Qistina. Banyak gambar yang tersimpan dalam simpanan Qistina. Satu satu gambar keluar, bila diroll oleh jari Khairul... Khirul mula terseyum, melihat gelagat isteri dan anaknya. Sehingga pergi kepada satu video, beberapa bulan lepas. Terkejut Khirul bukan kepalang. Bila video dia bersama Era sedang berasmara didalam rumahnya, tanpa memakai seurat benang pun. Berada didalam geleri vedio Qistina... Bagaimana video itu dapat dirakam oleh Qistina? apa sebenarnya yang terjadi menjadi?. Tanda tanya bagi Khirul. Khairul merasa cukup malu dengan apa yang dilakukannya terhadapa Qistina, isteri yang sangat setia kepadanya. Video yang hanya beberapa saat itu, sudah cukup membuatkan Khairul terduduk ditepi sisi katil. Khairul termenung sambil otaknya ligat berfikir. Tiba tiba Khairul teringatkan tentang kata kata Farok.
"Hati hati Khai, isteri kau tu perempuan sihir".
Kata itu yang pernah Farok lafaskan dan tidak diendahkan oleh Khairul. Kerana terlampau marah akan Farok yang cuba merogol isterinya.
"Farok mesti tahu rahsia Qistina".
Bisik Kahirul lantas mencapai talifon bimbit Qistina dan terus menghubungi Farok. Beberapa detik deringan pangilan itu diangkat oleh Farok.
"Ya Qis! Ada apa?".
Tanya Farok, bila sahaja pangilan dijawap. Farok sedikit pun tidak tahu menahu tentang pemergian Qistina.
"Akulah Far"
Terdiam sejenak Farok, bila mendengar suara Khairul. Dan memandang screen talifon bimbitnya. Tertera nama Qis. Ini bermaksud Khairul telah menguna talifon bimbit Qistina, untuk menghubunginya.
"Haaa apa hal Khai?".
suara Farok sedikit terketar.
"Far, Qis dah meninggal dunia, dia kemalangan jalan raya".
Terkejut Farok, bila mendengar kata kata Khairul.
"Salam takziah Khai! Maaf aku tak tau".
"Tak apa Far! Far aku nak tanya kau?".
"Nak tanya apa Khai?".
"Mana kau tahu Qis main sihir Far?".
Terdiam Farok, bila Kahirul tanya begitu. Dia tidak tahu, mahu berterus terang atau teruskan berdusta kepada Khairul.
"Maafkan aku Khai, sepatutnya aku tak boleh masuk campur urusan keluarga kau. Tapi aku terpaksa bagi tau kau. Sebab aku tak mahu kau pandang kejahatan Qis sahaja. Beberapa hari lepas, aku ada berjumpa Qistina, dia menceritakan segala galannya kepada aku tentang kau. Kenapa dia boleh jadi seperti Qis yang sekarang".
"Cerita apa Far?".
Potong Kahirul. Yang begitu tak sabar untuk mendengar cerita Farok. Farok menceritakan dari A hingga ke Z tentang, ternampak Kahirul berasmara dengan dua wanita dihari yang belainan didalam rumah yang diangap syurga, buatnya dan Perjumpaan bomoh untuk menuntuk ilmu sihir.
"Ya Kahi! Kerana dendam dia terhadapa kau dan wanita wanita simpanan kau. Dia jadi lebih ganas. Tapi jauh disudut hati dia. Dia tak mahu jadi macam tu".
Terduduk Khai dilantai bila mendengar cerita Farok. Membuatkan seluruh angota badanya menjadi lemah. penyesalan tidak berguna lagi. Khairul terlentang dan terus tidak sedarkan diri...
"Papa ohh papa!"
Tersentak Khirul dari lamunan kisah yang lepas. Bila Rosalinda mula bersuara kembali.
"Ya sayang. Kenapa?"
Rosalinda terdiam seketika dan kembali menggerengkan badanya dan kembali, memeluk Papanya.
"Papa, Lin ingatttt Linnn"..... Lin terhenti dari berbicara.
"Lin tak nak pergi kolej tu lagi papa. Lin takut".
Dan Lin menyambung ayatnya.
Ayat Rosalinda tersekat sekat dan kembali menangis, bila mengenangkan peristiwa yang menimpanya dan Darshini malam tadi. Pedih hati Khirul bila melihat anaknya menangis. Bagi Khairul, dia seorang bapa yang tidak berguna. Dia hanya mampu mendengar dan memberi nasihat kepada Rosalinda. Tetapi badan dan tanganya, tidak mampu merangkul anak kesayanganya.
"Tak apa Lin. Kalau Lin tak nak belajar dekat situ lagi. Nanti papa suruh Tok wan carikan kolej yang berbaik untuk anak papa ni. Dekat KL ni banyak lagi kolej yang terkenal. Dah tu jangan nangis".
Rosalinda tahu papanya memang sayangkannya. Dia akan bersetuju dengan apa juga katanya. Dalam masa yang sama Rosalinda masih lagi dalam truma.
Share this novel