Julien duduk di taman sambil meneliti nama yang tertulis di atas kertas.Tidak lama lagi mereka akan mengadakan jamuan besar-besaran di sekolah mereka.Semua pelajar senior diberi tangunggjawab untuk mengatur semua perhiasan yang akan digunakan untuk menghias kawasan sekolah.
Dia pula menjadi terlalu sibuk bila Sir Addos meminta dia untuk mencari pembekal sayur-sayuran,daging dan lain-lain,memandangkan dia dan kakaknya membuka perniagaan berasaskan makanan.Sir Addos percaya yang Julien tahu di mana tempat untuk mendapatkan bekalan barang basah itu dengan harga yang murah untuk dihantar ke sini.
Kyle pula diberi tugas lain kerana Sir Addos tidak mahu lagi Kyle bergaduh di luar sekolah.Kyle diberi tugas untuk memantau pelajar lain yang sedang memasang hiasan pada dewan yang akan digunakan nanti memandangkan hanya Kyle sahaja yang ditakuti mereka.
"Julien?awak buat apa tu?saya tak menganggu awak ke?Kalau awak perlukan bantuan,saya boleh tolong awak.Kebetulan kerja yang saya disuruh buat pun dah siap sebentar tadi."Kata Aleya.
Dari tadi lagi Aleya memerhati Julien yang sedang duduk berseorangan.Dia terdetik hati mahu berbual-bual dengan Julien.Sejak kebelakangan ini,dia menjadi tertarik melihat kelakuan Julien yang sentiasa bersikap tenang.Dia sudah putus asa mahu mengejar Kyle kerana Kyle seolah-olah tidak berminat dengan sesiapa.Malah dia menjadi takut dengan sikap panas baran Kyle bila dia mendengar Kyle memukul Cosmas di khalayak ramai.
"Saya tengah tengok senarai nama pelajar yang akan datang berkunjung ke sini dari sekolah lain.Awak masih berlegar-legar kat kawasan ni?bukan lonceng dah berbunyi ke?."Kata Julien.
Hanya sebentar sahaja dia memerhati ke arah Aleya.Dia kemudian menyemak kembali kertas yang ada di tangannya.Dia mahu siap cepat agar dia boleh berjumpa dengan Riley nanti.Dia tahu Riley boleh membantunya memberi bekalan sayur-sayuran segar untuk dihantar ke sini.
"Hmmm..nak saya tolong ke?awak tahu tak kalau buat berdua lagi cepat siap.Belum masa untuk masuk kelas lagi Lian.Lonceng tu kan tanda rehat.Tapi hari ni kelas kami belajar setengah hari sahaja.Kami disuruh untuk membantu apa yang patut."Kata Aleya manja.
Julien tertawa kecil.Manis sekali senyumannya pada pandangan mata Aleya.Jarang sekali dia dapat melihat Julien tertawa seperti itu.Mungkin kerana dia juga baru sahaja nampak semua itu bila hatinya mulai beralih sepenuhnya kepada Julien.
"Lupa pula saya.Sibuk sangat nak siapkan kerja sampai terlupa yang tu lonceng pertama berbunyi.Saya nak juga awak tolong saya.Tapi saya dah nak siap.Lagipun Sir Addos suruh saya yang buat semua ni.Tak elok pula kalau saya tolak tugas tu pada awak."Kata Julien.
Dia sebenarnya kurang senang dengan kehadiran orang lain di sisinya apabila dia sedang sibuk melakukan tugasan yang diberi kepadanya.Namun sebagai ketua pelajar,tidak manis pula jika dia menghalau Aleya.Dia bukan seperti Kyle yang tidak peduli langsung dengan perasaan orang lain.Dia jenis orang yang mudah simpati dengan orang.
"Hahaha..saya kalau sibuk pun jadi macam tu juga.Oh?..kalau awak perlukan apa-apa bantuan lagi,awak serahkan pada saya.Saya ni jenis cepat belajar,yang penting awak ajar saya macam mana nak buat."
Aleya juga ikut ketawa.Selesa pula dia bila bercerita dengan Julien.Ternyata bila duduk berdua-duaan begini,sikap Julien lebih baik dari selalu.Ramah sekali Julien melayannya walaupun dia sedang sibuk.
"Buat masa ni tak ada lagi.Kalau ada saya akan cuba untuk mempertimbangkan permintaan awak tu.Awak datang sini ni,awak nak cari Kyle ke?."Tanya Julien terus-terang.
Setiap kali pelajar perempuan junior datang berjumpa dengannya,hanya nama Kyle meniti di bibir mereka.Dia sudah lali dengan semua itu.Kadang-kala dia terasa penat bila ditanya berbagai soalan berkenaan dengan hal peribadi Kyle sedangkan dia dan Kyle bukannya rapat.Namun dia tetap melayan mereka kerana mahu menjaga imejnya sebagai ketua pelajar.Nanti hanya disebabkan laporan dari mereka kepada Sir Addos,dia juga yang akan menerima hukuman.
Dia akui yang Kyle itu sangat tampan wajahnya.Sebab itu dia tidak hairan jika Kyle menjadi tumpuan para pelajar perempuan.Namun bukan mudah untuk memiliki hati Kyle yang terlalu angkuh itu.Hanya dengan Mytrice sahaja perangai Kyle akan berubah.
Julien mengeluh kecil.Dia juga punya perasaan dengan Mytrice tetapi dia bingung perasaan apa yang sebenarnya dia sedang rasakan.Dia menyukai Mytrice tetapi bukan seperti Kyle menyukai Mytrice.Dia menjadi bingung dengan perasaannya sendiri.Namun hatinya terlalu kuat mahu melindungi Mytrice kerana dia seperti biasa dengan Mytrice biarpun mereka jarang berjumpa.
"Julien.. Julien..?!."
"Ada apa Aleya?."Kata Julien bingung.
"Awak okay ke Lien?..awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?."
Aleya tersenyum kecil.Lucu pula dia bila melihat wajah Julien yang bingung itu.Dari tadi dia bercakap.Namun Julien hanya diam membisu.Apabila dia melihat ke arah Julien,ternyata Julien sedang merenung jauh.Entah apa yang ada dalam fikiran Julien.
"Maaf..banyak sangat benda yang saya nak uruskan.Saya tengah fikirkan macam mana nak selesaikan semua kerja yang Sir Addos beri pada saya dengan cepat.Sebab tu saya diam.Awak cakap apa tadi?."
"Saya cakap bukan Kyle yang saya cari tapi awak."Kata Aleya jujur.
"Oh.. nampaknya saya dah salah sangka.Sebab selalunya awak dan kumpulan awak tu biasanya datang ke tempat saya hanya untuk mencari Kyle."
"Tu dulu.Sekarang saya dah tak berminat dengan Kyle lagi.Saya dah penat nak kejar pada orang yang tak sudi memandang saya.Rasa malu pun ada.Yelah..macam saya sahaja yang beria-ia kejar Kyle tu.Tapi dia tak pernah tengok ke arah saya langsung."Kata Aleya sedih.
Dia sudah penat mengejar Kyle yang tidak pernah melihat ke arahnya.Dia sudah malas mahu bergaduh dengan Mya dan Evona yang masih terlalu menyukai Kyle.Apa salahnya dia mencuba untuk memikat hati Julien pula.Lagipun Julien mempunyai ciri-ciri lelaki yang dia sukai.
"Hmmm..kalau awak boleh berfikir macam tu bagus lah.Banyak lagi lelaki lain selain dari Kyle.Saya faham perasaan awak.Tapi awak buat keputusan yang betul.Hati Kyle mungkin sudah berpunya,sebab tu dia bersikap macam tu."Kata Julien simpati.
Walaupun dia tidak menyukai kawan-kawan Aleya yang gedik,tetapi tidak adil buat Aleya jika dia pun dicop seperti itu.Julien dapat merasakan yang perangai Aleya itu agak berbeza dari kawan-kawannya.Namun dia tidak boleh memaksa Aleya untuk tetap menyukai Kyle kerana ciri-ciri perempuan pilihan Kyle tidak ada langsung pada diri Aleya.
Sejak mengenali Mytrice,dia tahu yang ciri-ciri pilihan Kyle itu terlalu tinggi.Namun semua itu hanya ada pada Mytrice sahaja.Sayangnya Mytrice langsung tidak mengerti perasaan Kyle.Mungkin kerana kisah hidup Mytrice membuat dia jadi seperti itu.Jika dia diberi pilihan,dia juga akan memilih Mytrice.Namun dia sudah terlambat.Dia tidak mahu menjadi musuh Kyle hanya kerana Mytrice.
Namun jika Kyle meninggalkan Mytrice,dia dengan senang hati akan memujuk Mytrice agar menerima dirinya.Malangnya mungkin itu cuma akan terjadi dalam mimpi sahaja,kerana Kyle tidak mungkin akan melepaskan Mytrice.Hanya Mytrice perempuan pertama yang berjaya memikat hati Kyle.
"Entah lah Lien.Perasaan tu masih ada.Yelah,siapa yang tak suka dengan Kyle tu.Wajahnya tampan sangat tapi kelakuannya agak angkuh.Malah tak pernah lagi saya dengar dia suka mana-mana perempuan sehingga saya terfikir yang Kyle tu mungkin tak minat dengan perempuan.Err..saya tengok sejak akhir-akhir ni kamu berdua rapat.Kyle dan awak..err.."
Aleya tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia risau jika dia tersalah cakap.Namun dia perlu pengesahan dari Julien untuk mengelakkan dia dari merebut hak orang.Nanti lain pula jadinya.
"Hahahaha.. Aleya..awak cakap apa ni?awak nak kata yang saya dengan Kyle ada hubungan ke?ya memang ada,tapi hanya sebagai kawan.Awak jangan cuba-cuba tanya pada Kyle soalan macam ni pula,nanti saya pun tak dapat tolong awak kalau Kyle mengamuk."Kata Julien tertawa.
Dia hairan bagaimana Aleya boleh berfikiran seperti itu sedangkan benda itu normal pada pandangannya.Lagipun dia dan Kyle memang berkawan.Tetapi ada kalanya,Kyle itu juga musuhnya kerana Kyle sering sahaja mengenakannya.Namun kerana Mytrice mereka berdua kelihatan rapat sejak kebelakangan ini.
"Err..maaf..saya bukan berniat nak tuduh kamu berdua macam tu.Saya hanya bertanya sahaja.Lien,awak..erm,awak tak berminat dengan sesiapa kat sini ke?awak pun tampan juga.Dekat sekolah ni,awak dan Kyle sahaja yang sangat menarik perhatian."Kata Aleya malu-malu.
"Saya tak marah awak pun.Tak ada salahnya awak nak bertanya.Hmm..saya? sebenarnya memang ada orang yang saya minat,tapi tu lah susah nak dapat.Kalau boleh buat masa sekarang saya tak nak fikir dulu tentang semua ni."Kata Julien terus-terang.
Terlalu banyak yang bermain di fikirannya ketika ini.Dia bukan tidak berminat untuk berpasangan.Tetapi masih terlalu awal.Lagipun dia tidak mahu berkhawin di usia yang muda.Emmet juga masih belum menemui pasangan hidup.Jika boleh,dia mahu mendahulukan kakaknya dulu, kemudian dia akan memikirkan tentang dirinya.
"Agaknya semua muka macam awak dan Kyle ni dah berpunya.Err..untung perempuan tu.Saya pasti perempuan tu orangnya baik-baik.Tapi awak tak terfikir ke nak tambah kenalan perempuan?mana tahu yang pertama tu bukan jodoh awak.Sekurang-kurangnya ada orang kedua yang boleh menggantikan tempat orang yang pertama."
Aleya terasa sedih bila dia mendengar jawaban dari Julien.Peluang untuk dia memikat Julien ternyata tidak ada langsung.Julien seperti tidak berminat dengannya.Namun dia tidak akan berputus asa sebelum dia berjumpa dengan perempuan yang disukai Julien.
"Susah nak cakap Aleya.Kita ni masih terlalu muda lagi.Sekolah pun tak habis lagi.Kerja pun tak ada lagi.Perjalanan hidup kita masih terlalu panjang.Jangan terburu-buru untuk memilih pasangan.Nanti menyesal pula.Saya tak terfikir lagi mahu mencari pasangan.Mungkin tunggu selepas saya habis belajar dulu."Kata Julien dengan nada tenang.
Kisah hidupnya membuat dia berfikiran seperti itu.Ibu dan ayahnya dulu sering bertengkar kerana tidak sefahaman.Namun sehingga mereka meninggal,mereka tetap bersama hanya untuk membesarkan dirinya.Sebab itu dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang dibuat oleh ibubapanya.
"Mungkin betul juga kata awak tu.Nampaknya saya harus menunggu lagi.Erm..Lien,tunggu sekejap."
Aleya merapatkan wajahnya ke arah Julien.Tangannya diangkat.Dia menyentuh wajah Julien perlahan.Julien pula terkaku melihat kelakuan Aleya.Badannya agak keras.Agak sukar untuk dia menolak Aleya.Namun semua itu tidak lama.Dia melihat kepala Aleya terdorong ke belakang bila rambutnya ditarik kuat oleh seseorang.
Share this novel