Chapter 76.2

Mature Content Series 586

"Jack..awak masih sayang saya ke?Jack saya tahu awak marah.Tetapi saya hanya nak tolong awak.Saya khawin dengan Derick bersyarat.Tentu awak tak tahu kan.Derick jadikan awak sebagai pengurus kat sini atas permintaan saya."

Elenor mereka-reka cerita agar Jack kembali percaya dengannya.Sedangkan tidak pernah dia bercakap tentang Jack di hadapan Derick.Malah setiap kali Derick bercakap tentang Jack,dia selalu sahaja mengelak dengan menukar topik lain.

"Siapa tak sayang kekasih pertama.Tapi awak macam dah tak pedulikan saya bila awak berada di hadapan Derick.Elenor kenapa awak tak bincang dengan saya dulu.Kalau saya tahu macam ni ceritanya lebih baik saya jadi pekerja biasa macam dulu.Saya tak nak tengok awak dalam pelukan lelaki lain Elenor."

Jack berasa bersalah kepada Elenor.Baru dia tahu cerita yang sebenarnya.Silapnya juga kerana terlalu sibuk bekerja sehingga dia terlupa mahu bertanya apa masalah yang dihadapi oleh isterinya dulu.

"Sayang..saya dah tak boleh undur lagi.Orang dah tahu yang saya ni isteri Derick.Malah Cosmas tu pun dah suka hidup macam tu.Sudah beberapa kali saya pujuk Cosmas untuk balik semula ke tempat awak tapi dia menolak.Saya tak nak dia lupa awak sayang.Sejak bersekolah kat bandar Athenil tu dia dah mula melawan cakap kalau saya nak hantar dia balik.Awak tahu sayang,Derick tu ada beri dia wang banyak beberapa hari lalu.Sebab tu dia lebih dengar kata Derick dari saya.Malah dia ugut nak cederakan diri jika saya bercerai dengan Derick."

Semakin banyak pula penipuan yang keluar dari mulut Elenor.Dia menggunakan nama Cosmas agar Jack tidak curiga dengannya.Dia tahu yang Jack sangat sayangkan anak mereka.Sebab itu dia bercakap begitu.Sebenarnya dia yang meracun fikiran Cosmas agar Cosmas rapat dengan Derick untuk memudahkan dia menyingkirkan Jack nanti.

"Elenor bila saya dengar macam ni,saya jadi susah hati.Kalau kamu berdua terus tinggal di sana,bukan hanya Cosmas sahaja yang berubah.Awak juga akan perlahan-lahan mulai menyukai Derick.Saya tak ada niat nak burukkan Derick.Tapi awak kena ingat Elenor.Derick punya wang yang banyak.Jika dia beristeri ramai pun dia masih mampu.Tetapi saya kasihan pada awak Elenor.Saya tak nak cerita banyak.Lebih baik awak ikut saya dan tengok perangai Derick sendiri.Nanti awak fikir lah baik-baik selepas ini."

Jack meramas lembut wajah Elenor.Dia berhajat untuk merampas semula isterinya dari pangkuan Derick.Tetapi jika dia hanya bercakap kosong,Elenor tidak akan mempercayai dirinya.Lebih baik dia membawa Elenor sendiri untuk melihat kelakuan Derick.Sudah beberapa kali dia melihat Derick berjalan-jalan bersama dengan perempuan muda itu.Dia pernah pergi bertanya di tempat perempuan muda itu bekerja.Namun mereka enggan memberitahu apa-apa kepada Jack kerana peraturan di kedai itu tidak membenarkan mereka mengambil tahu hal peribadi pekerja lain.Berasa curiga,diam-diam dia mengintai Derick.Akhirnya dia terjumpa di mana letaknya rumah perempuan itu.

Malangnya dia tidak dibenarkan masuk oleh pengawal yang menjaga rumah itu.Beberapa kali dia datang di situ untuk mengintip.Setiap kali itu juga dia melihat Derick masuk ke situ ditemani oleh seorang perempuan muda dengan seorang lelaki remaja.Dia mengagak budak remaja itu kemungkinan anak Derick dengan isteri mudanya.

"Sayang nak kita pergi tengok sekarang ke?"

Elenor bertanya dengan nada perlahan.Tetapi sebenarnya dia tidak sabar lagi untuk melihat sendiri sama ada apa yang dikatakan oleh Jack itu benar atau tidak.Dia kemudian mulai berdiri apabila Jack sudah memakai kembali pakaiannya.

"Yup..sebab masa awak datang sana dia tak ada kat pejabat.Saya tahu dia selalu pergi ke mana.Tapi awak jangan salahkan saya pula kalau awak dah tengok perangai sebenar Derick."

Jack merenung ke arah Elenor dalam kegelapan.Tetapi dia tidak melihat reaksi Elenor yang sedang membelakanginya.Dia tertawa kecil.Entah mengapa hatinya masih mengharap agar Elenor kembali kepadanya.

"Hmmm..kenapa saya nak salahkan awak pula sayang.Saya khawin dengan dia pun hanya nak bagi kesenangan pada awak dan anak kita."

Elenor berpura-pura berkata begitu.Sedangkan dadanya sudah mulai berdebar-debar.Dia ingin melihat sendiri kebenaran kata-kata Jack.Hatinya tidak percaya jika Derick curang kepadanya.Selama Derick bersama Emerald tidak pernah sekalipun dia melihat Derick curang.Tetapi mengapa setelah berkhawin dengannya Derick berubah?.

"Elenor awak dia siap ke?saya pasang lampu ya.Nanti saya tolong urus rambut awak tu.Awak duduk dulu kat kerusi tu nanti saya datang ke tempat awak."

Seperti boneka,Elenor hanya menurut perintah Jack.Fikirannya sekarang hanya tertumpu pada Derick sahaja.Namun di hadapan Jack dia berpura-pura tenang sehingga Jack tidak mengesyaki sesuatu yang berbeza pada dirinya.

"Elenor rambut awak dah semakin panjang.Teringat pula saya sewaktu pertama kali bertemu dengan awak.Elenor rambut awak dah jadi kasar sedikit.Awak tak pergi ke pusat kecantikan lagi ke?dengarnya kat Pulau Epeltus ada sebuah kedai kecantikan yang terbaik."

"Saya tak ada masa nak pergi ke sana sayang.Sekarang saya dah mula kerja balik.kerja saya pun bertimbun.Jawab jujur dengan saya.Wajah saya dah tak cantik macam dulu ke?."

Tiba-tiba pula Elenor menjadi emosi.Mungkin kerana dia sudah tidak cantik di mata Derick membuatkan Derick mulai mencari perempuan simpanan baru.Dahulu walaupun dia sibuk bekerja,Jack selalu sahaja membawanya ke pusat kecantikan.Dia pula memang suka datang ke pusat kecantikan kerana dia mahu wajahnya terlihat cantik untuk memikat hati Derick.Namun setelah berkhawin dengan Derick dia sudah malas mahu mengunjungi pusat kecantikan.

"Err..Elenor..awak jangan marah.Saya tak kata yang awak tak cantik,di mata saya awak tetap perempuan yang tercantik.Kalau tidak mengapa sampai saat ini saya masih setia dengan awak."

Jack meluahkan isi hatinya kepada Elenor.Sungguh cintanya kepada Elenor masih menebal.Namun hanya Elenor sahaja yang tidak pernah menghargai dirinya.Elenor pula memandang wajah Jack di depan cermin yang kelihatan sedang termenung.Pada pandangannya tiada apa yang kurang dengan Jack.Tetapi Jack tidak sekaya Derick.Hanya kerana itu dia tidak mahu bersama Jack.Dia mahu merasa hidup senang seperti Emerald yang sentiasa menjadi perhatian.Namun entah di mana silapnya.Dia dapat berkhawin dengan Derick.Tetapi dia tidak mendapat perhatian yang sama seperti Emerald.Malah sering sahaja dia dibandingkan dengan Emerlad.

"Sayang kenapa ni?awak masih marah pada saya ke?saya dah siap buat rambut awak.Mari kita gerak sekarang.Nanti kalau kita terlewat,tempat yang kita nak pergi tu penuh.Susah pula kita nak tengok Derick.Hanya tempat tu yang strategik untuk mengintip."

Elenor menyambut huluran tangan Jack.Terlalu jauh dia berkhayal.Dia melihat wajahnya di cermin.Ternyata hasil tangan Jack tidak pernah mengecewakan.Wajahnya terlihat cantik.Dia kemudian mulai bergerak apabila Jack sudah mula melangkah.

Sebaik sahaja mereka sampai ke pejabat,Setiausaha Jack sudah menanti kedatangan mereka.Pada tangannya terdapat sebuah kertas yang memerlukan tandatangan daripada Jack.

"Ermm..encik Jack kertas ni senarai pesanan kain yang hendak dibeli oleh pelanggan kita.Boleh tak encik tandatangan kertas ni?."kata Setiausaha perempuan itu.Dia terlihat malu-malu.

"Bawa kertas tu kat pejabat saya."

Setiausaha perempuan itu kemudian bergerak cepat menuju ke arah pejabat Jack.Sempat lagi dia mengerling ke arah Elenor yang memeluk bahu Jack.Tertanya-tanya juga dia siapa sebenarnya Elenor.

"Ermm..sayang awak tunggu kat pedati kuda dulu.Nanti saya turun sekejap lagi."

"Tak boleh ke saya ikut awak masuk kat pejabat?saya nak tengok juga keadaan pejabat awak."

"Saya bukan tak nak bawa awak.Tapi pejabat saya tu sempit sangat.Kerusi pun satu sahaja.Nanti awak tak selesa pula."

"Kalau macam tu saya tunggu kat sini sahaja.Nanti awak siap kita jalan sama-sama."

"Urmm..kalau awak cakap macam tu saya ikut sahaja.Saya pergi dulu.Nanti kalau awak perlukan apa-apa awak minta sahaja dengan setiausaha saya tu.Sebentar lagi dia keluar."

Jack kemudian bergegas pergi ke pejabatnya.Sementara itu,setiausahanya yang baru keluar dari biliknya yang kebetulan berselisih dengannya disuruh untuk menemani Elenor.Apabila sampai sahaja dia melihat Elenor memandang ke arahnya dengan pandangan tajam.Tetapi dia berpura-pura tidak melihat.Kakinya bergerak cepat menuju ke mejanya.Dia berpura-pura sibuk melakukan kerja.

"Hey!!awak..pergi buatkan saya air minum.Saya dahaga sangat ni."

"Maaf puan kami tak sediakan minuman kat sini.Hanya jika ada perbincangan dengan pelanggan kemudian barulah akan disediakan minuman."

"Habis tu kat meja awak tu bukan minuman ke?bawa sini minuman tu."

Setiausaha perempuan itu merenung ke arah minumannya.Baru sahaja dia beli minuman itu di bandar Medion semasa dia berehat tadi sudah diminta pula oleh Elenor.Namun kerana dia tidak mahu bertekak dengan Elenor,dia terpaksa menuruti arahan Elenor.

"Arghhh..apa ni..awak sengaja tumpuhkan minuman ni kat baju saya ke?."

Elenor melihat bajunya yang basah kerana terkena percikan air minuman yang dihulurkan oleh setiausaha perempuan itu tadi.Jack yang baru keluar agak terkejut bila melihat semua itu.

"Awak tak boleh buat kerja baik-baik ke?.Cuai sangat awak ni.Selalu awak tak macam ni."

Jack menegur setiausahanya yang berdiri kaku di hadapan Elenor.Namun setiausahanya itu hanya diam membisu kerana dia yakin yang dia sudah memberi air minuman itu kepada Elenor.Malah dia melihat sendiri Elenor yang sengaja menumpahkan minuman itu di bajunya sendiri.Mengapa pula dia yang dipersalahkan?.Dia berasa pelik mengapa Elenor bertindak seperti itu.

"Err encik bukan saya.."

"Dah..saya tak nak dengar lagi alasan awak.Sekarang bersihkan air minuman yang tertumpah tu.Gaji awak bulan ni dipotong untuk menggantikan baju Elenor."

Setiausaha perempuan itu terduduk.Terkejut dia mendengar apa yang dikatakan oleh Jack.Bulan ini dia memerlukan wang untuk dihantar kepada keluarganya.Tetapi jika gajinya ditolak bagaimana dia mahu mengirim wang kepada keluarganya.

"Hah! tunggu apa lagi.Saya kata bersihkan minuman yang tumpah tu.Kalau dah siap minta maaf pada dia."Jack berkata dengan tegas.

"Jack..tak apa..benda kecil sahaja.Mari kita jalan.Nanti lewat pula."

Elenor menarik tangan Jack agar berjalan bersamanya.Dia tidak mahu Jack terus merenung perempuan itu.Sebelum keluar dia sempat memandang sebentar ke arah setiausaha itu.Mata mereka bertembung.Elenor tersenyum sinis ke arahnya.Namun tidak terlihat sebarang reaksi dari setiausaha perempuan itu yang lebih memikirkan nasibnya apabila gajinya dipotong sedangkan bukan dia yang mengotorkan baju Elenor.

"Elenor..bangun..kita dah sampai ni."

Jack menolak perlahan tubuh Elenor yang tertidur dengan lena sepanjang perjalanan mereka menuju ke bandar Athenil.Dia mahu bercerita dengan Elenor sebentar tadi.Tetapi Elenor tidur pula.Dia tidak mahu menganggu.Mungkin Elenor terlalu penat bekerja fikirnya.

"Rumah siapa yang kita pergi ni?rumah baru awak ke sayang?."

"Shhh..Elenor kat luar awak tak boleh panggil saya macam tu.Kawasan sini banyak kawan-kawan Derick.Awak harus berhati-hati.Nah tutup kepala awak."

"Jack saya tak faham..kita nak masuk rumah tu ke?.Awak tak jawab soalan saya tadi.Tu rumah baru awak ke?."

"Tak..awak ikut saya pergi ke cafe depan tu.Kita makan kat sana.Tu bukan rumah saya.Nanti awak tengok sendiri.Saya tak nak cerita kepada awak dulu."

Mereka berdua kemudian mulai bergerak ke arah cafe yang tidak jauh dari rumah itu.Rumah yang mereka lihat itu tidaklah besar sangat.Namun kelihatan mewah dan cantik.Sementara mereka makan dan berpura-pura membaca,mata mereka terpandang kelibat Maer dan Chole masuk ke dalam rumah itu.Wajah Elenor berkerut.Hatinya tertanya-tanya,untuk apa Chole dan Maer masuk ke sana.Takkanlah perniagaan Maer sudah jatuh bankrupt sehingga mereka tinggal di sana.

"Jack apa maksud awak bawa saya ke sini.Tu kan Maer dan isterinya,untuk apa kita memerhati mereka?."

Elenor berasa pelik dengan kelakuan Jack.Dia mulai tertanya-tanya adakah Jack tahu yang dia merancang untuk menggoda Maer jika Derick curang kepadanya?.Namun Jack tidak menjawab soalan Elenor.Dia membiarkan sahaja Elenor berteka-teki sendiri.

Beberapa lama mereka duduk di sana, Elenor mulai bosan.Dia asyik mengerling ke arah Jack yang tidak menunjukkan sebarang tanda mahu berganjak dari situ.Mata Jack sekejap merenung ke kiri kemudian kembali ke rumah itu.Elenor berasa geram.Dia berasa ditipu oleh Jack.Dia mulai berdiri apabila Jack tidak melayannya.Namun cepat sahaja tangan Jack menarik tangannya agar duduk semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience