Chapter 77.2

Mature Content Series 586

"Donna awak cakap apa tadi?."

Kedengaran suara dari belakangnya membuat Donna menoleh.Pucat wajahnya melihat Biana yang sedang berdiri dengan wajah marah.Dia kemudian perlahan-lahan menjauh.

"Dia..dia pecahkan pasu bunga kesayangan madam Elenor."

"Saya bukan nak dengar tentang tu sebab tadi saya tak dengar yang awak cakap fasal pasu bunga pada May.Awak ulang semula apa yang awak cakap tadi."

Biana mengerutkan wajah.Dia tidak tahu di mana Donna mendapatkan maklumat yang Mytrice itu anak kepada Derick sedangkan tiada sesiapa pun yang dibenarkan berbicara tentang rahsia itu.

"Saya memang cakap fasal bunga!!pasu bunga!!..awak yang pekak tak dengar.Saya akan beritahu madam tentang ni."

Donna berlari masuk ke dalam Villa sebelum sempat Biana bercakap.Donna berani berteriak di hadapan Biana kerana Biana tidak seperti Roselyn.Sebab itu dia berani melawan.Sementara itu, Biana menghampiri Mytrice yang hanya diam merenung ke arah Donna yang sudah masuk ke dalam Villa.

"May..awak jangan percaya pada kata-kata Donna.Dia memang suka sangat menipu orang.Awak tak perlu ambil hati dengan perangai Donna tu.Mungkin dia akan berubah juga nanti."

Biana mengusap lembut rambut Mytrice.Simpati pula dia melihat Mytrice yang kerap dibuli.Malah sering pula dimarahi oleh Elenor dan Derick.Mungkin kerana itu Roselyn sering sahaja mahu melindungi Mytrice.

"Saya tak ambil hati sangat kak.Tapi kadang perangai Donna tu buat saya geram.Saya dah cuba mengelak dari bertemu dengan Donna.Tetapi dia selalu cari saya.Kak..kak dah lama kerja sini kan.Boleh tak May nak tanya sesuatu kepada kak?"

Biarpun Biana mengatakan yang Donna menipu,namun jauh di sudut hatinya mahu juga dia mendengar cerita sebenar tentang ibunya dari mulut orang lain selain dari neneknya dan Roselyn.

"Kadang-kala kak serba-salah nak tegur perangai Donna tu.Dia bukannya nak dengar kata-kata kak.May kak bukan nak ajar awak jadi jahat.Tetapi jangan biar Donna buli awak.Hmmm..selagi kak boleh jawab kak akan cuba jawab.Tapi apa yang May nak tanya?."

"Tak apa kak..May pandai jaga diri.Erm..berkenaan ibu May.Err..betul ke ibu saya perempuan simpanan tuan Derick?sebab tu ke tuan benci sangat tengok saya.Tapi nenek kata ayah saya kerja jauh."

Terhenti seketika langkah kaki Biana.Wajahnya berubah sedikit.Namun Mytrice yang sedang sibuk menyambung rantai yang diberi oleh Riley tidak menyedari perubahan wajah Biana.Dia tidak menyangka yang Mytrice akan bertanya soalan yang sangat sukar untuk dia berikan jawaban,kerana soalan itu patut ditanya kepada Derick sendiri.

"Tadi Donna cakap macam tu pada awak ke?..May mereka baru sahaja tinggal kat sini.Awak tak payah dengar cakap mereka.Kak pun boleh buat cerita macam tu.Ibu awak bukan perempuan simpanan tuan.Dia orang penting dulu kat Villa ni.Ayah awak dulu baik sangat.Tapi sikap orang boleh berubah May.Kak tak boleh cakap banyak tentang ayah awak.Hanya nenek awak yang tahu cerita antara ibu dan ayah awak.Mungkin suatu hari nanti awak boleh berjumpa semula dengan ayah awak yang dulu.Ermm..berkenaan perangai tuan tu,dia memang tak suka dengan budak perempuan.Sebab tu dia layan awak macam tu.Kalau tak ada hal penting,awak cuba elakkan dari bertembung dengan tuan."

Biana cuba untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Mytrice.Tetapi dalam masa yang sama,dia masih mahu menjaga perkara yang cuba dirahsiakan oleh Derick.Dia tahu akibat yang menanti jika dia ingkar dengan arahan yang diberikan oleh Derick.Tetapi yang menjadi tanda tanya sekarang adalah bagaimana Donna tahu tentang hal itu?.Dia takut jika perkara ini terbongkar,Derick pasti menuduh mereka yang membuka mulut.

"Oh..sebab tu ke kuburan ibu saya dekat dengan Villa ni?Kak..dari dulu May tanya pada nenek nama ibu May.Tapi nenek tak pernah beritahu.Teringin sangat May nak tahu.Dulu May selalu melawat kuburan ibu.Tapi May tak pandai membaca.Kak tahu tak siapa nama ibu May? manalah tahu bila May sebut nama ibu,orang lain kenal nama ayah May.Boleh lah May jumpa ayah."

Mytrice berkata dengan penuh harapan.Dia ingin membawa neneknya berjumpa dengan ayahnya.Dia tahu neneknya juga pasti rindukan ayahnya.Lagipun siapa tidak rindu dengan anak sendiri?.Dia sudah mengumpul sedikit wang.Jika ayahnya terlalu sibuk,dia boleh meminta ayahnya keluar sekejap untuk makan bersama mereka nanti.Dia mahu mereka merasa makanan yang dibayar dengan hasil kerja kerasnya selama dia bekerja.

Soalan kedua Mytrice itu membuat Biana terbatuk kecil.Dia agak terkejut dengan soalan Mytrice itu.Jika tadi dia masih boleh memberi jawaban pada soalan Mytrice.Namun kali ini dia harus berfikir tentang apa jawaban yang paling sesuai untuk dia katakan kepada Mytrice.Jika dia memberitahu Mytrice nama sebenar ibunya,semua orang tahu yang Emerald itu isteri kepada Derick.Dia tidak boleh mendedahkan nama sebenar ibu Mytrice tanpa kebenaran Derick.

"Ha'a..sebab ibu May orang penting dalam Villa ni.Err..kak sebenarnya seperti May juga.Kak tak pandai membaca.Dahulu ketika ibu May masih hidup,kami hanya panggil dia madam sahaja.Tak tahu pula kak nama sebenar ibu awak.Maafkan Kak May.Ermm..May kak nak balik ke Villa dulu.Ada benda kak nak siapkan.May boleh jalan balik ke rumah sendiri ke?.Kak fikir nak temankan May.Tapi lupa pula kak yang ada kerja harus kak selesaikan.Kebetulan Kak Roselyn tak ada sekarang.Sebab tu kak sibuk sedikit."

Mytrice hanya mampu menganggukkan kepalanya ke arah Biana sebagai jawaban.Dia tahu yang Biana sentiasa sahaja sibuk.Semasa dia masih bekerja di dapur Villa,jarang sekali dia bertemu dengan Biana yang kerap kali keluar atas arahan Elenor dan Derick.Hanya ketika mereka tiada di Villa sahaja dia boleh bercerita dengan Biana,itu pun hanya sebentar.Oleh sebab itu dia tidak mahu menganggu kerja Biana.Agak kecewa juga dia apabila tidak menerima jawaban yang dia inginkan.Tetapi dia faham,orang susah seperti mereka tidak mempunyai peluang untuk bersekolah.

"Kak pergi dulu.Jangan lupa makan.Tadi sebelum berangkat kat bandar Athenil,kak Roselyn ada hantar sesuatu kat rumah awak."

"Baik kak.May jalan dulu."

Mytrice kemudian mulai berjalan meninggalkan Biana yang juga sedang menuju ke Villa.Namun sempat juga dia berpusing melihat ke arah Mytrice.Dia sebenarnya boleh sahaja menangguh kerjanya.Tetapi dia takut mahu mendengar soalan Mytrice yang seterusnya.Dia bingung harus menjawab apa kepada Mytrice.Dia mengeluh kecil.Akan dia beritahu kepada pembantu lain agar jangan terlepas cakap tentang identiti Mytrice lagi.Dia risau jika Donna terdengar lagi,pasti dia akan menggunakan cerita itu untuk membuli Mytrice.

Sementara itu,Donna pula berjalan mundar-mandir di biliknya.Dia menunggu kedatangan ibunya di dalam bilik.Namun ibunya tidak juga datang.Dia kemudian bergerak menuju ke arah bilik Cosmas lalu membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu.Kebetulan waktu itu Cosmas hanya memakai seluar dalam.Terkaku sebentar Donna melihat tubuh Cosmas tanpa baju itu kerana Cosmas lelaki pertama yang dia lihat tidak memakai baju.

"Donna..apa ni?ketuk pintu sebelum masuk.Ni tak,suka hati awak sahaja nak masuk.Mata awak tu jaga sikit.Saya nak pakai baju ni."

Merah padam wajah Cosmas apabila Donna memandang ke arahnya tanpa mengerdip mata.Takut pula dia melihat renungan mata Donna yang kelihatan seperti tidak pernah melihat tubuh orang lain tanpa baju.Dia cepat-cepat memakai baju apabila Donna mulai berpusing.Dia masih sempat mendengar ketawa halus Donna.

"Kenapa awak ketawa?lucu ke?hah!dah siap pun awak duduk dulu kat kerusi tu.Donna saya tak cakap main-main.Awak tu perempuan, lain kali sebelum masuk ketuk pintu dulu.Faham tak?."

Cosmas berkata agak kuat sedikit sambil tangannya menggantungkan tuala yang dia gunakan sebentar tadi ke tempat khas untuk menggantung tuala mandi yang sudah digunakan.Sebentar lagi pasti tuala itu akan diambil oleh pembantu untuk dicuci.

"Selalu saya masuk tak ketuk pintu pun.Sejak bila pula awak mulai buat peraturan macam tu?macam tak biasa.Awak pernah anggap saya sebagai perempuan ke Cosmas?."

Donna ketawa berdekah-dekah.Pelik pula dia dengan perangai Cosmas yang tiba-tiba sahaja berubah.Padahal tidak pernah Cosmas bersikap seperti itu sebelum ini.Namun sejak dia rapat dengan Evona,agak ketara perubahan sikap Cosmas.Dia tidak hairan pun melihat tubuh Cosmas.Cuma dia mulai terfikir tentang tubuh Kyle pula apabila melihat tubuh Cosmas tadi.

"Mulai dari sekarang saya nak awak ketuk pintu dahulu sebelum masuk.Hari ni saya maafkan.Kalau awak buat lagi,saya suruh awak keluar.Habis tu awak fikir awak lelaki ke?kalau awak lelaki dah lama saya bawa awak berjalan kat bandar.Tak lah asyik terperap kat sini sahaja."

Cosmas mulai mengeluh.Tetapi sebentar kemudian dia teringat tentang pelawaan dari Willstan dan kawan-kawannya.Setelah berfikir masak-masak,adalah lebih baik dia cuba keluar bersama mereka.Mahu juga dia melihat dunia luar,supaya apabila dia bersama Evona ada juga topik untuk dia berborak nanti.Dia tidak mahu kejadian seperti tadi berulang lagi.Evona kelihatan kurang berminat dengan ceritanya yang tidak menarik.

"Huh!macam-macam pula peraturan baru awak ni.Kalau saya perempuan pun bukan awak tak boleh bawa berjalan.Awak sahaja yang sombong sangat tak nak bawa saya pergi berjalan-jalan."

"Bilik saya,suka hati saya nak tetapkan peraturan.Nak bawa awak?awak?..lebih baik tak payah.Nanti Evona nampak dituduhnya saya curang di belakang dia pula.Dah bagus-bagus saya rapat dengan dia,nanti kerana awak dia merajuk pula.Awak jalan lah sendiri.Tu tengok budak kotor tu pandai jalan sendiri."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience