Riley menoleh sebentar ke belakang.Dia cepat-cepat melarikan diri apabila kelibat Willstan sudah tidak kelihatan lagi.Dia melangkah laju menuju ke arah taman.Sebaik sahaja sampai di sana,dia berjalan ke tempat terakhir dia tinggalkan Mytrice sebentar tadi.Dia mengeluh kecil apabila dia tidak melihat Mytrice lagi.Dia mulai risau.Sepatutnya dia membawa sahaja Mytrice tadi.Tetapi dia tidak menyangka juga yang dia diekori oleh Willstan.
Beberapa orang pengunjung yang baru datang mulai mencari tempat untuk duduk.Riley pula memberanikan diri untuk bertanya kepada mereka tentang Mytrice.Namun hampa kerana mereka tidak melihat orang seperti yang digambarkan oleh Riley.Tanpa menunggu lama di satu tempat,Riley kemudian mulai bergerak ke arah depan.Dia tertarik untuk melihat apa yang menjadi pusat perhatian pengunjung berdekatan dengan pokok Wisteria.
Sebaik sampai di sana,dia terkejut apabila melihat seorang remaja lelaki seusianya sedang menulis sesuatu pada lukisan itu.Riley cukup kenal dengan papan lukisan itu.Namanya ada ditulis pada tepi papan lukisan kecil itu.Tetapi dia hairan mengapa bukan Mytrice yang sedang melukis.Sebaliknya seorang lelaki yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.
Dia memberanikan diri untuk menghampiri remaja itu.Apabila dia semakin mendekat,lelaki remaja itu berpusing ke arahnya.Wajahnya kelihatan terkejut kerana bukan Kyle yang datang sebaliknya orang yang kerap diekorinya.Keningnya diangkat.Dia memandang sebentar ke arah Riley kemudian dia memandang lukisan yang ditambahnya itu.
Lukisan sebelah kiri berlatar belakang bunga Peony dilukis oleh Mytrice.Manakala di tengah lukisan itu,Kyle pula melukis kawasan pondok tempat Mytrice tinggal dulu yang dikelilingi oleh sedikit pokok buluh,dan berbagai jenis bunga.Di belakang pondok itu terdapat sebuah sungai.Manakala berdekatan dengan bunga itu terdapat sebuah tasik kecil.Dia pula menambah lukisan pokok wisteria sebagai pelengkap lukisan itu bila dia melihat masih ada tempat kosong pada lukisan itu.
Setelah selesai dia menulis dengan menambah tulisan yang sepatutnya hanya 'you&me" kepada 'you&me&i' pada tempat Kyle dan Mytrice menulis nama pelukis.Kagum pula dia melihat lukisan itu kerana tiga lukisan yang berbeza digabung menjadi satu lukisan oleh tiga pelukis yang berbeza.Bukan niatnya mahu menambah lukisan itu, tetapi dia berasa sayang jika dibiarkan ruangan yang kosong itu.Dia tahu lukisan bunga peony itu adalah pemandangan yang ada di belakangnya sekarang.Tetapi pondok itu yang membuat dia tertanya-tanya sama ada tempat itu wujud atau tidak.
"Erm..awak.. lukisan ni milik awak ke?."
Riley memberanikan diri untuk bertanya apabila lelaki itu hanya memandang ke arahnya sekejap sahaja.Kemudian matanya dialihkan ke arah lukisan yang ada di hadapannya.Riley juga turut terpegun melihat lukisan itu.Dia tahu pemandangan berlatar belakang bunga Peony itu hasil lukisan Mytrice.Tetapi pondok itu dia tidak pasti kerana terlalu cantik lukisannya.Dia kurang yakin jika Mytrice yang melukisnya.
"Tak.. lukisan ni milik seorang budak perempuan.Saya hanya tambah pokok wisteria ni sahaja."
Lelaki itu menjawab pertanyaan Riley.Dia tidak akan beredar selagi pemilik lukisan ini belum datang semula ke sini.Arahan Kyle tidak pernah dia bantah kerana jika dia membantah,abangnya Rayzen pasti akan melenting marah.
"Awak tahu tak dia pergi kat mana?."Ada sinar harapan pada wajah Riley.
"Awak siapa?awak kenal dengan pemilik lukisan ni ke?kalau awak cuma nak tanya tentang lukisan ni,saya tak nak beritahu awak."Lelaki itu menjawab tanpa memandang ke arah Riley.
"Erm..maafkan saya.Lupa pula saya nak perkenalkan diri saya pada awak.Saya Riley.Perempuan yang awak maksudkan tu ahli keluarga saya juga."
Riley menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia berasa tidak sopan pula kerana terus bertanya tanpa memperkenalkan diri dulu.Mungkin kerana itu lelaki itu berkata agak dingin padanya.
"Oh..dia pergi makan.Awak tunggu sahaja dia kat sini.Tak lama lagi dia sampai.Saya pergi dulu.Kalau awak tipu saya,saya cari awak sampai dapat."
Lelaki itu sempat memberi amaran kepada Riley lalu berlalu pergi.Riley pula mahu bertanya nama lelaki itu.Namun cepat pula dia menghilang.Beberapa orang yang ada di belakang mereka tadi beransur-ansur pergi setelah puas melihat lukisan itu.Riley pula merenung lukisan itu.Dia tersenyum sendiri.Dia suka melihat lukisan itu.
"Riley awak dah lama tunggu saya ke?."
Satu suara halus kedengaran di sebelah Riley.Serentak mereka saling berpandangan.Riley merenung lama ke arah Mytrice.Sungguh dia berasa lega kerana Mytrice sudah ada bersamanya.Jika Mytrice tidak balik sehingga petang,dia terpaksa meminta bantuan dari penjaga bandar Athenil untuk mencari Mytrice.
"Riley awak ke yang lukis pokok wisteria tu?."
Mytrice merenung lukisan yang ada di hadapannya.Ternyata sesuai sangat tema lukisan itu dengan apa yang ada di hadapannya.Malah nama pelukis itu juga sudah ditambah.Entah bila lagi dia dapat melihat lukisan yang digabung seperti ini.Hanya lukisannya yang agak kurang cantik.Manakala lukisan Kyle dan lukisan pokok wisteria itu kelihatan kemas dan sempurna.
"Saya baru sahaja sampai kat sini Trice.Pokok Wisteria tu bukan saya yang lukis.Tadi ada seorang lelaki mungkin seusia saya yang lukis.Awak kenal ke lelaki tu?."
Riley masih lagi memandang wajah Mytrice.Dia tidak pernah bosan mahu menatap wajah Mytrice yang semakin terserlah kecantikannya.Entah mengapa dia mulai berasa tamak.Dia mahu hanya dia sahaja yang rapat dengan Mytrice.Sebolehnya dia ingin mengenal Mytrice lebih dekat lagi.
"Maaf buat awak tertunggu-tunggu.Oh..tu kawan saya.Dia bantu saya jaga lukisan ni sementara saya pergi makan."
Mytrice teringat yang Kyle ada memberitahunya sebentar tadi yang kawan Kyle ada untuk menjaga lukisan itu.Kawan Kyle seperti kawannya juga.Dia tidak sempat melihat wajah kawan yang dimaksudkan oleh Kyle kerana dia tergesa-gesa mengejar budak yang mencuri lukisan wajahnya dan Kyle.Teringat tentang lukisan itu wajahnya berubah sedih.
"Trice awak marah pada saya ke?.Saya tak sengaja datang lambat.Awak tahu, Willstan kejar saya tadi.Bila saya dah terlepas dari pemerhatian mereka baru saya tergesa-gesa datang ke sini.Trice maaf saya tahu awak lapar.Makanan yang saya beli untuk awak dah sejuk agaknya."
Panik seketika Riley apabila melihat wajah Mytrice yang muram itu.Tidak pernah dia melihat Mytrice berkelakuan seperti itu.Dia mulai risau jika Mytrice marah kepadanya.Semua itu kerana Willstan dan kawan-kawannya.Jika mereka tidak mengejarnya sebentar tadi,dia sudah kembali ke sini lebih awal dan Mytrice tidak akan bersedih seperti ini.
"Tak awak jangan salah faham.Saya tak marah awak.Saya cuma penat agaknya.Errr..Riley kalau boleh saya tak nak jumpa dengan Willstan tu.Mereka bukan orang baik.Saya dah makan dengan kawan saya tadi.Sebenarnya saya pun ada bawa makanan untuk kita."kata Mytrice sambil mengangkat bakul makanan yang ada di tangannya.
Riley melihat tanda pada bakul itu.Matanya terbuka luas apabila melihat nama restaurant itu.Dia tahu di mana letaknya restaurant itu.Malah restaurant itu cukup terkenal di bandar Athenil.Orang biasa seperti mereka tidak akan mampu untuk makan di sana.
"Awak jangan risau.Selagi saya ada,saya akan lindungi awak.Trice siapa nama kawan awak yang bawa awak makan di sana?Errm..harga makanan kat sana mahal sangat.Wang awak cukup ke?kalau saya tahu awak nak makan di sana saya boleh keluarkan semua wang simpanan saya."
Riley berkata dengan nada sedih.Sepatutnya dia yang harus membawa Mytrice makan kerana dia yang beria-ia mahu Mytrice berjalan-jalan di bandar Athenil.Tetapi malangnya orang lain pula yang membawa Mytrice makan.Dia tertanya-tanya juga siapa kawan Mytrice yang boleh membelanja Mytrice makan di restaurant terkenal itu.
"Awak pun harus berhati-hati Riley.Kawan Willstan tu sangat ramai.Nanti mereka belasah awak pula.Selagi kita boleh elak,lebih baik kita mengelak dari bertemu dengan mereka.Riley awak tak perlu buat macam tu.Wang simpanan awak tu hanya untuk kegunaan awak.Kawan saya tu namanya Sky.Dia sekolah kat sekolah terkenal di bandar ni.Keluarganya bekerja sebagai pembantu rumah kat Manor Celeste.Dia kata dia rapat dengan anak pemilik restaurant tu.Tadi kami tak bayar harga makanan tu.Kami makan secara percuma sahaja.Tuan muda anak kepada pemilik restaurant tu belanja kami makan."
Mytrice tersenyum manis apabila dia mengingat wajah Kyle.Dia tidak dapat melupakan cara layanan Kyle terhadapnya.Entah apa caranya untuk membalas kebaikan Kyle yang sentiasa ada ketika dia takut,sedih dan memerlukan bantuan.
"Baiklah..saya ikut cakap awak.Nanti kalau saya ada apa-apa awak risau pula.Hmmm..Sky?tak pernah pula saya dengar nama tu.Nanti saya tanya dengan kawan saya yang sekolah kat sana.Agaknya dia pelajar junior sebab tu saya tak kenal.Dulu saya pernah juga bersekolah kat sana.Pelajar Senior kat sekolah Orili kebanyakkannya saya kenal.Macam mana awak boleh kenal dengan Sky tu?..Erm..Trice awak ada jumpa tuan muda anak kepada pemilik restaurant tu ke?."
Sebentar tadi Riley berasa gembira kerana Mytrice seperti mengambil berat tentang dirinya.Tetapi sebaik sahaja dia mendengar Mytrice menyebut tuan muda anak kepada pemilik restaurant itu.Wajahnya berubah keruh.Sudah terbayang di matanya wajah tampan Kyle yang menjadi kegilaan pelajar perempuan di sekolah Orili dulu.
"Bukan saya sahaja yang risau Riley, ibu dan ayahnya awak juga.Awak orang baik,saya tak nak kehilangan orang seperti awak.Oh..Sky tu saya jumpa semasa majikan saya khawin dulu.Dia tersesat sampai ke rumah nenek saya dulu.Orangnya baik sangat.Dia kata dia juga nak kenal dengan awak Riley.Saya yakin kamu berdua akan menjadi sahabat.Hmm..tak..saya tak ada jumpa dengan tuan muda.Pelayan kat restoran tu beritahu pada kami berdua,tuan muda yang belanja saya dan Sky makan."
Agak pelik juga dia apabila mendengar cerita Mytrice.Tetapi dia bingung apa yang membuatkan dia berasa seperti itu.Tetapi kerana dia tidak pernah bekerja atau masuk ke Manor Celeste dia tidak boleh memberi sebarang komen.Beruntung juga mereka yang bekerja di sana.Hampir segala-galanya diberi secara percuma.Fikir Riley.Hatinya berasa lega sedikit bila dia mendengar yang Mytrice tidak pernah bertemu dengan Kyle.Dia risau jika Mytrice juga tertarik dengan Kyle.
"Tak sangka pula saya disayang ramai.Tapi pada pendapat saya,cukup jika hanya awak sahaja yang berfikirkan macam tu.Dia ada ikut awak ke?."
Riley mulai berkata-kata manis di hadapan Mytrice.Namun seperti selalu, Mytrice hanya tersenyum.Dia tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Riley kerana baginya semua orang yang baik padanya dianggap sebagai keluarga.Riley pula mengerutkan keningnya bila dia tiada melihat sesiapa.
"Awak cari siapa Riley?."
"Kawan awak yang bernama sky tu.Dia ke yang hantar awak tadi? restaurant Cholye tu agak jauh juga dari sini.Takkan dia hantar awak dengan berjalan kaki?."
"Hahaha awak ni lucu lah Riley.Kawan saya tu tak ada.Kebetulan majikan dia ada kat sana.Kawan abang dia yang hantar saya kat sini.Tapi dia dah balik tadi."
"Oh..lain kali awak kenalkan dia pada saya.Saya pun nak tengok juga rupa kawan awak tu.Mana lah tahu dia berniat jahat pada awak.Saya tak menuduh tetapi lebih baik berhati-hati.Orang kat sini kebanyakkannya jahat."
Riley cuba menasihati Mytrice.Dalam masa yang sama dia tidak mahu Mytrice terlalu rapat dengan lelaki lain selain dirinya.Dia tidak rela melihat Mytrice dipermainkan.Lebih baik dia menjaga Mytrice sampai bila-bila.
"Nanti awak jumpa dia baru awak komen.Saya yakin Sky tu baik.Nenek saya pun dah jumpa Sky.Dia suka dengan perangai Sky dan abangnya.Nenek kenal dengan keluarga Sky tu.Sebab dulu nenek selalu teman isteri majikan saya ke Manor Celeste.Mungkin di sana nenek saya kenal dengan keluarga Sky.Riley awak tahu tak, wajah pemilik Manor tu tampan betul.Biarpun dah tua masih kelihatan menarik."
Share this novel