Chapter 78.2

Mature Content Series 573

Julien berjalan masuk ke dalam biliknya sebentar lalu dia mengambil sebuah kotak hadiah yang berisi satu set pakaian lengkap bersama kasut untuk diberikan kepada Derick.Sudah lama dia mahu membeli set pakaian itu.Tetapi keadaan kewangan mereka tidak mengizinkan dia untuk membeli set pakaian itu ketika dia dan Emmet pergi berjalan-jalan di pulau Epeltus.Tetapi sebaik sahaja keuntungan bakery milik mereka semakin meningkat barulah dia dapat membelinya.

"Ayah tengok Julien tu.Tajam sungguh pendengarannya.Walhal hanya saya dan ayah sahaja yang bercerita tadi."

Emmet mengusik Julien apabila dia hanya menjadi pendengar setia sahaja sejak dari tadi kerana dia mahu memberi ruang kepada ayahnya dan adiknya untuk bercerita.Dia tidak mahu Julien berasa kekok dengan kehadiran Derick.

"Kak ni.Julien dengar benda bagus.Apa salahnya?.Ayah nanti kalau saya tak ada kat sini,kak pula mengutuk di belakang saya,ayah beritahu saya tau."

Julien menjeling ke arah Emmet lalu merenung wajah ayahnya.Sudah lama dia tidak berpeluang mahu memanggil nama ayah lagi sejak kematian kedua-dua orang tuanya yang dibunuh oleh samseng kumpulan Oryx.Hanya kerana mereka hidup sederhana ketika itu,penjenayah yang menyebabkan dia kehilangan orang tuanya tidak ditangkap.Sampai sekarang kematian kedua-dua orang tuanya tidak terbela.Dia merasakan dunia terlalu kejam kerana hanya yang memilik wang sahaja yang terbela nasibnya.

"Hahahaha.. Julien jangan terasa hati dengan kata-kata kak awak tu.Kakak awak tu hanya bergurau sahaja.Dia dengan ayah tak pernah cakap buruk tentang awak.Julien jaga kakak awak bagus-bagus tau.Hmmm..Julien dah bagi ayah hadiah..yang kakaknya bila lagi nak bagi ayah hadiah?."

Giliran Derick pula mengusik Emmet.Kasihan pula dia bila melihat Julien yang sering kali menjadi mangsa ejekan Emmet.Dia dan Julien saling berpandangan sambil tersenyum kecil.Wajah Emmet pula mulai berubah.Emmet kelihatan sedih.Dia benar-benar terlupa mahu membeli hadiah untuk diberikan kepada ayahnya.Dalam kepalanya dia hanya ingat mahu memberikan wang kepada ayahnya.

"Err..ayah..maaf,saya lupa pula nak beli hadiah untuk ayah.Apa kata saya bawa ayah beli hadiah untuk diberikan pada ibu.Nanti kalau ada benda yang ayah suka saya belikan juga."

Emmet menganggap serius permintaan dari Derick.Selama ini dia tidak pernah menerima atau memberi hadiah kepada orang lain.Sebab itu dia tidak terfikir langsung mahu menyediakan hadiah untuk diberikan kepada Derick.Sedih pula dia kerana dia tidak dapat memenuhi permintaan sederhana dari ayahnya.

"Emmet..ayah bergurau sahaja.Ayah tak harapkan hadiah dari kamu berdua.Ayah hanya mahu kamu hidup gembira.Hadiah dari Julien ni pun dah cukup bagi ayah.Awak pula dah beri ayah wang tadi.Tu dah dikira hadiah juga.Sepatutnya ayah yang sediakan hadiah untuk kamu berdua.Tetapi ayah tak sempat.Maafkan ayah."

Derick memegang bahu Emmet.Terasa bersalah pula dia kerana bergurau begitu dengan Emmet.Dia tidak tahu pula gurauannya itu diambil serius oleh Emmet.Hatinya berasa bahagia.Andai sahaja dia, isterinya dan anak angkatnya hidup bersama,dia sudah cukup bahagia walaupun dia belum memilik anak bersama dengan Elenor.Kehadiran Emmet, Julien dan Cosmas sudah cukup baginya.

"Saya cuma sedih ayah.Sepatutnya saya berfikir macam Julien.Tapi benda dah terjadi.Sekarang saya nak beli hadiah untuk bakal ibu kami.Ayah mari berangkat sekarang.Nanti kita lewat tak sempat pula beli hadiah untuk ibu."

"Ha'a..saya setuju dengan kak.Ayah cawan tu biarkan sahaja kat sana nanti saya bawa ke dalam."

Julien kemudian menyusun pinggan dan cawan ke dalam sebuah bakul lalu dibawanya ke dalam untuk dicuci.Sementara Emmet dan ayahnya pula sedang bersiap-siap untuk keluar.Dia pula sudah sedia memakai pakaian cantik.Jadi untuk apa lagi dia menukarnya.Dia kemudian duduk di sofa setelah siap mencuci pinggan dan cawan yang mereka gunakan tadi.

Emmet ada menyuarakan niat untuk mengambil pembantu rumah.Tetapi Julien menolak kerana bukan mudah dia mahu mempercayai orang lain untuk tinggal bersama-sama dengan mereka.Dia masih trauma dengan masa lalunya.Emmet pula hanya bersetuju dengan pendapat Julien.Lagipun kerja di rumah mereka bukannya banyak untuk dibuat.Mereka berdua pun sudah cukup untuk melakukan kerja-kerja rumah.Jika kerja terlalu banyak dan dia pula sibuk kemudian barulah dia mengaji pembantu harian untuk membantunya.

"Julien.. Julien.. berkhayal pula budak ni.Ayah dah tunggu tu.Bila awak nak berdiri dari sana?."

Emmet berkata dengan nada kuat apabila melihat Julien hanya diam termenung meskipun sudah beberapa kali dia memanggil nama Julien.Ayahnya pula hanya tersenyum kecil.Dia berasa lucu melihat telatah mereka berdua.

"Hehe..maaf kak..saya tak dengar tadi."

Julien menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia mulai berdiri lalu mengikut langkah kaki Emmet dan ayahnya yang sudah bergerak masuk ke dalam pedati kuda.Sepanjang perjalanan rancak pula mereka bercerita.Emmet dan Julien tidak kekok bermesra dengan Derick di hadapan umum.

Beberapa kedai berjenama terkenal mereka masuk.Emmet dan Julien membeli beberapa barang untuk ayahnya dan beberapa hadiah untuk bakal ibu mereka.Oleh sebab keadaan yang sudah terlalu lewat semasa mereka balik ke rumah, Emmet dan Julien memujuk Derick agar tidur di rumah.Keesokannya Julien dan Emmet sudah menyediakan sarapan pagi untuk Derick sebelum mereka masing-masing bergerak ke arah yang berbeza.Derick balik ke bandar Medion.Julien pula menuju ke sekolah.Seperti biasa Emmet pula menuju ke kedainya.Beberapa hari lagi dia akan meninggalkan Julien untuk merasmikan kedai barunya di Pulau Epeltus.

"Tuan..tuan kita dah sampai ni."

Malik mengejutkan Derick yang sedang termenung jauh.Sudah tiga puluh minit dia memberhentikan pedati kudanya.Namun Derick belum juga turun.Dia kemudian turun dari kuda lalu membuka pedati kuda kerana risau jika Derick tertidur.Ternyata Derick hanya mengelamun.Dia faham dengan keadaan Derick.Mungkin sebab itu Derick terlalu banyak berfikir.

"Malik..awak salah tempat ke?buat apa kita datang kat sini?."

Berkerut wajah Derick apabila sebaik sahaja dia turun dari pedati kuda di hadapannya bukanlah Villa Sakura.Sebaliknya brothel yang agak terkenal di bandar Medion.

"Madam nak buat sambutan hari jadi dia kat sini tuan.Sebab tu saya hantar tuan datang kat sini.Rasanya madam dah ada kat dalam.Lebih baik tuan masuk sekarang."

Takut-takut Malik mahu berkata-kata.Kelmarin dia diarahkan oleh Elenor untuk menjemput Derick datang awal ke brothel.Suaranya agak kasar ketika bercakap dengannya.Namun dia tidak dapat menepati janjinya kerana Derick terlalu asyik bercerita dengan anak angkatnya sehingga mereka terlewat kembali ke bandar Medion.

Derick memandang sekeliling.Kekok pula dia mahu masuk ke dalam brothel yang dia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki setelah dia berkhawin.Dia berasa pelik pula dengan permintaan isterinya yang mahu meraikan majlis hari lahir di sana.Apabila dia masuk kelihatan isterinya sudah ada di sana bersama dengan pembantunya Mayda.Maer dan Chole juga sudah ada.Begitu juga pelanggan tetapnya.Jack pula kelihatan berdiri di sudut yang agak terlindung sambil matanya memerhati ke arah Elenor.

"Derick..lewat sangat awak datang.Isteri awak dah potong kek tadi tanpa kehadiran awak."

Maer datang ke arahnya sambil membawa dua gelas minuman lalu dia hulurkan segelas minuman kepada Derick.Terasa hati juga Derick dengan perangai isterinya yang langsung tidak pernah berbincang dengannya.Malu dia dengan pelanggan tetapnya.Apatah lagi dengan Maer.

"Saya agak sibuk sedikit.Ni pun saya bekejar datang ke sini.Awak tahulah kalau dah berjumpa dengan keluarga ni banyak cerita yang nak dibualkan."

"Biasa lah tu Derick.Saya ni..isteri saya sambut hari jadi batang hidung saya pun tak ada.Whahaha...Derick saya nak ambil minuman lagi.Pandai isteri awak buat kat tempat macam ni.Awak tahu, perempuan yang kerja kat sini muda-muda lagi.Dah tu seksi dan menggoda lagi.Tercabar kelelakian saya."

Derick hanya meraup wajah mendengar apa yang dikatakan oleh Maer.Dia tidak hairan dengan perangai Maer kerana tempat seperti inilah yang sering kali dikunjungi oleh Maer.Beruntung Maer yang memilik isteri yang sabar fikirnya.Dia kemudian bergerak menuju ke arah isterinya yang kelihatan sedang menari-nari.Dia mengagak Elenor pasti sudah mabuk.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience