Cosmas menutup mulutnya yang mulai menguap.Matanya terasa mengantuk kerana terlalu penat menyiapkan kerja rumahnya.Hairan juga dia dengan Donna yang sentiasa mempunyai masa mahu berkunjung ke biliknya.Dia melihat Donna seperti tidak pernah ambil kisah dengan pelajaran.Dia bukannya rajin sangat.Tetapi dia mahu Derick bangga dengan pencapaiannya di sekolah.Lagipun ibunya kurang berkenaan dengan Donna yang sering masuk ke biliknya.Sudah beberapa kali dia menegur tetapi Donna tidak mengendahkan kata-katanya.Kadang Cosmas hairan sendiri mengapa ibunya tidak memberitahu perkara itu kepada Donna sendiri.Mungkin ibunya mahu dia yang menyelesaikan sendiri fikirnya.
"Oh?sejak awak dapat Evona awak pinggirkan saya.Hmm..tak apa lah.Saya pun tak nak ikut awak.Hei..awak jangan nak bagi saya contoh budak tu pula.Dia tu dah biasa jual diri.Mana-mana lelaki pun dia tak kisah ikut.Tadi bukan main mesra dia dengan lelaki yang entah dari mana dia kenal.Tapi tak sesuai langsung.May tu dah lah buruk dapat pula lelaki kacak.Orang lain masih belajar dia pula sibuk menggatal dengan lelaki kat luar."
Donna meluahkan kemarahannya kepada Cosmas.Dia masih tidak berpuas hati kerana belum sempat dia memaki Mytrice,Biana tiba-tiba datang membuatkan dia terpaksa naik ke biliknya.
"Suka hati saya lah nak cakap apa.Awak terasa tu hal awak.Dah..dah..saya tak nak dengar cerita murahan budak kotor tu.Awak datang sini ni ada hal penting ke?kalau ada cepat cakap.Ibu saya nak datang sekejap lagi."
Cosmas melarikan pandangan matanya dari Donna.Terdetik juga di hatinya untuk bertanya dengan lanjut tentang lelaki yang dilihat Donna tadi.Tetapi dia tidak mahu Donna mengesyaki yang dia mulai terfikir tentang Mytrice.
"Yelah..yelah..membebel mengalahkan perempuan pula.Cosmas ibu awak ada beritahu awak tentang May ke?."
"Donna..awak tak faham bahasa ke?saya cakap saya tak nak dengar cerita tentang budak tu lagi.Awak faham ke tak?."
Cosmas menjadi berang.Nada suaranya agak tinggi sedikit.Entah mengapa dia merasakan yang Donna sengaja mahu mencabar kesabarannya.Geram juga dia dengan Donna yang tidak memahami dirinya.
"Alah..awak jawab sahaja.Tu pun susah ke?macam mana saya nak cerita kalau awak tak bagi kerjasama.Huh..macam lah bila bercakap tentang May tu awak terus jatuh cinta dengan dia pula."
Sempat lagi Donna mengejek.Dia tidak takut dengan Cosmas kerana dia sudah biasa mendengar Cosmas bercakap dengan nada kasar seperti itu.Dia tidak peduli jika Cosmas marah kepadanya kerana dia tahu marah Cosmas tidak lama.Cosmas pasti mencari dirinya mahu meminta bantuan untuk berjumpa dengan Evona.'Si bodoh yang mudah tertipu'ejek Donna dalam hati.
"Tak ada.Titik."
"Bagus..bagus..awak tahu tak May tu sebenarnya anak tuan Derick?."
Donna sengaja menggantung soalannya.Dia mahu melihat reaksi Cosmas.Seperti yang dia jangkakan wajah Cosmas berkerut.Dia memandang ke arah Dona seperti tidak percaya.
"Donna awak jangan nak buat lawak.Tak lucu pun.Awak tahu juga yang saya ni pewaris harta dia nanti."
"Saya tak tipu.Sumpah.Saya dengar sendiri pembantu rumah kat sini bercerita.Malah ibu awak dan ibu saya pernah cerita fasal ni."
Donna cuba meyakinkan Cosmas agar percaya dengan kata-katanya.Hanya Cosmas sahaja yang boleh membantunya untuk menghalau Mytrice keluar dari Villa ini.Dia tidak mahu Mytrice tinggal di sini kerana dia takut harta Derick akan jatuh di tangan Mytrice bukan Cosmas.Nanti dengan siapa lagi dia mahu meminta wang?.
"Habis kenapa budak tu disuruh tinggal kat tempat buruk macam tu?.Donna awak silap dengar agaknya.Tuan Derick tak ada anak.Arwah isterinya dulu meninggal bersama anaknya."Jelas Cosmas.
"Awak masih tak faham ke? Mytrice tu anak hasil dari perempuan simpanan tuan Derick.Sebab tu layanan tuan macam tu.Tapi awak kena ingat.Walaupun May tu hanya anak dari perempuan simpanan tetapi tak mustahil harta tuan Derick akan jatuh ke tangan May.Lagipun awak tu bukan anak Derick."
Agak tinggi sedikit nada suara Donna ketika dia bercakap dengan Cosmas.Dia tidak peduli jika Cosmas memarahi dirinya.Apa yang dia mahu agar Cosmas membantunya untuk menyingkirkan segera Mytrice dari terus tinggal di Villa.Mungkin dengan cara itu sahaja Kyle akan melihat dirinya.Dia tidak mahu Mytrice berlama-lama di sini.Apatah lagi setelah dia mendengar dari Aleya yang Kyle akan dijodohkan dengan anak perempuan tuan Derick.
"Donna awak ambil wang ni.Keluar dari sini .Saya tak nak berbicara hal ini sekarang.Awak betul-betul merosakkan mood gembira saya sekarang."
Cosmas menarik Donna dengan kasar menuju ke arah pintu lalu memberikan wang sebelum dia menolak Donna keluar dari biliknya.Terasa pening pula kepalanya sebaik dia mendengar sendiri identiti Mytrice yang sebenar.
"Cosmas kalau awak tak buat sesuatu,awak jangan menyesal nanti."
Sempat lagi Donna berteriak di luar pintu.Dia cuba memulas tombol pintu.Tetapi dikunci dari dalam.Dia memukul-mukul pintu bilik Cosmas.Namun tangannya cepat ditarik ibunya lalu dia dibawa ke bilik.
"Donna awak jangan buat perangai.Auntie Elenor ada kat dalam bilik."Mayda menegur perbuatan anaknya.
"Semua ni salah ibu.Dari tadi saya cari ibu.Tapi ibu tak ada.Kalau ibu tunggu saya kat sini tadi,tak lah saya buat macam tu."
Donna memukul tangan ibunya yang sedang cuba untuk menenangkan hatinya.Hari ini nasibnya sangat malang sekali.Cosmas pula langsung tidak mahu mendengar kata-katanya.Jadi apa yang harus dia lakukan untuk menghalau Mytrice keluar dari Villa Sakura dengan kadar segera.
"Dah..dah.. kenapa marah sangat ni? Auntie Elenor panggil ibu tadi.Moodnya tak elok.Sebab tu ibu kata awak jangan buat hal.Awak bergaduh dengan Cosmas ke?."Kata Mayda cuba meneka.
"Yelah..yelah..kami berdua memang bergaduh.Semua ni kerana May.Ibu macam mana ni.Cosmas dah mula sukakan May."
Donna cuba untuk mereka-reka cerita.Dia sudah cuba untuk mendapatkan pertolongan dari Cosmas.Tetapi usahanya sia-sia belaka.Mungkin ibunya boleh menolongnya kerana ibunya rapat dengan ibu Cosmas.Dia tahu apa keinginan ibunya.Sebab itu dia menggunakan keinginan tersebut agar ibunya mahu membantunya.
"Hah?mustahil.Bukan May tu dah tak pernah berjalan bersama-sama dengan kamu lagi ke?macam mana boleh jadi macam tu?Donna awak tak boleh biarkan mereka bersama.Awak nak hidup susah semula macam dulu?."
Terbesar mata Mayda apabila dia mendengar semua itu.Dia sudah berusaha membantu Donna agar rapat dengan Cosmas.Tetapi akhirnya usahanya menjadi seperti itu.Sia-sia sahaja dia membayar Ayl agar tidak membawa Mytrice bersama mereka.
"Ibu.. ibu tahu,dalam diam mereka berdua berjumpa kat restoran Cholye ibu.Patut lah Cosmas bawa ke situ.Rupanya dia nak pergi berjumpa dengan May.Ibu nak saya buat macam mana lagi?selagi May tu masih tinggal kat sini,Cosmas tu tak akan pandang saya ibu.Ibu tengok ni.Wang ni Cosmas berikan pada saya untuk menutup mulut agar tak beritahu hal ini pada sesiapa."
Donna meletakkan sampul surat yang berisi wang berjumlah 5000Ril.Dia tidak kisah dengan wang itu kerana dia sudah mengambil wang sebanyak 25000Ril semasa dia membeli hadiah tadi.Hanya wang sebanyak 5000Ril sahaja dia gunakan untuk membeli hadiah yang diberikan kepada Evona.Dia sempat berfikir apa reaksi Evona menerima hadiah itu tadi.
"Hei..semakin bertambah masalah pula.Tak apa,awak pergi isi perut dulu.Nanti ibu fikirkan cara agar budak tu keluar dari Villa ni."
Mayda menjawab dengan yakin.Dia mula risau jika apa yang dikatakan oleh anaknya itu benar-benar terjadi.Jika dia dapat menghalau Mytrice keluar,semua harta Derick akan jatuh ke tangan Cosmas.Malah hubungan Cosmas dan Donna juga mungkin akan bertambah baik seperti sebelumnya.
"Ibu..ibu mesti usir May secepat mungkin.Nanti Cosmas tu tak tengok Donna lagi.Ibu Donna nak pulangkan semula wang ni pada Cosmas."
"Ibu tahu.Ibu tengah fikir sekarang.Donna..balik sini semula.Buat apa awak baik hati sangat nak pulangkan wang tu.Sini bagi ibu.Orang dah bagi ambil sahaja.Dah..awak pergi makan sekarang.Nanti rehat awal.Ibu nak jalan temankan auntie Elenor."
Mayda menyimpan wang yang diambilnya daripada Donna ke dalam begnya.Nanti dia akan menerima wang lagi dari Elenor dan Jack jika dia membuat kerja seperti yang mereka mahukan.Tetapi dia bukan bodoh seperti yang mereka sangkakan.Dia juga pandai mengambil kesempatan ke atas mereka.
Share this novel