Chapter 76.3

Mature Content Series 586

"Jack sebenarnya kita datang kat sini untuk apa?makan?.Kalau sekadar nak makan lebih baik kita pergi kat tempat lain."Kata Elenor sambil mendengus keras.

"Elenor boleh tak awak bawa bersabar sedikit.Awak nak lihat kebenaran kan.Kalau nak awak harus belajar bersabar."

"Yelah..yelah..kalau setengah jam lagi saya tak nampak apa-apa saya nak balik.Buang masa saya duduk tempat macam ni."

Elenor mulai mengomel.Dia bukannya jenis orang yang suka membaca seperti Jack.Buku-buku yang disediakan sebagai bacaan sementara menikmati hidangan langsung tidak menarik perhatiannya.Dia lebih suka pergi berjalan-jalan untuk melihat jewelry daripada duduk di sini.

"Elenor awak tengok kat depan tu."

Jack merenung sebentar ke arah Elenor.Suaranya diperlahankan sedikit apabila dia melihat beberapa orang pelanggan sedang duduk berhampiran mereka.Dia tidak mahu perbualan mereka didengari.Elenor pula merenung ke arah yang dimaksudkan oleh Jack dengan wajah bosan.Namun apa yang ada di depannya membuat dia terkejut.Wajahnya berubah menjadi marah.

"Derick?dia buat apa kat situ?siapa perempuan tu?Jack dah berapa lama awak tahu semua ni?."

Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Elenor.Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini.Derick kelihatan sedang berdiri untuk menghantar Maer dan isterinya menaiki pedati kuda.Tetapi apa yang menarik perhatiannya bukan Maer dan isterinya.Sebaliknya gadis yang ada di sebelah Derick bersama dengan seorang lelaki remaja.Perlakuan gadis itu terlalu manja dengan Derick.Malah lelaki remaja itu juga terlihat sangat rapat dengan Derick sehingga dia berasa curiga apa hubungan Derick dengan mereka.

"Elenor soalan tu awak patut tanya kepada Derick sendiri.Dah lama saya nampak semua tu.Tapi saya ingatkan awak dah tahu.Maer dan isterinya pun tahu tentang semua tu.Takkan awak sebagai isteri Derick tak tahu semua tu."

Jack menekan suaranya apabila dia menyebut gelaran Elenor sebagai isteri Derick.Dia juga tidak tahu apa hubungan Derick dengan gadis itu.Tetapi melihat kemesraan mereka,siapa pun dapat mengagak yang mereka itu adalah keluarga.Dia sebagai lelaki juga tertarik dengan kecantikan gadis muda itu.Apatah lagi Derick.Dia mungkin mahu mencari isteri muda memandangkan Elenor belum mempunyai anak bersama dengan Derick.

"Jack..awak tak faham.Derick..dia tak pernah beritahu apa-apa pada saya walaupun saya ni isteri dia."kata Elenor hampir menangis.

"Elenor..betul ke awak hanya berpura-pura suka pada Derick?kenapa saya tengok awak kecewa sangat.Tadi semasa kita kat bilik awak cakap pada saya awak tak cintakan Derick.Tapi reaksi awak ni buat saya berfikir dua kali.Awak dah mulai sukakan Derick ke?."

Pertanyaan Jack berbaur kecewa.Tadi dia gembira apabila Elenor mengatakan yang dia masih sayangkan dirinya.Namun melihat perubahan drastik Elenor membuat dia sakit hati.Dia sedar yang Elenor menipunya.Namun hatinya terlalu sukar untuk melupakan isterinya.

"Err..bukan tu maksud saya Jack..Nanti pelanggan lain tanya saya,saya nak jawab apa Jack."

Elenor mulai tersedar yang Jack sedang memerhati tingkah-lakunya.Dia terlupa kerana dia terlalu terkejut melihat Derick yang curang di depan matanya.Malah Derick sanggup membelakangkan dirinya dari Maer dan Chole.Dia seperti tidak dapat menerima kenyataan yang dirinya diduakan oleh Derick dalam diam.

"Elenor..orang lain takkan hairan.Orang kaya macam Derick tu memang suka bertukar-tukar pasangan.Awak tengok gadis tu muda lagi.Mungkin dia nak cari yang muda pula.Lagipun awak dan Derick belum punya anak.Mungkin sebab itu dia mencari yang lain.Saya rasa remaja lelaki tu mungkin anak Derick."

Jack sengaja berkata seperti itu untuk menyakiti hati Elenor.Dia tahu Elenor menyukai Derick.Dia mahu Elenor rasa apa yang dia alami selama ini.Dia berharap agar Elenor berubah fikiran dan segera kembali ke pangkuannya semula.Biarpun dia hanya hidup sederhana,dia tidak pernah terfikir mahu menyakiti Elenor.Apa lagi mahu menduakan isterinya.Namun kebaikannya itu langsung tidak pernah dihargai Elenor.

"Jack saya nak balik.Awak hantar saya balik ke Villa Sakura sekarang."

Elenor mulai berdiri.Langkah kakinya laju sekali.Air matanya perlahan-lahan jatuh membasahi pipinya.Dia mahu berjalan ke arah Derick.Tetapi dia tidak mahu mendengar kebenaran.Apatah lagi di hadapan Jack.Dia tidak mahu Jack melihat perasaannya yang sebenar kepada Derick kerana dia masih perlukan Jack.Mungkin benar juga kata Jack.Dia tidak mampu memberikan Derick Zuriat.Mungkin kerana itu Derick mencari orang lain.

Sepanjang perjalanan,Elenor hanya berdiam diri.Moodnya sudah hilang.Jack yang sedang membuat lawak hanya dipandang sepi membuatkan Jack terasa hati dengan sikap Elenor.Dia semakin yakin yang Elenor mulai berubah hati.Namun dia tidak mahu berputus asa.Dia akan cuba merampas kembali Elenor dari Derick sebelum terlambat.

Apabila sampai ke depan Villa Sakura.Elenor hanya berlalu pergi tanpa bercakap walau sepatah kata dengan Jack.Dia naik ke atas lalu menghempas kuat pintu biliknya.Semua pembantu yang mendengar hanya berdiam diri.Mereka sudah selalu melihat Elenor berkelakuan seperti itu semasa ketiadaan Derick di Villa.

Mayda pula seperti biasa.Dia berpura-pura lalu di hadapan Jack untuk mendapatkan perhatian.Wajah Jack yang sedih itu mengundang tanda tanya di hatinya.Beberapa kali dia lalu di hadapan Jack.Namun kehadirannya seperti tidak disedari Jack.Dia kemudian berlalu pergi dengan perasaan sebal apabila Jack menaiki pedati kuda tanpa bercakap dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience