Mayda masih lagi teringat-ingat tentang layanan Jack kepadanya sebentar tadi.Hatinya menjadi panas.Dia berasa cemburu dengan Elenor yang menjadi perhatian lelaki yang baik dan tampan.Sedangkan dirinya sering sahaja dicurangi oleh suaminya yang pemabuk itu.Tidak dapat menahan kemarahannya dia bertindak memecahkan pasu bunga kegemaran Elenor.
Pasu itu dilihatnya seperti wajah Elenor.Dia berpuas hati apabila pasu itu jatuh berderai.Bunga yang ada di dalamnya pula dipijak dengan kuat sehingga hancur.Puas hatinya melihat semua itu sehingga dia terlupa siapa dirinya sebenar.
"Ibu..tu bukan bunga kesayangan auntie Elenor ke?kenapa ibu pijak?nanti dilihat oleh auntie tak fasal-fasal kita dimarah."
Donna menarik tangan ibunya.Sudah beberapa jam dia mundar-mandir di taman itu untuk menanti kepulangan Mytrice.Dia mahu melihat sama ada perempuan yang dilihatnya sebentar tadi adalah Mytrice atau orang yang seiras wajah Mytrice.Tetapi entah mengapa hatinya kuat mengatakan yang perempuan itu adalah Mytrice.
"Shhhh..awak ni tak boleh bercakap perlahan-lahan ke?mari pergi dari sini sebelum ada yang nampak kita."
Mayda kemudian menarik Donna jauh dari tempat biasanya Elenor duduk.Namun kemudian dia terfikir sesuatu.Lebih baik dia kembali ke biliknya agar dia boleh berpura-pura tidak tahu jika ditanya oleh Elenor nanti.Dia kemudian mengubah laluan untuk masuk ke dalam Villa.Namun Donna bertindak menarik tangannya dari terus digenggam oleh Mayda.Dia kemudian merenung wajah ibunya.
"Ibu saya tak nak naik ke bilik.Saya nak tunggu May balik dulu."kata Donna.
"Issh budak ni.Awak nak tunggu May untuk apa?ibu tak benarkan awak berbaik dengan budak tu.Awak ikut ibu naik ke atas sekarang Donna.Nanti kalau tuan Derick tiba-tiba balik ke sini awak nak lari mana?."
Mayda merenung ke arah Donna dengan wajah cemberut.Risau pula dia jika kehadiran Donna diketahui oleh Derick.Dari awal lagi Derick sudah memberitahu kepada semua pembantu yang tinggal di dalam Villa.Mereka tidak dibenarkan membawa anak masuk ke dalam Villa.
"Ibu cakap apa ni.Siapa nak berbaik dengan budak tu..Eh..geli Donna.Bukan ibu cakap pada Donna tadi yang tuan Derick tak balik hari ni ke?Donna nak tunggu sini juga.Donna tak peduli.Nanti ibu tolong Donna tengok-tengokkan tuan Derick dari beranda tu.Kalau dia datang ibu cepat-cepat turun beritahu saya."
Sempat lagi Donna menyuruh ibunya.Dia benar-benar mahu melihat Mytrice.Dia tidak peduli jika kehadirannya diketahui oleh Derick.Nanti jika dia dihalau keluar,dia boleh sahaja curi-curi masuk ke dalam Villa.Dia tahu selagi Cosmas ada di sini,dia boleh masuk semula ke dalam Villa sesuka hatinya kerana dia tahu yang Cosmas perlukan dirinya.
"Susah nak cakap dengan awak ni.Degil sangat.Ikut suka awak lah.Tapi ingat tau.Jangan beritahu sesiapa ibu yang pecahkan pasu tu.Awak faham tak?."
Mayda berbisik di telinga Donna.Matanya liar memerhati sekeliling.Dia tidak mahu ada sesiapa yang mendengar perbualan antara dia dan anaknya.
"Ibu saya bukan bodoh.Ibu tak cakap pun saya tahu nak buat apa."
Mayda menaikkan matanya ke atas.Kadang-kala geram juga dia dengan mulut anaknya yang suka melawan itu.Mahu sahaja dia menegur perbuatan Donna.Namun mengingatkan tentang apa yang bakal dia miliki nanti,dia terpaksa bersabar dengan sikap anaknya itu.
"Ibu cepat masuk.May dah datang tu.Saya nak pergi kat kerusi tu sekejap."
Donna menolak ibunya dengan kasar.Sementara itu,dia berpura-pura duduk di kerusi yang disediakan untuk beriadah.Terasa terlalu lama menunggu kehadiran Mytrice,dia mula berasa bosan.Dia kemudian melangkah berhampiran dengan pintu pagar.Dia berpura-pura melihat bunga-bunga yang ada di sana.
Matanya kemudian melihat ke arah Mytrice yang kelihatan sedang ditemani oleh seorang remaja lelaki.Melihat dari tinggi lelaki itu,dia yakin yang lelaki itu seusia dengan Kyle.Matanya dibesarkan sedikit.Cemburu pula dia bila melihat layanan lelaki itu kepada Mytrice.Mesra sahaja mereka berdua.Tidak seperti dia dan Cosmas yang sering sahaja bertengkar.Percakapan lelaki itu juga lembut sahaja pada pendengarannya.Wajahnya pula terlihat lebih tampan daripada Cosmas.Dia tertanya-tanya sendiri di mana Mytrice mengenali lelaki itu.
Sebaik sahaja Mytrice mulai melangkah untuk masuk ke dalam villa,dia berpura-pura memegang bunga ros yang sedang mekar itu.Dia sempat menjeling ke arah lelaki yang ada di luar pagar yang melambai ke arah Mytrice.Setia sekali lelaki itu menunggu Mytrice masuk ke dalam.Kemudian,barulah dia bergerak menuju ke pedati kudanya.
