"Willstan,Daryl..kamu berdua jawab soalan saya dengan jujur.Apa yang kamu berdua buat sehingga kamu dan kawan-kawan kamu dipukul?."
Efedil meramas rambutnya dengan kasar.Budak-budak itu disuruhnya untuk menyelit masuk ke dalam stor kilang.Tetapi sudah berjam-jam menunggu tiada berita dari mereka langsung.Setelah dicari rupanya mereka dibelasah oleh lelaki seusia mereka juga.Hanya wajah mereka sahaja yang tidak diketahui.
"Kami tak tahu.Mereka tiba-tiba menyerang kami."Daryl bersuara.Mulutnya masih terasa sakit.
"Willstan saya jadikan awak ketua untuk bawa mereka menyelinap masuk ke dalam stor kilang.Tapi apa yang awak buat?sini bukan jalan menuju ke kilang.Daryl awak tutup mulut awak sekarang.Saya nak Willstan yang jawab soalan saya."
Efedil memandang ke arah Daryl dengan renungan tajam membuat Daryl tertunduk.Daryl tahu Efedil mulai marah.Adalah lebih baik dia diam dari terus berkata-kata.
"Saya hanya nak bertanya khabar dengan kawan lama saya.Tapi tak sangka pula kami tiba-tiba dipukul oleh orang yang kami tak kenal."Willstan cuba mereka-reka cerita.
"Berkali-kali saya beritahu awak Willstan.Bertindak mengikut arahan.Ayah awak dah lah belum balik lagi.Hutang dia kat saya belum bayar lagi.Awak nak saya pergi minta datuk awak untuk bayar hutang kamu ke?."
"Tak..tak..nanti saya usahakan untuk bayar hutang ayah saya tu."
Willstan mulai takut.Selama ini datuknya tidak pernah tahu apa yang dia dan ayahnya Rowan lakukan.Jika datuknya tahu,mereka pasti akan dihalau keluar.Lebih teruk lagi,tiada sebarang harta akan diwariskan kepada mereka.
"Kalau benda macam ni berlaku lagi siap awak.Daryl saya akan angkat awak untuk menjadi ketua yang baru.Hah!mana ahli baru yang awak cakap.Dengar kata dia anak pemilik kilang Tekstil tu.Kalau awak bawa budak tu jumpa saya,hutang ayah awak saya kira dah selesai.Tapi kalau awak tipu saya,memang nahas awak.Sekarang awak dan Daryl masuk ke dalam stor Kilang walau dengan apa cara sekalipun.Saya nak kamu berdua curi kertas yang mengandungi lukisan corak baru mereka.Kalau gagal sesen gaji pun tak ada untuk kamu berdua."
Willstan dan Daryl berdiri dengan terpaksa.wajah mereka penuh dengan luka-luka.Mereka menyangka yang Efedil akan melepaskan mereka.Namun tekaan mereka salah.
"Tunggu apa lagi.Sekarang kamu berdua naik pedati kuda tu."
Mereka kemudian berjalan masuk ke dalam pedati kuda yang sudah siap menunggu kedatangan mereka,lalu menuju ke stor kilang milik Derick yang hanya digunakan untuk menyimpan corak-corak baharu kain yang akan dikeluarkan.Tempat itu tidak dijaga.Hanya pelukis sahaja yang keluar masuk di dalam stor.
Sebaik sahaja sampai mereka diturunkan jauh sedikit.Daryl yang pandai berlakon berpura-pura berjalan terhuyung-hayang.Sementara itu Willstan pula bersembunyi di semak-semak.Badannya yang sedikit kurus membuat dia tidak kelihatan dari jalan.
"Kak..tolong saya..kak.."
Daryl memanggil beberapa orang wanita yang sedang melukis di luar.Mereka yang ternampak kelibat Daryl segera menghampiri Daryl yang kelihatan luka-luka.Agak panik mereka melihat Daryl.Mereka kemudian mengangkat Daryl untuk masuk ke dalam.
"Adik kenapa boleh jadi macam ni?siapa yang pukul adik sampai teruk macam ni?."Seorang dari mereka bertanya.
"Tak..tak tahu kak..mereka tiba-tiba pukul saya semasa saya nak balik menaiki pedati kuda tadi."Daryl pura-pura menangis.
"Adik..lain kali jangan jalan seorang-seorang di kawasan bandar.Kawasan bandar sini bahaya."
Daryl mendengar perempuan yang bercakap dengannya tadi bertanya siapa yang mahu membeli ubat.Kedua-dua kawannya menawarkan diri untuk keluar kerana mereka juga mahu membeli sesuatu.Hanya seorang sahaja yang tinggal.
"Kak..ada sedikit makanan tak?..perut saya lapar sangat.Saya hanya ada sedikit wang ni untuk bayar makanan."kata Daryl menyerahkan wang sebanyak 10ril.
"Tak apa,adik simpan wang tu.Kak pergi kedai atas tu.Adik tunggu sini sekejap.Boleh tak?."
Perempuan itu bergegas berlari keluar lalu menuju ke kedai menjual makanan sejauh dua kilometers dari stor kilang itu.Kesempatan itu digunakan Daryl untuk memanggil Willstan.Beberapa orang yang dihantar oleh Efedil juga telah tiba.Setelah mendapatkan apa yang mereka mahu,mereka merosakkan barang-barang yang ada di situ lalu mulai berlalu pergi.
Daryl pula pura-pura berteriak setelah mereka semua sudah mulai berlalu pergi.Perempuan yang membeli makanan tadi kelihatan terkejut bila dia mendengar suara Daryl menjerit-jerit.Dia berlari menuju ke arah Daryl yang sudah berada jauh dari stor kilang.
"Adik..adik kenapa ni?kenapa keluar?bukan kak dah pesan tadi ke?Kak suruh tunggu kat dalam.Kak tak pergi lama,hanya sekejap sahaja."
"Kak..stor..orang kat pedati kuda tu..mereka arghhhh.."
Perempuan itu mulai panik apabila dia melihat Daryl yang kelihatan ketakutan.Kebetulan waktu itu kedua-dua kawannya juga sudah balik ke sana.Mereka terkejut melihat keadaan Daryl.
"Apa jadi dengan dia?awak halau dia keluar ke?."tanya seorang dari kedua perempuan itu.
"Tak.Saya pun tak tahu kenapa dia jadi macam ni.Mari kita pergi ke stor semula."
Mereka kemudian bergegas pergi ke sana.Alangkah terkejutnya mereka apabila semua barang-barang yang ada di sana kelihatan berantakan.Meja dan kerusi juga patah.Mereka memeriksa lukisan yang akan dihantar esok.Wajah mereka berubah pucat.Semua corak baru kain yang mereka lukis telah hilang.
"Apa dah jadi ni?macam mana kita nak jawab dengan tuan nanti?."
Mereka mulai menangis.Seorang dari mereka menghampiri Daryl yang sedang terduduk ketakutan.Namun mereka perlu bertanya juga untuk kepastian.Jika tidak, bagaimana mereka mahu menjawab jika ditanya Derick nanti.
"Adik apa sebenarnya yang dah berlaku kat sini?.".
"Kak..tadi..tadi ada kumpulan samseng datang ke sini.Mereka tiba-tiba datang dan rosakkan semua yang ada kat sini.Saya cuba menghalang,tapi mereka heret saya sampai ke tengah jalan tanpa belas kasihan.Nasib baik saya dapat lepaskan diri.Mereka ramai kak.Saya..saya..tak nak duduk kat sini saya takut kak..."kata Daryl terketar-ketar.
Mereka bertiga kemudian berbincang.Mereka bersetuju untuk menghantar Daryl balik.Sementara mereka pula akan melaporkan apa yang terjadi di sini kepada Derick yang berada di pejabat kilang Tekstil.
"Awak yakin ke nak biarkan budak tu pergi?"tanya seorang dari mereka.
"Habis tu awak nak bawa dia pergi ke pejabat?nanti dalam perjalanan kita diserang lagi ,susah kita nak lari kalau budak tu ikut sama.Saya dah beri wang untuk budak tu pergi berubat.Penunggang pedati kuda yang hantar budak tu pun kita kenal.Kita tak perlu risau tentang budak tu."
Akhirnya kedua-dua mereka bersetuju dengan pendapat kawan mereka yang lebih tua dari mereka.Dalam kepala masih sarat memikirkan cara untuk melukis corak baru yang akan dihantar esok.Nampaknya malam ini terpaksalah mereka berjaga sehingga pagi untuk menyiapkan corak baru.
Share this novel