Pagi itu Elenor datang ke pejabat kilang tekstil di bandar Medion.Dia kemudian mencari Jack kerana dia dimaklumkan oleh pekerja di kilang Tekstil bandar Athenil yang Derick tidak masuk ke kilang hari ini.Dia cuba bertanya kepada setiausaha baru Derick.Namun Derick tidak memaklumkan kepada setiausahanya yang dia pergi ke mana.Apa yang membuat Elenor curiga ialah sepatutnya hari ini Derick perlu bertemu dengan beberapa orang pelanggan.Namun Derick dikatakan terpaksa menunda kerana mempunyai urusan penting.
Dia teringat beberapa minggu lalu,Jack ada memberitahunya yang Derick curang di belakangnya.Namun ketika itu dia tidak mempercayai kata-kata Jack kerana dia merasakan yang Jack hanya mahu menganggu hubungannya dengan Derick.Tetapi hari ini,dia yang sepatutnya bercuti mengambil keputusan untuk memberi kejutan kepada Derick dengan lawatan secara mengejut.Namun dia pula yang dikejutkan oleh pekerja yang menyatakan Derick tidak masuk ke kilang hari ini.Oleh sebab itu dia terpaksa menebalkan muka pergi bertemu dengan Jack.
"Puan tunggu sebentar saya beritahu pada encik Jack dulu.Saya tak boleh bagi puan masuk terus kerana puan tak membuat sebarang temujanji untuk berjumpa dengan encik Jack."Kata setiausaha Jack dengan lembut.Wajahnya kelihatan berseri-seri.
"Saya nak cepat.Saya tak boleh tunggu lama."kata Elenor dengan lagak sombong.
"Puan,maaf puan tak boleh masuk.Encik Jack sedang berbincang dengan pelanggan kat dalam.Kalau saya benarkan puan masuk,nanti saya dimarah oleh encik Jack.Dia dah bagi arahan awal.Dia tak nak diganggu."
setiausaha perempuan itu tetap berlembut walaupun Elenor sudah mulai mendesaknya untuk berjumpa dengan Jack.Tetapi kerana dia sudah biasa bertemu dengan pelanggan yang serupa dengan wanita yang ada di hadapannya membuat dia tidak cepat melenting.
"Awak kenal saya siapa?awak masuk ke bilik Jack sekarang beritahu dia Elenor nak jumpa.Kalau dia tak nak keluar berjumpa dengan saya secepat mungkin,esok juga saya akan beritahu pada suami saya untuk pecat awak dan ketua awak dari bekerja di sini."
Elenor mulai panas hati.Apatah lagi melihat wajah ayu setiausaha Jack yang masih mampu tersenyum itu.Satu kerutan pada wajahnya juga tidak kelihatan.Entah mengapa dia mulai cemburu dengan setiausaha Jack.Walaupun dia sudah berkhawin dengan Derick,tetapi Jack masih lagi suaminya.
"Maaf puan.Jika puan marah saya sekalipun saya tak boleh bagi kebenaran puan masuk sebelum pintu bilik encik Jack terbuka."
"Saya tak peduli..awak jangan cuba nak halang saya kalau awak tak nak hilang kerja.Kilang ni milik suami saya.Awak tak ada hak larang saya buat apa yang saya suka."
Elenor pantas berdiri lalu mulai bergerak ke arah bilik Jack yang masih tertutup rapat itu.Setiausaha itu berusaha untuk mengejar dan memujuk Elenor.Namun hampa.Elenor mulai bertindak agresif dengan menolak tubuh setiausaha tersebut sehingga badannya terdorong ke pintu bilik Jack.
Bammm..Bammmm..
Hempasan kuat pada pintu membuat mereka yang ada di dalam terkejut.Jack terpaksa meminta maaf lalu membuka pintu.Dia terkejut bila melihat Elenor sedang berdiri di pintu dengan wajah marah.Manakala setiausahanya pula terduduk di lantai.Dia kemudian membantu setiausahanya untuk berdiri.Perbuatan Jack itu mengundang kemarahan Elenor.
"Jack awak.."
Jack terpaksa menutup mulut Elenor lalu meminta setiausahanya pergi menggantikan dirinya untuk masuk berbincang di dalam bagi pihaknya.Setelah setiausahanya masuk ke dalam,dia membawa Elenor ke sebuah bilik kosong yang jauh dari biliknya.Dia kemudian melepaskan tangannya yang menutupi mulut Elenor tadi.Kelihatan Elenor sudah meronta-ronta minta dilepaskan dari pelukan Jack.
"Elenor..awak tahu tak saya sibuk sekarang.Kenapa awak datang buat kacau sini? pelanggan kat dalam tu semuanya pelanggan penting Elenor."
Jack menjelaskan hal tersebut kepada Elenor.Sejak dari peristiwa di bilik Elenor.Dia sudah mulai tawar hati dengan sikap Elenor.Jika boleh dia mahu melupakan wajah Elenor dari ingatannya.Lagipun untuk apa lagi dia berharap dengan Elenor yang terang-terangan menipunya.Layanannya pada Derick bukan seperti orang yang berpura-pura.Tetapi kehadiran Elenor pagi ini membuat cintanya kepada Elenor bertumbuh semula.Dia benci dengan dirinya yang tidak boleh melupakan Elenor.
"Jack antara saya dengan pelanggan tu mana lebih penting?jawab Jack."
Elenor berteriak ke arah Jack.Dia tiba-tiba berasa sakit hati dengan Jack yang sudah menemui pengganti dirinya.Walaupun dia sudah berkhawin dengan Derick tetapi dia berasa cemburu bila Jack memberi perhatian lebih pada perempuan lain berbanding dirinya.Sedangkan dulu itu yang dia mahukan.Tetapi bila berlaku di depan mata,dia tidak sanggup melihat Jack bermesra dengan perempuan lain.
"Awak isteri tuan Derick.Awak lah penting.Tapi pelanggan tu pun penting juga.Kalau pelanggan tu lari,tentu Derick marah nanti.Awak harus faham Elenor.Saya pekerja kat sini bukannya majikan.Awak tu lainlah.Jangan samakan saya dan awak Elenor.Bukan setiausaha saya ada beritahu awak ke yang saya ada perbincangan dengan pelanggan?Awak tak boleh tunggu sampai saya habis?.Saya buat semua ni untuk keuntungan kilang milik suami awak juga."
Jack berkata dengan tenang.Namun dalam masa yang sama,terselit sedikit sindiran untuk Elenor.Bukan niatnya mahu menyakiti hati Elenor.Tetapi Elenor sudah membuat dia terluka terlebih dahulu.Jadi untuk apa lagi dia mahu menjaga perasaan Elenor sedangkan hatinya sering sahaja disakiti oleh Elenor.
"Jack..awak sindir saya ke?apa hubungan awak dengan setiausaha perempuan tu?depan saya awak bermesra dengan dia.Awak tak fikir perasaan saya ke?..Derick!..Derick!..Derick!..fasal dia lah saya cari awak.Awak masih tak faham ke?."
Elenor mulai bengang dengan perangai Jack yang kelihatan tidak berminat langsung mahu bercakap dengannya.Malah mata Jack langsung tidak merenung ke arahnya seperti selalu.Hatinya terlalu sakit diperlakukan seperti itu oleh Jack.
"Elenor kalau awak fikir macam tu saya tak boleh nak cakap apa lagi.Kenapa awak menidakkan kebenaran?Derick tu suami awak.Apa hubungan saya dengan setiausaha saya,itu urusan saya.Awak tak perlu masuk campur.Elenor awak masih anggap saya sebagai suami awak ke?tak kan.Berkenaan suami awak,dia tak ada kat sini.Elenor saya hanya pekerja kilang bukan pengawal suami awak.Sebagai isteri awak yang patut tahu di mana suami awak berada sekarang.Kalau awak datang sini hanya nak bergaduh dengan saya lupakan sahaja niat awak tu.Saya tak nak bergaduh dengan awak.Maafkan saya,saya ada urusan penting yang sedang menunggu.Saya tahu awak boleh balik sendiri.Saya tak ada masa nak bercakap soal ini Elenor."
Jack kemudian berjalan untuk keluar.Dia tahu yang Elenor pasti akan bertindak begini.Oleh sebab itu dia membawa Elenor berbincang di bilik kosong yang menjadi tempat tidurnya jika dia terlalu sibuk bekerja.Bilik itu diberi oleh Derick kepadanya kerana Derick bersimpati melihat dirinya yang kadang-kala tertidur di pejabat kerana terlalu penat.
"Jack tolong jangan pergi,jangan tinggalkan saya.Jack saya merayu pada awak..Jack..awak langsung tak simpati pada saya ke?.."
Elenor bertindak memaut kaki Jack agar Jack berhenti bergerak.Dia menangis meminta simpati kepada Jack.Dia sebenarnya tidak mahu berbuat seperti itu.Tetapi dia yakin hanya Jack sahaja yang boleh menolongnya untuk mencari Derick kerana hampir semua pekerja yang ada di pejabat Derick di kilang tekstil bandar Athenil tidak mengetahui di mana Derick berada.Lagipun untuk apa mereka bertanya banyak kepada majikan mereka kerana itu urusan majikan mereka bukan urusan mereka.
"Elenor..sudah..lebih baik awak balik sahaja.Saya yakin Derick mungkin dah tunggu awak kat Villa sekarang."
Jack mulai berasa simpati apabila melihat isterinya yang menangis sambil merayu-rayu padanya.Dia tidak pernah lagi melihat Elenor berkelakuan seperti itu sewaktu Elenor masih bersamanya dulu.Dia mahu memarahi Elenor tetapi dia sedar kerana dia lah Elenor terpaksa mencari lelaki lain yang boleh menjamin masa depannya.Jika dia berusaha lebih kuat dahulu,Elenor tidak akan menjadi seperti itu.Hatinya mulai berbelah-bahagi.Dia masih sayangkan isterinya.Namun hatinya masih terluka dengan perbuatan Elenor.
"Jack awak halau saya ke?dulu awak tak pernah berkasar dengan saya Jack.Awak berubah sebab awak dah jumpa pengganti saya ke?sampai hati awak buat saya macam ni Jack.Mungkin perempuan tadi tu awak selalu bawa tidur kat sini kan."
Elenor berdiri perlahan-lahan.Dia mulai memeluk Jack dari belakang.Kepalanya dilentokkan di bahu Jack.Dia harus mencuba apa cara sekalipun agar Jack kembali semula padanya.Dia perlukan Jack sekarang.Tanpa Jack dia tiada sesiapa lagi yang boleh diharapkan untuk memantau pergerakan Derick.
"Elenor awak cakap apa ni?awak ingat saya ni lelaki murahan? tapi kalau saya ada buat sesuatu dengan dia pun tak ada salahnya.Awak pun boleh buat sesuka hati awak.Kenapa saya tak boleh?. Elenor lepaskan tangan awak.Perbuatan awak ni mengundang bahaya Elenor."
Jack mengeluh perlahan.Elenor selalu menuduhnya melakukan perkara bukan-bukan.Sedangkan belum pernah lagi dia terfikir mahu mencari pengganti Elenor.Bukan mudah dia mahu mengisi kekosongan hatinya yang ditinggalkan Elenor.Dia tahu yang setiausahanya menyukai dirinya.Namun dia tidak mahu memberi harapan.Fikiran yang bermain di kepalanya mulai hilang satu persatu apabila tangan Elenor semakin liar.Dia menarik nafas panjang lalu dia menarik tangan Elenor agar menghadap ke arahnya.
"Elenor..Elenor..Elenor..awak nak cabar saya ke?saya dah cakap pada awak jangan buat macam tu.Awak.."
"Shhhhh"
Elenor bercakap sekejap lalu mulai merapati Jack.Lampu dipadam.Dia menarik Jack ke katil.Dia tidak peduli jika dia harus menggunakan cara ini kerana hanya cara itu sahaja yang membuat Jack kembali tunduk kepadanya.Tekaannya benar,Jack yang sudah lama tidak menyentuh tubuh isterinya berasa ghairah.Dia terbuai dengan godaan Elenor.
Agak lama juga mereka melakukan hubungan seperti suami isteri sehingga Elenor terkulai dalam pelukan Jack.Selama mereka berhubungan intim tadi,hanya wajah Derick bermain di kepalanya.Sebab itu dia menutup lampu.Dia tidak mahu Jack menyedari perubahan wajahnya.
Share this novel