Diam-diam Donna mengekori Mytrice yang sudah berjalan agak jauh di hadapannya.Dia memerhati baju yang dipakai oleh Mytrice.Namun baju itu bukan baju yang dilihatnya ketika di restaurant itu.Namun apa yang membuatkan dia terkejut apabila rantai yang ada di leher Mytrice itu sangat serupa dengan rantai yang ada di leher perempuan yang dilihatnya tadi.
Dia berlari menuju ke arah Mytrice.Apabila semakin dekat,dia menarik rantai itu dari belakang sehingga Mytrice hampir tercekik.Berasa terkejut, Mytrice memusingkan badannya sehingga rantai yang dipakainya itu terputus.Merah sekali wajahnya apabila melihat Donna merenungnya dengan wajah tidak puas hati.
"Awak..awak..huh!budak tak guna.Saya dah agak mesti awak yang saya nampak tadi.Mana awak dapat wang nak makan tempat mahal?.Ni..ni..rantai ni.. saya tak percaya nenek awak boleh bagi wang banyak pada awak untuk beli rantai ni."
Donna memijak serpihan rantai Mytrice yang jatuh ke tanah.Hatinya berasa geram kerana Mytrice begitu rapat dengan Kyle.Dia sendiri tidak tahu bagaimana Mytrice boleh berkenalan dengan Kyle.Malah dia bertambah sakit hati bila lelaki tadi juga begitu mengambil berat tentang Mytrice.
"Apa maksud awak Donna?saya tak faham.Saya tak curi wang milik orang.Lagipun rantai ni pun hadiah dari kawan saya."
Mytrice tunduk untuk mengutip rantai itu.Dia tidak mahu hadiah pemberian dari Riley disia-siakan kerana dia tahu begitu sukar sekali untuk mendapatkan wang.Badannya masih terlalu penat.Dia tidak mahu bertengkar dengan Donna kerana dia tahu yang dia tetap akan disalahkan walaupun dia hanya mahu mempertahankan dirinya sendiri.
"Awak jangan nak tipu saya.Saya nampak awak kat restoran Cholye tadi.Tempat tu hanya untuk orang berada sahaja.Awak jual badan awak ke untuk dapat semua tu?."
Donna memijak tangan Mytrice yang cuba mahu mengutip rantai yang ada di dekat kakinya.Mulutnya yang agak biadab tidak digemari Mytrice.Tangannya yang dipijak terasa sakit.Namun tidak sesakit hatinya yang dihina seperti itu oleh Donna.Dia kemudian menolak kaki Donna dengan kuat menggunakan tangannya sebelah lalu dia mengambil serpihan rantai itu.Dia kemudian berdiri lalu merenung tajam ke arah Donna.
"Saya nak buat apa pun tak ada kaitan dengan awak.Awak tak payah sibuk tentang saya.Belum pernah lagi saya minta wang dari awak untuk mengisi makanan di pinggan saya."
Sejurus berkata-kata seperti itu, Mytrice berjalan meninggalkan Donna yang masih terduduk di atas tanah.Mendengar kata-kata Mytrice, Donna berasa amat marah.Dia berdiri lalu berlari untuk menghalang Mytrice dari terus berjalan.
"Huh..berlagak sungguh.Awak tahu tak awak tu anak buangan.Tak sedar diri.Awak patut berambus dari sini kerana ayah awak sendiri pun tak nak awak.Awak tahu tak ibu awak tu perempuan simpanan tuan Derick.Dia seperti awak.Kerjanya jual badan dengan orang kaya."
Donna tersenyum berdekah-dekah.Dia hanya tahu Derick itu ayah sebenar kepada Mytrice.Tetapi ibu Mytrice dia tidak tahu.Dia hanya mendengar yang ibunya mengatakan yang ibu Mytrice itu anak kepada perempuan simpanan Derick yang menyebabkan kematian isteri pertama Derick.
"Awak teruskan sahaja cakap apa yang awak nak cakap pada saya.Saya tak kisah pun kerana saya malas nak ambil tahu."
Mytrice tidak mengendahkan kehadiran Donna.Namun hatinya terdetik juga mahu mengetahui kebenaran kata-kata Donna itu.Dia merasakan mungkin kerana itulah Derick membenci dirinya.Namun jika semua itu benar,mengapa Derick masih mahu dia tinggal di sana.
"Muka awak tebal betul ya..awak tak percaya?budak bodoh.Tuan Derick benarkan awak tinggal di sini hanya untuk dijual nanti.Awak dengar tak.Kalau saya jadi awak, saya dah berambus dari sini..awak pula masih tak faham lagi."
Donna berteriak dengan suara yang agak kuat apabila Mytrice tidak mahu melayannya.Dia berasa sangat geram dengan perangai Mytrice yang sudah berani mahu melawannya.Dia yang masih tidak berpuas hati mula mengejar Mytrice.
"Hey bodoh.. perangai awak sama sahaja macam ibu awak yang dah mampus tu.Dua-dua pun tak berguna.Nak cepat kaya malangnya mati awal."
Mytrice berhenti melangkah.Dia tidak kisah jika dia sahaja dihina.Tetapi dia tidak suka jika ibunya yang sudah tiada juga ikut sama dihina.Neneknya selalu memberitahu yang ibunya itu terlalu baik.Dia lebih percaya dengan kata-kata neneknya dari Donna.Namun sesabar mana pun dia,dia tetap terluka dengan kata-kata Donna.Dia akhirnya sudah mulai hilang sabar kerana Donna tidak mahu menghargai kesabarannya.
Share this novel