Chapter 78.1

Mature Content Series 586

Derick berangkat dari bandar Athenil menuju ke bandar Medion.Beberapa hadiah yang dipilih oleh anak angkatnya sempena hari jadi Elenor dibawanya bersama.Tersenyum-senyum dia melihat hadiah yang dihiasi dengan bunga yang sangat cantik.Tidak sabar dia mahu memberikan hadiah itu pada Elenor.

Dia masih teringat sewaktu mereka menghantar Maer dan isterinya kelmarin.Kedua-dua anak angkatnya juga keluar bersama.Baru dia tahu yang anak angkatnya Julien berkawan baik dengan anak Maer iaitu Kyle.Malah isteri Maer selalu membeli makanan yang dijual di bakery milik Emmet.

Apabila dihidangkan biskut hasil dari resepi bekas pekerja Emmet,Derick terasa biskut itu agak serupa sekali dengan rasa biskut yang dibuat oleh Roselyn yang menjadi kegemarannya apabila dia balik ke Villa Sakura.Namun sejak beberapa hari ini, dia tidak sudah berminat dengan biskut itu kerana rasanya sudah berubah.Roselyn pula sudah jarang dia temui kerana isterinya sering sahaja menyuruh Roselyn pergi mengambil barang yang dipesan di bandar Athenil.

Sejak akhir-akhir ini,dia melihat sikap isterinya itu juga mulai berubah.Dia kerap sahaja menghabiskan wang untuk membeli barang-barang yang dia rasakan kurang penting.Seperti hiasan bilik.Hanya sehari sahaja Elenor letakkan hiasan itu.Esoknya dia mulai bosan lalu ditukar dengan hiasan lain.Dia tidak berkira tentang wang.Tetapi jika isterinya terlalu boros berbelanja dia juga yang susah nanti.

Dia terfikir pula tentang kedua-dua anak angkatnya.Bertuah dia kerana mengambil mereka dahulu.Perniagaan anak angkat perempuannya sudah menjadi terkenal.Malah anaknya bakal membuka cawangan di pulau Epeltus beberapa bulan lagi.Malah anaknya itu berkeras agar dia menerima wang hasil dari keuntungan kedai bakery mereka.Dia menolak tetapi anak angkatnya memujuk dia agar menerima wang tersebut.Dia kemudian mengambil wang itu untuk diberikan kepada Elenor nanti.Sekurang-kurangnya jimat sedikit wangnya yang sering digunakan oleh Elenor.

Petang kelmarin dia sepatutnya sudah mahu balik ke villa Sakura.Tetapi kedua-duanya mahu dia tidur di rumah mereka memandangkan dia baru beberapa kali tidur di sana.Dia masih teringat cerita antara dia dan kedua-dua anak angkatnya kelmarin.

"Ayah boleh tak esok pagi sahaja ayah balik ke bandar Medion.Bukan selalu kita dapat berkumpul macam ni."

Emmet menarik tangan Derick agar Derick tidak meneruskan niat untuk balik ke bandar Medion.Julien pula sudah menyiapkan minuman dan makanan ringan lalu diletakkan di belakang rumah berdekatan dengan taman.Dia tahu ayahnya suka duduk di sana sambil menikmati teh.

"Kak..ayah..mari pergi ke belakang.Saya dah siapkan minuman.Boleh kita makan dan minum sambil bercerita panjang kat sana."

Julien datang lalu dia memotong percakapan antara Derick dan Emmet.Melihat sahaja wajah Julien,Derick berasa serba-salah.Dia kemudian berjalan bersama Emmet untuk mengekori Julien yang sudah berjalan ke hadapan.Derick tersenyum kecil apabila minuman dan makanan ringan kegemarannya sudah tersedia di atas meja.Malah Julien sudah siap menuang teh untuk diberi kepadanya.

"Ayah baru sahaja makan tadi.Sekarang kamu dah bawa ayah makan dan minum lagi.Kamu nak ayah jadi gemuk ke?."kata Derick berseloroh.

"Ayah tu dah kurus sangat dari hari terakhir kami jumpa ayah.Lagipun saya tengok ayah suka makan makanan ringan ni.Tuan Maer dan Madam Chole pun suka dengan makanan ni."

Julien mengangkat pinggan lalu diletakkan makanan ringan itu di hadapan ayahnya.Sedih pula dia melihat wajah ayahnya yang kelihatan agak cengkung itu.Walaupun Derick itu bukan ayah kandungnya namun kerana pertolongan dari Derick juga yang membuat mereka mampu hidup selesa seperti sekarang.

"Julien kalau uncle Maer dengar awak panggil dia macam tu tentu dia marah.Bukan dia ada beritahu awak yang dia nak awak panggil dia uncle sahaja ke?.Sedap biskut ni.Dari mana kamu dapat idea cipta biskut macam ni?."

Derick merenung biskut yang ada di tangannya.Aroma biskut itu sangat wangi sehingga dia terliur.Rasa seperti biskut itulah yang pertama kali dia makan di Villa sakura dahulu.Terfikir juga dia jika Roselyn meniru resepi ini,atau semua itu cuma kebetulan sahaja fikirnya.

"Err..saya tak biasa panggil mereka macam tu ayah.Segan saya.Biskut tu kak yang biasa buat.Saya tak pandai sangat nak buat biskut ni ayah."

Julien menghirup teh yang ada pada tangannya.Dia kurang berminat dengan rasa teh itu kerana dia lebih menyukai minuman yang diperbuat dari buah-buahan.Tetapi terlupa pula dia pergi ke gerai milik ayah Riley untuk membeli buah-buahan segar untuk dibuat jus.

"Nanti-nanti awak biasa lah tu.Macam mana nak biasa kalau awak tak cuba.Emmet awak ke yang selalu cipta resepi baru biskut ni?."

"Ayah..tak mungkin Julien tu biasa panggil tuan Maer dengan panggilan uncle.Saya pun kekok juga ayah.Tak sangka ayah rapat dengan tuan Maer tu.Wajah tuan Maer masih kacak macam ayah.Biskut tu asalnya bukan saya yang buat ayah.Dulu ada seorang pekerja saya.Umurnya muda dari Julien.Saya nak kenalkan dia pada ayah.Tapi tak sampai tiga bulan kerja dia dah tak datang lagi.Agaknya ibu dia tak benarkan dia kerja lagi.Dia yang cipta resepi tu ayah."

Emmet merenung ke arah biskut itu.Sehingga ke hari ini setiap kali dia membuat biskut itu,dia teringat akan Mytrice yang hilang tanpa khabar.Dia terfikir-fikir apa masalah yang menimpa Mytrice sehingga dia tidak datang lagi pergi bekerja di bakeri miliknya.Biskut itu kini sudah menjadi terkenal.Suatu hari nanti dia akan mencari Mytrice di bandar Medion.

"Hahaha..awak jangan main-main dengan uncle Maer tu.Dia cukup terkenal di kalangan perempuan.Ayah ni kira biasa-biasa sahaja.Hmmm..Maer tu dah banyak tolong ayah.Dulu dia yang pinjamkan ayah wang untuk membayar hutang kilang ayah dulu.Agaknya budak tu dah pergi sekolah semula.Ada juga ibu bapa yang kejam sampai anak yang masih kecil disuruh pergi bekerja."kata Derick bersahaja.

"Hmm.. Julien awak dengar tu? nampaknya awak harus cuba berbaik dengan Kyle tu."

"Isshhh..ke situ pula kak ni."Julien menarik muka masam.Tidak gemar pula dia dengan perangai Emmet yang suka sangat mengusiknya.

"Kenapa?bukan Julien dan Kyle berkawan baik ke? takkan ayah silap dengar tadi."

"Kawan apanya ayah..kalau Kyle tu perempuan dah lama saya khawin kan mereka berdua tu.Asyik bertengkar sahaja.Balik dari sekolah sahaja Julien ni hah..mengeluh fasal Kyle sahaja."

Emmet tertawa besar bila dia melihat wajah Julien yang mulai cemberut.Dia tahu Julien tidak suka mendengar cerita tentang Kyle.Sengaja dia mengusik Julien di hadapan Derick.Bukan Emmet sahaja yang tertawa,Derick juga terikut sama.Kepalanya digeleng-geleng.Sengaja Emmet berkata begitu untuk menutup cerita tentang Mytrice.Dia tidak mahu Derick terus bertanya tentang Mytrice.Lagipun hanya dia yang tahu hal yang sebenarnya.Dia akan simpan rahsia itu sendiri.

"Ayah faham.Lelaki memang macam tu.Kyle tu sama perangai dengan ayahnya.Sebab tu ayah tak hairan kalau Julien selalu bergaduh dengan Kyle.Tapi hati mereka tu baik.Kalau boleh awak berdamai sedikit dengan Kyle tu.Tapi ayah tak nak awak ikut perangai dia pula."

Derick memberi nasihat kepada Julien.Namun terselit juga peringatan agar Julien kekal dengan perangainya seperti sekarang.Dia tidak mahu Julien terikut-ikut dengan perangai kaki perempuan Maer. Walaupun Kyle itu terlihat sedikit berbeza dari ayahnya.Namun dia tahu pasti perangai Maer itu akan menurun kepada anaknya juga.

"Kak tu tak faham ayah.Nasib ayah memahami saya.Biarpun saya tak suka dengan perangai Kyle tapi kami tetap berkawan ayah.Err..ayah..bila ayah nak kenalkan kami kepada keluarga ayah? teringin pula saya nak lihat isteri ayah merangkap bakal ibu kami nanti."

Julien cuba mengalihkan topik perbualan.Dia tidak mahu mendengar mereka bertanya kepadanya tentang Kyle lagi.Dia lebih berminat mahu mendengar ayahnya bercerita tentang keluarganya.Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk mengenali keluarga ayahnya.Melihat perangai Derick,dia menjadi yakin yang keluarga ayahnya juga pasti baik-baik belaka.

"Awak jangan hairan dengan perangai perempuan Julien.Mereka memang macam tu.Ayah rancang nak bawa kamu berdua datang ke majlis kelahiran isteri ayah.Dia tu bakal ibu kamu berdua.Tapi ayah lupa pula nak beritahu pada isteri ayah.Lagipun ayah nak tanya pendapat kamu berdua juga.Tapi bila ayah dah dengar permintaan kamu,nanti ayah beritahu pada isteri ayah tu dulu.Sebab sejak kebelakangan ni dia asyik sibuk sahaja.Kalau boleh ayah nak dia ambil masa untuk berjumpa dengan kamu berdua."

Derick seperti memikirkan sesuatu.Matanya melihat kedua-dua anak angkatnya.Dia tidak sabar melihat reaksi Elenor nanti.Tetapi sebelum itu dia harus meminta persetujuan dari Elenor dahulu.Dia akan bertambah gembira jika Cosmas berkawan dengan Julien kerana kedua-duanya memiliki sifat yang hampir sama.Nanti dia akan kenalkan mereka berdua agar mereka menjadi rapat.

"Baik ayah..nanti kami tunggu kebenaran dari ayah dulu kemudian baru kami datang ke rumah ayah.Nanti tak fasal-fasal bakal ibu kami marah pula.Ayah..bukan ayah cakap tadi esok hari jadi ibu ke?..kalau boleh saya nak beri hadiah pada ibu.Erm..lupa pula.Ayah ni hadiah untuk ayah.Benda ni tak mahal sangat.Saya harap ayah suka."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience