Riley melepaskan keluhan berat.Dia agak terlambat berbanding dengan Sky yang dimaksudkan oleh Mytrice.Selama mereka berkawan belum pernah lagi dia berkesempatan untuk berjumpa dengan nenek Mytrice.Tetapi kawan Mytrice agak beruntung kerana sudah lama berkenal.Dia risau jika nenek Mytrice menjodohkan Mytrice dan sky.
"Trice awak tak nak bawa saya pergi berjumpa dengan nenek awak ke?mana lah tahu dia risau tentang awak berkawan dengan saya.Oh..tu tuan Maer..dia memang terkenal kat sini.Isteri dia pun cantik.Tetapi dengar cerita isteri majikan awak lebih cantik dari isteri tuan Maer tu.Awak pasti ke awak tak nampak anak tuan Maer tu? biasanya dia ikut sekali dengan ayah dia.Biasanya mereka panggil dia dengan panggilan tuan muda.Tapi nama sebenarnya Kyle dia satu sekolah dengan saya dulu.Tapi saya hanya mampu tengok dia dari jauh sahaja kerana dia tak suka berkawan.Orangnya agak kasar juga.Dia tidak suka diganggu.Mukanya pun hampir sama dengan ayahnya."
Mytrice cuba mengingat kembali.Tetapi dia tidak melihat lelaki seusia Riley ada di sana.Hanya Derick sahaja yang ada bersama Maer ketika itu.Hanya kerana melihat kelibat Derick,dia menjadi takut.Oleh sebab itu dia berjalan laju untuk keluar dari restoran Cholye sebentar tadi.Dia takut kalau Derick ternampak kelibatnya di situ.Pasti Derick menuduhnya yang bukan-bukan lagi.
"Bukan saya tak nak bawa awak pergi berjumpa dengan nenek saya.Tapi majikan saya tak benarkan orang luar berjumpa dengan pembantu kat sana jika bukan urusan penting.Riley,nenek saya kenal dengan ayah dan ibu awak.Dia tak risau jika saya berkawan dengan awak.Kalau isteri pertama majikan saya,saya tak sempat nampak.Mereka kata dia dah meninggal ketika saya dilahirkan.Tapi nenek selalu cerita dia baik sangat.Tak ada pula saya nampak tadi.Hanya ada tuan Maer dengan majikan saya kat sana."
"Hmmm..susah juga nak jumpa nenek awak.Saya pun tak berani nak tanya majikan awak tu.Serius sahaja wajahnya.Macam tak pandai senyum.Dulu tak pula macam tu.Erm..maaf saya mengutuk majikan awak pula.Awak jangan beritahu majikan awak tau.Mungkin bukan nasib awak agaknya mahu berjumpa dengan anak tuan Maer tu.Tapi kalau awak jumpa,awak kena hati-hati.Dia rimas dan benci nak bercakap dengan perempuan.Lebih-lebih lagi orang yang mahu berkenalan dengannya..Ermm..Trice lukisan ni boleh saya ambil tak?."
Lukisan itu sudah diangkat oleh Riley.Esok dia harus menghantar lukisan pada tenaga pengajarnya.Tetapi dia belum lagi mendapat idea untuk melukis.Jika Mytrice memberinya lukisan ini,dia tidak perlu berfikir banyak lagi.Dia tahu pengajarnya pasti suka bila melihat lukisan ini.
"Memang macam tu nasib bila kerja dengan orang Riley.Tak boleh ingkar arahan.Tak adanya saya nak beritahu pada majikan saya.Saya sendiri pun takut dengan dia.Kalau saya berpeluang untuk berjumpa dengan tuan muda tu saya nak ucap terima kasih sahaja.Dia dah belanja saya dan Sky makan.Ikut hati saya nak lukisan ni.Tapi lusa nanti sekolah awak ada pameran lukisan kan.Awak boleh ambil lukisan ni untuk pameran.Tapi awak jangan beritahu siapa yang lukis.Awak mengaku sahaja yang lukisan ni milik awak."
Mytrice terpaksa melepaskan lukisan itu kepada Riley kerana Riley sudah banyak membantunya.Daripada dia bawa balik ke rumah,dia pasti yang Donna akan merosakkan lukisan itu.Tetapi jika Riley mengambilnya,dapat juga dia melihat lukisan itu nanti,kerana dia tahu yang Riley akan menjaga lukisan itu dengan baik.
"Tapi kalau awak kerja dengan kami,kami tak buat awak macam tu.Trice,awak jangan berhenti kerja.Nanti saya dah tak ada kawan lagi.Errr..betul ke awak nak bagi ni?saya ambil tau.Awak jangan minta semula.Kalau awak nak tengok saya benarkan .Tapi awak tak boleh ambil semula lukisan ni.Kalau awak dah cakap macam tu,saya ikut awak sahaja.Trice mari balik.Saya rasa macam tak sedap hati pula .Makanan ni kita bawa balik.Boleh kita makan kat rumah nanti sebelum awak balik ke Villa sakura.Awak nak berjalan-jalan lagi ke?"
Riley sudah mulai mengemas peralatan melukis lalu diletakkan di dalam sebuah bekas berbentuk segi empat.Mytrice mahu membantu,tetapi Riley menolak.Dia mahu Mytrice duduk berehat sementara dia mengemas.
"Saya tak boleh janji Riley.Tapi selagi saya dibenarkan kerja kat tempat awak,saya akan kerja.Awak ni..tak adanya saya nak ambil semula lukisan tu.Hmmm...rasanya tak ada.Lagipun tadi saya dah beli hadiah untuk nenek saya dan untuk Kak Roselyn."
"Kalau macam tu kita balik awal.Nanti saya boleh hantar awak balik ke Villa Sakura.Ayah dan ibu mungkin lewat balik."
Mereka berdua kemudian mulai berjalan.Dalam perjalanan menuju ke arah pedati kuda,Riley tiba-tiba berhenti mengejut.Dia segera menarik Mytrice lalu mulai berlari laju.Dia harus mencari jalan lain untuk ke pedati kuda miliknya.
Sementara itu dari jauh Kyle dan pengawalnya melihat kelibat Mytrice dan Riley sedang berlari.Berkerut wajah Kyle apabila melihat Riley menarik tangan Mytrice.Tadi dia mahu menegur mereka.Tetapi apabila dia terdengar perbualan mereka,dia tidak jadi melangkah.Sebaliknya dia menutup wajahnya menggunakan buku lalu dia duduk memerhati mereka berdua.Dia cuba menilai sendiri sikap Riley terhadap Mytrice.
Tekaannya ternyata benar.Riley berkawan dengan Mytrice atas tujuan lain.Dia faham erti pandangan mata Riley terhadap Mytrice kerana dia juga lelaki.Hatinya tiba-tiba menjadi panas.Namun kerana Mytrice ada di sana,dia cuba untuk bersabar.Dia tidak mahu Mytrice takut dengannya lalu bertindak untuk memilih Riley.Apabila melihat mereka mulai berjalan,dia menunggu sehingga mereka sudah bergerak agak jauh baru dia mulai mengekori.Kini dia sudah melihat wajah Riley.Dia harus memikirkan cara agar mereka berdua tidak terlalu rapat.Dia juga mendengar Riley memanggil Mytrice dengan panggilan 'Trice' mungkin itu nama sebenarnya.Fikir Kyle.Namun Kyle tetap juga mahu memanggil 'peony' kerana nama itu mempunyai maksud yang istimewa.
"Tuan muda awak nak saya kejar mereka?."
Aiden menyoal Kyle yang sedang berjalan di sebelahnya.Dia hanya mampu tersenyum melihat sikap Kyle yang terlihat berhati-hati itu.Dia kenal budak perempuan itu.Kawannya yang bernama Riley itu tidak dia kenal.Tetapi seperti pernah dia lihat menjual buah-buahan dan sayur-sayuran dulu.Namun kelibat remaja lelaki itu sudah tidak dilihatnya beberapa bulan kebelakangan ini.
"Tak perlu.Awak tolong panggil Giamo dan Sebastian untuk ikut saya."
Aiden hanya menurut perintah.Beberapa minit kemudian Giamo dan Sebastian sampai.Tanpa bertanya banyak mereka mengekori kelibat Kyle yang sudah mulai berjalan ke sebuah bangunan.Aiden pula mengarahkan beberapa pengawal lain untuk menjaga Kyle dari jauh.Biarpun Giamo dan Sebastian ada bersama,dia kurang yakin dengan kemampuan mereka kerana beza usia Kyle dan Giamo hanya dua tahun.Sementara itu Sebastian pula sama umur dengan Kyle.
"Eh lepas lah..siapa kamu ni?tak ada kerja lain ke selain nak ganggu orang?."
Willstan, Daryl dan kawan-kawannya mulai memekik kuat apabila mereka ditarik dengan kasar oleh Giamo dan Sebastian.Sementara yang lain pula sudah teruk dibelasah oleh Kyle seorang.
Pap..pap..
Giamo menampar wajah Daryl yang terlalu banyak bercakap.Sebastian pula menolak kasar tubuh Willstan ke sebuah lorong bangunan yang kosong.Pandangannya tajam memerhati ke arah Willstan.
"Hei bisu ke?kamu berdua nak apa?."
Willstan menjerit ke arah mereka berdua.Dia masih tidak berpuas hati dengan mereka berdua yang tiba-tiba mahu menyerangnya.
"Bising sangat.Sebas,bagi dia diam sedikit.Sakit telinga saya dengar suara dia."
Mereka berdua kemudian memukul Dary dan Willstan bertubi-tubi sebelum berlalu pergi begitu sahaja.Kyle yang baru hendak berjalan ke sana ditarik oleh Giamo.Namun Kyle masih berdegil.Giamo kemudian melepaskan keluhan kecil.
"Tuan muda,kami dah uruskan mereka berdua.Saya tahu tuan muda nak uruskan mereka sendiri,tapi kalau boleh saya tak nak tuan muda terlibat dengan mereka.Nanti ayah tuan muda tahu fasal ni,dia pasti marah dengan tuan muda.Tadi ayah tuan muda dah pesan agar tuan muda balik ke rumah untuk menerima hukuman."
Giamo cuba memujuk.Dia sedar yang Kyle itu keras kepala.Namun kerana dia membesar bersama Kyle,dia agak rapat dengan Kyle berbanding Sebastian yang lebih rapat dengan anak pengawal lain terutamanya yang perempuan.
"Dua orang tadi dah naik pedati kuda dengan selamat ke?Huh!ayah saya ni dari dulu sampai sekarang sama sahaja perangainya."
Kyle mendengus keras.Kecil hati pula dia dengan sikap ayahnya yang sering sahaja menganggapnya sebagai boneka.Ayahnya mahu dia menurut kata tanpa mahu mendengar keluhannya.Tidak sempat pula dia melihat Riley dan Mytrice tadi.Giamo dan Sebastian terlalu cepat bertindak.Manakala dia pula hanya bertindak memukul kawan-kawan Willstan yang bukan dari sekolahnya.
"Dah..mereka dah pergi.Tuan muda,mari pergi sekarang juga.Ketua budak tu dah datang.Kalau nak bergaduh dengan mereka saya tak takut.Tapi sekarang bukan masanya tuan muda.Tunggu ayah tuan muda reda sedikit kemarahannya."
Giamo dan Sebastian kemudian menarik tangan Kyle agar berlalu pergi dari sana.Kyle yang tidak punya pilihan terpaksa mengikuti langkah kaki mereka dengan berat hati.Dia mahu tangannya sendiri yang memukul Daryl dan Willstan.Tetapi mereka tidak membenarkan.Dia tahu ayahnya akan menghukum mereka berdua dengan lebih teruk lagi,jika dia bergaduh di luar.Walaupun mereka itu hanya anak kepada pengawal,tetapi Kyle tidak mahu menyusahkan mereka.
Beberapa minit berlalu, Aiden yang berada di dalam pedati kuda segera membuka pintu lalu menarik kyle untuk naik.Manakala Giamo pula melompat naik lalu menarik Sebastian.Pintu pedati kuda ditutup.Kyle membuka kain yang menutupi wajahnya.Wajahnya terasa panas.Aiden pula menghulurkan sapu tangan untuk Kyle mengelap peluhnya.Sementara itu,Giamo pula mengipas Kyle.
Pada lorong bangunan itu kelihatan ketua kumpulan Oryx iaitu Efedil yang sedang memandang ke arah Willstan dan Daryl dengan pandangan mata tajam.Beberapa kawan-kawan Willstan yang lain turut dibelasah sudah dihantar ke rumahnya untuk dirawat.Dia ada bertanya dengan mereka tadi.Namun mereka tidak tahu apa sebabnya mereka dipukul.
Share this novel